Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684

Saturday, September 30, 2006

Cerita Ramadhan Hari Ke-7

Apa khabar semua. Selamat berbuka. Aku dan famili dah berbuka. Kami di Sabah ni awal berbuka. Best.... Ari ni aku berbuka di opis lagi. Pok Joe ikut aku berbuka di opis. Semalam ajak bini aku berbuka di opis. Ari ni dia tak dapat berbuka da.... Sebabnya dia dah berbuka awal... Hehehe.. Paham-paham je lah.

Ari ni aku dah ada pembantu di kedai. So, aku boleh kluar g mana2 senang skit sebab ada orang yang tgk2kan kedai. Aku busi sangat ari nih. Ramai gak orang datang kekedai.

Friday, September 29, 2006

Cerita Ramadhan Hari Ke-6

Assalamualaikum semua....


Sedar tak sedar, dah masuk hari ke-6 kita semua berada di bulan Ramadhan. Dah masuk hari ke-6 kita semua berpuasa. Dah hampir seminggu kita semua berpuasa. Tapi adakah kita betul2 puasa. Jangan setakat puasa menahan lapar dan dahaga saja. Segala-galanya kena puasa. Hati, mata, mulut, tangan, kaki, perbuatan, dsbnya... Itu semua kena jaga. Sham bukan cakap untuk orang sahaja tapi apa yang cakap ni untuk Sham juga. Memang tak dinafikan kita tidak lari dari melakukan kesilapan/kesalahan semasa berpuasa. Tapi hakikatnya kita ini manusia yang lemah.


Tapi kenapa kita mesti selalu mengakui kita ini manusia yang lemah. Bila dah buat dosa, kita sering mengatakan kita ni manusia yang lemah. Tak lari dari melakukan kesilapan. Dah tak ada alasan lain? Dah tahu kita ni manusia yang lemah, mengapa kita tak nak mengatasinyer?


Sham hairan mengapa ramai orang Islam sekarang nama saja Islam tapi tak mengamalkan cara idup Islam. Masa memula nak puasa ari tu, bila dengar sahaja pengumuman puasa jatuh pada hari berikutnya semua bersorak. Sham sungguh sedih bila mendengar pengumuman tersebut. Sham mengharapkan kedatangan Ramadhan tu cepat2. Kalau boleh biarlah ada bulan ramadhan 3/4 kali setahun. Sebabnya segala amalan baik kita dibalas dengan pahala yang berlipat kali ganda. Seorang kawan Sham masa di U dulu akan bersorak bila Ramadhan menjelma. Tapi bila dah semakin hampir dengan hari raya dia akan menangis. Menangis kerana bulan yang penuh keberkatan akan tamat. Bulan dimana semua pintu2 syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup. ( Apo yang ko mengomel ni Sham.... Mamai baru bangun tido ke...? )

Pagi ni susah sungguh aku nak bangun sahur. 3/4 kali bini aku kejutkan. Akhirnya aku bangun gak. Rasa lenguh2 seluruh sendi. Sahur pagi ni kami makan hotdog dengan air teh jer. Bini aku dah tanya sebelum tido semalam aku nak sahur ngan apa. Aku cakap makan apa yang ada la. Sekali ada roti ngan hotdog. Makan sajalah. Sekadar mengalas perut supaya tak kelaparan sangat. Lepas sahur cam biasa aku tunggu masuk waktu subuh. Dah siap sembahyang subuh aku landing kat ruang tamu sambil tengk tv. Selalunya lepas tu tv akan tgk aku dok berdengkur pulak. Heheheee...

Pukul 6.30 pagi bini aku kejutkan aku. Mintak hantar dia ke sekolah. Aku mandi dulu da... Lepas hantar bini aku ke sekolah aku terus ke IP. Sampai sana aku landing kat bilik sembahyang. Aku terjaga dalam kul 8.31 pagi. Ingat dah pukul 9.00 pagi. Awalnyer aku jaga. Aku ngatuk lagi laa... Letih sangat2. Semalam pun tutup kedai kul 10.00 malam. Tu pun sebab ada kestemer. Ada bdk popuan india hantar laptop. Katanya laptop dia masuk air. Aku ingat dia buat joke je. Rupanya betul2 masuk air. Dia letak di tepi tingkap. Hujan lebat petang semalam. Angin pun kuat. So, kena tempias hujan. Terpaksa la aku buka semua laptop tu. Kasik hair dryer sama itu laptop untuk keringkan air atas dia punya komponen. Sblm tu aku dah lap ngan tisu. Tapi takut masih ada air yang tersembunyi. Takut ada shortcurcit plak bila on. Dah siap keringkan, aku pasang balik. On saja dah ok. Muka budak india tu kembali cerita. Memula datang tadi cam nak nangis jer. Sebab banyak assigment dia dalam tu. Kalau rosak, habis la.... Kena buat balik.


Sebelum tido malam semalam aku buat sembahyang terawih sorang2. Orang lain semua dah masuk tido. Malam kelmarin pun aku buat terawih sorang2. Tahun lepas aku tak busy sebab tak ada bisness cam sekarang. Boleh la aku buat terawih ngan bini aku. Masa sblm kawin dulu, kalau malas nak ke surau, aku buat sembahyang tarawih di rumah ngan mak, adik, kakak dan abang. Aku la yang jadi imam. Bangga tu.... Kalau ayah masih ada, tentu dia bangga dengan aku. Tapi aku tahu, ayah pun tahu walau dia tiada lagi di dunia ini. Aku rindukan ayah.... Hanya Al-fathiah yang mampu aku hadiakan untuk ayah..... ( aku dah mula emotional nih.... hiks..hiks...hiks...)

Thursday, September 28, 2006

Cerita Ramadhan Hari Ke-5

Pagi ni bangun sahur dengan kelam-kabut. Apa taknyer, bangun 15 minit lagi nak masuk waktu subuh. Bini aku yang cepat2 sediakan hidangan. Laju betul dia buat keja. Kejutkan servant aku tuh. Tidur mampus lagi......... Dua kali bini aku kejutkan dia. Kalau aku, ada la orang kena simbah ngan air tu. Lauk dan nasi dah masak. So, sempatlah kami bersahur.



