Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684

Saturday, April 26, 2008

Gadis melampau menerima padah

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh
dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke
destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang
terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok
mata..

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut
disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis
itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi
uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang
baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu
lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa
pandangan liar kaum lelaki...."
nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan
tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu
hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu
memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau
neraka?"


Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua
itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis
lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil
melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil hanphone ku ini dan
hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka
jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa
mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu
biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis.
Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk.
Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala
kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis
yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka
tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih
teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.

Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas.

Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi
gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si
gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah
kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi
cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke
pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut.
Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah
hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah,
sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala
sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar
ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum
Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan
dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya
adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh
alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap
akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita
akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah
orang yang bodohitu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul
alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan
arahan Tuhan.


Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam
pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan
anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda.
Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu
prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini,
anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang
menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman
laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi
hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi
kita petunjuk di atas jalan yan g benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'


Subject: Manusia , Malaikat , Syaitan ...

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha
Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha
Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya
sekali....rugila. .. (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai
Allah, berpalinglah dari jalan itu ...
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu....Jomlahhh?

Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di
dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan
kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patut ke aku biarkan cerita ini tetap di sini didalam blog ini atau ceritakannya kepada
orang lain ?
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2

Wassalam. ...

Kepentingan ilmu dalam kehidupan bermasyarakat

Harakah | Isnin 21 April 2008 | 14 Rabiul Akhir 1429 Hijrah

Ustaz Zainudin Hashim
Fri | Apr 25, 08 | 12:08:07 pm MYT

Sejak kebelakangan ini, banyak pihak bercakap dari mulut ke mulut mengenai kebaikan para pemimpin di lima negeri yang diterajui Pakatan Rakyat yang belum sampai pemerintahannya menjangkau tiga bulan.

Namun kepimpinannya sudah terserlah melalui pelbagai keputusan kabinet yang memberangsangkan dari sudut dasar yang diperjuangkan.

Pulau Pinang sebagai contoh, walaupun diketuai oleh Ketua Menteri bukan Islam, namun kesungguhannya untuk mendaulatkan agama Islam sebagai agama rasmi negara, dibuktikan dengan kenaikan elaun guru-guru Kafa, di samping ketegasannya agar semua masjid di negeri itu diaktifkan semula dengan program-program ceramah agama, dengan harapan apabila semakin ramai orang belajar agama, maka kadar jenayah dan perkara-perkara negatif berjaya dikurangkan kalau tidak pun dihapuskan sama sekali.

Begitu juga dengan negeri-negeri lain selain Kelantan, yang bersungguh untuk menaikkan elaun guru-guru Kafa dan sekolah agama rakyat (SAR).

Ini bermakna, para pemimpin di lima negeri berkenaan mahukan agar bidang pendidikan agama diberi keutamaan supaya rakyat semakin celik dengan agama mereka, selaras dengan hasrat pimpinan PAS Pusat untuk menjadikan ahli-ahlinya individu yang berilmu.

Kenapa perlu kepada ilmu, terutamanya ilmu-ilmu agama?

Menurut tokoh ulamak kontemporari, Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, ilmu-ilmu agama merupakan alat bagi kita untuk menyelesaikan banyak perkara, sebagai contoh, jika sesuatu mesin industri rosak, jurutekniknya memiliki alat-alat berkaitan dengan pembaikannya, maka tugasnya menjadi mudah kerana dia memiliki alat untuk mengendalikan proses pembaik-pulih mesin berkenaan. Image

Begitulah juga dengan masalah agama, kebanyakan manusia bernama Islam hari ini semakin longgar ikatan mereka dengan Islam, ada yang tidak sembahyang, puasa, mengucap, memakan riba, rasuah, membunuh orang tanpa sebab yang dibenarkan dan lain-lain, akibat tidak memperdalami ataupun duduk dalam majlis-majlis ilmu agama.

Merekalah sasaran kita, bagaimana mungkin kita mampu untuk memperkata sesuatu mengenai agama bagi menasihatkan mereka jika kita sedniri tidak menguasai ilmu-ilmu alat.

