Aku tak ada idea nak taruk per kat sini ari nih... Dok perah idea... Buka tak ada modal tapi banyak sangat peristiwa yang berlaku semalam... Pergi kerja, buat budget kedai baru, pergi kedai perabot, pergi ambik laptop untuk diservis, pergi ukur kedai baru, pergi taman, kacau pok jue, tengok eksiden tepi highway dekat ngan umah, kacau bini, main ngan anak2, dll...
Pagi tadi bukak blog kawan2. Kacau mana yang nak dikacau. Pastu dok usha camana nak taruk radio.blog kat blog neh. Jap jer dah jadik. Taruk lagu2 yang aku suka. Bestntyer........
Senyuman Iman dipagi hari. Tak henti2 panggil abah. Kalau aku tak cakap "ya", dia tak berhenti.
"ANAK SAPA LA NIH..?" Lepas pegi ukur kedai baru tu, kami pegi makan kat KFC. Masa tengah makan tu aku tengok ada budak dok bawah meja depan kaunter. Tah apa yang dia intai...
Jalan-jalan dengan Pok Joe keliling tasik sambil menyedut udara segar.
Cubaan Pok Joe terjun ke dalam tasik tidal berhasil kerana berjaya dihalang oleh aku. Dia begitu teruja melihat kesegaran air tasik tersebut...
Ops... Aku ada hal nak kuar jap. Nanti sambung balik petang nih....
Ni sambung balik blog aku nih. Tadi draft jer. Tgh ari tadi g jumpa Paulin pasal surat perjanjian sewa kedai. Jumpa dia kat Luyang. Bayar deposit semua sekali. Lepas tu kami ke Pusat Perabot F5 di depan jalan nak masuk ke SMK Mengatal @ SMK Bandaraya. Beli perabot untuk kedai. Kami belanja RM3320 untuk perabot kedai. Kak Sapiah ikut sekali. Yang dia punya kami bayar dulu sebab dia blom dapat duit. Lama jugak kami di sana. Sibuk dok tawar-menawar ngan tokey kedai tu.
Ingat nak pergi bersihkan kedai tapi dah penat sangat. Jam pun dah dekat pukul 5 petang. Kena balik tengok Pok Joe kat kedai plak. Cian dia dok sorang2.