Lepas hantar bini aku ke sekolah, aku singgah di "rumah hijau". Nak check komputer. Pok Joe kata komputer sana ada masalah. Ada yang kena virus. Dah siap aku check sume komputer tu, aku terus ke IP. Di jalan raya kereta dah bersesak-sesak. Hujan turun renyai2. Cuaca cam semalam gak tapi hari ni hujan skit. Aku ingatkan kabus. Rupanya jerebu... Putih jer pemandangan dari jauh. Selalu kalau tengok bukit nampak kehijauan. Ni nampak kelabu asap jer.


Aku nak call Pok Joe jap. Pagi tadi tak sempat nak bagitau sebab masa aku kuar dia masih tido.



"POK JOE.....TOLONG KEMASKAN RUMAH HIJAU....... SAPU LANTAI KAT KAUNTER TU. CAMANA NAK JADI MANAGER NIH....?


Apara Pok Joe nih... Jangan bagi alasan tak sempat nak kemaskan kedai tu sebab budak2 dah serbu masuk kedai. Tahan dulu jangan bagi budak masuk kedai sebelum bersihkan kedai tu. Ni kira last warning tau.... Nasib baik aku terlupa nak ambik gambar kedai yang berselerak tadi. Kalau tak, aku dah paste kat sini. Aku nak g kira duit jap. Dah berterabur duit tu dalam peti besi... Pok Joe main campak je duit dalam peti besi tu.



"Pakcik Kayo.... Pakcik Kayo..... Pakcik Kayo.... Woit.... Kira duit tu.... Ingat dah banyak duit la tuh... Takat duit sehenggit yang banyak apo la sangat... Ha... Bil letrik bilo nak bayor tu? Sewo kodai lai... Jangan nak ngado2 dongan doit tu heh.... Pegi masukkan dalam bank..."



Hehehe... Sekali sekala nak tido atas duit apo kesalahnyo... Den toringan nak tido bertilam dan berselimutkan duit yang banyak. Duit berjuta-juta gitu... (pi tukak duit indon la wei... baru dapat juta-jutaan...)

Sekali syok dok kira duit ada org call plak. Ada kastemer call. Tanya kedai dah bukak ke blom sebab pintu berkunci. Aiseh... Dah ku 9.oo pagi. Lupa nak bukak kedai. Kastemer dah datang... Rezeki...rezeki..... Tapi kastemer ni len mcm jer... Apasal suara dia lembut je nih. Masa dia dok godek tenet tu aku skodeng pc dia melalui server kat kaunter. Yaiks...? Dia bukak laman web gay da.... Ayo..yo... Bahaya nih... Aku sorang plak nih... Kalau dia buat hal naya aku... Tolongggggg........

Sambung citer lagi.... Aku baru lepas berbuk ni. Bukak pose kat opis. Ari nak nak bukak pose ngan kekawan di opis. Dah call bini aku tadi. Tak cakap ngan dia kan, ada plak yang merajuk. Ok lah. Dah dapat pelepasan dari bini aku.

Tghari tadi minta Icap jaga kejap. Aku nak balik sembahyang dan keluar beli barang dapur skit. Ajak bini aku dan bawak anak aku, Hani sekali. Dia tak boleh tak bawak. Menjerit giler la kalau tinggal dia. Semalam dah mengamuk ngikut aku keluar. Habiskan duit dalam seratus lebih untuk barang dapur. Lepas hantar bini aku dan barang2 dapur ke rumah, aku terus ke IP.

Petang tadi punyalah mengantuk giler. Kalau tak ada budak nak godek tenet, aku dah pergi landing kat bilik sembahyang. Ada la 2/3 kali aku terlelap atas kerusi. Siap mimpi lagi. Kalau dah mimpi tu, bukan terlelap la tu. Tu kira dah tido....

Sebelum masuk waktu berbuka tadi, angin kuat kau luar. Hujan tak la lebat sangat. Nasib baik masa aku keluar pergi cari juadah berbuka tadi cuaca clear jer. Banyak sangat lauk-pauk dan kuih-muih kat pasar ramadhan tu. Air pun memacam jenis air. Rambang mata aku nak membelinyer. Sekali aku pergi beli murtabak dan air tebu. Air tebu aku beli satu botol besar, 1.5 liter tu. Baru RM4.00 sebotol. Pastu beli daging ayam yang dicucuk cam satey 6 cucuk RM5. Satu lidi tu penuh ngan daging ayam. Bukan cam satey biasa. Banyak tu daging dia... Pastu nampak percik ayam. Beli percik plak... Aku nak makan ngan apa plak nih..? Tak per lah. AKu bawak balik umah. Nanti mkn ngan nasik malam nih.

Wednesday, September 27, 2006

Cerita Ramadhan Hari Ke-4

Hari ni aku bangun sahur kul 4.00pagi. Itupun punya liat nak bangun. Nasib baik tak kena simbah air ngan bini. Makan ala kadar jer. Lepas makan sahur, lepak tengok Astro channel 43 (kirana). Tengok citer "lastikman". Philipine punya citer tah per2. Aku ngantuk lagi la... Bila subuh kedengaran, bgn sembahyang subuh dulu. Lepas tu landing kat ruang tamu.

Bini aku kejutkan suruh hantar dia ke sekolah. Atoi.... Ngantuk lagi.... Lepas hantar bini ke sekolah aku balik umah sambung tido. Sedar dari tido dah dekat pukul 9.00pagi. Pok Joe dah ke "rumah hijau".

Sebelum ke IP aku ke "rumah ijau" dulu. Ambil barang keperluan. Kemudian terus ke IP. Baru aku nak godek pc, ada bdk datang nak print paper work. Pastu ada 2 orang kontraktor datang mintak aku scan dokumen meka dan simpan dalam cd. Fulamak.... satu fail.... Jenuh aku dok scan fail tu. Aku agak ada la dalam 200 keping lebih dokumen tu. Aku janji siap sblm kul 5 petang. Nasib baik tak sibuk ari nih. So, aku boleh scan dokumen tu dengan aman la. Sambil tu aku tgk2 pc yang bdk antar semalam. Dah siap re-install windows dia. Cuma nak install MS-Office, antivirus, driver modem dan beberapa software lain.

