Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684

Tuesday, March 25, 2008

Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara....

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

  • mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
  • memelihara satu cara hidup demokratik ;
  • mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
  • menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
  • membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Ni nak tanya sikit nih. Semua rakyat Malaysia hafal ke RUKUN NEGARA nih? Sekarang ni dok jadi krisis Rukun Negara yang kedua nih, "KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA" di Kedah, Perlis dan yang terbaru di Terengganu. Sapa yang setia dan sapa ayng kurang ajar nih? Kita boleh tengok sendiri la. Semua oarang boleh nampak dan boleh menilai.

Saya rasa tak semua orang2 Bee eNd ni yang hafal RUKUN NEGARA nih. Kalau mereka hafal, mesti mereka reti la nak hormat dan tak kurang ajar dengan sultan. Nak bela Melayu konon tapi mereka ni la yang menghancurkan Melayu dan juga agama Islam ni.

Dulu kata nak merawat Kelantan tapi mereka tak sedar bahawa mereka yang perlu dirawat. Rakyat sekarang ni dah bukan macam dulu. Rakyat dah cerdik dan bukan BODOH macam Pok Loh yang tak reti nak urus Bee eNd sampai orang dia sendiri yang kutuk dia dan dalam PRU-12 yang lepas orang2 Bee eNd sendiri yang undi BA.

Malam sebelum PRU-12, 8 Mac 2008 dulu aku tengok orang PAS dok buat solat hajat dan bermunajat kepada Allah tapi apa yang orang2 AMPUNO buat? Mereka dok buat ceramah perdana yang dimulakan dengan mini konsert dengan anak2 muda dok terloncat-loncat atas pentas. Ni aku saksi dengan mata kepala aku sendiri. Bukan aku nak reka2 cerita.

Berbalik kita kepada cerita "Kesetian Kepada Raja Dan Negara" ni, kita tahu la sapa yang setia dan sapa yang kurang ajar. Tepuk dada tanya iman.............. Dan di Terengganu ni ada sepanduk terbaru plak. Sepanduk mengutuk sultan. Sapa yang buat tu? Orang2 Bee eNd yang menyokong Deris la. Tapi kenapa polis tak tangkap orang2 tersebut? Memang jelas muka mereka dok pegang sepanduk tuh. "Dah polis pun orang Bee eNd...." kata aku dalam hati. Nak wak guano......


Tengok la gambar dibawah ni. Mereka ni nak jadi Hang Jebat 2008 ker? "Raja Adil Raja Disembah. Raja Zalim Raja Disanggah " Jadi, sejak bila plak raja kita ni zalim? Raja zalim sebab tak ikut kehendak mereka nak lantik Deris jadi MB. Raja dah tahu dah yang Deris tu merosak dan merobohkan surau serta merompak kekayaan Terangganu ni. Tu yang raja tak nak tuh. Raja sekarang dah adil dan tak perlu disanggah lagi keputusan istana ni. Terimala kenyataan dan janganlah kurang ajar. Kita ni orang Melayu yang penuh dengan nilai-nilai kesopanan.....