Aku dah tak mahu ingat kisah dulu tapi dia yg nak ungkitkan kembali. Mungkin belum puas hati dengan perpisahan dulu. Bagi aku, yang lepas tu biarlah berlalu. Kisah silam yg sudah ditentukan. Tak boleh diulang kembali. Kalau aku dapat kembali ke masa dulu, aku tetap akan buat perkara yang sama. Coz she still the same person for me.
Aku doakan dia bahagia dengan pasangan dia dan aku bahagia dengan pilihan ibuku. Memang telah tertulis aku bukan untuk dia dan dia bukan untuk aku. Tapi aku tak puas hati bia dia telah lupa apa yg dia cakapkan dulu, yg membuat aku terluka dan terus meryuruh ibuku mencari pasangan hidupku kerana aku dah tak mampu untuk memcari sendiri. Bagiku, pilihan orang tua lebih afdal dan lebih bagus.
Aku tak kata aku selalu betul. Aku juga silap kerana meninggalkan dia begitu tanpa kata putus. Aku tak pernah putuskan hubungan aku dengan dia kerana aku sayangkan dia. Dia adalah cinta pertama. Pertama? Mungkin kot sebab dia la wanita pertama yg paling lama aku kapel… huhuhuu…
Maafkan aku sayang….. Mungkin rasanya sampai sekarang aku masih sayangkan dia. Tapi bukan untuk cinta kerana cinta untuk isteriku sekarang. Sayang… Aku boleh sayang semua orang tapi cinta, aku hanya ada cinta untuk Allah dan isteri tersayang…..