Tghari, bini aku datang ngan kawan dia. Aku baru nak siap scan dokumen tu. Lepas siap scan dokumen tu aku ajak bini aku g KK. Nak cari barang komputer skit. On da way, kami singgah di Masjid Bandaraya di Likas untuk solat Zohor. Lepas solat aku g bayar zakat fitrah untuk tahun ni. Aku, bini aku dan 2 orang anak kami. Sumenyer RM20. RM5 seorang dikenakan zakat. Dah selesai dah zakat fitrah aku tahun nih.... Alhamdulillah.....

Tuesday, September 26, 2006

Cerita Ramadhan Hari Ke-3

Assalamualaikum......


Ari ni aku sahur cuma minum air sejuk seteguk jer. Buat hilang kering tekak. Sebabnyer...? Sebab haku bangun lewat da.... Bini aku kejutkan 5 minit nak subuh. Semalam aku dah kunci jam. Tapi sebelum tido tu anak aku, Hani dok main2 ngan jam tu. Mungkin dia dah tersalah tekan jam tu. Servantr aku pun tido mampus. Dgr bini aku bangun, dia pun mulalah bangun. Hampesss.........


Lepas hantar bini aku ke sekolah tadi aku terus ke IP. Lepak kat opis jap. Pastu kira duit dulu. Semalam aku tinggal opis tak off komputer dan modem. Panas skit. Aku off kejap nak kasik sejuk dulu. Pas tu kira duit jualan semalam. Ada la rezeki semalam skit. Tak banyak. Kalau dikumpul-kumpul tu, boleh la buat bayor sewa kedai skit. Ngantuk la plak. Tgk jam baru kul 7.++pagi. Ingat nak landing kat bilik sembahyang. Tido jap tapi nak kacau kawan2 kat blog lah...




Misteri... Saper ambik gambo aku masa aku landing kat bilik sembahyang nih? Masa bukak tipon aku tadi, ada gambo ni tepangpang kat skrin. Setahu aku, aku sorang je kat opis nih. Pintu opis ni aku dah kunci tadi lepas aku masuk. Nak kata han.... Tak mungkin la sebab bulan pose ni semuanyer dah kena rantai. Tolongggg........



Nanti aku sambung citer lagi....

Ni nak sambung citer lagi.... Apasal tak boleh upload nih. Dari tadi aku nak upload citer baru tak dapat2. Server problem ker? Fuhhh.... penat... Baru balik dari bank. G bank-in duit jualan. Caru buku bank. Ilang mana plak. Dua2 buku ilang. Ni menghairankan aku nih. Aku letak buku bank dalam beg biru aku ni jer. Sapa plak ambik nih...? Satu lagi misteri yang aku perlu selesaikan hari nih. Misteri bulan pose la nih...

Aku nak ambik pembantu ke tidak? Si Vivie tak jadi keja plak. Adush....dush..dush.... Nak ambik staff part time? Nak bayar baper sejam? Nak keja braper jam shari? Ish..ish..ish... Poning.... Kalau bayor murah, sapa nak keja? Apapun...nanti sambung citer lagi.... Aku nak g pikiak jap...

Sambung citer lagi nih..... Aku baru balik dari beli susu anak2. Susu dan nestum dah habis. Aku nak kuar beli semlm tapi aku sakit kepalo. Lepas makan ubat aku tido semalam. Niat nak g tarawih ngan Pok Joe di Masjid Bandaraya tak kesampaian. Balik antar susu, sembahyang zuhur jap. Iman tido. Hani dok main sambil tgk tv. Nasib baik dia tak ngikut tadi. Siap bye bye lagi bil aku nak kluar. Bini aku plak kata nak kuar ngan kawan dia. Nak servey baju raya yang dah siap. Nak tgkkan baju melayu untuk aku sekali katanya.

Aku nak upload citer aku ni sekali lagi. Dari pagi tadi tak dapat2 nak upload. Apala masalahnyer nih...?

Monday, September 25, 2006

Cerita Ramadhan Hari Ke-2

Pagi tadi bini aku kejutkan bangun sahur kul 4.30pagi. Aku punya la ngantuk giler. Memula tu ingat sapa la kejutkan pagi2 nih. Nak g sekolah awal lagi. Subuh pun awal lagi. Sekali bini aku jerit "sahurrrrrr...." Alamak....... Terus aku bangun dan terus juga ke bilik air basuh muka. Pastu g ngadap kat meja makan. Meka suma dah start makan. Lepas makan sahur, kami lepak tengok Astro jap.


Lepas antar bini aku ke sekolah, aku dan Pok Joe lepak dalam keta depan "rumah hijau". Sekali perut meragam da.... Mo berak plak. Pusing keta terus balik umah. Pok Joe sambung tido atas sofa. Aku layan perut dalam tandas. Selesai layan perut, aku join Pok Joe sambung tido kat ruang tamu. Aku terjaga dalam kul 8.30pagi. Anak aku, Hani yang kejutkan.


Lepas hantar Pok Joe ke "rumah hijau" aku terus ke IP. Godek pc jap. Siapkan laptop Satria semalam. Dalam kul 9.00pagi cuaca nampak mendung. Angin kencang kat luar. Terpaksa aku bukak lampu kedai. Ada sorang student UMS datang print kertas kerja dia. Lepas tu aku dok relaks sorang2.

Tghari baru ada budak datang nak guna intenet, servis laptop dan print. Tak cukup tangan la aku. Pastu ada SMS dari Vivie. Cakap tak jadi nak keja ngan aku. Mak dia suruh balik ke KB. Balik pose kat sana. Ada masalah famili skit katanya. Tak per la. Aku nak balas tak boleh sebab kredit aku dah tamat tempoh. Ingat nak angkat almari cermi kat kedai Brahim tapi tadak orang nak tgk kedai aku plak. Tadi aku terlelap sekejap atas kerusi. Nasib baik tak keluar air liur basi. Masa tu ada 3 org kastemer dok godek pc.

