Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684

Tuesday, May 20, 2008

‘Saya antara orang paling bahagia’

Utusan Malaysia :

KOTA BHARU 19 Mei – “Saya antara orang paling bahagia apabila mengetahui pengumuman Tun (bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad) keluar daripada UMNO.

“Ia memberi semangat dan perangsang kepada ahli Pas dan ahli UMNO sendiri supaya keluar parti kerana parti itu lebih membawa kepada kekusutan,” kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ini merupakan reaksi spontan Menteri Besar Kelantan itu di sini hari ini ketika ditanya mengenai pengumuman keluar UMNO yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu.

Menurut Nik Aziz, Dr. Mahathir sepatutnya telah lama memilih untuk keluar daripada UMNO dan memilih perjuangan Islam sebagai gantinya.

Beliau berkata, Dr. Mahathir telah dikurniakan nikmat besar oleh Allah iaitu bijak, berpandangan luas dan tajam fikirannya tetapi ia telah disalah guna bukannya untuk Islam tetapi untuk fahaman sekular yang hanya mementingkan pencapaian duniawi.

“Sepatutnya semakin tua, beliau semakin tenang dan bahagia tapi kini tidak kerana fikirannya semakin kusut. Ini kerana UMNO adalah sebuah parti sesat yang menyesatkan.

“Saya sebenarnya amat sanjung dan hargai kebijaksanaan Dr. Mahathir malah ucapan bernas beliau juga saya selalu ikut dan pegang tetapi yang jadi masalah ialah dia salah guna nikmat itu untuk sekular.

“Antara yang paling saya suka ialah semasa dia menyerang Yahudi dan menggalakkan syarikat besar negara mencari dan membuat pelaburan di luar negara seperti yang dilakukan oleh Petronas,” kata Nik Aziz.

Ketika ditanya mengenai kesediaan Pas menerima Dr. Mahathir menyertai parti pembangkang itu sebagai wadah meneruskan perjuangan politiknya, Nik Aziz berkata:

“Kalau dia nak masuk Pas saya setuju sangat kerana dia amat berwibawa, berfikiran tajam dan kalau dia sertai kita maka kita tumpang tuah dia.

“Tapi saya tidak akan pelawa dia, terpulang kepada dia. Saya berpendapat mustahil bagi Dr. Mahathir yang mempunyai kedudukan paling tinggi di negara ini akan kekal kosong (tidak sertai parti politik).’’