Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684

Sunday, September 03, 2006

Peristiwa 02/09/06

Pergi tengok kedai baru

Semalam aku bukak kedai separuh hari saja. Biasalah hari Sabtu dan Ahad. Dalam pukul 2 petang kami ke Indah Permai Mall untuk melihat kedai baru yang akan kami sewa. Aku dah cal owner kedal tu cakap nak tgk kedai hari ni. Kak Sapiah call. Aku suruh dia jalan dulu.


Sampai di sana aku tengok kereta kak Sapiah dah ada di tempat parking. Tapi dia tak kelihatan. Aku terus masuk ke dalam Indah Permai Mall tu dan pergi ke lot kedai yang kami nak sewa tu. Masa aku dok depan kedai tu aku tengok ada awek Cina kat depan kedai dok perhatian aku. Mungkin si Paulin kataku dalam hati. Tapi aku buat tak tahu jer. Kemudian dia datang kepada ku. "Ni Sham ker?" tanya dia. "Ya, saya." kataku. Dia terus bukak kedai tu untuk kami lihat2 dan tengok2 kat dalam tu. Kak Sapiah belum kelihatan. Aku call dia. Dok kat KFC makan. Lapar katanya. Aku suruh datang tengok kedai dulu.


Kedai tu 2 tingkat. Aku ambik tingkat atas dan Kak Sapiah ambil tingkat bawah. Lepas dah setuju kami bayar dulu deposit satu bulan. Kira booking dulu la. Minggu depan baru sign agreement. ( Gambar tidak dapat disertakan kerana masalah teknikal )


Tamu Gadang di UMS

Lepas setel bab sewa kedai tu, kami ke Tamu Gadang di UMS. Tak berapa meriah. Dia buat dekat ngan Dewan Censelor. Dulu buat kat padang besar kat bawah bukit tu. Best gak...

* Mula-mula masuk ke tapak tamu Gadang...

*Hani tak boleh dilepaskan. Nanti hilang budak nih..

*Pok Joe menjadi Water Boy sekejap. Sempat bergaya depat meriam di tempat pameran askar.

* Asyik muker orang lain jer masuk blok aku neh. Aku pun nak posing gak... Klik...!

* Dah pueh ronda2 kami pun good bye lah....