Rasa boring aku kacau chat ngan Pok Joe ikut Yahoo Masseger. Tanya khabar "rumah hijau". Ada budak katanya. Ajak dia g terawih kat Masjid Bandaraya di Likas malam ni. Aku bukak kedai ari ni sampai jam 5.45 petang jer. Malam tutup untuk g terawih. Terawih woit... jangan tak terawih.....

Salam Ramadhan Untuk Semua...

Hari ni hari kedua di bulan Ramadhan. Alhamdulillah semalam dah sempurna menunaikan puasa hari pertama. Tapi nak kata dapat 100% puasa tu tak leh cakap ler sebab banyak sangat godaannyer.

Cerita hari pertama puasa

Pagi2 hari lagi aku dikejutkan bangun sahur oleh teriakan anakku Iman yang demam. Siang ok jer.Malam demam plak. Menangis tak henti2. Sampai sahur pun masih menangis. Tensen, aku nak tido pun tak selesa. Masa sahur tu aku dukung dia. Bawak g anjung rumah. Bila dia tgk kat luar tu masih gelap, dia senyap. Aku makan sahur sambil riba Iman. Dia nak ngan abah dia rupanya.


Aku bukak kedai macam biasa. Cuma hari ni aku ajak Pok Joe lepak kedai aku nih. Kedai satu lagi tutup. Hari ni aku nak pergi beli barang2 komputer di Karamunsing. Icot ikut sekali. Kami pergi servey harga "network cable", "crimping" dan dia punya "connectors". Aku nak buat LAN kat kawan aku punya kedai. Aku pergi servey 2/3 buah kedai komputer. Mahal siot... Paling murah aku dapat harga "network cable", Rm218# sekotak. Dia punya "crimpimg tu macam2 jenis. Harga pun lain2. Aku beli yang siap ada "cutter". Senang aku nak potong wayar dia.

Yang tak bestnyer (tapi dlm ati tu best gak) dalam bulan pose ni la banyak godaan. Toleh sana, toleh sini, banyak sangat pompuan pakai baju seksi. Siap nampak tut.... dan lurah tut.... Adush.... Si Icot dah siap pakai spek itak awal2 lagi. Hampeh... (Dlm ati tu syok gak. Tapi naper dlm bln pose plak? Ish... habis pose aku.) Kata org kampung aku pakai baju cam "barut nangka". Hahahaa....

Siap beli apa yang aku nak, kami terus balik ke kedai di Indah Permai. Sampai di IP, letrik tadak plak. Patut ler senyap jer. Lama gak tak ada letrik. Dekat kul 2.30ptg baru ada. Ada jer letrik, terus budak2 UMS ni masuk kedai nak guna internet. Kedai Icot tutup.Bapak dia balik tak tinggalkan kunci. Adoi... Apasal la dia tak tinggal kunci. Rugi ler... Ramai orang nak pakai intenet. Ada budak pompuan datang nak cek virus kat laptop dia. Aku suruh tinggalkan jer laptop tu sebab proses scan virus memakan masa yang lama. Suruh dia tulis nama dan nombor hp. Sekali tgk dia tulis nama dia SATRIA. Uniknyer nama dia.

Aku cari mana Pok Joe dan Icot ni. Senyap jer. Tadi dok bising2 dalam kedai. Haiya.... Meka g tido kat bilik sembahyang da... Huk aloh la... Letih pose la tuh..... Hampess..... Aku gak kega jaga CC. Tapi tak per.... Sume aweks yang guna PC. (abish ler pose haku....) Adeh...dehh..dehh...

Saturday, September 23, 2006

Anak-anakku...

My Cute little girl. Nur Hani Maisarah. Dah 2 tahun setengah usia dia. Suka menulis dan membaca. Dia pandai buat circle dan tulis nombor "1" sahaja. Habis dinding rumah ada tanda bulat2 dan nombor 1.

Kemana saja dia pergi, mesti akan menarik perhatian orang. Penah menang tempat pertama dalam pertandingan bayi fotogenik semasa umur dia 9 bulan.

My hensom boy. Ahmad Iman. Kalau letak dalam walker dia, habis seluruh rumah dia jelajah.

Walaupun demam, Iman tetap mahu berlari sana-sini. Pantang kena lepas. Habis tempat dia nak masuk. Setiap hari memanggilku abah. Kalau balik umah tu time panas2, sejuk bila dengar anak2 panggil abah...abah... Pastu datang peluk dan cium kita... Bestnyer........


Aku balik keja jer, mulalah dia naik menapak atas riba. Nak tepuk perut abah dia yang macam roti bun la tuh. Sakit wooo... Bukan slow dia punya tepuk.

Friday, September 22, 2006

Selamat Datang Ramadhan....

Ramadhan tahun ni aku sekeluarga pose kat Sabah seperti tahun lepas. Tahun ni len skit mungkin sebab ada Pok Joe, dan sebab aku dah bukak satu cawangan lagi. Nak pegi beli juaadah berbuka pun mungkin semput skit. Aku nak ambik sorang pembantu untuk ringankan beban di kedai baru nih. Senang skit aku nak keluar kemana-mana.


Bini aku dalam dilema. Nak balik kampung ke tidak tahun nih. Cek tengok tiket katebang kat internet. Kira2 kena habiskan dekat RM3k untuk balik kampung tu. Aku tak kisah. Itu kata aku kat dia la. Tapi dalam hati kalau boleh aku nak balik jugak. Nak jumpa mak. Dah lama tak jumpa mak. Dengar suara mak ikut tipon je. Selalu tanya khabar mak dari anak sedara dan adik yang selalu balik kampung. Meka senang ler sebab dok kat KL. Tiap2 minggu boleh balik kampung. Dengar khabar mak dah semakin nyanyuk. Anak sedara aku citer masa dia balik ari tu, tgk nenek makan nasi ngan semut katanya. Mata nenek dah tak berapa nampak.


Sedih aku dengar. Air mataku bergenang. Aku tahu hati kecilku ini mudah terhiris dengan berita seperti ini. Anak sedara ku juga cakap nenek asyik dok melayang abangku yang kekadang berperangai macam budak-budak. Nak makan nasi pun mintak mak sediakan. Takkan tak nampak mak tu dah tua. Dah tak larat. Camana ramadhan nanti? Harapnyer mak ok. Kakak yang tinggal sebelah rumah mak pun tak berapa sihat. Selalu sakit. Beberapa bulan lepas dapat berita kakak kemalangan dengan suaminya. Kereta yang mereka naiki terbabas. Nasib baik mereka tak cedera teruk tapi trauma gak ler dengan kejadian tu.

