Kenaikan harga minyak ancam ekonomi negara – Najib
KOTA KINABALU 16 Jun – Kenaikan harga minyak dunia sehingga mencecah AS$130 setong boleh mengancam pertumbuhan ekonomi negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Perdana Menteri berkata, senario itu secara tidak langsung menekan beberapa sektor ekonomi yang sedia lemah serta memaksa kerajaan meningkatkan bajet defisit dalam keadaan kenaikan kadar inflasi.
“Secara global, krisis minyak ini memberi kesan kepada ketidakstabilan sektor-sektor utama seperti pengangkutan udara, darat dan laut, perikanan serta industri yang berkaitan dengan pengguna.
“Ia turut memaksa syarikat penerbangan mengurangkan jumlah operasi dan kakitangan, menyebabkan nelayan mogok, kemarahan para pemandu sehingga pengangkutan awam tergendala, belian panik dan timbulnya tunjuk perasaan bagi membantah kerajaan,'' katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif 2008, di sini hari ini.
1 comment:
Ku stujuni。。。mana der negara pengeluar minyak hadapi masalah camni。。。bodohnya。。。‘telur di hujung tanduk agaknya’。。。
Post a Comment