Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684

Tuesday, April 01, 2008

Sejarah April Fool's....

APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!
Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'. Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
Petikan drpd Risalah Fikrah
Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu .....rawahuttirmizi
Illal Liqaq

~Fikir-fikirkanlah wahai umat Islam..

Thanx to all...

Cerita Aku....

Terima kasih kepada semua yang mengucapkan selamat hari jadi untuk aku. Terima kasih kepada Pok Jue yang belanja aku KFC dan Pizza...

Hari ni, 1 April 2008? Hah..? April Foolllllll........ Sapa yang nak kena nih? Apa pun April Fool tu sebenarnya dikenakan kepada orang2 Islam. So, tak yah la kita nak main2 menda cam nih. Tu amalan orang2 kafir.

So, mulakan hari nih dengan bismillah... dan doa seribu dinar.... semoga dimurahkan rezeki...

Pagi ni sejuk sebab hujan turun renyai2. Aku turun awak ke tempat kerja. Lapas hantar wife ke sekolah aku balik ambil Pok Jue. Lepak dulu dalam kereta sambil dengar radio ERA. Sampai di tempat kerja dalam jam 7.30pagi. Kedai aku jer yang baru bukak. Nak check harga CD jap. Ingat mau order CD banyak nih. Ingat nak buat sales skit. Nak turunkan harga CD tuh. Mau tarik pelanggang.


Dengar Khabar...

Dengar khabarnya Pak Lah disuruh letak jawatan oleh Yang Dipertuan Agong dan Idris Jusoh serta beberapa ADUN yang menykongnya plak dilucutkan anugerah Datuk pasal menderhaka. Tu yang Pak Lah buat meeting MT dan terus bagi sokongan kat Mat Said tuh. Pasal nak ambik hati Sultan la tuh. Dasar penderhaka. Ada ke dia kata sultan tak ikut perlembagaan? Tak ingat ke bahawa kalau Yang Dipertuan Agong tak suka dia, bila2 masa jer dia boleh kena tendang?