Bonda... Maafkan anakanda kerana tidak dapat berpuasa bersama bonda. Anakanda harap bonda faham keadaan anakanda yang jauh diseberang. Kalau setian kali ramadhan, bonda tidak pernah miss untuk memasak nasi ulam. Tahun lepas dan tahun ini juga anakanda tidak akan dapat merasai nasi ulam mu itu. Dulu, semasa arwah ayah masih ada, dia suka makan nasik ulam yang bonda buat. Kalau anakanda dapat terbang, setiap hari anakanda terbang ke kampung. Kalau dapat balik tahun ni pun mungkin dalam cuti sekolah lepas raya nanti. InsyaAllah....

Harap diampunkan segala dosa anakmu ini di kejauhan....

*Tah kenapa aku tak dapat meneruskan tulisanku ini. Aku sebak. Mataku menitiskan air2 jernih. Nasib baik aku kesorangan disini.... Mana la plak tisu nih.....

Happy birthday Sayang......

Pagi ni aku sampai opis kul 7.++am. Orang len blom sampai lagi. Kat parking pun kosong lagi. Wah... Kira aku ni org pertama yg menapak kat kompleks nih? Tentu tidak sebab pak guard dah sampai awal da...
Tapi sebelum tu aku hantar bini aku ke sekolah dulu. Lepas cium dan salam tangan, aku ucap "Happy Besday Sayang". Bini aku terkejut... Dia dah lupa hari ni hari lahir dia... Nanti tghari ni, lepas Jumaat aku nak g beli kek lah untuk "kekasih hati" tersaayang. I lov U sayang... Semogu panjang umo dan dimurahkan rezeki....

Aku on pc. Bukak tenet dan baca Utusan Malaysia jap. Pastu bukak blog. Nak update. Sekali tu kluar....

Down for Maintenance. Blogger is temporarily unavailable due to planned maintenance. This maintenance will last 45 minutes from 4 pm to 4:45 pm (PDT)

Haiya..... Tak per lah... Kena tunggu la dulu. Aku g kat ruangan solat. Lepak jap sambil dok mengelamung sampai la aku telelap. Kejap je terlelap sebab bunyi bising orang dok bukak grill kedai. Adush... Sakit telinga ku. Tgk beg besar aku kat sebelah. Ada peti besi aku dalam tu. Nak kira duit jap. Fuyoooo... Ada seribu lebih dalam peti besi tu. Kat dlm beg tu ada 7 ratus lebih... Waaa... ada dekat 2 ribu dalam beg nih. Kekadang aku selamber jer campak beg tu dlm keta, dlm opis... Nak gi bank lah.... Pak Cik kayo... Pak Cik kayo......

Thursday, September 21, 2006

Kedai baru selamat dibuka pada 15 September 2006

Pada 15 September 2006, malam, maka dengan rasminya WDC Enterprise cawangan kedua dibuka di Lot 13A, Urban Minimall, Jalan Sepanggar, Taman Indah Permai, 88450 Kota Kinabalu, Sabah. Kami buat majlis baca Yasin dan tahlil. Kemudian makan2 la skit. Jemput sedara mara dan kawan2 jer.

Happy besday Pok Joe....

Semalam, semasa aku dok mengisi borang kerja untuk Pok Jue ( Ahmad Faizul Bin Rosli , aku terpandang tarikh lahir dia pada nombor i/c dia. 840920-03-xxxx. Ops... Kalau tak silap aku tarikh lahir dia 20 september. Oooo hari ni laa... So, aku SMS bini aku tanya nak buat apa mlm ni utk Pok Joe. Aku ingat nak buat suprise untuk dia. Nak beli kek tghari nih.

Tghari aku tunggu Icot datang ke IP. Bila Icot datang aku suruh dia jaga kedai jap sebab aku nak keluar. Aku pegi ke sekolah ambik bini aku jap. Kemudian kami pergi makan tghari di kantin sekolah. Lepas tu kami ke Likas Mart. Ada kedai kek kat sana. Ada la beberapa biji kek yang aku nak pilih. Nak satu jer. So, kami pilih satu kek yang sederhana besar.

Malam tu aku dok chating ngan Pok Jue pakai Yahoo Massager. Cakap kat dia malam ni bukak sampai kul 10mlm sebab balik nanti aku nak singgah kedai yang dia jaga tu. Bini aku call. Dia cakap nak buat nasi ayam. Aku ingat nak beli satey jer. Ok lah. Makan nasi ayam sempena besday Pok Jue.Ok gak. Aku tak kisah sebab aku suka nasi ayam yang bini aku masak. Best.....

Malam, kul 9mlm aku dah tutup kedai. Cakap kat Pok Jue dalam chating tadi suruh tunggu aku. Aku drive keta slow jer sebab ujan renyai2. Dah nak sampai umah, aku call Pok Jue cakap aku tak dapat singgah sebab perut aku meragam. Terpaksa g jumpa Dr. Tan segera. Hahaaaa.... Suruh Pok Jue tutup kedai dan terus balik jer.

Sampai kat umah, bini aku tanya mana Pok Jue. Aku cakap aku dah call. Cakap aku nak b*r*k. Tak sempat singgah "rumah hijau". ( rumah hijau = panggilan bagi kedai kami yg pertama )Kami tunggu Pok Jue balik. Bila dengar bunyi enjin motor, kami standby blakang pintu. Bila dia bukak je pintu, SUPPRISE...!!! HAPPY BESTDAY.... Pok Jue terharu... Dia kata tak penah orang sambut bestday cam tuh.... Oklah.... Kami dah buat untuk dia.... Semoga dia happy....

Kek besday Pok Jue. Biasa jer..

*Gambar2 lain tak dapat disiarkan kerana masalah teknikal...

Wednesday, September 20, 2006

Nak demam plak...

