Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684
Showing posts with label Diariku.... Show all posts
Showing posts with label Diariku.... Show all posts

Friday, July 08, 2011

Jumaat yang cool...

Hari ni bini aku cuti. So, anak bongsu aku tu boleh la dok umah ngan ummi dia. Aku boleh pergi hantar anak2 jantan aku ke sekolah. Anak sulung plak dah tak sekolah SAR dah.... Malah aku nak hantar sebab dia banyak songeh. Macam-macam hal. Jadi, biarlah dia bersekolah kat sekolah kerajaan jer...

Hari ni pun hari jumaat, jadi tak lama sangat la aku dok kat kedai waktu pagi nih. Tak ramai kastemer sangat. Jam 12.15tghari aku balik umah. Anak sedara aku si Abey tu sakit perut plak. 3/4 kali masuk tandas. Semalam dia makan pedas. Hahahahaha... Cian sungguh...

Lepas jumaat, hantar anak sulong ke sekolah, lepas tu hantar blanket ke kedai dobi. Terus, aku ke kedai. Lalu ikut jalan Inanam - Menggatal. Ada sekatan polis di jalan Menggatal nak masuk ke Inanam. Polis pun takut ada rusuhan gak ker.... hahahahaha.... Nak jugak aku tengok rusuhan berlaku esok. Nak tengok sapa yang nak jadi hero....

Monday, August 17, 2009

Kereta ku "jem"....

Semalam dalam pukul 5.30 ptg bini aku nak ambil aku di opis. Sekali kereta tak boleh start. Rupa-rupanya dia lupa off lampu. Habis bateri la tu. Malam tu aku balik kerja dengan PJ naik motor. Sampai dirumah, aku tolak kereta keluar dari perking. NAsib baik ada PJ dan budak-budak tolak tolakkan untuk hidupkan kereta. Dah hidup kereta tu, aku biarkan dalam 15 minit untuk dia caj balik bateri tu.

Hari ni, ok dah. Boleh start terus. Tak ada masalah.

Tuesday, June 09, 2009

Renungan usia....

Dah semakin berumur.... Usia semakin meningkat.... Kedut dimuka mulai kelihatan....

Saturday, May 30, 2009

Fikir...fikir...

Fikir...? Ya fikir... Banyak perkara yang perlu aku fikirkan. Banyak hal yang perlu diselesaikan. Hal dunia, hal akhirat... Banyak sangat yang perlu difikirkan. Kadang - kadang tu malas nak difikirkan tapi kalau tak fikir, tak boleh sebab aku ni manusia yang diberikan akal dan fikiran untuk berfikir... Jadi, kena fikir jugak la...

Friday, April 24, 2009

Isteri selamat bersalin pada 23 Apri 2009...

Pagi, aku hantar anak Hani dan Iman ke sekolah. Wife ikut sekali sebab dia nak pergi klinik di Inanam. Ada apoiment ngan doktor katanya. Tapi sejak semalam baby dalam perut asyik dok mengeras jer. Lepas hantar Hani dan Iman, kami terus ke Klinik Ibu Dan Anak di Inanam. Aku dok di kereta dengan Irfan sebab dia tidur.

Dalam 15 minit giti wife call. Dah nak bersalin katanya. Misi periksa, rahim di dah terbukak 7cm. Alamak. Aku masuk hantar pakaian wife dan baby untk standby. Misi kata dia dah call ambulan tapi mereka dah stanby takut tak sempat ambulan sampai. Aku terpaksa tunggu dalam kereta sebab Irfan masih tidur. Takut dia bangun dan buat hal plak. Dalam 15 minit gitu, ambulan sampai. Aku masuk ke klinik semula untuk bantu wife masuk ke ambulan. Lepas tu aku g ambik Syafik di IP. Sampai di Hospital likas dalam kul 11.15am. Terus ke kaunter penilaian bersalin. Mereka kata wife aku dah masuk bilik bersalin. Kami tungu diluar saja. Jam 11.30 am aku g ambil Hani di sekolah dan terus ke Hospital semula. Dalam kul 12tgh, wife call. DAh bersalin dalam kul 11.30am tadi katanya. Alhamdulillah.... Kami dapat baby girl.

Dalam kul 2pm aku mintak masuk nak azankan baby. Tapi baby masih dalam bilik rawatan sebab ada masalah skit. Nafasnya terlalu laju. Dia kena kasi oksigen. Tapi keadaan tak membimbangkan.

Aku keluar dan bawak anak2 balik kerumah. Irfan dan Hani kepenatan menunggu Ummi mereka, terus terlena di ruang tamu. Aku sembahyang Asar, dan keluar semula sebab kat rumah tak ada elektrik. Nak masak nasik tak boleh. Aku pergi ke kedai di IP. Beli sedikit ayam serta ikan dan masak nasik di kedai aku. Lepas tu pergi ambil Iman. Balik rumah, bakar ikan untuk wife. Suruh Syafik mandikan budak2. Nasib baik elektrik dah ada. Aku keluar lagi....

