Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684

Monday, October 23, 2006

Cerita Ramadhan Hari Ke-30

Alhamdulillah..... Syukur kepada tuhan yang Maha Esa kerana dah cukup 30 hari berpuasa... Sempurna ke tidak tu, tanya iman sendiri lah. Aku pun rasa puasa aku cukup tapi kurang sempurna. Banyak yang perlu diperbaiki. InsyaAllah kalau dipanjangkan umur ke tahun depan.

OK... Sham ishtiharkanlah bahawasanyer.... esok dah raya. Hehehe... Ye lah tu... So, Sham nak ucapkan,


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
KEPADA
SEMUA YANG MENGENALI SHAM DAN SHAM NAK MINTAK MAAF JIKA ADA TERKASAR BAHASA SEPANJANG KITA BERLOG NIH.

Sham akan bercuti mulai
23 Oktober 2006 hingga 29 Oktober 2006
sempena Hari Raya Aidilfitri.

Wassalam...

Cerita Ramadhan Hari Ke-29

Kabare....

Hari ni 22 Oktober 2006, kita pakat g tgk anak bulan. Tgk bulan dah mandi ke blom. Kalau anak bulan tido,maka kita akan beraya lusa. Kami tutup kedai awal ari nih. Aku ajak staff aku si Kembar bukak pose kat umah aku. Bini aku buat nasi beriani.

Pagi tadi g beli rak TV yang baru. Bini aki beli meja makan baru. Aku plak beli rak TV baru. Nampaknyer tahun ni kami beraya sakan. Baju raya baru semua anak beranak. Orang pun tak ramai masuk kedai. Semua CC cam tu. Aku yang dah tutup dari semalam lagi. Aku? Bila nak tutup yer?