Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684

Tuesday, December 30, 2008

Hobi... Apa tu?

Hobi..? Kalau orang tany aku pasal hobi aku tak tau nak cakap apa hobi aku. Yan gkau tahu, setiap hari aku ke tempat kerja dan godek komputer serta internet. Kat rumah aku layan astro channel AFC kalau tak kacau anak2 main. Aku tak ada hobi yang tetap... Entahlah... Aku sendiri tak reti perangai aku nih... Tak cam orang lain...

Tapi kalau hobi suami isteri tu biasalah... Pasangan lain pun sedia maklum.. hehehehe...

Hari ni, 2 Muharram 1430H aku dok layan blog koleksi video yang baru aku buat. Bila ada masa lapang atau sedang tunggu format PC kastemer, aku update blog nih.

Monday, December 29, 2008

Salam Ma'al Hijrah 1430...

Alhamdulillah, kita masih di panjangkan umur satu hari lagi untuk mengecap nikmat dunia. Sepatutnya kita sedar, dan bersyukur kita masih berpeluang berbuat kebaikan dan memohon keampunan dosa-dosa semalam.

Hari ini, 1 Muharram, cukup bermakna buat aku sebab hari inilah aku melihat zuriatku yang pertama 5 tahun lepas. Zuriat yang bakal menyambung baka atau genetik aku yang akan datang.

Bila tibanya tahun baru, ramai yang memasang azam baru tapi adakah mereka sedar akan azam lama yang belum atau sudah ditunaikan? Apa azam korang? Azam aku nak kembangkan lagi bisness aku dan jadi suami dan manusia yang berguna untuk keluarga dan agama.

InsyaAllah...

Sunday, December 28, 2008

Tips autoplay youtube...

Aku dok cari kod yang membolehkan clip video youtube yang diletakkan di blog akan dimainkan secara auto bila blog dibuka... Mmmm.. aku dah dapat... horey... Ini caranya... :

Tambah kod ni &autoplay=1 selepas url video tu. Buang code kalau nak normalkan balik.

Menyamar orang lain di dalam blog....

Menyamar sebagai orang lain di dalam blog adalah satu perbuatan biadab dan tak bertanggungjawab kerana boleh menyusahkan orang lain. Baru2 ini heboh dalam intrnet pasal blog menghina Nabi Muhammad S.A.W. Blog tersebut dikatakan dibuat oleh seorang wanita. Tatapi wanita tersebut telah manafikannya dan mendakwa bahawa gambar dia telah digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab....

Sapa la tu yer....?

Saturday, December 27, 2008

Aku yang giler kerja...

Aku memang giler kerja...
Kalau cuti jer aku mesti gelabah kalau dok rumah jer..
Dok kat rumah rasa panas semacam jer...
padahal bini ada... anak2 ada...
tapi aku lebih sker dok opis buat kerja...
aku dok fikir camana nak buat supaya aku selesa dok rumah dari tempat kerja...
Kalau satu hari tak bukak internet tak boleh...
dah semacam ketagih dah...

giler..giler...

Thursday, December 25, 2008

Blog aku dan blog mereka...

Hari ni aku didatangan seorang kastemer yang kira aktif menulis blog. Dia banyak menulis dan mengkritik kerajaan tapi saya sebab tak dapat bukak blog dia. Mungkin blog dia dah kena "buang" orang mereka yang dengki ngan dia.

Aku baiki laptop dia sebab tak boleh nak online pakai broadband. Ada masalah system. Kena format balik. Dah format balik dan boleh pakai broadband diat tapi driver wirless dia tak boleh pakai plak. Nak download tapi line lembab giler... Esok je la aku donload. Tapi esok Jumaat.Aku nak cuti... Lusa la aku donload....

Wednesday, December 24, 2008

Duit..duit..duit...

Buat itu nak kena duit... buat ini nak kena duit.... Nak buat anak pun kekadang kena duit gak.... Malah boleh dikatakan semua perkara ada kaitan dengan duit....

Itu sebab orang kata ada duit semua jadi...

Tuesday, December 23, 2008

Aku mengidam...

Semenjak dua menjak ni aku mengidam jer.... Hehehe... Aku mengidam nak makan prosperity burger. Dah beberapa kali nak g makan kat Mc-D tapi tak jadi. Tapi semalam aku nekad. Balik dari kerja, aku ajak anak bini aku g Mc-D. Anak2 aku pun dah lama tak ke Mc-D. Sekali dapat makan burger prosperity tu... sedapnyer.... Pas ni tak kempunan dah aku...

Monday, December 22, 2008

Staf aku bercuti 2 minggu...

Staf kanan aku, Ahmad Faizul bercuti bermula hari ini 22 Disember sehingga 6 Januari 2008. Dia nak habiskan cuti tahunan dia. Hujung tahun ni plak ada sepupu dia nak kahwin pada 25 hb nih. Dia ? Tah bila nak kahwin. Mak we pun tah kemana.

Pagi tadi lepas subuh aku hantar dia ke epot terminal 2, AirAsia. Flight kul 7.30am. Singgah di KLIA pastu terbang lagi ke KB. Mungkin sekarang dia dah sampai di KLIA. Semoga perjalanannya selamat. Amin...

Sunday, December 21, 2008

Antara kawan dan kawan...

Hari ni aku ada 2 jemputan kahwin. 2-2 tu kawan dan 2-2 tu cikgu. Satu tu Islam dan satu Kristian (SDA). Yang Islam tak bagi kad jemputan. Main call jer. Yang Kristian tu wife dah bg tau tak boleh datang sebab orang gaji cuti. Tak ada orang nak jaga anak2. Anak2 aku ni bukan boleh masuk majlis.

Yang Islam ni plak main call jer. Aku tunggu kad jemputan dia tapi dia call hari dia nak sanding. Nak tak nak, aku "sorry" je la... Tak dapat hadir. Bukan salah aku. Aku pun ada kerja dan hal yang perlu dibereskan...

Saturday, December 20, 2008

Argh.... sakit kapala aku...

Sekarang ni aku cepat sangat sakit kepala kalau tersalah makan. Aku ni alergi dengan MSG. MSG...? Manatang apa tuh? MSG = Mono Sodium Glutamat... Garam la tu... Biasanya ada dalam ajinomoto. Kalau menda masuk dalam makanan aku, memang aku akan rasa semacam lepas 1 jam gitu. KEpala mesti rasa pening semacam jer... Terpaksa la aku minum air masak banyak2 dan kencing banyak2 lepas tu.

Friday, December 19, 2008

Agama - Isu sensitif wa cakap lu....

" rakyat malaysia: Pendapat saya isu yg sensitif spt agama tdk baik dibincang di sini..kita perlu hormat semua kepercayaan agama warganegara malaysia..terima kasih. "

Petikan kat atas tu aku ambik dari cbox satu blog. Ada orang letak la artikel mesej seperti dalam artikel aku sebelum ni. Aku nak tanya skit la kat orang yang ngaku "rakyat malaysia" nih, kamu tu agama apa? Kalau Islam, maknanya kamu bersubahat dengan orang2 kristian supaya ramai lagi orang Islam yang rosak akidah tanpa sedar. Bullshit la lu...

Tulisan aku sebelum ni pun aku tuju untuk manusia yang beragama Islam sahaja. Aku memberi peringatan kepada mereka seperti aku diberi peringatan oleh orang yang beragama Islam yang lain. Kalau tulisan peringatan untuk ummat Islam dilarang untuk dipamerkan kepada umum, nak pamer camana lagi? Nak sembunyi2? Sensitif sangatkah ayat dalam artikel dibawah ini ...?

Wednesday, December 17, 2008

JANGAN sesekali ucap Merry....

LAILAHAILLALLAH Penting!!! Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya. Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH). Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)?

Ini kisah staf aku yang...

Aku nak citer skit pasal staff aku yang ba*g*ng soran nih. Dulu aku pun ada gak staf yang sekolah separuh jalan tapi ok la. Aku boleh ajar dan dia dapat menerima apa yang di ajar. Tapi sayang dia dah berhenti setelah 6 bulan lebih kerja dengan aku. Dia banyak belajar. Daripada tak pernah sentuh dan tak tahu apa2 pasal komputer, sampai la dia boleh menaip surat tanpa pengawasan aku. Stelah dia berhenti, susah aku nak jumpa staf yang bagus cam dia.

Sekarang ni aku ambil sorang staff kira ganti dia la. Memula tu aku ingat ok tapi hampeh. Manja nak ngalahkan bini aku. Nak kata malas tu tak la gak sebab bila suruh dia buat. Tapi tak boleh kerja tanpa pengawasan. Semua kena suruh. Tak tahu nak buat kerja sendiri. Lepas tu sker dok godek telipon dia jer. Tak kira masa. Pu**m*k la.... geram aku nak sepak je kat butut dia tuh....


Sunday, December 14, 2008

Staf aku yang poyo...

Aku ada staff baru yang baru masuk tapi dah sebulan keja. Poyo skit bdk nih. Selalu kena suruh jer. Tak boleh kerja tanpa pengawasan. Supervisor aku panggil dia ni "kohol-kohol". Susah nak tegur. Kalau ditegur, semua dipandang negatif....

