KUALA LUMPUR - Kit sistem bahan bakar alternatif semi hibrid petroleum dan hidrogen (Hydrofuel) yang berupaya mengurangkan kos petrol dijangka akan berada di pasaran dua minggu lagi.
Presiden Hydrogen Fuel Industries (M) Sdn. Bhd., Dr. Halim Mohd. Ali berkata, untuk permulaan, produk tersebut boleh didapati di beberapa bengkel terpilih di seluruh negara.
Katanya, syarikatnya menyasarkan untuk melantik 600 pengusaha bengkel bagi menjalankan kerja-kerja pemasangan alat itu.
"Kami juga mengalu-alukan mana-mana pengusaha bengkel yang berminat untuk menjadi pengedar alat ini dengan menghubungi ibu pejabat kami di Banting.
"Kit ini dijamin selama dua tahun atau 50,000 kilometer, perlindungan insurans serta wang akan dikembalikan jika tidak memberi penjimatan dalam tempoh sebulan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Menurut Halim, alat tersebut begitu mudah untuk dipasang pada kenderaan iaitu mengambil masa hanya minimum 45 minit.
"Produk ini dijamin bermutu tinggi, ringan, kecil, mudah guna, mesra alam serta ia tidak akan memberi sebarang kesan terhadap kuasa enjin sesebuah kereta.
"Alat ini didatangkan dengan pakej yang mengandungi sebuah tong air berkapasiti lima liter, satu set kanister, satu set komputer kawalan (ECU), kabel penyambung, pengikat, manual pemasangan, kad jaminan dan pelekat kereta hydrofuel," jelas beliau.
Halim yang juga pencipta produk itu berkata, hydrofuel menggunakan sistem teknologi air sebagai sebahagian daripada bahan bakar dan sesuai digunakan oleh kenderaan 2,000cc ke bawah.
"Formulanya lebih kepada fizik di mana air dipecahkan kepada molekul hidrogen yang kemudiannya diselarikan dengan petrol dan oksigen dimasukkan untuk mengayakan pembakaran.
Ni yang kita dok tunggu-tunggu nih. Aku dah buat kajian gak pasal menda nih. Dah ada syarikat yang buat, so apa lagi. Tunggu dia pasarkan la. Tapi bila nak sampai ke Sabah nih? Bleh la gi ronda2 sampai puas tanpa risau pasal harga minyak.