Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684

Monday, June 27, 2011

Aku blurrrrr. . .

Dari semalam aku sakit kepala @ pening. Kena plak makan kambing bakar, lagi menambahkan sakit kepala aku nih.


Pagi ni, tak dapat hantar wife ke sekolah tapi nasib baik adik aku ada. Mintak dia tolong hantar kakar ipar dia tu ke sekolah. Lepas tu dia tolong hantar anak akuvke sekolah plak.


Sekarsng ni, dah tenghari tapi kepala aku masih rasa berat lagi. Nak layan anak bongsu aku ni lagi. Semalam pun aku susuah nak tidur. Bangun tengah malam, rasa perit tekak aku, dahaga sangat, badan rasa panas dan kepala masih sakit. Aku cari ubat tapi hanya ada panadol soluble. Rendam dalam air suam dan aku terus teguk air ubat tuh. Lepas tu aku terus tido.


Sekarang, update blog sambil baca twitter. Tenangkan fikiran supaya tak stress sangat.


Sent from Samsung tablet

Wednesday, June 22, 2011

Janganlah kamu mengutuk sesama sendiri kerana setiap muslim itu bersaudara....


"Seorang Muslim itu adalah saudaranya orang Muslim lainnya, janganlah ia menganiaya saudaranya itu, jangan pula menyerahkannya - kepada musuh. Barangsiapa memberikan pertolongan pada hajat saudaranya, maka Allah selalu memberikan pertolongan pada hajat orang itu. Dan barangsiapa melapangkan kepada seseorang Muslim akan satu kesusahannya, maka Allah akan melapangkan untuknya satu kesusahan dari sekian banyak kesusahan pada hari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi cela seseorang Muslim maka Allah akan menutupi celanya pada hari kiamat." (Muttafaq 'alaih)

Firman Allah s.w.t : "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara." (al-Hujuraat: 10)

Dari firman ini telah jelas bahawa semua muslim itu adalah bersaudara. Tiada yang tertinggal. Kita memerlukan antara satu sama lain. Seharusnya kita perlu belajar menyayangi setiap sahabat yang berada di sekeliling kita.

Dalam Islam sudah diajar tentang ithar (melebihkan orang lain) yakni tahap ukhwah yang paling tinggi manakala berlapang dada adalah tahap ukhwah yang paling rendah.

Jadi, untuk apa ada sesama Malaysia, sesama Islam kutuk mengutuk kerana politik. Janganlah kerena nak menegakkan sesuatu yang tidak pasti dengan mengorbankan syurga anda. Kebenaran jelas terbukti tetapi mengapa masih memilih ke arah neraka? Ada otak, ada akal, fikirlah dengan anugerah Allah SWT itu....

Demi Rakyat - Video

Tuesday, June 21, 2011

Kenapa aku benci UMporNO....


Dr Mahathir pernah berkata "hukum rejam kepada penzina adalah primitif" dan banyak lagi kata2 penghinaan terhadap Islam berbanding dgn Karpal...Tapi "hari ini Dr Mahathir salahkan Karpal."..Adakah Karpal menyekat bantuan untuk Sekolah Agama Rakyat seperti apa Dr Mahathir buat..Komen??

Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan: “Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan.”..Karpal sigh pula kata dulu "langkah mayat aku sebelum buat negara Islam"..jadi apa bezanya??nampak sgt UMNO berat sebelah dlm isu ni..

KESIMPULAN : kalau Melayu UMNO hina ISLAM x pe sebab dia Melayu dan UMNO..Kalau non muslim dan bukan melayu x boleh tolak ISLAM walupun non muslim sebenarnya lagi jahil dari UMNO walaupun PUNCA non muslim fobia ISLAM kerana UMNO sendiri ( memberi mesej buruk imej islam,sebagai contoh SELAMA INI KITA TELAH DIMANIPULASI OLEH MEDIA PERDANA MILIK UMNO YANG MEMBERI IMEJ NEGARA ISLAM ITU ADALAH NEGARA POTONG TANGAN, NEGARA HUKUM REJAM DAN NEGARA YANG AKAN MEMBUNUH DAN MENINDAS ORANG BUKAN ISLAM dsb)...