Budak ni sekolah sampai tingkatan 1 jer. Mungkin masa sekolah dulu sker lawan guru bila ditegur. Hehehe...

Tapi kira ok la gak boleh buat kerja...

Thursday, December 11, 2008

Bil streamyx aku da...

Hari ni aku pergi ke TM Point di Tanjung Aru. Aku nak check bil menda lagi yang aku tak bayar sampai TELEKOM nak saman aku nih...

Sekalai bila aku check, rupanya bill streamyx yang aku dah potong bulan Jun yang lepas.l Babi punya telekom... Masa aku pergi tamatkan perkhidmatan streamyx tu, pegawai tu kata akan hantar bill last jika ada baki lagi kemudian. Aku tak terima apa2 sehinggalah kelmarin aku terima surat amaran nak saman kalau aku tak jelaskan bil tertunggak tu. Babi.,.. babi.. dan sejuta lagi babi untuk orang telekom yang buat kerja jahanam nih.... Kalau korang rasa orang yang nak tamatkan perkhidmatan streamyx tu tak puas hati dengan layang korang dan kelajuan streamyxnya, korang kenalah perbaiki perkhidmatan korang... Babi!!!!!!!! Bukan nak kenakan orang dengan tidak hantar bil sehingga jorang upah panel peguam mangkuk hayun korang untuk saman user tu balik...

POooraaahhhh !!!!!!!!!! Boleh blah la.....

Wednesday, December 10, 2008

Ni apa nih...?

"Pu**mak punya telekom.... ni surat saman apa plak nih...?" Semalam aku terima satu lagi surat menyatakan aku tak bayar bill telefon. Telefon mana lagi nih ? Nombor akanuan je yang ditulis tapi no telefon tu aku tak tahu telefon mana. Minggu lepas aku dah bayar bill yang bukan kesalahan aku tapi disebabkan oleh komputer telekom yang bangan nak mampus... aku dapat bill tertunggak sampai dekat satu ribu. Tak ke giler tuh... Setahu aku , aku dah sattle kan bil-bil aku tuh. Telkefon yang kau dah potong pun masih ada bil lagi. Ni apa kejadah nih ?

Yang aku bengang nyer, terus sampai surat nak saman jika aku tak bayar bil tu dalam tempoh 10 hari dari tarih surat. Surat tu plak sampai dah terlebih dari tarikh yang tertera dalam surat tu. Tak ke bengon namanya. Minggu lepas plak sampai surat saman sekali dengan surat peringatan. Giler... giler.... Ni la kerja gila babi orang2 telekom nih... Ni orang2 telekom memang gila ... babi pun tak giler cam mereka nih....

Yg mingu lepas tum bila aku check, mereka kata ada kesilapan pada billing pada akaun yang aku dan potong tuh. Aku kena bayar gak. Lepas laporan dibuat, nanti mereka akan kembalikan duit aku tuh. Hoi....!!! Ingat aku ni cop duit ker hah? Babi....!!!!!!!!

Sunday, December 07, 2008

Selamat hari raya aidiladha...

Aku nak ucapkan selamat hari raya aidil adha kepada semua yang sudi menjengok blog "sampah" ni semoga mereka yang pernah kutuk aku, hina aku, dan tak kurang juga ada yang puji dan backup aku tu, semoga Allah berkati mereka, murahkan rezeki mereka dan ampunkan dosa2 mereka tu...

Amin....

Aku cuti raya 2 hari jer, 8 dan 9 Disember. Lepas tu kerja balik. Ni mesti boring giler sebab nak godek internet pakai "beruk"band dirumah tu slow. Tapi ok la dari tak boleh langsung...

Saturday, December 06, 2008

Sorang staff aku berhenti...

Hari ni pagi2 lagi aku dapat berita daripada supervisor aku bahawa sorang staff perempuan aku nak berhenti serta merta. Call aku pun tidak. Bagi surat pun tidak. Apa nih? Ingat kompeni mak bapak dia ker? Minggu lepas ok jer. Tapi aku rasa buka dia yang tak nak kerja tapi bapak dia yang tak nak kasi kerja. Dia ok jer sebelum cuti minggu lepas. Mungkn dapat gaji sikit kot. Nak dapat banyan camana kalau awal2 bulan dah mintak advanced. Pastu mintak nak top-up telefon la. Aku potong la gaji tu mana yang patut. Pas tu tak datang kerja tanpa sebab. Itu pun aku potong gaji gak. Nak salahkan aku gak ke kalau gaji dia skit?

Lu pikir la sendir beb...!!!!

Friday, December 05, 2008

My new look...

Sudah sekian lama blog ini mereput... sekali sekalai aku basuh dan gosok dia.... kini aku gilapkannya balik supaya baru... Ya, blog ini akan baru kembali dengan warna dan isi2 yang menarik....

Sejak blog ini dilahirkan pada Khamis, 17 Ogos 2006 dan sehingga kini ia masih lagi teguh disini walaupun kekadang aku terlupa akan kewujudannya. Ia setia menanti aku mengusap dan membelek-beleknya. Ya, banyak kenangan yang aku telah pahatkan disini...

Kunamakan balik blog ini dengan tajuk "It's My Life..." Ya, (dan tah berapa kali "Ya" yang aku akan pakai.... ) itulah namanya... Blog ini akan menyimpan segala sejarah hidup aku sekarang dan akan datang....

Wednesday, November 19, 2008

Cleopatra Statan - Ghita : Budan kecik dari Romania...

The most played song of Cleopatra Stratan is Ghiţă. Ghiţă is a abreviation for the name Gheorghe.

This is an love song singed by the little girl. Great clip.



Romanian lyrics:


Hainita sta in cui
Afara soare nu-i
Nimic nu-i bun de cand
Ma gandesc la Ghita
Dar Ghita nu-i in sat
Eu m-am interesat
Imi pare ca-i plecat
Dupa granita...
Greu, tare mi-i de greu,
Vreau, da nu stiu ce vreau;
Stiu ca si tu ma placi
Spune, Ghita, ce tu taci?
Ori vina ori ti du
Ori spune da ori nu
Eu te rog nu ma-nerva
Ghita ce-i cu viata ta?

REF: Ghita, te-astept diseara la portita
Langa portita de la scoala
Vino da numa nu vini cum vii tu
De obicei cu mana goala
Cine te mai asteapta ca si mine
O seara intreaga numai pe tine.
Ghita, arata-mi tu o fata care
Sa te iubeasca asa de tare!

Ghita, te-astept diseara la portita
Langa portita de la scoala
Vino da numa nu vini cum vii tu
De obicei cu mana goala
Cine te mai asteapta ca si mine
O seara intreaga numai pe tine.
Ghita, arata-mi tu o fata care
Sa te iubeasca asa de tare!

Ghita, te-astept diseara la portita
Langa portita de la scoala
Vino da numa nu vini cum vii tu
De obicei cu mana goala
Cine te mai asteapta ca si mine
O seara intreaga numai pe tine.
Ghita, arata-mi tu o fata care
Sa te ïubeasca asa de tare!


Lyrics translated in english:

My coat is on the hook
The sun seems to be doomed
And nothing’s really good.
I often think of Ghita…
But Ghita’s not in town
I know, I’ve asked around
It seems that he is gone
To get provisions…

Hard, it has been very hard
Want, but don’t know what I want
Of me, I know you too are fond…
Tell me, Ghita what is up?
Or come, or please go
Or tell me what to do
So please, don’t make me mad
Ghita, what’s up in your life?

REF:

Ghita, I’ll wait for you my dear Ghita
Tonight, at our place, do come,
But when you come don’t come as you do…
Usually, empty handed, who else
Is gonna wait for you as I do?…
A whole night, just for you my Ghita?
Show me just one other girl who
Can love you as much as I do!

Ghita, I’ll wait for you my dear Ghita
Tonight, at our place, do come,
But when you come don’t come as you do…
Usually, empty handed, who else
Is gonna wait for you as I do?…
A whole night, just for you my Ghita?
Show me just one other girl who
Can love you as much as I do!

Tuesday, November 11, 2008

Kalau takut dikritik, jangan buat web atau chat rooms...

Aku ada la layari satu laman web ni... Dapat tahu dari seorang teman pasal websiti ni. Itu pun sebab ada orang gile glamor yang ada dalam web tuh. Kebetulan aku bukak website, ada la satu ruangan chat nih. Kira ruangan cit cat umum. Ada la 2/3 user yang masuk. Aku jadi pemerhati jer.

Rancak gak la perbicangan mereka. Oh ya, laman web ni pasal kaunseling. User tu bgtau la apa yang mereka tak puas hati pasal kauselor tu. Tapi yang menjawab tu rasanya bukan kaunselor tu sendiri tapi anak muridnya. yang aku tak puas hati ialah jawapan dari user yang mengaku PRS tu. Jawapannya tak mencerminkan mereka ni yang dilatih sebagai PRS. Bila user tu mengata, dia kata kutuk balik user tu. Macam ini ke bakal kaunselor ? Sepatutnya dia cuba mengawal keadaan... Jangan cepat melatah.

Semalam aku masuk lagi laman web tu. Dah tak ada dah komen pedas2. Dah dibuang oleh admin. yang ada cuma pujian. Ni la namanya giler glamor. Mintak puji jer. Hari ni, aku tgk ruangan tu dah ditutup. Hahahaha....