Pagi ni aku sampai awal ke opis. Komplek blom bukak lagi. Nasib baik opis baru aku ni ada jalan belakang. Samapi di opis lebih kurang kul 7.45pagi. Tadi lepas antar bini ke sekolah aku tido dalam keta depan opis lama. Teringat plak citer dalam paper semalam pasal pompuan yang tido dalam keta, bila dia bangun dia terpijak pedal minyak. Pastu keta dia menjunam jatuh bawah bukit. Mati kat situ gak. Ciannyer.... Apa la perasaan la gi dia bila dengar berita tu. Dah ajal dia kat situ... Itulah takdir....

Aku plak tak tahu apa takdir aku hari nih. Ni mungkin dah ditakdirkan aku mula nak demam. Argh... tidak....tidak.... Jangkit ngan bini aku la nih. Bini tak bagi cium dia aku nak cium gak. Kan dah berjangkit demam tu kat aku.

Nak edit blog aku la jap. Taruk link kekawan. Senang skit aku nak surf blog meka nih. Camana yek... Yup.... senan jer. Copy & Paste je kod dari blog orang lain. Hahahahaha...... Abih citer....

Monday, September 18, 2006

Aku dan dunia ku....

Aku...
Aku seorang lelaki...
Betul ke?
Ye la...
Kenapa?
Sebab aku dah ada bini,
Sebab aku dah ada 2 orang anak...
Ye ker?

Aku...
Aku seorang jantan...
Tapi bukan ayam jantan da...
Jantan yang kehausan betina...
Ooppss... bukan betina tapi perempuan...
Perempuan mana tu?
Sapa lagi kalau bukan bini aku...

Dunia ku...
Duniaku kini hanyalah aku...
Aku dan aku...
Aku buat apa yang aku suka...
Aku kerja dengan pekerjaan yang aku suka...
Aku pedulik hapa ngan orang lain...

Dunia ku...
Dunia ku hanyalah komputer...
Komputer...komputer...komputer...
Kemana-mana aku jumpa komputer...


Dunia Ku...
Dunia ku penuh dengan komputer
Kerja? Komputer...
Tidur? Komputer...
Jalan? Komputer...
Kereta? Komputer...
Makan? Makan nasi la...
Mana ada orang makan komputer... Nak mampos?

Nota kecik : Apo yang ko merepek nih Sham?

Friday, September 15, 2006

Layan dikir lagi...

Sebab sibuk nak urus kedai... Sham taruk dikir ka'tok (katak) la dulu. Semoga terhibur...

Tuesday, September 12, 2006

Sunday, September 10, 2006

DON'T LIE TO KIDS!!!

Ingat ari nih nak g setup PC kat kaedai baru tu. Ada keja plak kat kedai lama. Pastu kawan call mintak tengok2kan PC dia. Ni aku tengah boring mana satu nak buat. Bukak tenet la kejap. Release tension jap. Bukak ruangan joke kat www.cari.com. Terbaca satu joke yang membuat Sham senak perut nih. Hampeh pumya joke.... Baca sambil gelak ngan Pok Joe.


Gini citer dia....

There was this guy sunbathing in the nude at thebeach. Well, this little girl comes up to him, so hecovers his private parts with a newspaper.The little girl says, "What's under there?"So the man answers, "A bird."The girl goes away and the man falls asleep. When he wakes up, he is in a hospital and in great pain.A doctor comes up to his bed and asks, "Whathappened?" The man answers, "I don't know. I was at the beachand I fell asleep after talking to a little girl."So the doctor tells this to the Police, and they goto the beach to find any witnesses.When they get there, they see the little girl theman was talking about. So they ask her if she didanything to the man.She answers, " I didn't do anything to the man, butwhile he was sleeping, I played with his bird. After awhile, it spit at me, so I broke its neck, burned itsnest, and smashed all its eggs. HUAHAHAH!!

Saturday, September 09, 2006

Layan dikir la dulu........

Kita layan dikir barat la dulu... Sham harap sesapa yang masuk blog ni terhibur. Nak siapkan urusan di kedai baru. Mungkin tak sempat nak updatekan blog nih untuk 2/3 hari tapi kalau sempat, Sham masuk jengok gak mana2 yang sempat.

Megat Nordin - Ambo raso bekene.



Ella - Thai

Friday, September 08, 2006

Aku giler keja...

Aku giler keja...
Sebab dulu aku dah lama menganggur,
Kalau dapat buah anggur takpe gak,
Boleh jual kat tamu di KK,
Dapat gak guit boleh buat belanja.

Aku giler keja...
Sebab dulu kerja aku boring giler,
Asyik tengok kain baju jer,
Kalau aku boleh ambik free tak per,
Ini kena bayar plak.

Aku giler keja...
Keluar pukul 6.30 pagi balik lewat malam,
Itupun balik sebab bini aku tipon suruh balik,
Kalau tidak, aku balik esok paginyer.

Aku giler keja...
Sebab keja sekarang ni aku memang suker,
Keja yang sehati sejiwa ngan aku,
Sebab keja ni aku memang dah expert.

Aku giler keja...
Sebab bila aku buat keja,
Aku dah tak hiraukan sekeliling aku,
Walau tsunami datang, aku still ngan keja aku.

Aku giler keja...
Sebab tidur malam aku masih dok pikir pasal keja,
Masa mandi, makan, memandu, malah sedang berak
pun aku dok pikir pasal keja.

Aku giler keja...
Sebab aku dah tak tahu nak tulis apa2 lagi,
Sebab kepala aku dok pikir pasal keja,
Sebab banyak lagi keja aku yg blom siap.


*Ini bukan puisi, syair atau sajak. Sekadar tulisan bodo dari orang yang giler keja tah apa2. Hah tu apasal plak? Tido ke curik tulang tuh? Letih siot.........

Wednesday, September 06, 2006

Mangkuk hayun punya PTI...

Pagi ni aku dok layan lagu Jamal sampai meleleh ayak mata. Sedih siot bile betul2 hayati lagu Di Sudut Kamar Hatiku. Teringat plak kat arwah bapak aku yang dah 11 tahun meninggalkan aku dan keluarga. Terbukti bahawa hati jantanku ini tidaklah keras seperti yang aku war2kan. Aku mempunyai hati yang lembut, yang mudah tersentuh.

