Ramadhan tahun ni aku sekeluarga pose kat Sabah seperti tahun lepas. Tahun ni len skit mungkin sebab ada Pok Joe, dan sebab aku dah bukak satu cawangan lagi. Nak pegi beli juaadah berbuka pun mungkin semput skit. Aku nak ambik sorang pembantu untuk ringankan beban di kedai baru nih. Senang skit aku nak keluar kemana-mana.
Bini aku dalam dilema. Nak balik kampung ke tidak tahun nih. Cek tengok tiket katebang kat internet. Kira2 kena habiskan dekat RM3k untuk balik kampung tu. Aku tak kisah. Itu kata aku kat dia la. Tapi dalam hati kalau boleh aku nak balik jugak. Nak jumpa mak. Dah lama tak jumpa mak. Dengar suara mak ikut tipon je. Selalu tanya khabar mak dari anak sedara dan adik yang selalu balik kampung. Meka senang ler sebab dok kat KL. Tiap2 minggu boleh balik kampung. Dengar khabar mak dah semakin nyanyuk. Anak sedara aku citer masa dia balik ari tu, tgk nenek makan nasi ngan semut katanya. Mata nenek dah tak berapa nampak.
Sedih aku dengar. Air mataku bergenang. Aku tahu hati kecilku ini mudah terhiris dengan berita seperti ini. Anak sedara ku juga cakap nenek asyik dok melayang abangku yang kekadang berperangai macam budak-budak. Nak makan nasi pun mintak mak sediakan. Takkan tak nampak mak tu dah tua. Dah tak larat. Camana ramadhan nanti? Harapnyer mak ok. Kakak yang tinggal sebelah rumah mak pun tak berapa sihat. Selalu sakit. Beberapa bulan lepas dapat berita kakak kemalangan dengan suaminya. Kereta yang mereka naiki terbabas. Nasib baik mereka tak cedera teruk tapi trauma gak ler dengan kejadian tu.
Bonda... Maafkan anakanda kerana tidak dapat berpuasa bersama bonda. Anakanda harap bonda faham keadaan anakanda yang jauh diseberang. Kalau setian kali ramadhan, bonda tidak pernah miss untuk memasak nasi ulam. Tahun lepas dan tahun ini juga anakanda tidak akan dapat merasai nasi ulam mu itu. Dulu, semasa arwah ayah masih ada, dia suka makan nasik ulam yang bonda buat. Kalau anakanda dapat terbang, setiap hari anakanda terbang ke kampung. Kalau dapat balik tahun ni pun mungkin dalam cuti sekolah lepas raya nanti. InsyaAllah....
Harap diampunkan segala dosa anakmu ini di kejauhan....
*Tah kenapa aku tak dapat meneruskan tulisanku ini. Aku sebak. Mataku menitiskan air2 jernih. Nasib baik aku kesorangan disini.... Mana la plak tisu nih.....