Dasar pengecut.... Inikah mentaliti bakal kaunselor...?

Wednesday, November 05, 2008

Why did the chicken cross the road?


BARACK OBAMA:
The chicken crossed the road because it was time for a CHANGE! The chicken wanted CHANGE!

JOHN MCCAIN
:
My friends, that chicken crossed the road because it recognized the need to engage in cooperation and dialogue with all the chickens on the other side of the road.

HILLARY CLINTON
:
When I was First Lady, I personally helped that little chicken cross the road. This experience makes me uniquely qualified to ensure -- right from Day One! -- that every chicken in this country gets the chance it deserves to cross the road. But then, this really isn't about me.......

GEORGE W. BUSH
:
We don't really care why the chicken crossed the road. We just want to know if the chicken is on our side of the road or not. The chicken is either against us, or for us. There is no middle ground here.

JOHN LENNON
:
Imagine all the chickens in the world crossing the road together, in peace.

BILL GATES
:
I have just released eChicken2008, which will not only cross roads, but will lay eggs, file your important documents, and balance your check book. Internet Explorer is an integral part of the Chicken. This new platform is much more stable and will never cra...#@&&^(C% .......... reboot.

BILL CLINTON
:
I did not cross the road with THAT chicken. What is your definition of chicken?

AL GORE:
Chicken shall not shit while crossing the road. This is for a green environment.

LEE KUAN YEW
:
We have installed crossing lights at all traffic junctions. All chickens should follow instructions while crossing the road.

SAMY VELLU
:
Gantry points have been set up. All chickens wanting to cross the road are advised to top up their cash cards first.

NAJIB RAZAK
:
What chickens? I don't know any chickens... especially those from
Mongolia.

ABDULLAH BADAWI:
We have to be fair to all chickens. Some want to cross over the road, some do not. ....... Zzzzzz .......zzzzzz ....... Now what were we talking about? Ah yes, chickens. We will form a Royal Commission to decide whether it is right for them to cross the road.

MAHATHIR
:
Now even non-bumi chickens want to cross the road! How can they disrespect and disregard apa nama bumi chickens? We must be allowed to cross over first. It is our special privilege and no one can challenge that!

ANWAR
:
We have enough chickens waiting to cross over in September.

SHAHRIR
:
All foreign chickens are welcome in
Malaysia but they must not cross over the road within 50km of the border.

Friday, October 31, 2008

Aku nak kaya...

Aku nak kaya... Aku nak kaya...Aku nak kaya...Aku nak kaya...Aku nak kaya...Aku nak kaya...Aku nak kaya...Aku nak kaya...Aku nak kaya...Aku nak kaya...Aku nak kaya...Aku nak kaya...Aku nak kaya...Aku nak kaya...Aku nak kaya...Aku nak kaya...Aku nak kaya...Aku nak kaya...Aku nak kaya...Aku nak kaya...Aku nak kaya...Aku nak kaya...Aku nak kaya...Aku nak kaya...Aku nak kaya...Aku nak kaya...Aku nak kaya...Aku nak kaya...Aku nak kaya...Aku nak kaya...Aku nak kaya... AKU NAK KAYA....................

AKU NAK KAYA............

Ok..! jom kita beli kaya pastu sapu ngan roti... itu lagi senang....

p/s : aku terasa kesunyian dan sebenarnya.... aku takut bila teringatkan MATI... amalku belum cukup lagi...

Tuesday, October 28, 2008

Aku ada 10 blog......

10 blog..? Giler ko apo? Aku tak gile tapi itu adalah hobi aku. Korang pedulik apa? Aku tak perabihkan letrik korang pun.. Hahahaha....

Warisan Group Of Company
- View Blog
Blog ni kira main page untuk syarikat-syarikat aku. Setakat ni aku ada 2 buah syarikat komputer yang beroperasi di Urban Minimal, Indah Permai, KK, Sabah.

Warisan2u.Net Enterprise View Blog
Syarikat aku yang menjalankan perniagaan cyber cafe dan juga penganjur kursus komputer.
Yang ni plak blog kawan-kawan yang pernah belajar di UTM Skudai dulu. Actually kawan aku tu dah buat dekat wordpress tapi dia ada masalah. So, aku dengan rasa tanggungjawabnya mengambil inisiatif untuk menyambung blog dari wordpress tu ke blogspot nih... dengan kebenaran dari kawan aku tu la...

Rumah Kami... Rumah Kami la... View Blog
Ni pasal rumah baru aku. Aku nak buat kenangan dari rumah tu didirikan sehinggalah ianya siap nanti.


Sunday, October 26, 2008

Apa itu UMNO...?

Aku tanya seorang staff aku ( yang kelulusan STPM) ni apa itu UMNO? "Tah... tak tahu". Selamber je dia jawab. PKR tahu la... "Parti Keadilan Rakyat" katanya... Wakakakaka... aku gelak nak mampus... Kesian dengan UMNO....

Aku tanya plak staff aku ( yang berkelulusan Diploma dari UiTM ) apa itu UMNO. Dia cakap UMNO ni "Union Melaya National Organization". Hahahahaha... Wakakakakakaaa.....

So, sapa yang lebih membela Bahasa Melayu? Siapa yang dok sibuk-sibuk nak martabatkan bahasa Melayu sekarang tapi tidak sedar bahawa UMNO itu perlu juga di ubah ?

P/S: Teringat kata-kata Sudin dalam Pendekar Bujang Lapok "Alif min nun... Alif tendang wau... itu bunyinya sarkis ". Cuba anda eja UMNO dengan huruf jawi....

Coretan sana - sini...

Bila berkesempatan aku menjelajah ke blog-blog orang melihat dan membaca coretan mereka. Ada yang seronok. Ada juga yang tak seronok. Aku sendiri kadang-kadang sukar untuk mencoretkan cerita aku sendiri. Terlalu babyak perkara yang nak diceritakan sampai tak tercerita disini. Aku hairan macamana orang boleh menulis sebuag catatan yang ringkas tapi pebuh makna. Aku suka masuk blog Pyan Habib dan Mamat Khalid. Kata-kata dan tulisan mereka ini penuh makna walaupun hanya sepotong ayat. Mungkin aku di dilahirkan bukan seorang yang bukan dibidang sastera. Aku dibidang sains.....

Saturday, October 25, 2008

Indahnya ciptaan Allah... Kalaulah aku dapat kesana...

Ya Allah... Sesungguhnya Engkaulau tuhan yang Maha pencipta.... Sungguh indah ciptaanMu... Sesungguhnya aku ini hanya insan yang kerdil bila melihat ciptaanMu yang Maha indah ini. Alangkah bertuahnya jika diberikan peluang untuk pergi ketempat yang indah ini... Tapi aku tahu. Tempat yang paling indah adalah di surgaMua ya Allah...





Wednesday, October 15, 2008

Harga minyak turun lagi

KOSMO! ONLINE, KUALA LUMPUR - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, harga petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 sen seliter berkuat kuasa hari ini.

Perdana Menteri berkata, harga petrol RON92 dikurangkan sebanyak 10 sen kepada RM2.20 manakala diesel turun 20 sen kepada RM2.20.

Ini berikutan harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, katanya dalam satu kenyataan dari Putrajaya semalam.

Harga minyak turun kepada purata AS$82 setong di pasaran antarabangsa.

Abdullah berkata, kerajaan membuat keputusan mempercepatkan pengurangan harga runcit petrol dan diesel bagi membolehkan orang ramai menikmatinya segera.

Semalam ingat nak isi minyak keta sebab dah nak abih dah tapi ok lagi. Boleh ulang alik gi kerja 2/3 kali lagi. Sekali ada penggumuman harga minyak turun. Horey... Walaupun sedikit tapi kira ok la. Pagi tadi g isi minyak ler....

Tapi dalam dok gembira harga minyak turun nih, pengusaha stesen minyak gak yang rugi sebeb sebelum ni mereka beli dengan harga yang mahal. PAstu bila harga jatuh, mereka rugi la. Ada yang rugi berbelas ribu dan berpuluh ribu. Tapi masa minyak naik ari tu mereka untung sebab kalau mereka sebelum tu beli minyak simpanan banyak dengan harga yang murah.

Yang kaya-raya PETRONAS gak ler... Sapa orang dalam petronas tuh yer....?

Tuesday, October 14, 2008

Artis Malaysia terasa seperti ditampar anugerah Datuk Melaka

Abdul Aziz Mustafa
Mon | Oct 13, 08 | 11:06:52 pm MYT

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Hrkh) - Walaupun Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menyifatkan artis Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) menghina rakyat Malaysia kerana tidak hadir menerima anugerah Datuk dari kerajaan Melaka, tetapi persoalan berbangkit siapakah sebenarnya yang menghina?

Iklan

Malah, ada di antara artis Malaysia yang menyifatkan anugerah itu seperti menampar mereka.

