Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684

Sunday, August 27, 2006

Kedai aku, WarisanDotCom...

Ni kedai aku masa memula nak pacak tiang. Jenuh gak menunggu tukang kayu ni dok betulkan tiang tu. Maklumlah pomen keta jadi tukang kayu. Nak bayar tukang kayu betul mahal plak. Nak upah mat indon dan filipin pun meka dah pandai letak harga. mangkuk hayun betul la mat indon neh. Dah la datang negara orang. Pandai plak nak letak harga. Ni sebab orang tempatan tak mo la ni.
Tada......... Tu dia kedai aku dah siap. Sekarang ni aku dok cari tempat nak bukak cawangan baru. Khusus untuk baiki dan jual komputer serta komponen jer. Minggu depan dijangkakan dapat duit peruntukkan dari Bank Rakyat.

Pipy si minah senget...

Ini la si minah senget, Pipy yang selalu dok lepak kat kedai aku nih. Nama betul si Pipy ni Salmah Asniza Binti Jan. Panggilan manja dia tu Pipy. Budak ni baru akil baligh. Baru tingkatan 3. Baru nak ambik PMR ( Penilaian Minah Rempit ). Tapi dia tak ler minah rempit. Naik motor pun tungang-langgang. Dulu dia penah pancitkan motor aku. Mana dia redah motor aku tu tak tau la. Nak belajar bawak motor konon.

Tapi yang best tu dia ada adik yang cun. Nama dia Rezah. Si Faizul Bin Rosli suka la dok nyakat budak tu. Tapi yang nyata budak tu yang kerjakan dia. Budak2 katakan. Adik dia baru kenal dunia. Baru masuk umok 13 tawun. Mana gambar adik si Pipy neh? Aiseh... Susah betul la nak tangkap gambo dia neh.

Streamyx lagi...

Adush.... apo la streamyx aku nih...? Dari petang khamis lepas tak boleh online. Tipon aku dah ok, streamyx tak boleh plak.... Tadi call lagi dia punya kastemer care. Minggu lepas dah 2 kali aku call. Ni pakai line tipon kawan sebelah umah. Boleh la online tapi kena tarik kabel panjang skit.