Malah yang bukan Islam juga semakin menunjukkan minat untuk tahu, apakah sebenarnya Islam, adakah ia satu agama yang menyuruh penganutnya supaya bertindak ganas, ataupun agama yang mendidik mereka ke jalan kebenaran.

Apabila dilihat kepada situasi selepas pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini, ia memperlihatkan kesungguhan bangsa-bangsa lain bukan Islam menyokong Islam, persoalannya di sini, bagaimana kita mampu menghadapi situasi di mana mereka mahukan kita membimbing mereka, tidak mungkin kita boleh menyampaikan sesuatu terbaik kepada mereka jika kita sendiri kosong daripada ilmu-ilmu alat.

Ilmu tersangat penting dalam agenda harian hidup muslim

Islam telah meletakkan asas dakwah buat pertama kali kepada baginda Rasulullah s.a.w kepada menggarap ilmu pengetahuan menerusi ayat pertama turun daripada Allah melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s.

Mana mungkin baginda nabi mampu menyeru manusia dengan pelbagai ragam cita rasa peribadatan pada masa itu tanpa dibekalkan Allah dengan ilmu.

Sesunggunnya ilmu itu boleh diperolehi dengan jalan membaca, memikirkan tanda-tanda kebesaran Allah terhadap bahan-bahan ciptaan-Nya, memerhatikan kebesaran kerajaan Allah dalam mentadbir bumi dengan segala kebenaran daripada-Nya.

Malah Islam telah menyediakan satu dasar dalam konsep �Usul Fiqh�, bahawa semua amal ibadat seseorang itu yang tidak disandarkan dengan kefahaman ilmu dan makrifat, maka ia akan terbatal dengan sendirinya.

Ia memberi maksud, jika seorang muslim yang rajin beramal ibadat, tetapi amalan-amalan yang dilakukannya bukanlah kerana atas kefahaman yang dipelajarinya, malah lebih kepada warisan secara tradisi, maka adalah dibimbangi, amalannya itu tidak diterima di sisi Allah s.w.t.

Apa sebenarnya ilmu-ilmu alat itu?

Kita mesti bertindak segera, masa untuk tidur dan berhibur sudah berlalu, yang penting kita kena belajar ilmu-ilmu alat tersebut yang terdiri daripada ilmu-ilmu �Syariah Islam� dan �Usuluddin�.

Ilmu Syariah Islam yang menitik-beratkan persoalan ilmu fiqh, Usul fiqh, ayat-ayat hukum, sama ada yang ada dalam al-Quran atau hadis-hadis hukum yang membicarakan persoalan harian khususnya dalam konteks ibadat dan amalan, masalah kenegaraan, kuasa eksekutif dalam pentadbiran negara, dasar-dasar hukum Islam dan lain-lain.

Ia boleh dijelmakan secara praktikal dengan mempelajari ilmu fiqh, ilmu akhlak Islam termasuk ilmu-ilmu Usululddin seperti tafsir, hadis, Sirah, ilmu akidah-tauhid, tasauf dan lain-lain yang dilihat penting yang menjadi alat kepada kita untuk menyelesaikan banyak perkara, terutamanya ketika menghadapi isu-isu semasa yang melibatkan peroslan hukum agama seperti penternakan babi, masyarakat majmuk, pelaksanaan hukum hudud, tahaluf siasi (percantuman) parti-parti politik yang terbentuk daripada pelbagai fahaman dan agama.

Kesemua itu perlu digarap dengan serius jika kita mengaku bukan sahaja sebagai ahli parti Islam, malah sebagai orang Islam yang menjadi khalifah di muka bumi Allah ini.

Dengannya kita akan menjadi ummah yang kuat yang mampu menghadapi sebarang kemungkinan, kerana kita sudah bersedia dari peringkat awal lagi bahawa Islam mampu menguasai dan memerintah bumi ini dengan segala kebaikan yang hanya datang daripada Allah s.w.t. - mns