"Sabtu lalu, dia (SRK) juga tidak menghadiri upacara tersebut dan kami rasa seperti satu penghinaan kepada rakyat Malaysia," mStar memetik Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Datuk Mustapha Maarof dalam sidang media bantahan Seniman di pejabat Finas, Hulu Kelang,kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Beliau menggesa pihak kerajaan negeri membuat penilaian yang sebaik mungkin apabila mengurniakan sesuatu anugerah kepada mana-mana artis.

Bantahan tersebut dibuat mewakili artis tanahair terhadap penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada SRK sempena ulangtahun ke-70 Hari Jadi Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob Sabtu lalu.

"Ini hak mereka, kami tak larang mereka untuk beri anugerah itu, tapi kami harap ia diberi penilaian sebaik mungkin agar anugerah itu dihormati".

Bagaimanapun, Mustapha berpendapat pihak kerajaan negeri patut bertanya kepada pihak yang bersesuaian seperti Finas mengenai kelayakan untuk memberikan anugerah kepada seseorang selebriti.

"Kami bukanlah terdesak dengan kementerian dan kerajaan negeri, tapi kami harapkan keadilan," katanya.

Beliau turut menyuarakan nama artis lain yang lebih layak menerima anugerah seperti Azean Irdawaty, M. Nasir, Kuswadinata dan Ruminah Sidek atas sumbangan mereka kepada industri filem dan seni tanahair.

"Ikutkan, anak seni dan karyawan belakang kamera juga mempromosi bukan sahaja Melaka malah negara kita tetapi kenapa mereka tidak diberi perhatian.

"Kita harap mereka yang berjaya juga mendapat anugerah itu," ulasnya dalam sidang media yang turut dihadiri oleh kira-kira 20 orang artis itu.

Antaranya adalah Harun Salim Bachik, Ahmad Idham, Datuk Aziz Sattar, Jalil Hamid, Arash Mohamad, Rahim Jailani, Mas Omar, Zulkifli Zain, Normala Omar, Datuk Jalaluddin Hassan dan Rusdi Ramli.

Menurutnya, Seniman akan menyerahkan surat bantahan kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) pada pukul 4 petang esok.

Dalam pada itu, pengarah filem pecah panggung Jangan Pandang Belakang Ahmad Idham Ahmad Nadzri menambah, berita tersebut memberikan tamparan hebat kepadanya.

"Apabila saya melihat akhbar pagi Sabtu yang lalu, saya rasa macam kena tampar, apa ini?

"Saya macam badut atau kita macam main-main dalam industri hiburan ini? Kita selalu meuar-uarkan tema 'Filem Kita Wajah Kita'. Kalau nak kata bawa filem ke luar negara, filem saya pun bersepah dibawa ke luar negara.

"Apa yang saya tahu, belum pernah lagi artis yang berhak menentukan lokasi pengambaran filem atau drama," tegasnya.

Sementara itu, pelakon Arash Mohamad pula berpendapat alasan kerajaan negeri Melaka mengurniakan gelaran Datuk kepada SRK kerana mempromosikan A' Famosa Resort, Alor Gajah melalui filem One Two Ka Four adalah tidak munasabah.

"Memanglah orang yang menonton filem tersebut mengenali Melaka, tetapi persoalannya adakah mereka datang ke negeri tersebut?

"Alasan itu membuatkan kami kecil hati. Kami bukan cemburu sebab tak dapat anugerah itu tetapi apa revelannya memberi kepada dia?," luah Arash yang dikenali menerusi drama tempatan seperti siri Masih Ada Cinta dan Badai Metropolis.

SRK yang dilahirkan di New Delhi pada November 1965, adalah antara 758 penerima anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka tahun ini. Tarikh penyampaian anugerah kepadanya belum ditetapkan lagi.

Sabtu lalu, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata penganugerahan DMSM kepada SRK adalah pelaburan yang mendatangkan banyak keuntungan balik kepada Melaka dari segi promosi secara percuma tanpa melibatkan wang._

Kutip dan tampal berita dari Harakah skit nih. Si mangkuk hayun Ali Rustam tu saja jer nak promosi kan dirinya tuh. Nak buat gimik seupaya orang tupukan kat dia plak. Dia ni tak habis-habis nak buat hal yang tak patut. Cam la Malaysia ni dah tak ada orang yang nak dianugerahkan.

P/s : Penah jumpa sorang Datuk nih. Dia kata dulu dia bayar RM30k untuk dapat tittle Datuk ni.

Saturday, October 11, 2008

Shah Rukh Khan Dapat Gelaran Datuk?

MELAKA 10 Okt. – Pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan merupakan antara penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70, esok.

Penganugerahan itu menjadikan Shah Rukh Khan, yang dilahirkan di New Delhi pada 2 November 1965, artis Bollywood pertama ber gelar Datuk.

Beliau yang terkenal menerusi filem Kuch Kuch Hota Hai (1998) mempunyai ijazah sarjana dalam bidang komunikasi dari Jamia Millia Islamia University.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka, Saadun Basiron berkata, DMSM dianugerahkan bagi mengenang jasa Shah Rukh Khan dalam bidang seni dan perfileman di peringkat antarabangsa, termasuk di Malaysia.

Bagaimanapun, Shah Rukh Khan tidak dapat hadir untuk menerima anugerah tersebut, katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Ni apo punya mimpi nih. Lawak la plak dah.... Macam la kat Malaysia nih dah tak ada orang yang layak untuk menerima anugerah tu. Bagi kat mamat ni pun, bukan dia dapat datang pun. Kalau kat india tu, bukan depa panggil dia Datuk pun. Ni la dinamakan MELAYSIA BOLEH. Semua boleh diberi. Hahahahahha..... Karut-karut.... Tah apo la sangat sumbagan mamat tu.

Monday, October 06, 2008

What is Politics?

A little boy goes to his dad and asks, 'What is Politics?' Dad says, 'Well son, let me try to explain it this way:

Thursday, October 02, 2008

Perluasan Masjidil Haram dan Madinah

Dilulus terbit pada Tuesday, September 30 @ 20:31:10 MYT oleh greenboc
Berita Luar Negara Oleh pemudabesut

"
a

Putera Mahkota Saudi Arabia Pangeran Abdullah Ibn Abdul-Aziz, Wakil Perdana Menteri, dan Panglima Angkatan Bersenjata telah melancarkan enam projek mengubahsuai masjid-masjid besar di Makkah dan Madinah. Projek-projek ini akan menelan belanja yang amat besar, billion jugak la….

~Pemudabesut. blogspot. com




Pengubahsuaian Masjid Al Haram dilakukan di bahagian utara masjid sekarang meliputi pembangunan untuk tempat penginapan, klinik dan sistem pengangkutan yang lebih baik. Menara Jabal Omar misalnya, dibangunkan seluas 230 ribu meter persegi sebagai tempat penginapan hotel lima bintang mengelilingi Masjid Al Haram.
.
Secara amnya, pengubahsuianan Masjid Al Haram adalah seluas lebih 1,2 juta meter persegi. Projek ini bukan sahaja akan meningkatkan kemudahan penginapan dan ibadah bagi jutaan jemaah haji dan umrah dari seluruh dunia tapi turut akan membuka lebih dari 25 ribu peluang pekerjaan.
.
sumber: www.dar-ul-ishaat. com / ESempoi

Sunday, September 28, 2008

Selamat Hari Raya ... Selamat tinggal Ramadhan...

Hari raya bakal menjelma dan Ramadhan mula nak melabuhkan layarnya. Syaitan-syaitan sudah mula gembira dan para penghuni kubur pula mula kerisauan hilang kegembiraan kerena azab kubur bakal menanti.

Tapi berapa ramai yang berduku dengan kepergian Ramadhan? Hanya segelintir yang berduka kerana mereka tidak pasti adakah mereka masih hidup untuk Ramadhan tahun hadapan. Ramadhan bulan yang penuh kemulian. Penuh dengan keberkatan. Segala amal akan diberikan ganjaran pahal berlipat kali ganda tidak seperti bulan2 yang lain. Sekiranya pahala itu dinampakkan didepan mata, rasanya semua ummat Islam mahu diadakan bulan Ramadhan sepanjang tahun. Allahhuakhbar.......

Di akhir-akhir bulan Ramadhan inilah manusia mula lupa akan kelebihan bulan ini kerana sibuk dengan persiapan raya. Yang tak puasa pun sibuk juga mengalahkan orang yang berpuasa. Semoga mereka ini dibukan hatinya ditahun hadapan. Subhanallah....

Wednesday, September 24, 2008

Aku tak rela....

Aku tak rela...
dipisahkan dengan isteriku,
kerana dialah pembakar semangatku,
kerana dialah penyambung zuriatku,
kerana dialah penyembuh duka lara ku.

Aku tak rela....
dipisahkan dengan anak2ku
kerana merekalah aku dapat meneruskan hidup ini,
kerana merekalah aku bekerja bersungguh-sungguh,
kerna merekalah penghibur hatiku.

Aku tak rela...
dipisahkan roh dan jasad ku
kerana aku takut dengan Penciptaku
kerana belum lagi cukup iman ku
Kerana terlalu banyak dosaku

Tapi aku rela...
jika semua ini telah ditakdirkan
yang Maha Esa....

Saturday, September 20, 2008

Khalifah Umar bin Abdul Aziz - Khalifah Yang Agung

Baca dan cuba bandingkan dengan pemimpin kita sekarang. Pemimpin manakah sanggup mengambil Khalifah Umar Bin Abdul Aziz sebagai contoh ?