Prof Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan :

“Diantara perkara yang berhak dihukum kafir tanpa keraguan ialah pemerintah-pemerintah sekular dan pendokong-pendokong parti sekular yang secara terang-terangan menolak syariat Allah swt dan melaungkan pemisahan negara daripada agama. Apabila diajak kepada hukum Allah swt, mereka enggan dan ingkar. Lebih dasyat daripada itu mereka bertindak melakukan keganasan keatas orang-orang yang menyeru supaya berhukum dengan syariat Islam atau kembali kepada Islam.”

Fikir2lah.....:)


Kredit: http://www.facebook.com/n/?home.php&sk=group_211889405500724&id=219928691363462&mid=46a0a84G5c8cd5bfG285afe0G96&bcode=jFRm0yX1&n_m=warisan2u%40hotmail.com

Monday, June 20, 2011

Khasiat Roselle

1. Anti Penuaan. Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik. Keupayaannya meminimakan kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas merupakan sebab utama seseorang yang mengamalkan Roselle akan kelihatan muda dan berseri wajahnya.


2. Pencegahan Penyakit Kardiovaskular. Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia dan dianggap sebagai 'silent killer'. Kedaan oksidasi juga akan menyebabkan kadar LDL akan meningkat dan menyebabkan arteri tersumbat. Pengamalan Roselle akan membantu mencegah ketebalan LDL di arteri dan sekaligus mengelakkan dari trejadinya penyakit tekanan darah tinggi.


3. Pencegah Kanser. Dunia kini yang terdedah kepada pencemaran udara, makanan, dan minuman merupakan punca utama kepada terjadinya kanser. Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam Roselle mampu untuk bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.


4. Demam Panas/Selesema. Roselle amat baik untuk mereka yang sering menghadapi masalah selesema dan sebagai pemakanan kesihatan yang utama kepada mereka yang menghadapi masalah demam panas.


5. Resdung (alergi) dan Lelah (asma). Pengambilan Coscinium Plus dan Roselle adalah dua gabungan yang terbaik kepada permasalahan begini.


6. Stress / Sukar tidur. Bagi mereka yang menghadapi masalah stress dicadangkan mengambil Roselle dimana ia akan bertindak menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit. Roselle juga amat baik untuk masalah dengkur semasa tidur.

Sent from Samsung tablet

Friday, June 17, 2011

Portal web kerajaan Malaysia diserang HACKERS lagi.....

Aku sokong juga apa yang dilakukan oleh HACKERS ni. Ini adalah supaya kerajaan Malaysia tidak memandang ringan akan hal ini. Mungkin kali ini mereka hanya meninggalkan mesej sahaja. Tapi kalau lepas ni kumpulan hackers merosakkan sistem komputer dan melumpuhkan ekonomi Malaysia, macamana?

Ada orang berjaga untuk #opmalaysia ke semalam? Aku tidur awal lagi…bangun pagi tengok Facebook, berita online kat kosmo dan Metro untuk dapatkan update mengenai “Operation Malaysia”. Kat KOSMO kata 51 website kerajaan kena serang. Kat METRO plak kata 41. Mana satu betul ni atau aku terlepas pandang baca berita? Apapun, memang kecoh la gomen nak mengatasi masalah nih....

Aku rasa kerajaan Malaysia sengaja cari nahas la. Bukan apa, kerajaan Malaysia ni pakar IT dia bukan besar sangat kalau nak dibangdingkan dengan gabungan HACKERS seluruh dunia yang bersepakat menyerang portal-portal milik kerajaan dan separuh kerajaan serta portal web yang menyokong kerajaan nih...

Kalau aku ditempat mereka ni, mungkin aku pun sokong jugak apa yng dilaukakn oleh SKMM tapi sayang, aku hanya insan biasa yang kerja aku bergantung juga kepada website yang disekat SKMM tuh. Website yang disekat tu la dimana tempat aku download driver komputer untuk dibaiki dan juga system tools yang bagus2 untuk membaiki komputer kastemer aku yang rosak.




Thursday, June 16, 2011

Perlembagaan Persekutuan Malaysia / Kebebasan Asasi



Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—

(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;

(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;

(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—

(a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan;

(b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam;

(c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.

(3) Sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perburuhan atau pendidikan.

(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2)(a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III, Perkara 152, 153 atau 181 melainkan yang berhubungan dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.

Portal kerajaan Malaysia kena hack?