Pergi kedai, ambil nasik yang masak tadi. Suruh PJ tutup kedai awal. Aku terus ke hospital. Aku hantar nasik kat wife. Dia menangis tensen katanya sbb baby tak ada disisi. Aku temteramkan wife. Cakap kat dia aku dah tgk baby. Ok, kataku. Baby sihat cuma ada masalah pernafasan jer. Aku tukar handfone celcom sebab line maxis tak berapa bagus kat dalam bilik bersalin tu. Oh ya, bini aku tak boleh masuk wad lagi sebab wad penuh. Terpaksa tunggu di bilik bersalin. Lepas sapu sedikit minyak panas di belakang wife, aku ke tingkat 5 nak tgk anak aku. Misi kat situ mintak aku hantarkan pampers. Aku azankan anak aku dulu. Kemudian turun ambil pampers di beg bersama wife. Aku minta kebenaran misi nak bawak wife tgk anak. Misi kata ok kalau wife dah tak berasa pening. Aku terus cari kerusi roda dan bagitau wife kalau dia nak tgk baby. Terus dia nak.

Lepas hantar wife ke wad semula, aku balik rumah. Bagi anak2 makan nasi dah suruh mereka tido. Aku ? Letih woi.... Tapi sebenarnya keletihan itu hilan bile tgk wife dah selamat bersalin dan tgk muka zuriat aku yang ke-4 nih. Hmmmm... Ada iras2 Iman, anak aku yang ke-2 tuh...

Friday, April 10, 2009

Siang tak selalunya cerah...

Itu perkara biasa
sudah menjadi lumrah hidup
siang tak selalunya cerah...

Sudah menjadi resam hidup
laut tak selalunya tenang
hati manusia katakan...

Aku ni hanya manusia biasa
manusia yang gile kerja
tak lari dari kesalahan
tak lari dari keserabutan
jiwa selalu kacau....
ye lah.... sebab siang tak selalunya cerah...

Dah jadi adat orang berkeluarga
salah silap itu perkara biasa
cuma perlukan kesefahaman
ye lah... kena saling faham memahami
sebab siang tak selalunya cerah....

Tuesday, March 31, 2009

Happy birthday to me....

Birthday aku yang ke-33 tahun. Dah tua dah rasanya tapi jiwa masih lagi muda....

Sunday, March 22, 2009

Aku dan Warisan2u.Com...

Dah dua hari aku datang awal ke tempat kerja. Siapkan kerja2 semalam yang tertangguh. Biasanya aku siapkan rekod sales hari sebelumnya. Lepas tu aku bukak internet dan baca paper ataupun download driver komputer.

Awal2 pagi 7.30am, aku rasa tenang kerja sorang diri sebelum staf2 aku masuk pukul 9 pagi. Masa ni aku boleh fikir dan merancang dengan tenang tentang bisnes aku, planning aku akan datang dan sebelumya.

Sehingga kini, aku berbangga kerana sudah memiliki 2 syarikat walaupun tadak begitu besar tatapi cita2 aku untuk memiliki syarikat komputer sendiri sejak aku berumur 16 tahun dan tercapai. Tapi mungkin ada yang menganggap aku bukan boss. Yang bukan big boss sebab isteri aku yang bagi sokongan kewangan. Actually, aku hanya menggunakan nama wife aku untuk pinjaman kerana dia kerja dengan kerajaan dan senang untuk membuat pinjaman. Bayaran bulanan tu, aku yang bayar. Mungkin ada yang tak nampak sebab kekadang tu bayaran kepada wife aku tu aku gunakan untuk membeli barang keperluan rumah dan keluarga.

Hingga sekarang ini, kebanyakkan ahli keluarga masih melihat aku bergantung kepada isteri aku. Aku tak heran sebab wife aku memahami. Malah dia adalah penggalak utama serta pendorong kajayaan aku. Tidak seperti beberapa ahli keluarga yang aku tolong tapi masih tetap di takuk lama ada juga yang takut untuk keluar dan mencuba sesuatu yang baru untuk berjaya. Cukup setakan untuk menjadi kuli batak. Itulah mentaliti Melayu yang kerja hanya untuk cukup2 makan.....

Thursday, January 29, 2009

Aku kena selsema plak dah...

Adush... tak selesa sungguh... Aku kena selsema plak. Hidung asyik berair jer. Dah lapan bijik panadol solubel aku telan. Tak oke gak. Balik keja nanti aku nak g belik ubat kat poliklinik. Lusa nak g jalan2 plak.

Saturday, January 24, 2009

Sibuk memanjang...

Semenjak dua menjak ni aku sibuk memanjang. Kalu tak sibuk pun aku buat2 sibuk. Kekadang tu tak ada masa nak lepak2 kat 'opis' aku ni. Nanti aku citer lagi... Banyak menda yang nak diceritakan sebenarnya...

Monday, January 12, 2009

Permulaan 2009 yang kelam-kabut...