Biodata Ringkas

Nama : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam
Nama Ibu : Laila binti ‘Asim bin Umar bin Al-Khatab
T/Lahir : 61H
Umur : 39 tahun
Tarikh M/Dunia : 101H
Jawatan : Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah
Tarikh Lantikan : Safar 99H @ 717M
Lama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan

Pendidikan

Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil lagi. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka spt Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir.

Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul Malik b. Marwan apabila bapanya meninggal dunia dan dikahwinkan dengan puteri Khalifah, Fatimah bte Abdul Malik (sepupunya)

Sifat-Sifat Peribadi

Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar b Al-Khatab. Baginda amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu diulang-ulang.

Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehdupannya semasa menjadi rakyat biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan.

Pada suatu hari beliau berkhutbah yang mana antara isinya adalah spt berikut ;
“Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi bekalannya. Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat. Pastikan dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah.”

“Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat mengoda. Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari tidak akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagi hari tidak akan sampai ke petang hari. Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya”

“Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai orang yang tertipu dengan dunia, padahal orang yang layak bergembira tidak lain kecuali orang yang selamat daripada siksaan Allah SWT dan orang yang lepas dari tragedi hari qiamat.”

“Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang sudah luka, kemudian datang lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira ? Saya berlindung kepada Allah SWT daripada perbuatan yang tidak aku pegangi dan amalkan sendiri. Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku. Dan jelaslah tempatku nanti pada hari yang jelas kelihatan siapa yang kaya dan siapa yang miskin”.

“Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi tanggungjawab yang berat. Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang nescaya ia akan hancur, jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau dipikul oleh bumi nescaya bumi akan retak. Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada tempat di antara Syurga dan Neraka ? Kamu akan memasuki salah satu daripadanya.”

“Ada seorang lelaki yang mengirim surat kepada rakannya yang isinya : “Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga” Jarak pemisah antara keduanya adalah mati. Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang”

Terdapat banyak riwayat dan athar para sahabat yang menceritakan tentang keluruhan budinya. Di antaranya ialah :

1) At-Tirmizi meriwayatkan bahawa Umar Al-Khatab telah berkata : “Dari anakku (zuriatku) akan lahir seorang lelaki yang menyerupainya dari segi keberaniannya dan akan memenuhkan dunia dengan keadilan”

2) Dari Zaid bin Aslam bahawa Anas bin Malik telah berkata : “Aku tidak pernah menjadi makmum di belakang imam selepas wafatnya Rasulullah SAW yang mana solat imam tersebut menyamai solat Rasulullah SAW melainkan daripada Umar bin Abdul Aziz dan beliau pada masa itu adalah Gabenor Madinah”

3) Al-Walid bin Muslim menceritakan bahawa seorang lelaki dari Khurasan telah berkata : “Aku telah beberapa kali mendengar suara datang dalam mimpiku yang berbunyi : “Jika seorang yang berani dari Bani Marwan dilantik menjadi Khalifah, maka berilah baiah kepadanya kerana dia adalah pemimpin yang adil”.” Lalu aku menanti-nanti sehinggalah Umar b. Abdul Aziz menjadi Khalifah, akupun mendapatkannya dan memberi baiah kepadanya”.

4) Qais bin Jabir berkata : “Perbandingan Umar b Abdul Aziz di sisi Bani Ummaiyyah seperti orang yang beriman di kalangan keluarga Firaun”

5) Hassan al-Qishab telah berkata :”Aku melihat serigala diternak bersama dengan sekumpulan kambing di zaman Khalifah Umar Ibnu Aziz”

6) Umar b Asid telah berkata :”Demi Allah, Umar Ibnu Aziz tidak meninggal dunia sehingga datang seorang lelaki dengan harta yang bertimbun dan lelaki tersebut berkata kepada orang ramai :”Ambillah hartaku ini sebanyak mana yang kamu mahu”. Tetapi tiada yang mahu menerimanya (kerana semua sudah kaya) dan sesungguhnya Umar telah menjadikan rakyatnya kaya-raya”

7) ‘Atha’ telah berkata : “Umar Abdul Aziz mengumpulkan para fuqaha’ setiap malam. Mereka saling ingat memperingati di antara satu sama lain tentang mati dan hari qiamat, kemudian mereka sama-sama menangis kerana takut kepada azab Allah seolah-olah ada jenayah di antara mereka.”

Umar Ibnu Aziz Sebagai Khalifah

Beliau dilantik menjadi Khalifah stelah kematian sepupunya, Khalifah Sulaiman atas wasiat khalifah tersebut. Setelah mengambilalih tampuk pemerintahan, beliau telah mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem fuedal. Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :

1) menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran

2) merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal

3) memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah

4) menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.

Selain daripada itu, beliau amat mengambilberat tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.

Beliau juga amat menitikberatkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjammah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebegaimana yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa’ Ar-Rasyidin. Baginda turut mengarahkan Muhammad b Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Raulullah SAW.

Dalam bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendikawan Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam.

Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyah, beliau telah menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu juga beliau telah menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.

Khalifah Umar b Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab ! yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya…..

Beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah memerintah selama 2 tahun 5 bulan2 tahun 5 bulan satu tempoh yang terlalu pendek bagi sebuah pemerintahan….

Tetapi Khalifah Umar b Abdul Aziz telah membuktikan sebaliknya. Dalam tempoh tersebut, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat………..kebanyakannya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh berdikari sendiri..

Semua ini adalah jasa Khalifah Umar b Abdul Aziz yang sangat masyhur, adil dan warak yang wajar menjadi contoh kepada pemerintahan zaman moden ini….hanya 852 hari dapat mengubah sistem pemerintahan ke arah pemerintahan yang diredahi Allah dan menjadi contoh sepanjang zaman..satu rekod yang sukar diikuti oleh orang lain melainkan ornag yang benar - benar ikhlas…..

Berbuka dengan apa atau....?

Bulan Puasa bulan dimana kita mempertingkatkan amal ibadat kita kerana dibulan inilah segala amalan sunat mendapat pahala seperti amalan wajib dan amalan wajib mendapat pahala berlipat kali ganda. Ramai antara kita yang mengetahuinya tapi buat macam tak tahu disebabkan nafsu melebihi segalanya.

Ramai yang dok fikir dan bertanya setiap hari dibulan puasa ialah "apakah makanan untuk berbuka puasa dan juga makanan untuk bersahur. Tetapi adakah mereka fikir mereka akan hidup lagi sebelum berbuka atau bersahur? Tak terfikirkah akan mereka berapa banyakah pahala yang sudah dibuat dan berapa banyakkah amalan yang akan dibuat?

Saya tulis ini adalah untuk diri saya dan juga untuk umat Islam yang berpuasa. Semoga kita menghayati bulan yang penuh kemulian ini dengan amalan yang berlipat kali ganda. Jangan biarkan nafsu menguasai diri.

Selamat Berpuasa...

Sunday, September 07, 2008

Sejarah Al-Quran

TIDAK ada umat yang lebih bertuah daripada umat Nabi Muhammad SAW, nabi dan rasul akhir zaman. Ini kerana mereka sentiasa diberi petunjuk dan rujukan mutlak dengan diberi jaminan tidak akan sesat selagi petunjuk dan rujukan mutlak itu tidak diingkari.

Induk bagi segala induk rujukan itu adalah al-Quran manakala penjelasan lanjutnya pula terkandung dalam al-Hadis. Bila kedua-duanya diimani, maka akan babas dan terselamatlah dari sebarang kesesatan.

Apakah itu al-Quran?

Ia membawa maksud ‘bacaan’, berasal dari perkataan qara’a.

Kata al-Quran berbentuk masdar dengan erti isim maf’ul yakni maqru’ (dibaca).

Tujuan utama al-Quran diturunkan adalah untuk dibaca, dihafal, dihayati, diimani dan diamalkan.

Firman Allah SWT bermaksud: Sesungguhnya mengumpulkan al-Quran (di dalam dadamu) dan (menetapkan) bacaannya (pada lidahmu) itu adalah tanggungan Kami. (Kerana itu), jika Kami telah membacakannya, hendaklah kamu ikutinya. (al-Qiyaamah: 17-18).

Al-Quran kini didefinisikan sebagai himpunan khusus Kalamullah yang merupakan mukjizat yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW yang ditulis, dimushaf dan diriwayatkan dengan mutawatir serta membacanya adalah ibadah yang sangat dituntut.

Terdapat juga Kalamullah yang diturunkan kepada nabi selain Rasulullah SAW dan tidak dinamakan al-Quran. Contohnya, Kalamullah yang terhimpun dalam Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud a.s.,, Taurat kepada Nabi Musa a.s. dan Injil kepada Nabi Isa a.s.

Ada jua Kalamullah yang diturunkan kepada Rasulullah SAW yang tidak dinamakan al-Quran dan membacanya dianggap sebagai ibadat dinamakan Hadis Qudsi.

Penurunan dan Penerimaan Wahyu Tidak Mudah

Oleh kerana nilai al-Quran itu sangat tinggi dan tidak ada barang benda yang boleh disamakan dengannya, maka penurunan dan penerimaan al-Quran melalui wahyu bukanlah satu kerja atau proses yang mudah.