Tengah syok dok layan lagu, datang satu minah ni mintak nak fotostat passport. Indon ghupenyer. Sekali tu dia mintak aku taip satu nama dan no I/C. Saiz huruf tu sama besar ngan hurus dalam I/C. Aik? Ni dah cam laeng je nih... Lepas aku print yg dia mintak tu dia terus blah. Aku kembali layan lagu lagu 2 Insan nyanyian Ezad dan Eva. Lepas tu datang lagi satu minah ni mintak aku taip menda sama gak. Dia tunjuk satu salinan fotostat I/C. Mintak aku buat huruf tu sama ngan dalam I/C tu. Sah depa ni nak buat I/C palsu. Cilaka tul... Woi... ingat aku ni tempat cetak I/C palsu ka? Kalau dah Indon tu, Indon gak... Ko nak aku masuk jell ker hah? Bengong... Aku cakap kat minah Indon tu tulisan dalam I/C tu tak boleh ditiru. Jabatan Pendaftaran je yang ada tulisan cam tu. ( sememangnya aku boleh gak buat tapi tak mo...) Cinabeng punya Indon... Dia nak buat I/C palsu la tu. Kalau ada lagi yang datang mintak buat cam nih, aku tak teragak untuk laporkan kepada Polis. Bior padan ngan muker dia.

Arghhh.... Abaikan Indon tu dulu... Aku mau layan lagu dulu...

Dua Insan

( Eva: )
Bila kau senyum,
ku gembira
Bila kau sedih,
ku menangis
Bagai taman rindukan kembang
Ku rindu wajahmu oh sayang

( Ezad: )
Di mana saja kau berada
Ku kan tetap bersamamu
Walaupun jasadku jauh
Namun hati tetap padamu

( Ezad: )
Bila saja halangan menimpa
Kerna cinta ada ku tetap setia
Hanya dikau dan asmara
Membuat hidupku bagai dalam syurga

( Eva: )
Biar masa berganti masa
Biar pun musim berganti musim
Telah kukatakan padamu oh sayang

( Eva & Ezad: )
Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan

( Eva: )Jika kau tanya pada rembulan
Mengapa cahaya berseri-seri
Nanti jawabnya kepada mu
Kerna dikau cinta padaku

( Ezad: )
Ku persembahkan kepada mu
Sekuntum bunga mawar merah
Kau terima sambil tersenyum
Kembang yang harum kau cium

( Eva & Ezad: )
Bila saja halangan menimpa
Kerna cinta ada ku tetap setia oh...
Hanya dikau dan asmara
Membuat hidupku bagai dalam syurga

( Ezad: )
Dua insan sedang bercinta
Dua insan berjanji setia

(Eva & ezad:)
Telah kukatakan padamu oh sayang
Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan

( Eva & Ezad: )
Bila kau senyum, ku gembira
Bila kau sedih, ku menangis
Bagai taman rindukan kembang
Ku rindu wajahmu oh sayang

( Eva & Ezad: )
Di mana saja kau berada
Ku kan tetap bersamamu
Walaupun jasadku jauh
Namun hatiku tetap padamu

-Khas buat isteri tersayang...Noor Fathilah. Semoga cinta berpanjangan...

Monday, September 04, 2006

Hari ni dan semalam...

Aku tak ada idea nak taruk per kat sini ari nih... Dok perah idea... Buka tak ada modal tapi banyak sangat peristiwa yang berlaku semalam... Pergi kerja, buat budget kedai baru, pergi kedai perabot, pergi ambik laptop untuk diservis, pergi ukur kedai baru, pergi taman, kacau pok jue, tengok eksiden tepi highway dekat ngan umah, kacau bini, main ngan anak2, dll...


Pagi tadi bukak blog kawan2. Kacau mana yang nak dikacau. Pastu dok usha camana nak taruk radio.blog kat blog neh. Jap jer dah jadik. Taruk lagu2 yang aku suka. Bestntyer........


Senyuman Iman dipagi hari. Tak henti2 panggil abah. Kalau aku tak cakap "ya", dia tak berhenti.



"ANAK SAPA LA NIH..?" Lepas pegi ukur kedai baru tu, kami pegi makan kat KFC. Masa tengah makan tu aku tengok ada budak dok bawah meja depan kaunter. Tah apa yang dia intai...


Jalan-jalan dengan Pok Joe keliling tasik sambil menyedut udara segar.

Cubaan Pok Joe terjun ke dalam tasik tidal berhasil kerana berjaya dihalang oleh aku. Dia begitu teruja melihat kesegaran air tasik tersebut...

Ops... Aku ada hal nak kuar jap. Nanti sambung balik petang nih....

Ni sambung balik blog aku nih. Tadi draft jer. Tgh ari tadi g jumpa Paulin pasal surat perjanjian sewa kedai. Jumpa dia kat Luyang. Bayar deposit semua sekali. Lepas tu kami ke Pusat Perabot F5 di depan jalan nak masuk ke SMK Mengatal @ SMK Bandaraya. Beli perabot untuk kedai. Kami belanja RM3320 untuk perabot kedai. Kak Sapiah ikut sekali. Yang dia punya kami bayar dulu sebab dia blom dapat duit. Lama jugak kami di sana. Sibuk dok tawar-menawar ngan tokey kedai tu.

Ingat nak pergi bersihkan kedai tapi dah penat sangat. Jam pun dah dekat pukul 5 petang. Kena balik tengok Pok Joe kat kedai plak. Cian dia dok sorang2.

Sunday, September 03, 2006

Peristiwa 02/09/06

Pergi tengok kedai baru

Semalam aku bukak kedai separuh hari saja. Biasalah hari Sabtu dan Ahad. Dalam pukul 2 petang kami ke Indah Permai Mall untuk melihat kedai baru yang akan kami sewa. Aku dah cal owner kedal tu cakap nak tgk kedai hari ni. Kak Sapiah call. Aku suruh dia jalan dulu.