Website www.malaysia.gov.my Berjaya Bertahan Daripada DiGodam Oleh Hacker Yang Menggelarkan Diri Mereka "anonymous"..

Tahniah Malaysia...


P/S : Tapi, Pagi ni aku tak boleh bukak laman web www.malaysia.gov.my. Kerajaan stop dulu ke server tu? Kalau bagus sangat, on terus je la. . . Penakut. . .

Sent from Samsung tablet

Wednesday, June 15, 2011

SKMM sekat web untuk download files...?

Apo ke bangang la SKMM nih... Ingat rakyat Malaysia ni semounyo bangang ko? Lagi disekat, lagi la meka buat. Tak ado jalan lain ko korang nak selesaikan masalah dengan menyokat laman web tersebut?

Dengar kabor portal kerajaan nak kena hack hari nih? Portal mano tuh...? Aku lak busy memangjang sampai tak sempai nak menjenguk portal mana lak kena hack nih.....

Tuesday, June 14, 2011

Jom kita BERSIHkan negara kita daripada BE END. . . .

Sent from Samsung tablet

Pagi2 dah bikin Panazzzzzzzzz. . . . .

@#%&&**/-++/*&%%#%&**%%. Tensen betullllll. Mo buat kerja, anak buat hal. Ni buat naik darah aku ni. Ada la menda jahanam nih. . .


Sah memang jahanammmmmmmm. . . . Pc pun cam sial plak pagi2 ni. Memang naik darah aku nih. . .

Astaghfirullahhalazim. . . . . . .

Sent from Samsung tablet

Monday, June 13, 2011

Cuti sekolah dah tamat. . .

Sekejap jer rasanya dua minggu berlalu. Dah tamat cuti, hari ni bermulalah semester baru persekolahan. Ramai budak sekolaj yang liat nak bangun awal pagi, termasuk la anak2 aku ni. Lupa nak ambil gambar mereka yang tidur lena di pagi hari.


Apa taknya, kalau hari cuti, dekat jam 9 pagi baru nak bangun. Aku pun kekadang terbabas sama ngan meka. Subuh pun tah kemana. Kena plak kalau malam tu hujan, sedapnya tido.


Ini la dinamakan proses tumbesaran dan proses pemblajaran anak2 yang baru nak kenal dunia.


Sent from Samsung tablet

Friday, June 10, 2011

They call me BANGKAI...? WTF....


Feel so angry but when I read the other comment, I feel want to "gelak sakan".... Hahahaha.... Someone who call me "bangkai" but he/she is the "bangkai".

Actually, i am the founder for the blog of http://warisan2udotcom.blogspot.com but i create new blog to change the old blog with this blog http://warisan2ucomputerservice.blogspot.com/. Someone has left a comment on my article " Compaq presario C770TU XP Driver " adan said that i am "bangkai". She/he claim that i am "bangkai" who put the useless things....

Kalau lu tak tau guna atau tak reti nak baca arahan, jangan dok kutuk orang la beb.... Mak lu tak reti nak ajar lu cakap bagus atau berterima kasi ker...?

* English aku tu merapu jer... Please correct me.... huhuhu...

My work, my blog. . .

Don`t where n how to start writing my blog today. I`m thinking what topic to write. I update this blog by email with my Samsung Galaxy Tab. It`s feel so little hard to use the touchscreen keyboard. Hahahahaha.. . . I`m trying to learn english by writing my blog in english. So, if anyone read my blog or this message, please correct me if i`m wrong.


Sometime, i feel i can speak english well but sometime when someone ask me something in english, i don`t or i cannot answer it in english. My brain blur. . .


So sad. . . Poor me. . .

Sent from Samsung tablet

5001 Amazing Facts

"The name Adidas is made up from the name of the founder Adolf (Adi) Dassler. "– brought to you by 5001 Amazing Facts available at Android Market!

Sent from Samsung tablet

Wednesday, June 08, 2011

Prokej hari ni – Install androis ke PC ?

android-pc Boleh ker? Boleh la sebab ada cara2 nya. Ni tengah dok belajar cara2nya camana nak masukkan OS android ke PC. Tadi dan buat virtual OS dia di pendrive tapi cam tak jadi. Mungkin salah step kot. Cuba lagi…. Kali ni nak pakai CD lak…. We’ll see….