Ia diturun dan diterima oleh Rasulullah dengan pelbagai cara.

Antaranya:

lMalaikat (Jibril) memasukkan wahyu ke dalam hati Rasulullah. Dalam hal ini Rasulullah tidak melihat sesuatu apa pun. Baginda merasa wahyu itu sudah berada dalam kalbu baginda. Mengenainya baginda menyatakan: “Ruhul qudus mewahyukan ke dalam kalbulku”. Hal ini boleh dirujuk melalui ayat 51, surah Asy-Syura.

lMalaikat (Jibril) menampakkan dirinya kepada Nabi dalam bentuk rupa lelaki yang mengajarkan kepada baginda membaca sesuatu wahyu sehingga baginda mengetahui dan benar-benar hafal.

lWahyu datang kepada baginda seperti gemerincing loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan oleh baginda. Kadang-kadang pada kening baginda terpercik peluh walaupun wahyu turun pada musim dingin. Kadang-kadang unta baginda terpaksa berhenti dari berjalan dan terduduk kerana merasa amat berat sekiranya ketika wahyu diturunkan, baginda sedang menunggang unta.

Sebagai penulis wahyu, Zaid bin Sabit diriwayatkan berkata: “Aku adalah penulis wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah SAW. Aku lihat ketika turunnya wahyu, Rasulullah yang menerimanya seakan-akan diserang demam yang teruk dan peluh baginda bercucuran seperti permata. Setelah selesai turunnya wahyu, barulah baginda kembali seperti biasa”.

lMalaikat (Jibril) menampakkan dirinya kepada Nabi, tidak berupa seorang lelaki tetapi dalam bentuk rupanya yang asal. Hal ini terkandung dalam ayat 13-14, Surah An-Najm yang bermaksud: Sesungguhnya Muhammad telah melihatnya pada kali yang lain (kedua). Ketika (ia berada) di Sidarulmuntaha).

Penurunan al-Quran

Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur dalam tempoh 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun yakni 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.

Hikmah al-Quran diturunkan secara beransur-ansur adalah:

lLebih mudah dimengerti dan dilaksanakan penyebaran dan penghafalannya. Orang akan enggan melaksanakan suruhan dan larangan sekiranya suruhan dan larangan itu dibuat dalam keadaan banyak sekali gus selain dari ia akan membebankan.

lDi antara ayat-ayat itu ada yang nasikh dan ada yang mansukh, sesuai dengan kemaslahatan. Ini tidak dapat dilakukan sekiranya al-Quran diturunkan sekali gus.

lTurunnya sesuatu ayat sesuai dengan peristiwa-peristiwa yang terjadi akan lebih mengesankan dan lebih meresap ke dalam sanubari.

lMemudahkan penghafalan.

lDi antara ayat-ayat itu ada yang merupakan jawapan daripada pertanyaan atau penolakan sesuatu pendapat atau perbuatan.

Ayat Makiyyah Dan Madaniyyah

Al-Quran terbahagi kepada dua bahagian ayat iaitu ayat Makiyyah dan ayat Madaniyyah.

Ayat Makiyyah adalah ayat-ayat yang diturunkan di Mekah dan ayat-ayat Madaniyyah pula diturunkan di Madinah.

Beza antara keduanya adalah:

lAyat-ayat Makiyyah pada umumnya pendek-pendek manakala ayat-ayat Madaniyyah pula panjang-panjang. Ayat Madaniyyah yang merupakan 11/30 juzuk kandungan al-Quran berjumlah 1,456 ayat, sedangkan ayat-ayat Makiyyah yang merupakan 19/30 juzuk daripada isi kandungan al-Quran berjumlah 4,780 ayat. Keseluruhan ayat al-Quran sebanyak 6,236 ayat dengan kira-kira 1.2 juta huruf.

Dalam bentuk surahnya sebanyak 114 surah dan juzuknya sebanyak 30 juzuk. Membaca al-Quran diberi 10 ganjaran untuk setiap satu huruf.

lDalam ayat-ayat Madaniyyah terdapat ayat ya ayyuhalladzina aamanu (Wahai orang yang beriman) dan amat sedikit terdapat ayat ya ayyuhanass (Wahai manusia), manakala dalam ayat-ayat Makiyyah pula adalah sebaliknya.

lAyat-ayat Makkiyyah pada umumnya mengandungi hal-hal yang berhubung dengan keimanan, ancaman dan pahala, kisah-kisah umat terdahulu yang mengandungi pengajaran dan budi pekerti.

Ayat-ayat Madaniyyah pula mengandungi hukum-hukum sama ada yang berhubungan dengan hukum adat atau hukum-hukum duniawi seperti hukum kemasyarakatan, hukum ketatanegaraan, hukum perang, hukum antara bangsa, hukum antara agama dan sebagainya.

Oleh RAMLI ABDUL HALIM

*RAMLI ABDUL HALIM ialah murid tua Madrasah Al-Balaghulmubin, Rong Chenak, Pasir Mas, Kelantan.

Saturday, September 06, 2008

Governmentium: The New Element

Actually, artikel ni aku dapat dari emel seorang kawan. Nak share disini dengan korang semua. Aku tak berapa pahan dengan apa yang disampaikan sebenarnya. Mungkin ada yang boleh bagi pendapat atau pandangan berkenaan elemen baru nih.

Friday, August 29, 2008

Keputusan dah tahu. So, what next..?

Kita semua dah mengetahui bahawa keputusan PRK di Permatang Pauh dimenangi oleh DSAI. Ramai yang bergembira daripada berduka dengan keputusan itu. Bagi semua rakyat, keputusan itu memang mengembirakan tapi bagi pemimpin Bee End bagaimanan pula? Apakah pemimpin Bee End belum sedar dengan signal yang diberikan oleh rakyat. Pada saya, keputusan itu bukan kemenangan kepada DSAI tapi itu adalah signal kepada pemimpin Bee End supaya mereka sedar bahawa rakyat mahukan perubahan. Rakyat mahukan perubahan pemimpin dan juga perubahan pemikiran pemimpin. Kalau setakat pemimpin bertukar tapi cara dan pemikiran sama dengan yang sebelumnya, itu tiada makna. Rakyat makin marah ada la.

Apapun kita lihat saja apa yang akan berlaku selepas ini. Apakah perubahan yang akan berlaku. Adakah perubahan yang mengejutkan atau mengembirakan akan berlaku. Adakah detik 16 September akan berlaku perubahan yang besar atau sekadar janji kosong atau cerita penglipur lara yang kita dengar sebelum ini.

Wait and see arrrr....

Monday, August 25, 2008

Suramnya 'Jalur Gemilang' tahun ini!

Suram... memang suram.... Aku sendiri pun belum ada bendera malaysia @ jalur gemilang. Tadi, masa on da way ke KK, aku lihat dijalan raya, beberapa helai jalur gemilang yang terjatuh dari kereta tapi dibiarkan begitu saja. Tidak ada yang sanggup mengutip atau mengambil bendera yang terjatuh tersebut dan meletakkannya ditempat yang sepatutnya. Aku sendiripun hanya melihat sahaja kereta memijak jalur gemilang yang jatuh tersebut. Entah kenapa tidak terdetik pun rasa hormat kepada jalur gemilang.

Aku masih ingat kata2 guru aku dulu. Katanya, kalau sesiapa yang memijak, mengoyak atau membakar jalur gemilang, kita boleh tampar atau sepak terajang orang itu kerana tidak menghormati jalur gemilang.

Merdeka kali ke-51 ini tidak memberikan apa2 erti kepada aku. Terlalu banyak perkara yang berlaku di malaysia ini yang memilukan hati. Tapi nak buat camana. MEmang dah dilahrkan sebagai rakyat melaysia. Apapun malaysia, ia tetap bagus dari amarika.

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

17 Ogos 2006 rupanya...

Aku dok check bila la sebenarnya tarikh aku memula open blog nih. 17 Ogos 2006. Jadi dah lepas la ulangtahun ke-2 blog nih beberapa hari yang lepas. Apapun, happy birthday utk blog ni yang ke-2 semoga terus maju dengan isi2 yang menarik dari aku. Hahahahaha....

Tukar tajuk personal blog aku

Hari ni aku dok pikir-pikir pasal personal blog aku nih. Dulu blog aku nih bercampur baur dengan segala macam hal. Hari ni aku pikir nak buat blog ni hanya untuk personal blog jer. Tempat aku meluahkan perasaan yang mungkin aku tak dapat luahkan secara lisan. Blog famili pun dah ada dan blog bisness aku pun dah ada dan ok juga. Jadi, blog ini dijadikan blog personal untuk aku menulis melepaskan segala yang terpendam di kalbu.

Kadang2 tu banyak perkara yang terpendam tapi tak dapat diluahkan. Mungkin apa2 yang tidak dapat diluahkan itu dapat dicoretkan disini supaya jiwa lebih tenteram dan dapat meredakan perasaan yang berkecamuk itu.

Hope so...

Saturday, August 16, 2008

Kerja sendiri Vs Kerja makan gaji ?

