Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684
Sunday, September 07, 2008
Sejarah Al-Quran
Induk bagi segala induk rujukan itu adalah al-Quran manakala penjelasan lanjutnya pula terkandung dalam al-Hadis. Bila kedua-duanya diimani, maka akan babas dan terselamatlah dari sebarang kesesatan.
Apakah itu al-Quran?
Ia membawa maksud ‘bacaan’, berasal dari perkataan qara’a.
Kata al-Quran berbentuk masdar dengan erti isim maf’ul yakni maqru’ (dibaca).
Tujuan utama al-Quran diturunkan adalah untuk dibaca, dihafal, dihayati, diimani dan diamalkan.
Firman Allah SWT bermaksud: Sesungguhnya mengumpulkan al-Quran (di dalam dadamu) dan (menetapkan) bacaannya (pada lidahmu) itu adalah tanggungan Kami. (Kerana itu), jika Kami telah membacakannya, hendaklah kamu ikutinya. (al-Qiyaamah: 17-18).
Al-Quran kini didefinisikan sebagai himpunan khusus Kalamullah yang merupakan mukjizat yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW yang ditulis, dimushaf dan diriwayatkan dengan mutawatir serta membacanya adalah ibadah yang sangat dituntut.
Terdapat juga Kalamullah yang diturunkan kepada nabi selain Rasulullah SAW dan tidak dinamakan al-Quran. Contohnya, Kalamullah yang terhimpun dalam Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud a.s.,, Taurat kepada Nabi Musa a.s. dan Injil kepada Nabi Isa a.s.
Ada jua Kalamullah yang diturunkan kepada Rasulullah SAW yang tidak dinamakan al-Quran dan membacanya dianggap sebagai ibadat dinamakan Hadis Qudsi.
Penurunan dan Penerimaan Wahyu Tidak Mudah
Oleh kerana nilai al-Quran itu sangat tinggi dan tidak ada barang benda yang boleh disamakan dengannya, maka penurunan dan penerimaan al-Quran melalui wahyu bukanlah satu kerja atau proses yang mudah.
Ia diturun dan diterima oleh Rasulullah dengan pelbagai cara.
Antaranya:
lMalaikat (Jibril) memasukkan wahyu ke dalam hati Rasulullah. Dalam hal ini Rasulullah tidak melihat sesuatu apa pun. Baginda merasa wahyu itu sudah berada dalam kalbu baginda. Mengenainya baginda menyatakan: “Ruhul qudus mewahyukan ke dalam kalbulku”. Hal ini boleh dirujuk melalui ayat 51, surah Asy-Syura.
lMalaikat (Jibril) menampakkan dirinya kepada Nabi dalam bentuk rupa lelaki yang mengajarkan kepada baginda membaca sesuatu wahyu sehingga baginda mengetahui dan benar-benar hafal.
lWahyu datang kepada baginda seperti gemerincing loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan oleh baginda. Kadang-kadang pada kening baginda terpercik peluh walaupun wahyu turun pada musim dingin. Kadang-kadang unta baginda terpaksa berhenti dari berjalan dan terduduk kerana merasa amat berat sekiranya ketika wahyu diturunkan, baginda sedang menunggang unta.
Sebagai penulis wahyu, Zaid bin Sabit diriwayatkan berkata: “Aku adalah penulis wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah SAW. Aku lihat ketika turunnya wahyu, Rasulullah yang menerimanya seakan-akan diserang demam yang teruk dan peluh baginda bercucuran seperti permata. Setelah selesai turunnya wahyu, barulah baginda kembali seperti biasa”.
lMalaikat (Jibril) menampakkan dirinya kepada Nabi, tidak berupa seorang lelaki tetapi dalam bentuk rupanya yang asal. Hal ini terkandung dalam ayat 13-14, Surah An-Najm yang bermaksud: Sesungguhnya Muhammad telah melihatnya pada kali yang lain (kedua). Ketika (ia berada) di Sidarulmuntaha).
Penurunan al-Quran
Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur dalam tempoh 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun yakni 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.
