Dua hari lagi kita dah nak beraya... Puasa kita camana? Terawih kita camana? Kuih raya camana? Baju raya camana? Esok dan nak tgk anak bulan. Amalan kita Ramadhan kali ni makan bertambah atau sama jer atau makin berkurang sebab dok sibuk ngan buat kuih raya? Tepuk dahi... sakit sendiri...
Ni ada citer skit. Citer geram semalam. Semalam, lepas jumaat aku balik umah tido. Tel bini. dia kata ada pendaftaran budak tingkatan 1 sampai kul 3 ptg. So, aku dan Pok Joe balik tidokat umah. Bukan boleh tido selesa sebab anak aku tu dok kacau. Si Iman asyik dok naik atas aku buat kuda. Si Hani plak dok menjerit2 kat adik dia sebab kacau aku. Hadoi.....
Dalam kul 3 lebih gitu aku tersedar dari tido yang tak berapa nyenyak. Aku terus basuh muka dan kuar g ambk bini aku. Tinggalkan Pok Joe kat Rumah Hijau. Ada bebudak dok tgh tunggu kedai bukak. Bini aku ajak g bank sebab nak bank-in kan duit koperasi sekolah. Lepas tu kami ke Likas nak cari juadah berbuka. On da way jalan dah jem. Aku cuku hangin bila time gini ada la mangkuk hayun yagn tak reti sabar. Banyak la nak potong q. Sekali tu aku satu kancil tetiba potong keta aku. Dia mencelah nak masuk lorong aku. Kurang hajar. Nasib baik kau sempat brek. Aku kasik hon 2/3 kali. Dia jengok dan membebel. Marah kat aku plak. Aku dgr dia kata, "pakai hotak la skit", sambil tunjuk2 kat kepala dia. Eh..eh...? Aku ke dia yang kena pakai otak? Aku memang dah pakai otak. Kalau tak aku dah g belasah dia tu. Dah la mencilok orang bari bagi signal. Bengong... Nak je aku kuar dari kita g belasah ngan strering lock aku nih. Ingat mak bapak dia punya jalan ke? Nasib baik bini kat sebelah dok coolkan aku. Bila boleh jalan dia potong lampu merah plak. Nak cepat konon la tu. Dalam hati tu biar dia eksiden. Baru padan ngan muker.
Masa on da way balik, kami follow satu wira warna biru. Wira tu bawak slow jer. Kami follow dari belakang sebab masa tu nak kat simpang nakmasukke jalan besar. Tetiba pintu depan sebelah penumpang terbukak. Aku nampak sebelah kaki terjulur keluar. Ingat depa ni main2 jer. Sekali tu wira tu dah jalan sekali ketengah, sekali ketepi. Nampak cam dok gaduh dalam keta je. Nampak sebelah pemumpang tu pompuan. Pemandu tu laki. Si laki tu kasi penampar pompuan tu. Mungkin sebab pompuan tu nak terjun dari keta. Aku kasik hon banyak kali. Meka nampak terkejut. Aku potong slow2 dan aku jerkah kat meka suruh berhenti ket tepi. Kan tak pasal2 eksiden ngan keta len. Orang len plak yang susah.
Lepas aku potong keta tu aku tgk kat side mirror meka dah berhenti di tepi jalan. Sakit jantung aku petang ni tgk karenah pemandu dijalan raya nih. Ramai yang pentingkan diri sendiri. Itulah kalau kurang kesabaran. ( Aku pun dok selalu menyumpah-nyumpah kat pemandu len yang "bodo" bila memandu. Tak pergi kursus pemanduan kot? )