Kerja sendiri ;
  • boleh masuk opis bila2 masa
  • boleh balik bila2 masa
  • boleh cuti bila2 masa
  • keja, ada rezeki, tak keja, tadak rezeki
  • boleh jadi boss dan lantik diri sendiri jadi MD ker, GM ker...
  • boleh tido time keja
  • tadak OT. Sapa nak bayar OT kau?
  • boleh g rehat bila2 masa dan berapa jam yg kita suka
  • setiap hari boleh dapat gaji kalau rajin
  • peraturan syarikat? pedulik hapa. aku boss.... hahahahaha....
  • sakit? tak yah keja la weiii...
  • boleh mengarah... aku boss per...
Kerja makan gaji ;
  • tak bolen makan gergaji atau bawak gergaji sesuk hati ke tempat kerja
  • datang dan balik ikut masa yg ditentukan
  • boleh buat OT bila kerja banyak
  • tak boleh keluar sesuka hati
  • tak boleh g makan sesuka hati
  • waktu rehat dah ditetapkan
  • hujung bulan baru dapat gaji
  • terikat dengan peraturan syarikat
  • silap skit, kena marah ngan boss
  • sakit, kena ada surat MC
  • kena ikut arahan boss

Sunday, August 10, 2008

New blog...

Aku dok sibuk ngan blog baru iaitu NoorSham Famili Blog dan NoorSham House Blog. Blog ni nanti jarang la aku update sebab aku dok update blog famili ngan blog umah jer. Blog ni hanya tempat melepaskan geram jer.

Monday, July 28, 2008

Kritik skit jer... tak bleh ker...?

Orang Melayu ni pantang kena kritik skit. Mulalah nak menggelabah. Bising sana - sini. Bila kena kritik atau kena komen skit, jagan la cepat melatah. Fikir dulu. Tgk la apa jenis kritikan tu. Ni idak. Kalau komen lebih skit, mulalah cakap kita ni over. Mula la suruh fikir kita na sapa, kita dok kat mana, apa pangkat kita dan bla..bla..bla... Dah rialiti dia cam tuh.

Cam tulis blog la. Blog adalah tulisan peribadi. So, sapa yang baca tu kena open minded. Blog adalah tempat memberikan pendapat personal. Korang nak terima atau tak itu korang punya pasal la. Kalau tak leh terima, tak yah baca, tak yah sibuk-sibuk bukak atau cari blog orang. Tapi kalau orang masuk kutuk - kutuk pasal tulisan kat blog tu, jagan marah la sebab korang berani tulis, berani la terima komennya.

Ahaks..ahaks..ahaks...

Sunday, July 27, 2008

Blog pasal rumah baru aku dan rumah sewa sebelumnya...

Ada masa skit aku buat blog pasal rumah baru kami. Rumah yang aku beli ngan bini aku. Bak beli keta satu lagi tapi kalau beli keta rega dia akan jatuh. Tapi kalau beli hartanah, rege dia tak akan turun malah makin bertambah dari tahun ke tahun. Lagipun keta motor dah ada. Rumah sendiri blom ada. Keputusannya beli rumah je la.

Sunday, July 20, 2008

Hydrofuel di pasaran dua minggu lagi


SEORANG pekerja Hydrogen Fuel Industries memasang kit hydrofuel di Shah Alam.


KUALA LUMPUR - Kit sistem bahan bakar alternatif semi hibrid petroleum dan hidrogen (Hydrofuel) yang berupaya mengurangkan kos petrol dijangka akan berada di pasaran dua minggu lagi.

Presiden Hydrogen Fuel Industries (M) Sdn. Bhd., Dr. Halim Mohd. Ali berkata, untuk permulaan, produk tersebut boleh didapati di beberapa bengkel terpilih di seluruh negara.

Katanya, syarikatnya menyasarkan untuk melantik 600 pengusaha bengkel bagi menjalankan kerja-kerja pemasangan alat itu.

"Kami juga mengalu-alukan mana-mana pengusaha bengkel yang berminat untuk menjadi pengedar alat ini dengan menghubungi ibu pejabat kami di Banting.

"Kit ini dijamin selama dua tahun atau 50,000 kilometer, perlindungan insurans serta wang akan dikembalikan jika tidak memberi penjimatan dalam tempoh sebulan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.


KOTAK diod pemberi isyarat bacaan gas hydrofuel.


Menurut Halim, alat tersebut begitu mudah untuk dipasang pada kenderaan iaitu mengambil masa hanya minimum 45 minit.

"Produk ini dijamin bermutu tinggi, ringan, kecil, mudah guna, mesra alam serta ia tidak akan memberi sebarang kesan terhadap kuasa enjin sesebuah kereta.

"Alat ini didatangkan dengan pakej yang mengandungi sebuah tong air berkapasiti lima liter, satu set kanister, satu set komputer kawalan (ECU), kabel penyambung, pengikat, manual pemasangan, kad jaminan dan pelekat kereta hydrofuel," jelas beliau.

Halim yang juga pencipta produk itu berkata, hydrofuel menggunakan sistem teknologi air sebagai sebahagian daripada bahan bakar dan sesuai digunakan oleh kenderaan 2,000cc ke bawah.

"Formulanya lebih kepada fizik di mana air dipecahkan kepada molekul hidrogen yang kemudiannya diselarikan dengan petrol dan oksigen dimasukkan untuk mengayakan pembakaran.

Ni yang kita dok tunggu-tunggu nih. Aku dah buat kajian gak pasal menda nih. Dah ada syarikat yang buat, so apa lagi. Tunggu dia pasarkan la. Tapi bila nak sampai ke Sabah nih? Bleh la gi ronda2 sampai puas tanpa risau pasal harga minyak.

Thursday, July 17, 2008

Debat minyak: Jahil tahap gaban

Harakah Online

Penarik Beca
Wed | Jul 16, 08 | 10:53:29 am MYT

Shabery tak pernah berubah. Itulah kesimpulan saya bila melihat debat antara Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sekurang-kurangnya, Anwar yang dituduh tidak berubah lebih banyak menumpukan tajuk perbincangan.

Saya pernah cuba memperkenalkan Datuk Ahmad Shabery Cheek dalam posting bertajuk "Selamat berkenalan dengan Ahmad Shabery Cheek". Baca betul-betul berita Malaysiakini yang saya pautkan di situ. Anda boleh memahami Shabery dan stailnya. Itulah Shabery sejak sekali-sekala saya terjumpa dengannya di Harakah dahulu - ketika itu beliau menjadi kolumnis lidah rasmi PAS itu.

Tak faham lagi? Saya teringat budak-budak bertengkar. Katakan, ketika kita budak-budak dulu, kita bertengkar dengan seorang budak. Kita kata kat dia, air liur hang nampak memutih-mutih tepi-tepi bibir bila hang bercakap. Banyaknya!

Memang, budak itu akan jawab, "aku dah sapu dengan lidah aku. Memang la masa aku bercakap jadi macam tu, tapi lepas aku bercakap, aku ada teknik nak hilangkan apa yang hang nampak tu".

Tetapi selepas itu, budak itu akan keluar dari pokok persoalan dan terus serang kita dan kata "mata hang pun aku pernah nampak banyak taik, hari tu aku nampak hingus hang meleleh tak habis-habis. Bau hang busuk", bla, bla, bla...

Bila kita tambah lagi fakta tentang mengenai air liurnya yang nampak memutih-mutih tepi-tepi bibirnya bila dia bercakap tu, dia akan jawab sikit lagi mengenai perkara itu. Sikit ja. Lepas tu dia akan tumpukan dengan serangan demi serangan kepada kita.

Selalunya budak yang kalah bertengkarlah yang buat hal. Bila dia dah tak tau nak jawab apa, mulalah dia akan kata, "hang tu suka buat kacau kat jalan!" Selepas itu mungkin akan ditokok tambah dengan maki hamun dan carut capai. Itu budak-budak la... Orang tua, terutama bila di hadapan umum, lain sikit style dia.

Kepada saya, Shabery tidak berjaya sama-sekali mempertahankan kerajaan yang diwakilinya. Dia hanya berjaya mendedahkan betapa tidak demokratiknya Anwar ketika beliau menguasai media-media seperti TV3, Utusan Malaysia dan akhbar-akhbar kumpulan NSTP dahulu. Itu sahaja kejayaan Shabery.

Tetapi beliau tidaklah nampak bodoh tahap tingkat lima Jabatan Perdana Menteri seperti tukang tanya yang dibawanya. Soalan pertama beliau dah nampak bodoh.

Tetapi, bila mendengar soalan kedua beliau, terus anak saya kata, "Ya Allah... Bangangnya dia ni! Sape ni, abah! Bodoh tahap gaban! Sebab minyak naiklah, yang lain semua naik harga.

"Bagi subsidi tak sampai seribu setahun, kita kena tambah duit minyak beribu-ribu. Kalau bagi duit sewa rumah RM100 sebulan kat rakyat pun, bantu apa namanya kalau dulu sewa kita kena bayar RM500 sebulan, sekarang dah naik RM700!"

