Penarik Beca Wed | Jul 16, 08 | 10:53:29 am MYT | |
Shabery tak pernah berubah. Itulah kesimpulan saya bila melihat debat antara Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sekurang-kurangnya, Anwar yang dituduh tidak berubah lebih banyak menumpukan tajuk perbincangan. Saya pernah cuba memperkenalkan Datuk Ahmad Shabery Cheek dalam posting bertajuk "Selamat berkenalan dengan Ahmad Shabery Cheek". Baca betul-betul berita Malaysiakini yang saya pautkan di situ. Anda boleh memahami Shabery dan stailnya. Itulah Shabery sejak sekali-sekala saya terjumpa dengannya di Harakah dahulu - ketika itu beliau menjadi kolumnis lidah rasmi PAS itu. Tak faham lagi? Saya teringat budak-budak bertengkar. Katakan, ketika kita budak-budak dulu, kita bertengkar dengan seorang budak. Kita kata kat dia, air liur hang nampak memutih-mutih tepi-tepi bibir bila hang bercakap. Banyaknya! Memang, budak itu akan jawab, "aku dah sapu dengan lidah aku. Memang la masa aku bercakap jadi macam tu, tapi lepas aku bercakap, aku ada teknik nak hilangkan apa yang hang nampak tu". Tetapi selepas itu, budak itu akan keluar dari pokok persoalan dan terus serang kita dan kata "mata hang pun aku pernah nampak banyak taik, hari tu aku nampak hingus hang meleleh tak habis-habis. Bau hang busuk", bla, bla, bla... Bila kita tambah lagi fakta tentang mengenai air liurnya yang nampak memutih-mutih tepi-tepi bibirnya bila dia bercakap tu, dia akan jawab sikit lagi mengenai perkara itu. Sikit ja. Lepas tu dia akan tumpukan dengan serangan demi serangan kepada kita. Selalunya budak yang kalah bertengkarlah yang buat hal. Bila dia dah tak tau nak jawab apa, mulalah dia akan kata, "hang tu suka buat kacau kat jalan!" Selepas itu mungkin akan ditokok tambah dengan maki hamun dan carut capai. Itu budak-budak la... Orang tua, terutama bila di hadapan umum, lain sikit style dia. Kepada saya, Shabery tidak berjaya sama-sekali mempertahankan kerajaan yang diwakilinya. Dia hanya berjaya mendedahkan betapa tidak demokratiknya Anwar ketika beliau menguasai media-media seperti TV3, Utusan Malaysia dan akhbar-akhbar kumpulan NSTP dahulu. Itu sahaja kejayaan Shabery. Tetapi beliau tidaklah nampak bodoh tahap tingkat lima Jabatan Perdana Menteri seperti tukang tanya yang dibawanya. Soalan pertama beliau dah nampak bodoh. Tetapi, bila mendengar soalan kedua beliau, terus anak saya kata, "Ya Allah... Bangangnya dia ni! Sape ni, abah! Bodoh tahap gaban! Sebab minyak naiklah, yang lain semua naik harga. "Bagi subsidi tak sampai seribu setahun, kita kena tambah duit minyak beribu-ribu. Kalau bagi duit sewa rumah RM100 sebulan kat rakyat pun, bantu apa namanya kalau dulu sewa kita kena bayar RM500 sebulan, sekarang dah naik RM700!" Kalau budak sekolah menengah pun nampak orang yang nak berlagak pandai itu bangang tahap gaban, saya tak perlu kata apa-apa...- tajdid_ |
Detox Foot Patch
Thursday, July 17, 2008
Debat minyak: Jahil tahap gaban
Harakah Online
Subscribe to:
Posts (Atom)