Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684

Friday, January 05, 2007

Sakitnyer belakangku.......

Hari ni hari ketiga aku jadi baby sitter. Pembantu rumah aku cuti sakit. Minggu depan baru dia balik. Tu kalau dia dah ok. Dah 3 hari aku bukak kedai kul 2 petang. Rudi la kalau cenggini lama2. Aku jaga anak aku sampai tghari. Bini aku balik sekolah, aku g bukak kedai plak. Aduh... Semalam balik ambik bini aku di sekolah, aku g sattlekan semua urusan bank.

2/3 ari ni rezeki murah. Walaupun aku bukak petang tapi income ok gak la. Alhamdulillah.... Tadi aku bukak e-mel. Ada mel dari Ted. Aku bukak blog dia jap. Sekali ada ternampak no tipon dia. Aku send sms kacau dia jap. Kuheh..kuheh...kuheh... dia dapat teka la no tipon aku. No Sabah katakan. Dia mesti agak aku punya sebab tadak orang lain dah orang yang dok Sabah yang dok kacau dia. Tgk gambo dia kat blog dia tu dah nampak tembam.... Sonak la Sein pasni dok cubit pipi si Ted nih.... hahahahah

Monday, January 01, 2007

Selamat Tahun Baru 2007

Selamat Tahun Baru 2007. Semoga tahun baru ini membawa banyak pembaharuan dalam hidup kita. Kita tinggalkan kenangan pahit 2006 dengan azam yang baru di 2007. Bagi sham, azam 2006 dah tercapai 100% iaitu nak bukak kedai komputer. Tahu 2007 ni Sham berazam nak tingkatkan kualiti dan produktiviti. Bagi famili plak, Sham berazam nak luangkan lebih masa bersama anak2 dan isteri sebab sejak bukak kedai ni, rasa cam kurang sangat masa ngan anak2 dan isteri.

Apa azam korang plak?