Assalamualaikum.....
Hari ni sampai awal di opis kat IP. Kemaskan mana yang patut. Kira duit float, set semua komputer dan check line internet ok ke tidak sebab semalam line lembab giler. Ptg semalam system down sebab ada masalah kat telekom.
Hari ni, pagi ni rasa segar skit walaupun nampak cuaca jerebu sama jer macam hari lepas2. Makin teruk ada la walau hujan semalam. Tak mo citer lebih cuma nak sampaikan pesanan skit kat POK JOE.
SEDIKIT PESANAN UNTUK POK JOE...Sebelum ni ada abg dah bagitau tapi ni nak bagitau balik mungkin Pok Joe lupa atau buat2 lupa.
Tingkatkan mutu kerja anda.
Tingkatkan mutu kerja anda.
Tingkatkan mutu kerja anda.
Abg bukan kata kerja Joe tak bermutu tapi kena tingkatkan lagi sebab nampak sekarang ni, dan dah masuk bulan puasa ni mutu kerja semakin merosot. JANGAN BANYAK TIDO...! Tido banyak melembabkan otak kita. Cukup tidur sekadar 5 jam sehari untuk orang dewasa. Abg tgk sekarang masuk tido awal tapi bangun still lewat jugak. Apa nih? Ingat, abg blom ambil cuti kerja lagi. Kalau abag cakap abg pergi IP awal sebab nak tido, Joe salah. Abg cakap je abg pegi tido tapi abg pegi awal sebab ada kerja yang perlu abg buat dan fikirkan.
Kalau abang boleh buat kenapa Joe tak boleh? Kita sama2 jantan. Anak jantan mesti kuat. Jangan kuat makan, kuat "main" dan kuat tido jer. Kita mesti kuat semangat. Kuat kerja. Mesti rajin. Jangan nak tunggu arahan dulu baru nak buat. Kena fikirkan apa yang kita nak buat hari ni dan esok. Jangan tunggu esok baru nak fikir apa yang nak dibuat. Fikirkan hari ini untuk kerja esok dan yang akan datang. Baru kita boleh maju. Joe masih muda. Masa muda ni lah kita nak kerja kuat. Peluang cerah dihadapan.
Kalau kita rasa kita dah ok sekarang ni, Joe salah. Kalau pencapaian kita setakat macam ni sekarang ni sampai bila2 pun orang Islam macam ni kita tak akan maju. Dulu Joe dibawah tunjuk ajar abag. Sekarang abg dah serahkan tanggungjawab untuk menjaga kedai tu kepada Joe. Fikirkan apa yang boleh dibuat untuk menaikan hasil jualan dan perkhidmatan. Make some homework. Buat catatan skit apa peracangan Joe. Nak buat promosi? Takder masalah. Just inform me what u want to do. Jadi tunjukkan kepada abag bahawa Joe bukan lemah. Joe boleh buat walaupun tidak berpelajaran tinggi. Kita mendapat pendidikan bukan saja di sekolah. Di sekolah hanya asas sahaja. Sekarang ni kita belajar daripada kehidupan kita. Dulu masa di sekolah kita gagal sebab kita malas. Takkan sekarang kita nak gagal jugak sebab kita malas. Belajar dari kesilapan.
Abg hanya bagi tunjuk ajar asas. Joe sendiri kena mencari yang selebihnya. Tak tahu tak apa tapi kena rajin bertanya kepada mereka yang tahu. Abg dah tak ada idea nak tulis apa lagi. Terserah kepada Joe. Nak berjaya atau tidak. Peluang seperti ini hanya datang sekali dalam hidup. So, jangan sia2kan peluang yang ada sekarang. Good luck....