Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684
Showing posts with label Ucap Selamat.... Show all posts
Showing posts with label Ucap Selamat.... Show all posts

Wednesday, January 28, 2009

Selamat Tahun Baru Cina...

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kenalan Cina aku dan datuk nenek aku dulu yang berketurunan Cina. Actually aku ni keturunan Cina-Siam. Sebelah mak aku la. Nenek sebelah mak aku ni Cina-Siam. Sebelah arwah bapak aku plak keturunan Melayu ada tempias syeikh skit2 la... hehehehe...

Ye lah tuh...

Monday, December 29, 2008

Salam Ma'al Hijrah 1430...

Alhamdulillah, kita masih di panjangkan umur satu hari lagi untuk mengecap nikmat dunia. Sepatutnya kita sedar, dan bersyukur kita masih berpeluang berbuat kebaikan dan memohon keampunan dosa-dosa semalam.

Hari ini, 1 Muharram, cukup bermakna buat aku sebab hari inilah aku melihat zuriatku yang pertama 5 tahun lepas. Zuriat yang bakal menyambung baka atau genetik aku yang akan datang.

Bila tibanya tahun baru, ramai yang memasang azam baru tapi adakah mereka sedar akan azam lama yang belum atau sudah ditunaikan? Apa azam korang? Azam aku nak kembangkan lagi bisness aku dan jadi suami dan manusia yang berguna untuk keluarga dan agama.

InsyaAllah...

Wednesday, December 17, 2008

JANGAN sesekali ucap Merry....

LAILAHAILLALLAH Penting!!! Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya. Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH). Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)?

Sunday, December 07, 2008

Selamat hari raya aidiladha...

Aku nak ucapkan selamat hari raya aidil adha kepada semua yang sudi menjengok blog "sampah" ni semoga mereka yang pernah kutuk aku, hina aku, dan tak kurang juga ada yang puji dan backup aku tu, semoga Allah berkati mereka, murahkan rezeki mereka dan ampunkan dosa2 mereka tu...

Amin....

Aku cuti raya 2 hari jer, 8 dan 9 Disember. Lepas tu kerja balik. Ni mesti boring giler sebab nak godek internet pakai "beruk"band dirumah tu slow. Tapi ok la dari tak boleh langsung...

Sunday, September 28, 2008

Selamat Hari Raya ... Selamat tinggal Ramadhan...

Hari raya bakal menjelma dan Ramadhan mula nak melabuhkan layarnya. Syaitan-syaitan sudah mula gembira dan para penghuni kubur pula mula kerisauan hilang kegembiraan kerena azab kubur bakal menanti.

Tapi berapa ramai yang berduku dengan kepergian Ramadhan? Hanya segelintir yang berduka kerana mereka tidak pasti adakah mereka masih hidup untuk Ramadhan tahun hadapan. Ramadhan bulan yang penuh kemulian. Penuh dengan keberkatan. Segala amal akan diberikan ganjaran pahal berlipat kali ganda tidak seperti bulan2 yang lain. Sekiranya pahala itu dinampakkan didepan mata, rasanya semua ummat Islam mahu diadakan bulan Ramadhan sepanjang tahun. Allahhuakhbar.......

Di akhir-akhir bulan Ramadhan inilah manusia mula lupa akan kelebihan bulan ini kerana sibuk dengan persiapan raya. Yang tak puasa pun sibuk juga mengalahkan orang yang berpuasa. Semoga mereka ini dibukan hatinya ditahun hadapan. Subhanallah....

Friday, March 07, 2008

Selamat Mengundi Kepada Semua Rakyat Melaysia....


Aku nak ucapkan SELAMAT MENGUNDI kepada semua rakyat Malaysia terutama kepada orang-orang Kelantan. Undilah Tok Guru anda.... Undilah dengan pilihan yang tepat. Jangan undi kerana duit atau kerana ugutan. Tunjukkan kuasa anda yang sebenarnya. Tunjukkan kuasa rakyat yang boleh menjatuhkan pemimpin korup, rasuah, pembohong, perompak harta negara serta pengkhianat bangsa dan juga IMAM AJARAN SESAT HADHARI.

Monday, December 31, 2007

Happy New Year 2008

Life is like having a cup of tea.
You sit by the side of the window, lift the cup and take a careless sip,
Only to realize, somebody forgot to put the sugar.
Too lazy to go for it you somehow struggle through the sugarless cup.
Until you discover un-dissolved sugar crystal sitting at the bottom...

---That's Life---

Festive Wishes...














Wednesday, December 19, 2007

Selamay Hari Raya Korban...

Selamat Hari Raya Korban @ Aidiladha @ Haji... Kedai aku tutup 2 hari pada 20hb dan 21hb. 24hb-26hb disember ni aku buat kursus komputer lagi. Hari ni dah tamat kursus komputer untuk sessi pertama dengan 2 peserta sahaja. Tak apa untuk permulaan. Mungkin sebab aku silap tarikh. Semua orang dah balik kampung nak raya.

Hari ni kedai lengang jer. Tak ramai pengunjung. Semua dok sibuk cari barang untuk sambut raya esok. Aku & PJ dok lepak kat kedai. Hari ni nak tutup awal. Jam 4 petang gitu rasanya. Balik boleh lepak2 kat rumah sambil tolong bini aku kat dapur atau tgk Astro jer. Anak aku, Iman demam plak. Tadi pegi klinik ngan umi dia. Aku tak dapat nak hantar. Nasib baik si Pudin ada. Boleh pegi ngan motor.

Ok... Nanti jumpa lagi lepas raya...