Sampai di sana aku tengok kereta kak Sapiah dah ada di tempat parking. Tapi dia tak kelihatan. Aku terus masuk ke dalam Indah Permai Mall tu dan pergi ke lot kedai yang kami nak sewa tu. Masa aku dok depan kedai tu aku tengok ada awek Cina kat depan kedai dok perhatian aku. Mungkin si Paulin kataku dalam hati. Tapi aku buat tak tahu jer. Kemudian dia datang kepada ku. "Ni Sham ker?" tanya dia. "Ya, saya." kataku. Dia terus bukak kedai tu untuk kami lihat2 dan tengok2 kat dalam tu. Kak Sapiah belum kelihatan. Aku call dia. Dok kat KFC makan. Lapar katanya. Aku suruh datang tengok kedai dulu.


Kedai tu 2 tingkat. Aku ambik tingkat atas dan Kak Sapiah ambil tingkat bawah. Lepas dah setuju kami bayar dulu deposit satu bulan. Kira booking dulu la. Minggu depan baru sign agreement. ( Gambar tidak dapat disertakan kerana masalah teknikal )


Tamu Gadang di UMS

Lepas setel bab sewa kedai tu, kami ke Tamu Gadang di UMS. Tak berapa meriah. Dia buat dekat ngan Dewan Censelor. Dulu buat kat padang besar kat bawah bukit tu. Best gak...

* Mula-mula masuk ke tapak tamu Gadang...

*Hani tak boleh dilepaskan. Nanti hilang budak nih..

*Pok Joe menjadi Water Boy sekejap. Sempat bergaya depat meriam di tempat pameran askar.

* Asyik muker orang lain jer masuk blok aku neh. Aku pun nak posing gak... Klik...!

* Dah pueh ronda2 kami pun good bye lah....

Saturday, September 02, 2006

Aku bahagia...

Aku bahagia bersamamu...
Bahagia semasa disekolah dahulu
Bahagia semasa bercinta dahulu
Bahagia bersama kekasih tercinta

Aku bahagia bersamamu...
Bahagia semasa kita di ijabkabulkan
Bahagia semasa kita disandingkan
Bahagia dimalam pertama kita

Aku bahagia bersamamu...
Bahagia dengan celotehmu
Bahagia dengan tingkahlakumu
Bahagia dengan perangaimu

Aku bahagia bersamamu...
Bahagia kerana membuatku makin menyayangimu
Bahagia kerana membuatku geram dengan perangaimu
Bahagia kerana kaulah segalanya bagiku... Ummi, Hani & Iman.....

Friday, September 01, 2006

Nasik ayam Vs Rojak buah + ABC Tapai...

Sebelum Jumaat aku call bini tanya dia nak balik awal ke tidak. Dia cakap nak balik lepas Jumaat. Oklah, aku ajak Uzair Mohd Kamil @ Icot dan Ahmad Faizul @ Pok Joe ke masjid. Kat masjid aku dok saf ke-2. Ada la sebelah kanan aku golongan veteran 3/4 orang dok borak2. Kat belakang aku plak budak2 mude. Masa tu khatib blom baca khutbah lagi. Meka ni dok asyik borak. Takper la khatib blom baca khutbah lagi kataaku dalam hati. Bila khatib start baca khutbah, golongan veteren kat sebelah aku ni makin rancak berborak. Budak muda 3 orang kat blakang aku pon rancak gak.... Adush... Aku tak brapa dengar dah tok iman cakap apa. Dengat dia cakap bulan Syaaban jer. Tahan sabar jer.... Sekali aku toleh belakang, aku bagi isyarat tangan ( Syssssss.... ) suruh diam. Nampak cam terkejut budak tu. Aku tengok golongan veteren sebelah pun senyap. Mungkin meka perasan tindakan aku tadi. Budak2 kecik kat belakang masjid cam orang giler dok kejar lembu. Menjerit sana-sini. ANAK SAPA LA TU....

Lepas jumaat aku, Icot dan Pok Joe terus ke sekolah ambik bini aku. Kami ke Inanam. Singgah di Restoran Keningau. Tutup plak. Terus ke Karamunsing di KK. Kami ke Refflesia Chicken Hut. Aku order nasi ayam, ABC tapai dan rojak buah.

Pok Joe sedang membelek "bini"nyer sambil diperharikan oleh Icot sementara aku pegi oder nasi ayam.

Habis licin dikerjakan kami berempat. Lapor bebenor..........

Lepas makan, kami ke kedai komputer. Aku nak servey komputer 2nd hand untuk kedai baru. Ada la satu jenama DELL neh. Reger dia lebih kurang RM800++. Boleh la...

Kat luar hujan turun lebat. Kami terus balik. Sampai di kedai, ramai dah bebudak tengah menunggu. Biasa aku bukak pukul 2 ptg lepas jumaat. Aku sampai tadi dah pukul 3.15 petang. Masih ramai yang setia menunggu walau hujan turun lebat. Nak main game punya pasal mereka sabar menunggu dalam hujan sebab depan kedai aku ni bumbung dia pendek saja.

Selamat tinggal Ogos.... Selamat datang September...

Hari ini bermulalah episod baru untuk bulan September. Semoga September ini membawa rezeki yang lebih baik. Semalam adalah kenangan terakhir di bulan Ogos. Tak ada yang best. Aku dan famili serta Ahmad Faizul menutup bulan Ogos dengan menjamu 15 cucuk satey.

Malam semalam aku ke kedai nak hantar 2 biji laptop yang dah siap aku kerjakan. Tunggu kawan aku, Ibrahim Mohd Amin datang ambil. Sambil tu aku dok lepat serve internet. Bukak mana2 blog yang aku nak kacau. Si Ahmad Faizul plak asyik dok layan "bini" baru dia.


Ahmad Faizul sedang melayan Nokia 6600 nya yang baru..


Dalam pukul 8.30 malam baru sampai kawan aku tu. Aku tunjukkan laptop yang dah dibaiki tu. Dah puas hati, so aku pun nak tutup kedai. Aku ajak Ahmad Faizul pegi ronda2 ngan keta. Malas nak balik awal. Terasa nak makan satey plak. So kami pegi beli satey di Anjung Selera.

Brader satey sedang kusyuk mengibas "Satey Kudat" nyer...

Aiseh... naper gambo yg aku upload tak masuk neh? Tak po lah... Nanti edit balik...