Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684

Tuesday, August 29, 2006

Pak Cik Kayo...Pak Cik Kayo...

Pagi tadi pegi bank tengok duit. Fuyoooo... Pakcik kayo.... Pakcik kayo.... Banyknyer duit dalam bank.... Memang ler banyak tapi duit orang... Heh...heh... heh... Tengahari g bank ngan bini. Keluarkan duit 10K. Pastu gi bayar duit ayak liuk kat telekom. Abis 1K lebih. Tu duit ayak liuk orang lain tapi bini aku gak kena bayak. Hampeh tul... Pestu kami g bayak kad hutang 3lima. Kad kredit la tu. Check baki dia dulu. Adush.... Kami dah belanjakan lebih dari 6K. Dah over limit. Oklah... nak idup... Kami setelkan terus. Kasik bayak habih.

Pastu kami ke Wisma Merdeka. Nak beli henpon untuk Ahmad Faizul Bin Rosli. Dah lama dia mengidam nak henpon yang ada kamere dan memori kad. Aku pegi kat kedai yang aku beli henpon Nokia 6630 aku dulu. Tengok Nokia 6600 tu rega dia letak RM699. Aku tawar la skit kat awek tu. Dia kata "sulah ala less maaa.. Itu plomosen punya..." Haiya amoi aaa... wa sulah beli 2 henpon sini ma... Takkan talak boleh kulang mey... Sekali amoi tu kasik Rm690. Aku mintak kurang lagi. Pastu dia call boss dia. Cong cang cong cang..cong ceng cong ceng.... dalam bahasa cina dia tu... pastu dia kata RM680. Itu saja boleh kasik. Aku kata oklah. Lu kasi tapau ini henpon. Wa bayar cash.

On da way balik singgah kedai mamak beli nasik untuk Ahmad Faizul Rosli. Tadi terlupa belik nasik untuk dia. Sampai di kedai aku, singgah dulu hantar nasik dan henpon si Ahmad Faizul neh. Kemudian terus balik hantar bini aku kerumah. Sampai umah, kira balik duit baki daripada 10K tadi. Ada balance 2K setengah lagi. Esok nak g setelkan pembayaran kerusi umah aku yang kami beli di "gelanggang gajah". Ada baki 1K lebih lagi. Tak pa lah janji aku dah tadak hutang banyak tempat. Lepas ni bayak utang kat satu tempat jer.

Malam ni pakcik dah tak kayo dah.......

Mawi Vs. Ina

Sham rasa semalam ramai yang menonton racangan Ina dan Mawi daripada menonton majlis persandingan Datin Siti Nurhaliza. Dan undian menunjukkan hampir kesemua penonton mahu Mawi dan Ina bersemuka bertentang mata.

Pada mulanya Sham dengar kat radio jer sebab baru balik dari tempat kerja. Ingat nak terus balik kerumah. Minyak kereta dah nak habis pulak. Taku tak sempat sampai kerumah, sham terus ke stesen minyak di Likas dengan staff Sham tu, Ahmad Faizul Bin Rosli. Dalam perjalanan tu kami dengar Ina bercerita pasal kisah cinta dia dengan Mawi dulu. Suka dengar cerita percintaan Ina dan Mawi tapi geram bila Mawi buat Ina cam tu. Memang tak patut.

Sedih dengar bila Ina citer yang dia dihalang masuk oleh orang yang terdekat dengan Mawi semasa nak masuk stadium semasa konsert akhir AF3 dulu. Kenapa Ina dilayan begitu? Pertama kali dengar Ina bercakap semalam lemah-lembut, menunjukkan dia perempuan tulen. Tidak seperti Mawi si jantan ego. Ada ke patut semasa Ina sedang bercerita / bercakap dia boleh tersenyum dan buat dek jer. Nampak muker cam sial jer. Sham mula dah benci tengok Mawi. Kau memang ego Mawi... Kau memang ego...

Apa pun Mawi ada alasan dia sendiri untuk diam.... Lantak ko la Mawi. Tapi ko tahu Mawi? Aku dah mula benci dengar suara kau di radio.... Aku benci jantan macam ko neh....

Lagu "Kisah Cinta" dibawah ini Sham tujukan khas buat Ina...

Ini sebuah kisah cinta
Dari sekuntum bunga sekeping hati
Dua jiwa dalam hayalan
Berat rasa untuk berpisah
Dua dunia satu mimpi
Satu cita dalam satu hati
Terjerat dalam permainan hidup
Terkandas dalam cinta terhalang
Mengapa dunia
Kejam pada mereka yang bercinta
Mengapa bercinta
Harus ada saja perpisahan
Kisah cinta berakhir
Dengan penuhharapan
Kisah cinta berakhir
Dengan penuh ratapanKisah cinta...

Tua Mengejar Kita...

Ingatkah semua
Hari tua pasti menjelma
Detik waktu yang laju
Pantasnya tak akan menunggu

Begitu usia
Makin hari makin meninggi
Siang malam berganti
Yang pergi tak berulang sekali lagi

Begitu cepat putaran masa
Terkadang tanpa pun kita sedar
Siapa yang lebih bersedia
Dialah yang selesa

Tua mengejar
Pasti tiba masanya
Kau merasa
Hidup tak segagah
Waktu remaja
Di mana tenaga
Menyala-nyala
Di hari tua
Makin terpadam semua

Tua mengejar di mana kau berada
Tak berbeza semua kan merasa
Itu hakikat tak bisa hindari
Walau seinci bersihkan diri
Sebelum terlewat nanti

Hey kawan semua
Aku cuma memberi pesan
Andai cukup bekalan
Tak mungkin kita kehausan

Usahlah menunggu
Uban memutih di rambutmu
Cepat-cepat berilmu
Semoga tak menuju di jalan buntu