Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684

Friday, September 01, 2006

Nasik ayam Vs Rojak buah + ABC Tapai...

Sebelum Jumaat aku call bini tanya dia nak balik awal ke tidak. Dia cakap nak balik lepas Jumaat. Oklah, aku ajak Uzair Mohd Kamil @ Icot dan Ahmad Faizul @ Pok Joe ke masjid. Kat masjid aku dok saf ke-2. Ada la sebelah kanan aku golongan veteran 3/4 orang dok borak2. Kat belakang aku plak budak2 mude. Masa tu khatib blom baca khutbah lagi. Meka ni dok asyik borak. Takper la khatib blom baca khutbah lagi kataaku dalam hati. Bila khatib start baca khutbah, golongan veteren kat sebelah aku ni makin rancak berborak. Budak muda 3 orang kat blakang aku pon rancak gak.... Adush... Aku tak brapa dengar dah tok iman cakap apa. Dengat dia cakap bulan Syaaban jer. Tahan sabar jer.... Sekali aku toleh belakang, aku bagi isyarat tangan ( Syssssss.... ) suruh diam. Nampak cam terkejut budak tu. Aku tengok golongan veteren sebelah pun senyap. Mungkin meka perasan tindakan aku tadi. Budak2 kecik kat belakang masjid cam orang giler dok kejar lembu. Menjerit sana-sini. ANAK SAPA LA TU....

Lepas jumaat aku, Icot dan Pok Joe terus ke sekolah ambik bini aku. Kami ke Inanam. Singgah di Restoran Keningau. Tutup plak. Terus ke Karamunsing di KK. Kami ke Refflesia Chicken Hut. Aku order nasi ayam, ABC tapai dan rojak buah.

Pok Joe sedang membelek "bini"nyer sambil diperharikan oleh Icot sementara aku pegi oder nasi ayam.

Habis licin dikerjakan kami berempat. Lapor bebenor..........

Lepas makan, kami ke kedai komputer. Aku nak servey komputer 2nd hand untuk kedai baru. Ada la satu jenama DELL neh. Reger dia lebih kurang RM800++. Boleh la...

Kat luar hujan turun lebat. Kami terus balik. Sampai di kedai, ramai dah bebudak tengah menunggu. Biasa aku bukak pukul 2 ptg lepas jumaat. Aku sampai tadi dah pukul 3.15 petang. Masih ramai yang setia menunggu walau hujan turun lebat. Nak main game punya pasal mereka sabar menunggu dalam hujan sebab depan kedai aku ni bumbung dia pendek saja.

No comments: