Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684

Friday, October 27, 2006

Lawatan ke kedai di raya ke-4

Selamat hari raya aidilfitri....

Hari ni datang melawat kedai jap. Tgk apo yang patut di kedai tu. Rasa dah lama aku tutup kedai nih. Keai lain dah banyak yang beroperasi. Aku datang ni pun sebab jiran depan rumah mintak baiki laptop dia. Anak dia dah jahanamkan . Langsdung tak boleh masuk windows. Aku nak bukak kedai pun ramai sangat kekawan yang buat open house. Banyak citer nak masukkan disini tapi cam aku dah lupa la... nanti lah kalau aku ada masa.

Monday, October 23, 2006

Cerita Ramadhan Hari Ke-30

Alhamdulillah..... Syukur kepada tuhan yang Maha Esa kerana dah cukup 30 hari berpuasa... Sempurna ke tidak tu, tanya iman sendiri lah. Aku pun rasa puasa aku cukup tapi kurang sempurna. Banyak yang perlu diperbaiki. InsyaAllah kalau dipanjangkan umur ke tahun depan.

OK... Sham ishtiharkanlah bahawasanyer.... esok dah raya. Hehehe... Ye lah tu... So, Sham nak ucapkan,


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
KEPADA
SEMUA YANG MENGENALI SHAM DAN SHAM NAK MINTAK MAAF JIKA ADA TERKASAR BAHASA SEPANJANG KITA BERLOG NIH.

Sham akan bercuti mulai
23 Oktober 2006 hingga 29 Oktober 2006
sempena Hari Raya Aidilfitri.

Wassalam...

Cerita Ramadhan Hari Ke-29

Kabare....

Hari ni 22 Oktober 2006, kita pakat g tgk anak bulan. Tgk bulan dah mandi ke blom. Kalau anak bulan tido,maka kita akan beraya lusa. Kami tutup kedai awal ari nih. Aku ajak staff aku si Kembar bukak pose kat umah aku. Bini aku buat nasi beriani.

Pagi tadi g beli rak TV yang baru. Bini aki beli meja makan baru. Aku plak beli rak TV baru. Nampaknyer tahun ni kami beraya sakan. Baju raya baru semua anak beranak. Orang pun tak ramai masuk kedai. Semua CC cam tu. Aku yang dah tutup dari semalam lagi. Aku? Bila nak tutup yer?

Saturday, October 21, 2006

Cerita Ramadhan Hari Ke-28

Assalamualaikum semua....

Dua hari lagi kita dah nak beraya... Puasa kita camana? Terawih kita camana? Kuih raya camana? Baju raya camana? Esok dan nak tgk anak bulan. Amalan kita Ramadhan kali ni makan bertambah atau sama jer atau makin berkurang sebab dok sibuk ngan buat kuih raya? Tepuk dahi... sakit sendiri...
Ni ada citer skit. Citer geram semalam. Semalam, lepas jumaat aku balik umah tido. Tel bini. dia kata ada pendaftaran budak tingkatan 1 sampai kul 3 ptg. So, aku dan Pok Joe balik tidokat umah. Bukan boleh tido selesa sebab anak aku tu dok kacau. Si Iman asyik dok naik atas aku buat kuda. Si Hani plak dok menjerit2 kat adik dia sebab kacau aku. Hadoi.....

Dalam kul 3 lebih gitu aku tersedar dari tido yang tak berapa nyenyak. Aku terus basuh muka dan kuar g ambk bini aku. Tinggalkan Pok Joe kat Rumah Hijau. Ada bebudak dok tgh tunggu kedai bukak. Bini aku ajak g bank sebab nak bank-in kan duit koperasi sekolah. Lepas tu kami ke Likas nak cari juadah berbuka. On da way jalan dah jem. Aku cuku hangin bila time gini ada la mangkuk hayun yagn tak reti sabar. Banyak la nak potong q. Sekali tu aku satu kancil tetiba potong keta aku. Dia mencelah nak masuk lorong aku. Kurang hajar. Nasib baik kau sempat brek. Aku kasik hon 2/3 kali. Dia jengok dan membebel. Marah kat aku plak. Aku dgr dia kata, "pakai hotak la skit", sambil tunjuk2 kat kepala dia. Eh..eh...? Aku ke dia yang kena pakai otak? Aku memang dah pakai otak. Kalau tak aku dah g belasah dia tu. Dah la mencilok orang bari bagi signal. Bengong... Nak je aku kuar dari kita g belasah ngan strering lock aku nih. Ingat mak bapak dia punya jalan ke? Nasib baik bini kat sebelah dok coolkan aku. Bila boleh jalan dia potong lampu merah plak. Nak cepat konon la tu. Dalam hati tu biar dia eksiden. Baru padan ngan muker.

Masa on da way balik, kami follow satu wira warna biru. Wira tu bawak slow jer. Kami follow dari belakang sebab masa tu nak kat simpang nakmasukke jalan besar. Tetiba pintu depan sebelah penumpang terbukak. Aku nampak sebelah kaki terjulur keluar. Ingat depa ni main2 jer. Sekali tu wira tu dah jalan sekali ketengah, sekali ketepi. Nampak cam dok gaduh dalam keta je. Nampak sebelah pemumpang tu pompuan. Pemandu tu laki. Si laki tu kasi penampar pompuan tu. Mungkin sebab pompuan tu nak terjun dari keta. Aku kasik hon banyak kali. Meka nampak terkejut. Aku potong slow2 dan aku jerkah kat meka suruh berhenti ket tepi. Kan tak pasal2 eksiden ngan keta len. Orang len plak yang susah.

Lepas aku potong keta tu aku tgk kat side mirror meka dah berhenti di tepi jalan. Sakit jantung aku petang ni tgk karenah pemandu dijalan raya nih. Ramai yang pentingkan diri sendiri. Itulah kalau kurang kesabaran. ( Aku pun dok selalu menyumpah-nyumpah kat pemandu len yang "bodo" bila memandu. Tak pergi kursus pemanduan kot? )

Friday, October 20, 2006

Mak tan lau..... Big Mac best.........


Semalam kami singgah lagi di Mak Tan lau @ MacDonald..... Aku blom puas makan Big Mac. Kali ni kami lepak kat sana. Aku, bini dan Pok Joe. Icot? Dia balik awal ngan bapak dia. Aku dah cakap dah kat dia tapi mungkin dia ada hal lain. Dah tadak rezeki dia nak makan Mak Tan Lau. Kali ni plat no. 2 kami di ambil orang tapi aku nak jugak nombor tu. Aku mintak tukar. Apa pun yg terjadi plat no. 2 mesti aku dapatkan.


Gembira tak terkata sebab misi terlah tercapai. Aku dah kata no. 2 ni nombor bertuah aku. Sapa pun tak boleh ambik kecuali nombor bertuah dia tu sama ngan aku. Hahahaaa....



Aaaaa.... Pok Joe pun nak bergambar ngan plat no. 2 gak ler....

Eh..? Eh...? Ummi pun nak no. 2 gak ker? Kan nombor bertuah ummi ialah no. 9... Nanti abah g cari no.9 untuk ummi yer?

Cerita Ramadhan Hari Ke-27

Hari ni cuaca cerah. Jerubu dah semakin berkurangan. Bukit bukau dah semakin nampak menghijau. Segar mata memandang. Tak seperti hari2 yang lepas. Kelabu asap jer. Pagi ni aku ngantuk betul. Bini aku kejutkan bersahur rasa malas nak bangun. Tapi kalau tak sahur, nak keja lapar plak. Lepas sahur layan Astro kejap walau mata ngantuk. Memula tu ok la. Aku yg tgk TV. Pastu TV yang tgk aku tido. Pok Joe dah awal2 lagi terbungkang atas sofa lepas makan sahur tadi. Aku tersedar bila jam dah nak abih waktu subuh. Cepat2 g sembahyang subuh. Lepas tu sambung tido balik.

Lepas hantar bini aku ke sekolah aku balik sambung tido. Tersedar bila kak Ireline call tanya pasal VCD kaunseling yang aku convert semalam. Dia tak pandai nak bukak kat laptop dia. Boringnyer...... Menda yang remeh cam tu pun takboleh buat. Bagi aku remeh la tapi mungkin bagi dia menda tu susah sangat. Apo pun... Jalan sajalah... Orang dah mintak tolong. Kita tolong saja. Jangan kedekut dengan pertolongan. Tapi aku ni kedekut ngan duit... Ye ker? Kalau kedekut akutak ler nak sedekah kat masjid atau orang2 yg dok mintak sedekah tu. Kalau kekawan nak pinjam tu aku kasik jer kalau aku ada duit la. Tapi ada gak yang tak menghargainya. Manusia... No body perfect ma.....

Masalah aku? Aku nak selesaikan secepat mungkin tapi kawan tu cakap nak bincang lepas raya. Oklah... Dia kata tu cadangan jer. Kalu aku setuju la... Sebenarnya aku tak kisah kalau guna jalan yang betul. Berbincang dulu. Ini tidak. Terus dapat surat cam surat saman. Dah siap tandatangan plak tu. Sapa tak melenting kalau dapat menda cam nih. Dulu masa memula nak bisness tak cakap pun pasal hal nih. Cakap nak tolong jer. Alih2 dah dekat setahun mengapa hal cam ni ditimbulkan. Raya 2/3 hari lagi tu. Aku lihat famili dia dan aku dah nampak lain dah. Kalau dah baca apa yag aku tulis sebelum ni aku mintak maaf bebanyak la kalau terasa di hati. Kalau dia terasa, aku lagi terasa. Yelah... aku dah anggap dia cam mak bapak aku sendiri. Aku dah ler tadak bapak dah. Mak plak dok jauh. Tapi bila berlaku cam nih aku rasa cam aku ni dipermainkan jer. Aku mintak maaf bebanyak ler sebab mungkin aku dah terlebih cakap. Sekali turun tu memang aku hangin gak ler... Tapi ni aku dah cool. Nanti raya ni boleh mintak maap lagi... Ok ker?

Thursday, October 19, 2006

Cerita Ramadhan Hari Ke-26


Ari ni si "kembar" cuti. So, aku ajak pok Joe g IP. Rumah Hijau tutup. Kalau bukak pun tak seberapa sangat sebab bdk2 pun nak exam. Aku tak galakkan meka dok main game jer. Di IP, pagi2 lagi kami dok godek lampu. Nak tukar lampu yang rosak.



"Hati2 wei.... Kan kena karen tak raya plak kang... " Kalau bab2 manjat cam nih serah jer kat Pok Joe. Dia biasa arr... keja cenggini.

Skill baru dari Pok Joe. Tak boleh pegang ngan tangan, sendal je ngan kepala. Ganehnyerrr...

Cerita Ramadhan Hari Ke-25

Kabare...


Semalam aku busy sangat. Nak hapdet blog pun tak sempat. Ada ramai kastemer. Tgh ari aku g ambik Pok Joe di Rumah Hijau sebab tak ada letrik. Lepas tu ambik bini aku di sekolah. Kemudian kami ke pejabar AVF di Iramanis dekat Jalan Lintas. Nak beli barang skit. Aku ajak bini aku dan Pok Joe berbuka di IP.

Malam, kami balik pukul 9.34 mlm. Singgah di Mc D tepi jalan dekat ngan Yayasan Sabah. Lupa apa nama jalan tu. Aku beli Big McD 3 set. Lama dah tak makan Big McD.



Sabar menunggu pesanan aku siap. Woiii... Lamanyer korang masak.... Aku lapo dah nih... Ambik gambo sket.... Kontrol encem skit..









Pok Joe dengan bangganya memegang plat order nombor 2. Mana order meja nombor 2 nih...... Nombor bertuah aku ialah 2. Kalau aku beli sesuatu mesti 2.

Tuesday, October 17, 2006

Cerita Ramadhan Hari Ke-24

Assalamulaikum semua...


Harap semua hari ni sihat2 saja. Aku? Biasalah.... Kepala otak aku ni dok bermain, dok berfikir pasal semalam. Napa la perkara tu melekat sgt kat kepala aku nih. Yelah... Kalau kita rasa orang dah buat sesuatu yang kita rasa tak elok tu, kita akan dok teringat perkara tu sampai 2/3 ari. Bahkan sampai 3/4 tahun pun kita akan still ingat. Lebih2 lagi kalau orang tu kita dah anggap cam sedara sendiri. Kemudian sanggup pulak menda cam tu kat kita. Adushhhh....... Inilah dugaan hidup di tempat orang yang terpaksa aku dan isteriku tanggung. Dah la jauh dari sedara mara. Orang kat sini yang kita anggap sedara pun nampaknya ada agenda lain.


Apa pun aku kena hadapi dengan tabah. Jangan cepat melatah. Nanti mao bawak berbincang dulu. Sedangkan lidah sendiri lagi tergigit... Inikan pula lidah bini... Oppsss... Biarlah perkara ni dari kerelaan bukan paksaan atau telah dicucuk oleh mana2 pihak.


Kalau "orang" yang baca ni terasa, dia tak ada hak nak marah aku sebab ni diari online aku. Aku bebas nak tulis apa yang terpendam kat hati aku kat sinih. Sekurang2nya aku puas bila meluahkan segalanya disini. Aku tak kacau orang. Jadi orang len jangan la nak nyusahkan idup aku. Aku "di sini" sekadar mencari rezeki yang halal di bumi Allah yang "indah permai" ini.

Oklah... Stop dulu marang merapu kepunden marang sekeper tu. Hari ni pepagi lagi aku dah sampai IP. Nak siapkan laptop student yang hantar semalam. Kena format dan install balik Windows sebab fail dia dah korup. Aku nak backup fail dia pun lamabat. Besar sangat. Apa benda la dia taruk nih. Cabut HDD dia dan sambung kat PC aku pun tak bolah nak akses folder tuh.

Sambil tunggu laptop ni dok buat back-up, aku nak tampal sticker "Selamat Hari Raya Aidilfitri" jap. Kedai biar nampak suasana nak raya. Aku tengok kedai Cina dan India pun tampal menda nih. Pas tu kalau g shoping meka ni ngalahkan orang Islam nak raya. Ambik peluang nak beli barangan murah time nak raya nih. Time raya kita diorang nak nyibuk. Time raya diorang pun sama gak nyibuknyer. Aku gi nyibuk gak semalam. Beli "spender" raya. Hahahaaaa...

Monday, October 16, 2006

Cerita Ramadhan Hari Ke-23

Hari ni sampai awal di IP. Dok releks2 jap. Ingat nak ambik duit. Check duit gaji bini aku melalui internet. Dah masuk dah. So, aku drive ke Inanam ambik duit sebab pagi2 ni orang tak ramai. Ambil duit 1K sebab nak bayar utang kedai dan nak shopping raya skit.

Pagi mood aku ok tapi bila tghari mood aku tak ok bila dapat 2 keping surat. Ye lah... Manusia tetap manusia. Dulu lain. Sekarang lain. Dulu boleh ngaku saudara tapi bila terdesak, saudara tah ke mana. Inilah "MELAYU" bukan tulen sebab kalau melayu tulen takkan buat cam ni. Kenapa dulu cakap lain tapi sekarang lain? Kenapa perlu terus bagi surat? Tak boleh bincang dulu ker?

Aku fed-up betul orang cenggini. Kenapa dari awal tak cakap betul2. Kalau tak boleh nak bayar utang orang bincang betul2. Kenapa nak ambik cara gini untuk selesaikan segalanya. Kalau boleh selesai semua tak per. Ni separuh pun tak sampai. Cakap ongkos tadak tapi tgk dok beli itu ini. Apa ni? Kok ya pun bayar la skit utang orang tu. Kami bukan ketegak sangat tapi sekurang2nya ada gak la modak nak berniaga. Ni tidak. Kami sendiri semput. Kalau berniaga masyuk 1k sehari ok lah. Nak dapat seratus pun semput. Aku dah 2 bulan tak dapat gaji. Padahal boss tapi boss tak dapat gaji penuh. Anak kuli dapat gaji. Boss dok makan duit elaun skit2 jer. Kalau ada sepuluh kedai pun tak guna kalau cam nih.

Ingat kalau gini aku kena caj setiap servis aku la. Buat per aku nak kasik servis free sedangkan aku kena bayar sewa l***n? Ada ke orang bagi sewa sesuatu kat kita tapi dalam masa yang sama dia pakai gak menda tu? Fikirlah weiii.... Ni bulan puasa. Seminggu lagi nak raya. Jangan nak aniaya orang. Ingat! Doa orang yang teraniaya ti dimakbulkan Allah. Lebih2 lagi dalam bulan pose nih.

Aku harap semua ni dapat diselesaikan dengan elok. Aku tak suka nak besar2kan perkara nih. Tak suka aku tak per. Cakap jer. Aku boleh join orang lain. Ramai lagi yang nak khidmat aku.

Sunday, October 15, 2006

Cerita Ramadhan Hari Ke-22

Salam pagi Ahad.... Korang tido lagi ker? Kalau hari minggu ni mesti membute la sume nih. Oittt... Bangun.... Sham pagi2 lagi dah kuar g IP ngan Pok Joe. Bukak kedai la po lagi. Tapi kul 10am++ baru meriah kedai. Sebelum tu sunyi sepi jer. Adessss... perut memulas plak....

Ok, sambung balik. G jumpa Mr. Tan.. jap. Lego raso perut. Tadi g hantar keta kat bengkel cuci keta. Dah berapa bulan tak basuh. Jap lagi ni g tgk keta dah siap basuh ke idak sebab tadi budak basuh keta tu kata nak basuh bengkel dulu baru basuk keta.

Tadaaaa... Kereta ku berjaya dibasuh sudah setelah hampir 3 bulan tak basuh. Berkilat dah kena polish.... Harapnyer malam ni jangan la hujan... Cian kat keta aku nih...

Pagi ni aku nak pasang kabel networking kat kedai kawan aku nih. Semalam aku dah buat skit. ari ni sambung kasik abis. Lotih wooo.... Penat lagi tuh... Tekak puh dahaga. Aaaairrrr..........

Opss... posing atas tangga jap. Cepat ler aku nak ketuk paku nih...

Tolong pegang tangga ni woit... Kang tak raya plak kang...



Pok Joe tengah pasang "network connector". Baru belajar tu. Oklah lulus... Markah 90%.

Saturday, October 14, 2006

Cerita Ramadhan Hari Ke-21

Salam semua.... Selamat berpuasa kepada yang puasa dan yang tak pose tu..... salam tak pose... Amacam hari semua? Harap korang eppi sebab 9 ari lagi nak raya. Tapi Sham tak berapa eppi la... Sebabnyer....?
  1. Takleh balik raya kat kampong... duit tak cukup... waaaa.... waaaaa.....
  2. Dah tak dapat duit raya... kena bagi duit raya ada la..... ni yg maleh nih...
  3. Amalan dibulan puasa kurang sangat... sibuk keja...
  4. Terawih kekadang jer... bukan malas tapi penat keja. Balik umah terus tido...
  5. Masa ngan anak2 terlalu sedikit. Ingat cuti raya nak nak habiskan masa ngan anak2 je...
  6. Nak cuti raya dah.... cuti maknanyer Sham tak keja.... bila tak keja duit tak masuk.... Sham akan rasa boring bila tak keja sebab dunia Sham adalah keja...keja...dan keja....
  7. 2/3 ari ni palo asyik poning jer.......... tolong....... tolong...... tolong picit bleh?

To Be Or Not To Be ..... ?

Apo la esei nak masok di hari rayo nih...? Buat roti jalo? Ok ker? Satey? Maleh nak bakor plak.. Goreng bihun? Mmmm... sama je cam tahun lepas... Kuih? Alah... beli jer kat pasar... Rendang? Ayam ke daging? Hhhmmm...

Friday, October 13, 2006

Cerita Ramadhan Hari Ke-20


Assalamualaikum semua.... Pagi ni internet offline kejap. Dalam kul 9.33am baru boleh online. Sham terus bukak emel. Bukak tenet baca paper. Sekali tengok emel dari Abg Faizal, abg ipar yg dok kat KL. Emel tu pagi2 dah buat Sham senak perut. Apapun korang bacala sendiri yer...

Jawapan sejarah yang membuatkan cikgu pengsan...
(Sila klik imej untuk besarkan kalau nak baca)




Thursday, October 12, 2006

Cerita Ramadhan Hari Ke-19

Wa sakit palo daaa.... Palo berdenyut-denyut nih... Tak dapek nak pikir apo citer nak tulis.......


p/s : Mood dah ok. Wife ok... anak2 ok... Pok Joe ok? Sham...? Poning palo wehhh....

Wednesday, October 11, 2006

Cerita Ramadhan Hari Ke-18

Salam Ramadhan hari ke-18 semoga korang bertambah-tambah pahala puasa....


Hani ni lambat skit masuk opis. On da way ke opis aku singgah di kilang gondola nak beli "hook" untuk sangkut barang2 dan juga dia punya rak. Lepas tu aku ke Am-Bank nak masukkan duit dan bayar bil Astro. Semalam aku dah lalu depan bank tu tapi terlupa plak. Malam tadi kami tengok "TV" betul2 la sebab Astro dah kena potong sebab lewat bayar. Aku ni sibuk sangat ngan bisness sampai lupa nak bayar bil.


Semalam gondola aku dah sampai. Aku suruh pasang terus. Tapi blom boleh taruk barang lagi sebab rak dan "hook" dia tak ada lagi. So hari ni suma dah ada. Aku sangkut dan letak apa yang patut dulu. Nampaknyer banyak barang lagi yang aku kena tambah. Gondola aku tu nampak gondol jer. Kena perabih RM1000 lagi rasanya baru penuh barang2 kat situ. Kastemer datang nak beli barang pun syok.

Staff aku si "kembar" tu cuti plak ari nih. Cian dia keja seminggu memula dah nampak cam tak larat. Orang tak penah keja katakan. Ni pesstime dia keja. Memula tu ok je. Masuk minggu kedua dah nampak lembik dah... Aku kasik dia cuti la arinih. Dia pun selalu batuk2. Mungkin cuaca jerebu membuatkan dia cam tu. Aku bawak bini aku datang sini lepas ambik dia di sekolah. Sebelum tu kami g KK dulu. Pegi ronda2 di Karamungsing. Beli barang dan tengok2 barang skit. Aku nak servey harga aksesori komputer disana. Nak bandingkan dengan harga yang aku nak jual. Biar ada beza skit. Aku jual murah skit dari meka ni takper. Tapi bior le ada untuk skit. Jangan sampai untuk singget jer. Nak bayar minyak keta aku pun tak dapek.

Sebelum balik berbuka semalam ada la mek cine ni datang nak re-format laptop dia. Ada virus katanya. Aku kata kena cek dulu. Kalau ok takyah format. Cukup sekadar update antivirus. Aku mintak no tipon supaya senang aku kontek dia kalau ada apa2 hal. Lepas isyak aku godek laptop dia. Lembab semacam jer. Sekali aku check "temporary internet file" dia, penuh ngan "virus". Patut la lembab. Ado setan dok menapak kat sini. Adush.... Apo punyo pompuan daa..... Ishh... Geli plak aku nengok file2 tu. (tapi ado gak yang syok... hehehee...) Hampeh tul.... Aku snap satu gambo untuk dijadikan bahan bukti tapi tak dapek den nak upload kat sini... Nayo kan... Lebih2 lagi kalau ternampok kat si TED tu. Dia tu bukanleh caya tuh...hehehee...

Tuesday, October 10, 2006

Cerita Ramadhan Hari Ke-17

Kabare semua....?

Dah 17 ari kita di bulan Ramadhan. Brapa % amalan korang stakat nih? Dsah berapa puloh rakaat terawih yang korang buat? Aku..? Biasa la.... cam dulu gak tapi dalam bulan pose ni ada lebih ada kurang.

Ari ni mendung jer. Nampak cam nak ujan tapi cam jerebu jer. Ujan lebat dan angin kuat tak menjejaskan jerebu untuk menapak di ruang udara Sabah nih. Ari ni nak sambung planning semalam sebab ada plan tak jalan dan separuh jalan.

Planning yang dah jalan :
  1. G kilang tempat aku tempah gondola. Tak boleh siap lagi kata kerani tu sebab mesin mengecat rosak.
  2. G Karamunsing. Ada la aku beli barang sket. Tapi ari ni nak g lagi la sebab ada barang lagi yang nak dibeli.
  3. Bayar 3 bil tipon. Abih duit haku dekat 4 ratus wat bayar bil tipon nih....
  4. G buat spotcek kat umah ijau. Nampak bersih jer. Semua nampak tersusun dan lantai pun disapu licin.... Tahniah untuk Pok Joe kerana menjaga rumah ijau dengan baik.
  5. Nak landing jap. Balik dari KK aku letih sangat.... landing jap. Kejap jer sebab ada client nak servis PC....
  6. Yang lasssst.... aku call bini aku cakap I Luv U. Suker giler dia... Yelah.... bukan selalu dapat ucapan camni daripada aku. Ayang memang best... Balik keja semalam bini buat nasik ayam peberet aku. Bestnyer.... I Luv U so much honey..... Len kali buat lagi yek...?

Planning yang tak sempat :

  1. Nak g bayar loan keta. Orang ramai sgt kat EON Bank. Lagi pun aku nak cepat.
  2. Nak bank-in duit kat Am-Bank. Orang ramai gak. Hadoi.... Selalu tak ramai orang.
  3. Nak dera si "kembar" tu g edar risalah jualan. Ujan da....
  4. Nak baiki PC aku. PC kastemer kena dahulukan la....

So, aku nak jalankan planning yang tak jalan semalam ditambah dengan planning ari nih. Apa planning ari nih yer.... Nanti aku pikir jap...

Monday, October 09, 2006

Gambar Hani semasa menang Baby Fotogenik 2004

Cerita Ramadhan Hari Ke-16

Salam pagi senin..... Apo kabor korang semua? Dah g keja? Dah g kuliah? Kepada yang dah lepas PMR tu jangan la nak merdeka sangat. Ada program lepas PMR tu. Jangan plak nak ponteng sekolah. Kalau nak cari duit sempena bulan pose ni pun tunggu lepas habis waktu sekolah. Dan jangan plak sonok nak main mercun.... Jangan bakar duit. Simpan duit tu. Belajar berjimat cermat. Nanti tahun depan korang nak sambung belajar lagi. Banyak nakk pakai duit tu.

Semalam bukak pose ngan anak bini tanpa gangguan orang lain. Tapi gangguan anak2 jer. Hehehe... Biasa lah tu. Aku mintak Pok Joe belikan nasi beriani dengan ayam percik semalam. Dia bukak pose kat kedai di IP ngan "kembar". Aku balik bukak pose ngan anak bini. Servant aku balik cuti. Bess bukak pose ngan bini.... Tapi tak boleh nak romantika sebab anak2 aku ni nakal2 la. Kami terpaksa layan meka nih. Kalau ada servant, dia boleh tolong jaga sementara kami dok makan.

Planning ari nih :

  1. Aku nak g Inanam. Nak g kilang yang aku tempah gondola. Dah siap ke blom.
  2. Aku nak g karamunsing di KK. Nak beli barang skit.
  3. Nak g bayar bil tipon. 3 bil tipon aku kena bayar. Rumah dan 2 kedai.
  4. Nak g bayar loan keta. Cam dah lewat nih.
  5. G bank. Masukkan duit jualan.
  6. Nak dera si "kembar". Suruh dia edar risalah promosi jualan barangan komputer petang nih.
  7. Nak baiki PC aku yang semalam dah keluar bau hangit. Apo yg terbakar tu?
  8. Nak tipon bini cakap I Luv U..... Heheheee.. Sesaja nih.... Nak mengeratkan kasih sayang...
  9. Nak g buat spotcheck kat umah ijau. Siap ko Pok Joe.... Tunggu kedatangan ku yer.... Hahahaaa....
  10. Lassssstt sekali aku nak membuta kat bilik sembahyang......... Aku ngantuk la...

Sunday, October 08, 2006

Cerita Ramadhan Hari Ke-15

Salam ari Ahad...... Kabare semua? Harapnyer korang dah bangun tido. Aku lepas subuh tadi lending ngan anak bini dalam bilik. Sedar2 dah kul 9.00am lebih. Cepat2 bangun nak g keja. Adush.... Dah lewat nak bukak kedai. Tapi biasanyer ari Ahad ni bebudak bangun lewat.

Sampai di IP, member kedai bawah dah bukak kedai. Awal dia datang. Selalu aku yang sampai dulu. Datang ngan Pok Joe. Rumai Hijau tutup ari nih. Apa aku nak citer ari nih yer? Banyak citer tapi mana satu aku nak tulis kat sini yer? Kalau asyik citer biasa je boring gak korang masuk sini. Asyik menda sama jer.

Ni nak citer skit pasal malam kelmarin. Anak haku, Hani kencing atas katil....... Abih kena kain aku. Citernye gini..... Bini aku ajar si Hani ni tak pakai pampers. Masa hari memula tu dia kencing satu rumah. Abih tilam kusyen dia kencing. Lantai terpaksa kena mop. Ajar dia kalau nak kencing bagitau. DIa bagi tau tapi sekalai ngan kencing. Pastu kan dah ok skit. Nak kencing ke, berak ke dia bagitau. Kami cepat2 la bawak masuk tandas. Tapi skrang ni masalah pulak sebab bila bawakl dia kuar jalan kami pakaikan pampers. Bila nak kencing dia tak pandai nak kencing dalam pempers tu plak. Tak kuar.... dia tahan je. Kena masuk tandas gak kalau nak kencing. Cam tu pulak dah.... Tapi malam kelmarin mungkin dia tido dan dah tak dapat tahan nak kencing. Dia bagitau, " abah... kakak nak kencing..." Aku suruh dia bangun cepat2 tapi sekali dah rasa basah kat kaki aku. Adoi.... Dah kuar laaaa..... Ingat dah ok memula tu. Dok kejap dia kencing lagi.... Habis tilam basah..... Hadoi... Servant aku la yang penat nak keringkan tilam tu.

Bebudak.... Kita dulu pun sama gak. Aku ingat lagi mak aku citer masa aku kecik dulu pun selalu kencing atas tilam masa tido. Masa skolah rendah dulu aku mimpi aklu dok kat sebuah restoran. Ada la pelayan lalu bawak air sebelah aku. Sekali air tu tumpah atas aku. Aku terus tersedar. Tgk2 basah kat celah kangkang. Alamak.... aku terkecing da...... Apa citer korang masa kecik dulu? Korang pun penah kencing dalam seluar kan.....? Jangan nak tipu la.....

Saturday, October 07, 2006

Cerita Ramadhan Hari Ke-14

Ari ni mendung dengan hujan renyai kadangkala lebat. Aku g rumah hijau bukak rak kat dinding sebab rak tu tak pakai sangat. Aku nak pakai kat kedai di IP. Icot awal2 pagi dah call nak mintak kunci kedai. Dia gi Ip awal.

Lepas cabut rak kat rumah hijau, aku masukkan dalam keta dan terus ke IP. Sampai sana terus angkat barang dan pasang rak tu. Kejap jer aku kerjakan dah siap pasang rak tu. Kemudia taruk barang2 yang baru sampai semalam. Jam deh menunjukkan pukul 10.30 pagi. Staff aku blom sampai lagi. Ada bdk dah masuk kedai nak guna internet. Kemudia datang lagi nak print kertas kerja. Biasa la kalau ari minggu. Pepagi lagi budak UMS ni datang ak siapkan kerja mereka. Tapi kekadang tu tghari baru ada kastemer.

Aku nak check PC Tuan Ibrahim jap. PC yang kena lempar dek Skynet punya pengangkutan. Apo raa.... aku tukar casing baru. Dah idup tapi tak detect kat monitor dia. Tak kuar gambar pepe puan. Apo yang rosak plak nih. Ari tu aku bukak kotak tengok memang PC tu kena lempar dan cam ditendang2. VGA card dia pun tercabuk. Casing dia kemek. Adush..... Kalau aku kena cam nih, aku saman Skynet tuh.... Mengong...

Casing PC yang bengkok. Penutup depan dia dah pecah. Semua skru tercabut.


HDD dan Floppy Disk pun terperosok kedalam. Sah kena tendang nih. tak pun kena campak dgn terhentak kat menda keras. Nasib baik MOBO dia tak pecah.

Friday, October 06, 2006

Cerita Ramadhan Hari Ke-13

Kabare semua...? Waras? Harapnyer masih waras ler... Hari ni mendung dan hujan renyai-renyai. Pagi, aku siapkan setting PC Kak Piah. Pindah server ke PC baru. PC server lama tu lembab skit. Poning gak nak setting tapi dah keja aku. Biasa la tuh.

Pepagi lagi dah ada kastemer datang nak print ketas keja. Biasa la bebudak UMS nih. Pas tu ada plak yg datang nak update anti-virus laptop meka. Virus jer diorang nih. Virus dari UMS ler... UMS ni dah jadi tempat ternak virus. Pas tu budak2 datang scan kat tempat aku.

Ops... ada supplier datang hantar barang aksesori komputer.... Chow chin chow....

Thursday, October 05, 2006

Cerita Ramadhan Hari Ke-12

Assalamualaikum dan apa khabar semua...

Ari ni aku rasa tak berapa sihat. Kepala rasa berat jer. Cam pening pun ada. Pagi ni cam busy skit. Aku asyik naik turun tangga. Nak siapkan PC kak Piah lagi. Nak layan kastemer aku lagi. Nak harapkan staff aku tu dia pun baru belajar. Jaga PC orang nak surf internet boleh la tapi kalau orang nak burn CD, nak scan gambar, nak print yang lebih2 dia tak berapa reti lagi.

Tadi aku dah siapkan networok 5 biji PC kak Piah. Letih wo.. Jari aku pun sakit dok "kelebek" connector network tu. Aku crimp sendiri sambungan tu. Ada 2 biji PC lagi yang blom siap. Aku letih la. Nak g sembahyang Zuhur dan nak landing jap. Palo dah raso semacam jer. Dari malam semalam lagi rasa kepala aku ni berat. Mungkin kena hujan petang semalam.
Tadi aku dapat SMS dari kawan aku si Vivie. Dia tanya pasal kerja yang aku tawar kat dia dulu. Sorry lah Vie. Aku dah ambik budak lain. Ko pun tak bagi tau suruh hold dulu. AKu memang terdesak dulu. Memang aku perlukan staff secepat yang mungkin ari tu. Mungkin kalau budak nih nak keja kejap jer, ko buleh la keja ngan aku pas nih. Oklah... wa nak g landing jap...

Wednesday, October 04, 2006

Cerita Ramadhan Hari Ke-11

Semalam hujan lebat giler. Angin pun kuat disertai dengan guruh dan kilat. Kalau tak silap semalam aku dengan 2 kali bunyi guruh yang kuat. Bunyi yang kedua tu membuat semua kawasan blackout.

PAgi ni pun ujan still turun lagi. Aku datang IP ujan dah reda tapi masih renyai2 lagi. Jerebu? Aku tengok still ada lagi tapi ok skit dari semalam. Ari ni plan nak g KK nak beli Switch (HUB) 3 bijik. Pastu nak setting PC Kak Piah 5 bijik yang dia baru beli semalam. Tambah lagi PC sebab banyak permintaan. (Duit haku bila nak bayor woi... Kok ye pon bayor la skit2. Aku nak pakai duit gak nih... Nak beli barang. Camana aku nak berniaga kalau cam nih.) Gondola yang aku tempah semalam tak tahu bila dia nak hantar. Aku kena standby duit la dulu. Semalam dah pegi bank. Nak ambik duit kat mesin ATM. Ada ke mesin tu kuar mesej limit aku nak kuar duit semalam RM0.00? Aku blom buat pengeluaran lagi dari akaun tu semalam. Check baki masih banyak. (Pak Cik kayo....Pak Cik kayo.... Pak Cik kayooooo.... Hehehee.... InsyaAllah...) Nasib baik dalam akaun satu lagi boleh kuarkan duit. Gi beli stok CD dan DVD semalam.

Tuesday, October 03, 2006

Sayangku merajuk....

Hari ni penat betul. Kesana-kemari ngan keta. Dari IP ke Inanam pastu sampai ke KK. Pusing keta... Ari ni bukak pose ngan staf aku kat opis. Lepas buka pose perut meragam plak. Adush....

Bini ku merajuk sebab aku tak masukkan gambar dia kat sini.... Jangan la cam tu sayang... Baru pagi tadi aku nak upload gambo dia kat sini. Tapi tak boleh. Hold dulu. Buat draft la. Sekali dia dah check da.... Tapi sebelum tu aku dah masukkan tapi dia tak tengok.... Tak pe lah... Abg tak masukkan gambar ayang tak semestinyer abg tak sayang ayang... I Luv U so much sayang...

Saat yang paling best.. Memula bleh cium bini... Best siot...

Senyuman yang memukau hatiku...

Rasanya inilah satu2nyer gambar kita sebelum kahwin. Zaman percintaan kita dulu memang indah. Tapi zaman berumahtangga sekarang ni lagi indah. Sebab abang dapat memelukmu setiap hari. Dapat menatap wajahmu setiap hari. Dapat melihatmu merajuk setiap hari. Merajuk kerana sayangkan abang....

Cerita Ramadhan Hari Ke-10

Assalamualaikum.....

Hari ni sampai awal di opis kat IP. Kemaskan mana yang patut. Kira duit float, set semua komputer dan check line internet ok ke tidak sebab semalam line lembab giler. Ptg semalam system down sebab ada masalah kat telekom.

Hari ni, pagi ni rasa segar skit walaupun nampak cuaca jerebu sama jer macam hari lepas2. Makin teruk ada la walau hujan semalam. Tak mo citer lebih cuma nak sampaikan pesanan skit kat POK JOE.

SEDIKIT PESANAN UNTUK POK JOE...

Sebelum ni ada abg dah bagitau tapi ni nak bagitau balik mungkin Pok Joe lupa atau buat2 lupa.

Tingkatkan mutu kerja anda.
Tingkatkan mutu kerja anda.
Tingkatkan mutu kerja anda.

Abg bukan kata kerja Joe tak bermutu tapi kena tingkatkan lagi sebab nampak sekarang ni, dan dah masuk bulan puasa ni mutu kerja semakin merosot. JANGAN BANYAK TIDO...! Tido banyak melembabkan otak kita. Cukup tidur sekadar 5 jam sehari untuk orang dewasa. Abg tgk sekarang masuk tido awal tapi bangun still lewat jugak. Apa nih? Ingat, abg blom ambil cuti kerja lagi. Kalau abag cakap abg pergi IP awal sebab nak tido, Joe salah. Abg cakap je abg pegi tido tapi abg pegi awal sebab ada kerja yang perlu abg buat dan fikirkan.

Kalau abang boleh buat kenapa Joe tak boleh? Kita sama2 jantan. Anak jantan mesti kuat. Jangan kuat makan, kuat "main" dan kuat tido jer. Kita mesti kuat semangat. Kuat kerja. Mesti rajin. Jangan nak tunggu arahan dulu baru nak buat. Kena fikirkan apa yang kita nak buat hari ni dan esok. Jangan tunggu esok baru nak fikir apa yang nak dibuat. Fikirkan hari ini untuk kerja esok dan yang akan datang. Baru kita boleh maju. Joe masih muda. Masa muda ni lah kita nak kerja kuat. Peluang cerah dihadapan.

Kalau kita rasa kita dah ok sekarang ni, Joe salah. Kalau pencapaian kita setakat macam ni sekarang ni sampai bila2 pun orang Islam macam ni kita tak akan maju. Dulu Joe dibawah tunjuk ajar abag. Sekarang abg dah serahkan tanggungjawab untuk menjaga kedai tu kepada Joe. Fikirkan apa yang boleh dibuat untuk menaikan hasil jualan dan perkhidmatan. Make some homework. Buat catatan skit apa peracangan Joe. Nak buat promosi? Takder masalah. Just inform me what u want to do. Jadi tunjukkan kepada abag bahawa Joe bukan lemah. Joe boleh buat walaupun tidak berpelajaran tinggi. Kita mendapat pendidikan bukan saja di sekolah. Di sekolah hanya asas sahaja. Sekarang ni kita belajar daripada kehidupan kita. Dulu masa di sekolah kita gagal sebab kita malas. Takkan sekarang kita nak gagal jugak sebab kita malas. Belajar dari kesilapan.

Abg hanya bagi tunjuk ajar asas. Joe sendiri kena mencari yang selebihnya. Tak tahu tak apa tapi kena rajin bertanya kepada mereka yang tahu. Abg dah tak ada idea nak tulis apa lagi. Terserah kepada Joe. Nak berjaya atau tidak. Peluang seperti ini hanya datang sekali dalam hidup. So, jangan sia2kan peluang yang ada sekarang. Good luck....

Monday, October 02, 2006

Cerita Ramadhan Hari Ke-9

Pagi ni liat sungguh aku nak bangun sahur. Sedapnyer tido... Semalam hujan lebat. Sejuk woo... Tu yang sedap dok dalan kian selimut tuh...


Apapun life must goes on.... Aku kena bangun g keja... Ari ni bermulalah exam PMR.


"SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR UNTUK ICOT. SEMOGA BERJAYA"


Murid-murid lain cuti kecuali murid yg nak exam PMR jer. Tapi cikgu kena g sekolah gak walaupun tak mengajar. Bini aku g lewat kesekolah. Lepas antar dia aku g rumah hijau jap. Nak ambik bacaan meter letrik. Ari ni nak bayar bil letrik rumah hijau. Buat spotcek jap. PC di kaunter ada masalah. Tak boleh idupkan. Ada masalah kabel kot? Nantilah aku tgk lain kali. Alamak... perut aku meragam plak. Terus pegi rumah Cikgu Sapiah di belakang rumah hijau. Mau melabur jap... Hampesss..... Pepagi lagi dah buat hal.

Sampai di IP awal pagi. apa aku nak buat nih? Aku siapkan banner untuk digantungkan di belakang kedai. Kejap je aku buat. Aku toreh pakai artline jer. Mo keja senang. Siap kejap jer. Tapi mo gantung tinggi. Tangga tadak. Huk alo la...

Sunday, October 01, 2006

Cerita Ramadhan Hari Ke-8

Hari ni sahur makan mee rebus jer. Dah ler panas.... Aku nak makan cepat tak boleh la. Waktu dah semakin hampir waktu subuh. Haiya.... Terpaksa gak ler makan. Balun jer.... Tapi aku tengok Pok Joe makan cam biasa jer. Mee dalam mangkuk aku ke yang panas. Bini aku plak dah lepas kejutkan aku dia pegi tido atas sofa. Mentang2 la dia "cuti"...

Hari ni aku pergi IP dah dekat kul 9.00 pagi. Pergi dengan Pok Joe. Lepak sana la dia ari nih. Staf baru aku masuk jam 11.00 pagi. Julia nama dia. Kecik molek paras rupanyer. Orang bugis. Nanti aku nak letak gambar dia kat sini. Katanya dia ada kembar. Lupa nak tanya apa nama kembar dia tu. Semalam aku dah ajar dia cara2 menggunakan program CC, printing, bagitau harga barang2 komputer dan sebagainya.

Staff baru aku, Juriah. Orang panggil dia "kembar".


Fuyooo.... ujan lebar kat luar. Nampaknyer kureng ler skit kastemer datang arinih kalau hujan lebat berterusan. Bebudak UMS mo nyer datang dalam ujan. Tido lagi baik bagi diorang. Petang skit baru baru meka sume nih kuar.

Hampir tghari baru ada orang. Ujan pon dah reda. Aku tinggal kedai kat staf baru aku tu si "kembar". Dia jaga sorang2 kedai tu sebab aku dan Pok Joe nak g KK cari barang2 komputer. Aku balik semula ke IP dalam kul 4.00 petang. Ptg ni aku bukak pose kat opis lagi. Sebelum tu aku arahkan si "kembar", Pok Joe dan icot edarkan kertas iklan promosi jualan komputer kat orang2 yang lalu-lalang nak g beli juadah berbuka kat pasar ramadhan. Cian... meka kena dera. Hahahaaa....Aku tgk jer.. hehehe... Jahatnyer haku.....