Start jer persekolahan 2009, aku jadi kelam-kabut. Apa tak nyer... pepagi lagi aku kena hantar anak aku Hani dan Iman ke TADIKA RIA di Yayasan Sabah. Lepas tu pergi bukak kedai. Pukul 11.00 pagi plak kena g ambik Hani dan hantar dia balik. Kalau ada barang2 komputer nak kena beli, pergi KK dulu. Lepas hantar Hani, balik kedai semula. Belum panas bontot, kena g ambil Iman plak kul 5.00pm. Jalan kat King Fisher tu mesti jem giler... Tu yang aku tak tahan tuh. Buang masa dalam jem.

Saturday, January 10, 2009

Friday, January 09, 2009

Al-Fathihah untuk ayahanda tercinta...

Hari ni genap sudah 15 tahun ayahanda ku yang tercinta kembali ke rahmatullah. Aku masih ingat lagi waktu itu. Masih segar di ingatan. Apapun aku berdoa agar roh ayah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

Amin...

Monday, January 05, 2009

"Iman ngan kakaknak sekolah..."

"Iman ngan kaka nakpegi sekolah..." itulah ucap setiap hari anak2 aku si Iman dan Hani. So, hari ini impian mereka nak bersekolah dah tercapai. Pagi tadi dalam pukul 7.30am aku hantar mereka ke TDIKA di Yayasan Sabah. Kakak masuk kelas Kenari dan Iman masuk kelas Teratai. Iman kira masuk kelas jagaan. Dia sampai petang la. Hani sampai tengahari sahaja sebab dia dah kira masuk kelas TADIKA.

Iman, masuk kelas saja terus ambik mainan. Hani ok jer. Dah salama, aku terus keluar nak pergi kerja. Call bini aku jap bgtau aku dah hantar anak2 ke sekolah mereka.

Sunday, January 04, 2009

The 243 post...

Ni post aku yang ke 243. Sejak 2006 dan dah masuk 2009 blog aku ni masih idup lagi... Dan akan idup terus selagi aku masih idup....

Dan hari ni juga aku lewat ke tempat kerja sebab tertidor. Aku dah bangun sembahyang subuh. Lepas tu aku tarik selimut balik. Sejuk da... hujan. Aku tersedar pukul 9.18pg. Haiyaa... Sulah lewat woo... Anak aku, Irfan dah bangun. Cepat2 mandi dan bersiap nak pergi kerja. Bini aku gorengkan popia yang aku buat semalam sebagai bekal aku.

Saturday, January 03, 2009

Kedai aku dah start busy....

Dah start busy giler kedai aku nih... Pepagi lagi dah kena serbu ngan student.. Almaklumlah cuti lama 2 bulan lebih... Laptop dan PC tak diservis dan update... Ada yang jem terus. Tak kurang jugak yang membiak virus. Apapon... still maintain... Tu rezeki tuh....

Friday, January 02, 2009

Ada kerja skit....

Hari ni hari jumaat. Aku buka kedai sorang2 jer sebab semua staf off day. Aku nak settle kan beberapa PC yang kena service. Esok kastemer dah nak ambik. Ada 4/5 biji lagi PC yang dah siap tapi tak dituntut. Aku dah call mereka tapi tak datang ambil lagi. nak kena bagi warnig la ni baru ambik. Nanti aku jual baru padan muka mereka.

Thursday, January 01, 2009

Welcome 2009...

2008 dah melabuhkan layarnya dan 2009 baru nak berlayar...

Tiada yang istimewa kurasakan. 2008 kutinggalkan dengan serba kekurangan kerana tiada yang lebih ceria. Semalam anak2ku berosorak melihat percikan bunga api dari rumah kami sampai Iman tergolek jatuh tangga. Dah la sakit jatuh tangga, ummi bagi upah sebijik dua kat bontot sebab dia meraung menyebabkan adiknya, Irfan yang sedang nyenyak tido terkejut. Aku hanya melihat kelu. "Dah la tu..." hanya itu sahaja yangkeluar dari mulut aku.

SELAMAT HARI JADI juga buat kakak aku yang berada di KL. Kakak aku, anak yg ke-9. Hari jadinya jatuh pada 1 Januari setiap tahun. Untung la dia sebab setiap kali harijadinya, hari cuti. Aku nak menghantar SMS semalam tapi line terlalu sibuk... Tggu la line ok skit....

Wednesday, December 31, 2008

Tuesday, December 30, 2008

Hobi... Apa tu?

Hobi..? Kalau orang tany aku pasal hobi aku tak tau nak cakap apa hobi aku. Yan gkau tahu, setiap hari aku ke tempat kerja dan godek komputer serta internet. Kat rumah aku layan astro channel AFC kalau tak kacau anak2 main. Aku tak ada hobi yang tetap... Entahlah... Aku sendiri tak reti perangai aku nih... Tak cam orang lain...

Tapi kalau hobi suami isteri tu biasalah... Pasangan lain pun sedia maklum.. hehehehe...

Hari ni, 2 Muharram 1430H aku dok layan blog koleksi video yang baru aku buat. Bila ada masa lapang atau sedang tunggu format PC kastemer, aku update blog nih.