Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684

Thursday, August 31, 2006

Selamat Menyambut Hari Merdeka.....

Selamat menyambut hari merdeka kepada seluruh warga blog dan juga warga MsjBox. Hari ni aku dok lepak kat umah jer sambil tengok perbarisan kat tv.

Tetiba satu mamat streamyx ni call plak dah. Nak setting streamyx aku katanya. Oklah... Kena g kedai la plak. Tak pe la. Aku pun nak siapkan 2 biji laptop yang kawan aku hantar semalam. Sampai di kedai, mamat streamyx tu dah tunggu aku depan kedai. Dia test aku punya modem ADSL tu. Katanya mungkin modem tu rosak. Mana mungkin sebab aku test kat umah kawan aku ok jer modem tu. Pastu dia test ngan modem dia. Tak boleh gak. Dia dah garu kepala. Mungkin port kat pencawang rosak katanya. Dia pegi setkan balik port tu. So, ok dah aku punya streamyx.

Aku chek meter elektrik nak bayar bill elektrik neh. Mak ai... Dekat RM3oo. Tapi ok la skit. Kurang dari bulan lepas. Lepas tu godek2 laptop 2 bijik tu. Ok sudah tapi yang satu tu speaker dia rosak kot. Aku cucuk headphone ok jer. Ada bunyi. So, masalah dah jumpa. Speaker dia yang rosak.

Ramai budak datang tapi aku cakap aku tak bukak kedai ari ni. Tutup sempena Hari Kemerdekaan. Aku datang ni pun sebab nak setting streamyx jer. Pastu datang plak 3 orang awek U neh... Nak guna internet jap. Adeh..deh... Cian plak kat depa nih sebab jalan jauh. Aku bagi la kejap.