Sedar tak sedar, dah masuk hari ke-6 kita semua berada di bulan Ramadhan. Dah masuk hari ke-6 kita semua berpuasa. Dah hampir seminggu kita semua berpuasa. Tapi adakah kita betul2 puasa. Jangan setakat puasa menahan lapar dan dahaga saja. Segala-galanya kena puasa. Hati, mata, mulut, tangan, kaki, perbuatan, dsbnya... Itu semua kena jaga. Sham bukan cakap untuk orang sahaja tapi apa yang cakap ni untuk Sham juga. Memang tak dinafikan kita tidak lari dari melakukan kesilapan/kesalahan semasa berpuasa. Tapi hakikatnya kita ini manusia yang lemah.
Tapi kenapa kita mesti selalu mengakui kita ini manusia yang lemah. Bila dah buat dosa, kita sering mengatakan kita ni manusia yang lemah. Tak lari dari melakukan kesilapan. Dah tak ada alasan lain? Dah tahu kita ni manusia yang lemah, mengapa kita tak nak mengatasinyer?
Sham hairan mengapa ramai orang Islam sekarang nama saja Islam tapi tak mengamalkan cara idup Islam. Masa memula nak puasa ari tu, bila dengar sahaja pengumuman puasa jatuh pada hari berikutnya semua bersorak. Sham sungguh sedih bila mendengar pengumuman tersebut. Sham mengharapkan kedatangan Ramadhan tu cepat2. Kalau boleh biarlah ada bulan ramadhan 3/4 kali setahun. Sebabnya segala amalan baik kita dibalas dengan pahala yang berlipat kali ganda. Seorang kawan Sham masa di U dulu akan bersorak bila Ramadhan menjelma. Tapi bila dah semakin hampir dengan hari raya dia akan menangis. Menangis kerana bulan yang penuh keberkatan akan tamat. Bulan dimana semua pintu2 syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup. ( Apo yang ko mengomel ni Sham.... Mamai baru bangun tido ke...? )
Pagi ni susah sungguh aku nak bangun sahur. 3/4 kali bini aku kejutkan. Akhirnya aku bangun gak. Rasa lenguh2 seluruh sendi. Sahur pagi ni kami makan hotdog dengan air teh jer. Bini aku dah tanya sebelum tido semalam aku nak sahur ngan apa. Aku cakap makan apa yang ada la. Sekali ada roti ngan hotdog. Makan sajalah. Sekadar mengalas perut supaya tak kelaparan sangat. Lepas sahur cam biasa aku tunggu masuk waktu subuh. Dah siap sembahyang subuh aku landing kat ruang tamu sambil tengk tv. Selalunya lepas tu tv akan tgk aku dok berdengkur pulak. Heheheee...
Pukul 6.30 pagi bini aku kejutkan aku. Mintak hantar dia ke sekolah. Aku mandi dulu da... Lepas hantar bini aku ke sekolah aku terus ke IP. Sampai sana aku landing kat bilik sembahyang. Aku terjaga dalam kul 8.31 pagi. Ingat dah pukul 9.00 pagi. Awalnyer aku jaga. Aku ngatuk lagi laa... Letih sangat2. Semalam pun tutup kedai kul 10.00 malam. Tu pun sebab ada kestemer. Ada bdk popuan india hantar laptop. Katanya laptop dia masuk air. Aku ingat dia buat joke je. Rupanya betul2 masuk air. Dia letak di tepi tingkap. Hujan lebat petang semalam. Angin pun kuat. So, kena tempias hujan. Terpaksa la aku buka semua laptop tu. Kasik hair dryer sama itu laptop untuk keringkan air atas dia punya komponen. Sblm tu aku dah lap ngan tisu. Tapi takut masih ada air yang tersembunyi. Takut ada shortcurcit plak bila on. Dah siap keringkan, aku pasang balik. On saja dah ok. Muka budak india tu kembali cerita. Memula datang tadi cam nak nangis jer. Sebab banyak assigment dia dalam tu. Kalau rosak, habis la.... Kena buat balik.
Sebelum tido malam semalam aku buat sembahyang terawih sorang2. Orang lain semua dah masuk tido. Malam kelmarin pun aku buat terawih sorang2. Tahun lepas aku tak busy sebab tak ada bisness cam sekarang. Boleh la aku buat terawih ngan bini aku. Masa sblm kawin dulu, kalau malas nak ke surau, aku buat sembahyang tarawih di rumah ngan mak, adik, kakak dan abang. Aku la yang jadi imam. Bangga tu.... Kalau ayah masih ada, tentu dia bangga dengan aku. Tapi aku tahu, ayah pun tahu walau dia tiada lagi di dunia ini. Aku rindukan ayah.... Hanya Al-fathiah yang mampu aku hadiakan untuk ayah..... ( aku dah mula emotional nih.... hiks..hiks...hiks...)