Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684

Monday, June 16, 2008

Magnetic Motor

Harga minya dunia naik boleh membahayakan ekonomi Malaysia..?

Kenaikan harga minyak ancam ekonomi negara – Najib

16/06/2008 6:13pm

KOTA KINABALU 16 Jun – Kenaikan harga minyak dunia sehingga mencecah AS$130 setong boleh mengancam pertumbuhan ekonomi negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, senario itu secara tidak langsung menekan beberapa sektor ekonomi yang sedia lemah serta memaksa kerajaan meningkatkan bajet defisit dalam keadaan kenaikan kadar inflasi.

“Secara global, krisis minyak ini memberi kesan kepada ketidakstabilan sektor-sektor utama seperti pengangkutan udara, darat dan laut, perikanan serta industri yang berkaitan dengan pengguna.

“Ia turut memaksa syarikat penerbangan mengurangkan jumlah operasi dan kakitangan, menyebabkan nelayan mogok, kemarahan para pemandu sehingga pengangkutan awam tergendala, belian panik dan timbulnya tunjuk perasaan bagi membantah kerajaan,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif 2008, di sini hari ini.

Wait..wait...wait........ Nanti dulu sat..... Ni apa yang ko merepek ni Jib...? Ni yang buat saya hairan nih. Camana plak kita sebagai negara pengeluar minyak boleh terancam dengan kenaikkan harga minyak dunia nih? Kalau harga minyak naik, kita bertambah untung la... Rugi apa plak ? Kita boleh jual minyak murah per dalam negara kita. Dok sibuk pasal orang luar datang beli minyak kat tempat kita tu apa pasal. Ok la tu sebab boleh meningkatkan lagi ekonomi negara sekaligus menaikkan taraf hidup penduduk tempatan. Takut orang luar seludup minyak ? Tu kastam dan PGA kat sempadan tu buat per ? Makan tido ker? Kamon laaa..... Jangan dok perbodohkan rakyat. Korang nak kaut duit rakyat pun berpada-padalah... Korang kena ingat, duit gaji korang tu, rakyat yang bayar tau....Kalau semua rakyat berpakat tak nak bayar cukai, saman, tol, dan sebagainya, takkan polis nak sumbat semua rakyat Malaysia ni dalam jel ? Ada otak ker...? Pikir la... Kita akan mati juga akhirnya....