Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684

Tuesday, July 12, 2011

Baca post lama kat blog aku nih....

Diam tak diam, dah hampir 5 tahun blog aku nih. Aku start blog ni pada 21 september 2006. Biarpun tak ramai yang menjenguk blog aku nih tapi aku tak kisah sebab bukan itu tujuannya aku buat blog nih.

Ia menyimpan sejuta cerita sejak 5 tahun dahulu. Nak tergelak gak bila baca entry dulu-dulu.... Kekadang aku tak percaya macam mana aku boleh menulis sebegitu. Mmmmm.... Kira aku ni boleh jadi penulis gak la walaupun tah apa2 ayatnya....

Kesibukan aku sekarang membuat aku tak sempat nak menulis blog. Kalau aku post entry terbaru pun aku copy paste citer drp kawan2 atau dari blog orang lain. Just nak bagi kredit untuk mereka jer...

So, lepas nih, aku nak tulis sendiri la ceritanya. Bukan apa, kekadang kalau asyik dok copy paste orang punya, otak kita jadi beku. Idea sendiri jadi lembab dan kurang. Kita pun jadi malas untuk berfikir. Jadi, untuk melatih otak aku agas lebih banyak berfikir tentang idea baru, cerita baru, baik aku tulis sendiri cerita di blog aku ni. Tulis cerita yang aku nampak, aku dengar dan juga tulis tentang idea baru dari kepala otak aku yang kecil nih.

KENAPA KITA SOKONG "BERSIH" YG DI KETUAI OLEH SE ORANG NO-MUSLIM - AMBIGA???

INI HUJAH DAN JAWAPAN NYA......
1. Orang kafir yang adil lebih dihormati berbanding orang islam yang zalim. Ibnu Taimiyyah ada berkata;

الله ينصر الدولة العادلة وإن كانت كافرة ، ولا ينصر الدولة الظالمة وإن كانت مؤمنة

Maksudnya;
“Allah tolong Negara yang adil walau ia kafir sekalipun. Allah tidak akan tolong Negara yang zalim, walau ia mukmin sekalipun ”

2. Allah SWT tidak akan mendatangkan azab kebinasaan kepada Negara yang diperintah oleh orang kafir yang Negara itu mengamalkan dasar pembaik pulih, keadilan, kebajikan dan muslihin.

Firman Allah;

وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَى بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ

Maksudnya;
“Tidaklah tuhan kamu (Allah) membinasakan negeri secara zalim dalam keadaan ahli negeri itu melakukan Muslih (pembaik pulih, keadilan dan kebajikan)”

(Hud : 117)

3. Nabi SAW sendiri mempertahankan orang kafir yang dizalimi. Malahan menolak orang mukmin yang melakukan kezaliman.

Sabda Nabi SAW;

مَنْ قَتَلَ مُعَاهَدًا لَمْ يَرِحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ وَإِنَّ رِيحَهَا تُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ أَرْبَعِينَ عَامًا

Maksudnya;
“Barangsiapa yang membunuh Non Muslim, maka dia tidak akan mendapat bauan Syurga, walhal baunya boleh didapati dengan perjalanan selama 40 tahun sekalipun ”

Juga sabda Nabi SAW;

أَلَا مَنْ ظَلَمَ مُعَاهِدًا أَوْ انْتَقَصَهُ أَوْ كَلَّفَهُ فَوْقَ طَاقَتِهِ أَوْ أَخَذَ مِنْهُ شَيْئًا بِغَيْرِ طِيبِ نَفْسٍ فَأَنَا حَجِيجُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya;
“Barangsiapa yang melakukan kezaliman terhadap orang bukan Islam, atau mengurangkan haknya, atau membebankan kepadanya luar dari kemampuannya, atau mengambil sesuatu darinya dengan cara yang tidak baik, maka aku akan menjadi penghujjah (untuk non Muslim) itu pada hari akhirat kelak ”

4. Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).