Tuesday, June 07, 2011

Layan anak-anak. . .

Hari ni wife ada kelas tambahan di sekolah. Jadi, aku jaga anak - anak di rumah dengan anak saudaraku. Mandikan si kecil, Huda awal2 supaya tak sibuk dengan kakak dan abang dia.


Pagi ni aku masak lempeng dam sup cendawan untuk sarapan. Mereka ni sukan makan lempeng dengan gula atau susu pekat sahaja.


Kalau abah meka ni jaga, semua bagus2 jer tapi bila ummi meka balik, mula la buat perangai. Nak jaga mereka ni senang jer. Aku bukak je citer katun di Astro. Habis citer. Semua dok melopong depan tv.


Sent from Samsung tablet

Monday, June 06, 2011

Aku tidak meninggalkan mereka. . .

Ya, aku tidak pernah meninggalkan mereka. Mereka yang lambat.


Dunia semakin pantas berlalu. Masa semakin pantas berjalan. Mestikah aku terus perlahan bersama mereka yang tak ingain faham? Mereka sepatutnya cuba mengejar aku, bukan untuk teeus berada di belakang.


Jadilah bangsa Melayu yang cergas bergerak dengan pantas, berfikir pantas, dan bertindak dengan pantas. Jika kita dibelakang, jangan fikir orang di depan suka - suka untuk meninggalkan kita tapi kita perlu pantas menyaingi mereka yang di depan.


Jangan biarkan diri kalian ketinggalan. Jom pantas ke hadapan. . . .


Sent from Samsung tablet

Saturday, June 04, 2011

Cuti… School Holiday… Mana aku nak bawak anak aku nih…?

cuti-sekolah

Dah seminggu cuti sekolah tapi aku masih sibuk bekerja. Cian anak2 di rumah. Esok aku cuti kerja. Mana aku nak bawak anak aku jalan2 nih. Boring mereka asyik dok umah jer… Baik aku bawak mereka jalan tapi nak g mana yer?

Nak g jalan jauh, satu hari mana sempat. Komang2 pun kalau jalan pagi esok, balik ptg lusa. Minggu depan bini aku sibuk dengan kelas tambahan plak. Aku kena jaga anak2 di rumah la plak. Huhuhu….

Pikir2 mana tempat yg bagus untuk anak2 aku lepaskan keboringan mereka di rumah tuh…. Waterworld sabah? Muzium? Pantai? Gunung ? Nak g Labuan? Jauh tu….. Mana yer?

Anugerah yang tiada nilai. . .

Anak. . . . Anugerah daripada Allah yang tiada nilainya kepada ibu bapa. Tanpa anak, siapa lagi yang akan menyambung zuriat, yang akan mendoakan kedua ibu bapa bila mereka meninggal nanti. Doa daripada anak yg soleh lah yang diperlukan ibu bapa nanti.


Didikan ibu bapa sangat penting kerana ibu bapalah yang mencorak warna kehidupan anak-anak. Guru di sekolah hanya penambah, pemangkin perkembangan mental anak2.


Pendidikan awal bermula daripada rumah. Jika di rumah anak-anak dididik dengan tingkah laku dan bahasa yang elok, insyaAllah mereka akan bagus dan tidak mudah terpengaruh dengan anasir luar.

Sent from Samsung tablet

Friday, June 03, 2011

Senja di Indah Permai, Jalan Sepanggar.

Ambil gambar ketika mentari senja melabuhkan layarnya di IP. Sungguh cantik. . .

Sent from Samsung tablet

Restoran Sala Thai, Salut.

Kami selalu makan kat sini. Banyak hidangan pantai timur ala Thai. Yg paling best Gulai Kawah.

Sent from Samsung tablet

Thursday, June 02, 2011

Pasang banner Warisan2u.Com

Pagi ni projek pasang banner kedai Warisan2u.Com supaya senang orang nampak. Cuaca redup dengan hujan renyai-renyai tidak menghalang projek kami.

Sent from Samsung tablet

Wednesday, June 01, 2011

Projek mengemas belakang rumah.

Ptg ahad lepas, kemaskan sampah dan kayu buruk belakang rumah. Bakar mana yg patut. Pastu nak tanam sayur bila ada kelapangan.

Sent from Samsung tablet