Kalau budak sekolah menengah pun nampak orang yang nak berlagak pandai itu bangang tahap gaban, saya tak perlu kata apa-apa...- tajdid_

Monday, July 14, 2008

Kesibukanku telah bermula

- Budak UMS dah daftar untuk semester baru
- Apa lagi, rezeki dah start masuk la....
- Banyak PC yang nak kena servis bulan nih...
- Budak2 UMS cuti dekat 3 bulan, PC hangkang...
- Time gini la nak buat duit..
- CyberCafe aku pu selalu penuh...
- Alhamdulillah... semoga dikurniakan rezeki yang halal...

Wednesday, July 09, 2008

'Reality check' buat Abdullah

Ruhanie Ahmad
Tue | Jul 08, 08 | 12:47:20 pm MYT

Kehadiran Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di persada kekuasaan negara mulai 31 Oktober 2003, amat dialu-alukan oleh rakyat Malaysia.

Imej Abdullah yang bersih, warak dan mesra sungguh menawan hati nurani mereka. Tekad Abdullah membanteras rasuah secara habis-habisan menambat minat semua pihak.

Cita-cita Abdullah menjadikan negara-bangsa Malaysia cemerlang, gemilang, terbilang disokong sepenuhnya oleh pihak kawan dan lawan.

Rekod kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencatatkan lonjakan paradigma dalam hampir semua aspek kehidupan rakyat dan kemajuan negara pula menjadi asas paling kukuh untuk membolehkan Abdullah mencartakan kejayaan demi kejayaan di hari muka.

Lantaran itulah BN dalam fasa awal kepimpinan Abdullah mampu merangkul kejayaan paling bersejarah menerusi PRU 11 pada 20 April 2004.

Tetapi, hanya kira-kira dua tahun sesudah itu, kepimpinan Abdullah seolah-olah mula menjanjikan satu era yang malang dalam sejarah BN, Umno dan negara. Antara puncanya adalah imej Abdullah yang mulai luntur. Hakikat ini jadi semakin ketara bila isu ECM Libra yang membabitkan menantunya, Khairy Jamaluddin, mulai diperkatakan secara meluas oleh rakyat jelata di seluruh tanahair.

'Reality Check'

Lain-lain faktor yang menyebabkan Abdullah tidak lagi diyakini oleh rakyat jelata boleh dipastikan menerusi 'reality check' ke atas Abdullah dan kepimpinannya seperti berikut:

Sewaktu mula berkuasa, Abdullah menyanjung tinggi jasa dan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. Hari bagaimana?

Adakah rakyat masih percayakan kata-kata Abdullah bahawa beliau tidak mahu mencari "harta bertimbun-timbun untuk hidup kaya" atau "wang berjuta-juta untuk hidup bergaya"?

Sewaktu mula berkuasa, Abdullah memperkenalkan apa yang beliau katakan sebagai Islam Hadhari. Insafkah Abdullah bahawa termonologi ini kini sudah jadi bahan jenaka dan amat mengecewakan sebilangan umat Islam?

Pada ketika ini, benar-benarkah Abdullah mahu mencari "mana dia Al-Ghazali" dan "mana dia Al-Shafie"? Benar-benar jugakah Abdullah mahu "bongkar rahsia kitab suci, cari pedoman dan bongkar rahsia sunnah Nabi, cari panduan"?

Sewaktu mula berkuasa, Abdullah mengatakan beliau tidak mahu dikelilingi oleh manusia pembodek. Hari ini bagaimana? Abdullah juga mahukan para pegawai peribadinya bersikap mesra rakyat. Hari ini bagaimana?

Dolak-dalik

Benarkah Abdullah tidak berdolak-dalik? Jambatan Bengkok? Kenaikan harga minyak? Kontroversi "wanita ketuk-ketampi"? Kisah cintanya yang dinafikan tapi kini jadi realiti?

Abdullah ghairah mahu membanteras rasuah, kronisme dan neopotisme. Ini dimanifestasikan dalam manifesto BN bagi PRU11. Kini bagaimana? Kisah ECM Libra bagaimana? Mengapakah manifesto PRU12 tidak sebut langsung soal anti-rasuah?

MV Agusta dibeli oleh Proton dengan harga RM500 kenapa dijual dengan harga RM4.00? Sampai sekarang kenapa tidak ada jawapan yang telus mengenai hal ini?

Pada tahun 2007, Abdullah mengumumkan perangkaan ekonomi negara yang trillion ringgit jumlahnya untuk menggambarkan kepimpinan beliau lebih baik daripada Mahathir. Kenapa kesannya tidak dirasai oleh rakyat bahawan?

Abdullah amat marah dengan pemimpin Hindraf yang menuduh Umno melakukan mini-genocide ke atas kaum India dan kerana mereka mendesak komuniti antarabangsa memansuhkan Perlembagaan Persekutuan yang kononnya tidak adil kepada semua pihak? Kenapa pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA tidak disiasat serapi-rapinya?

Hanya beberapa hari menjelang hari pembuangan undi bagi PRU12, Abdullah mendabik dada bahawa BN akan menang besar? Hari ini bagaimana?

Bukankah keputusan PRU12 merupakan mesej daripada rakyat jelata bahawa beliau wajar mengundurkan diri daripada persada kekuasaan kerajaan dan politik?

Post-mortem

BN dan Umno kalah teruk dalam PRU12. Mengapakah Abdullah enggan adakan satu post-mortem menyeluruh mengenai kekalahan ini?

Mengapakah tuduh warga Umno mensabotaj parti dalam PRU12? Apa bukti nyata mengenai hal ini jika tiada post-mortem mengenainya?

Salahkah bila Mahathir mengatakan bahawa beliau keluar meninggalkan Umno mulai 19 Mei 2008, kerana Umno kini hanya mempertahankan Abdullah dan bukannya berjuang demi agama, bangsa dan tanahair?

Abdullah mengumumkan bahawa beliau akan melakukan peralihan kuasa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Bila? Dan, mengapakah beliau akan terus mengekalkan jawatan Presiden Umno?

Sewaktu jadi Timbalan Perdana Menteri, Abdullah membidas Singapura kerana mempolitikkan isu air dengan Malaysia. Hari ini kenapa tangguhkan semua isu tertunggak dengan Singapura, termasuk perundingan mengenai tariff air yang baru?

Malaysia enggan jual pasir kepada Singapura untuk jadikan pulau itu dua kali lebih besar daripada saiznya hari ini. Kenapa Abdullah wujudkan Iskandar Malaysia yang dua kali saiz Singapura kononnya untuk kepentingan rakyat Malaysia?

Kenapa hapuskan semangat DEB untuk Bumiputera menyertai aktiviti ekonomi dan pembangunan di Iskandar Malaysia?

Halliburton

Halliburton sebuah syarikat minyak yang membabitkan diri dalam perang di Iraq dan segolongan pekerjanya didakwa terbabit membunuh rakyat Iraq. Kenapakah izinkan syarikat ini melabur di Iskandar Malaysia?

Telekomunikasi adalah industri strategik sesebuah negara. Kenapa izinkan syarikat Singapura melabur dalam Telekom Malaysia?

Di era Mahathir, kapal perang Amerika Syarikat yang membawa senjata nuklear tidak boleh lalu Selat Melaka. Hari ini kenapa boleh dan mengapa kapal itu juga diizinkan berlabuh di Pelabuhan Kelang?

Menteri Luar mengatakan bahawa team Pulau Batu Puteh sudah membuat persediaan sejak berpuluh tahun lamanya. Bila Malaysia kehilangan kedaulatan Pulau Batu Puteh, kenapa tidak adakah siasatan terperinci di atas kekalahan yang jelas berasaskan keputusan political?

'Regime Change'

Berasaskan 'reality check' di atas, salahkah jika rakyat jelata mempunyai persepsi negatif terhadap Abdullah pada hari ini? Salahkah jika rakyat jelata mengatakan Abdullah seolah-olah dalam keadaan 'out-of-control' dan dibelenggu sindrom penafian yang panjang.

Rakyat jelata semakin resah gelisah kerana Abdullah terus memimpin negara. Kestabilan politik tanahair pula nampaknya sedang menuju ke suatu arah yang mungkin parah dan mendebarkan.

Dalam situasi begini, wajarkah Abdullah menuduh bloggers sebagai antara faktor yang menyebabkan politik negara tidak stabil?

Sebaliknya, bukankah faktor utama yang menyebabkan politik negara tidak stabil mutakhir ini adalah keengganan Abdullah menerima hakikat dan realiti bahawa kepimpinan beliau sudah tidak lagi diyakini oleh majoriti rakyat jelata Malaysia?

Sedarkah Abdullah bahawa menurut satu poll yang dilakukan oleh lamanweb Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo bar-baru ini, seramai 88 peratus responden mahukan pucuk kepimpinan negara ditukar atau negara ini memerlukan 'regime change'?

Demikianlah 'realiti check' mengenai Abdullah. Moga-moga beliau insaf akan hakikat ini. Demi agama, bangsa dan tanahair, segeralah berundur daripada persada kepimpinan kerajaan dan parti secara terhormat.

Serahkanlah tampok kepimpinan negara dan parti kepada Najib. Insya-Allah, politik negara kembali stabil, ekonomi akan berkembang, rakyat jelata tidak lagi resah gelisah malahan akan dibela dengan sewajarnya. - kuda-kepang.blogspot_