Hikmah al-Quran diturunkan secara beransur-ansur adalah:
lLebih mudah dimengerti dan dilaksanakan penyebaran dan penghafalannya. Orang akan enggan melaksanakan suruhan dan larangan sekiranya suruhan dan larangan itu dibuat dalam keadaan banyak sekali gus selain dari ia akan membebankan.
lDi antara ayat-ayat itu ada yang nasikh dan ada yang mansukh, sesuai dengan kemaslahatan. Ini tidak dapat dilakukan sekiranya al-Quran diturunkan sekali gus.
lTurunnya sesuatu ayat sesuai dengan peristiwa-peristiwa yang terjadi akan lebih mengesankan dan lebih meresap ke dalam sanubari.
lMemudahkan penghafalan.
lDi antara ayat-ayat itu ada yang merupakan jawapan daripada pertanyaan atau penolakan sesuatu pendapat atau perbuatan.
Ayat Makiyyah Dan Madaniyyah
Al-Quran terbahagi kepada dua bahagian ayat iaitu ayat Makiyyah dan ayat Madaniyyah.
Ayat Makiyyah adalah ayat-ayat yang diturunkan di Mekah dan ayat-ayat Madaniyyah pula diturunkan di Madinah.
Beza antara keduanya adalah:
lAyat-ayat Makiyyah pada umumnya pendek-pendek manakala ayat-ayat Madaniyyah pula panjang-panjang. Ayat Madaniyyah yang merupakan 11/30 juzuk kandungan al-Quran berjumlah 1,456 ayat, sedangkan ayat-ayat Makiyyah yang merupakan 19/30 juzuk daripada isi kandungan al-Quran berjumlah 4,780 ayat. Keseluruhan ayat al-Quran sebanyak 6,236 ayat dengan kira-kira 1.2 juta huruf.
Dalam bentuk surahnya sebanyak 114 surah dan juzuknya sebanyak 30 juzuk. Membaca al-Quran diberi 10 ganjaran untuk setiap satu huruf.
lDalam ayat-ayat Madaniyyah terdapat ayat ya ayyuhalladzina aamanu (Wahai orang yang beriman) dan amat sedikit terdapat ayat ya ayyuhanass (Wahai manusia), manakala dalam ayat-ayat Makiyyah pula adalah sebaliknya.
lAyat-ayat Makkiyyah pada umumnya mengandungi hal-hal yang berhubung dengan keimanan, ancaman dan pahala, kisah-kisah umat terdahulu yang mengandungi pengajaran dan budi pekerti.
Ayat-ayat Madaniyyah pula mengandungi hukum-hukum sama ada yang berhubungan dengan hukum adat atau hukum-hukum duniawi seperti hukum kemasyarakatan, hukum ketatanegaraan, hukum perang, hukum antara bangsa, hukum antara agama dan sebagainya.
Oleh RAMLI ABDUL HALIM
*RAMLI ABDUL HALIM ialah murid tua Madrasah Al-Balaghulmubin, Rong Chenak, Pasir Mas, Kelantan.
Saturday, September 06, 2008
Governmentium: The New Element
Friday, August 29, 2008
Keputusan dah tahu. So, what next..?
Apapun kita lihat saja apa yang akan berlaku selepas ini. Apakah perubahan yang akan berlaku. Adakah perubahan yang mengejutkan atau mengembirakan akan berlaku. Adakah detik 16 September akan berlaku perubahan yang besar atau sekadar janji kosong atau cerita penglipur lara yang kita dengar sebelum ini.
Wait and see arrrr....
Monday, August 25, 2008
Suramnya 'Jalur Gemilang' tahun ini!
Suram... memang suram.... Aku sendiri pun belum ada bendera malaysia @ jalur gemilang. Tadi, masa on da way ke KK, aku lihat dijalan raya, beberapa helai jalur gemilang yang terjatuh dari kereta tapi dibiarkan begitu saja. Tidak ada yang sanggup mengutip atau mengambil bendera yang terjatuh tersebut dan meletakkannya ditempat yang sepatutnya. Aku sendiripun hanya melihat sahaja kereta memijak jalur gemilang yang jatuh tersebut. Entah kenapa tidak terdetik pun rasa hormat kepada jalur gemilang.
Aku masih ingat kata2 guru aku dulu. Katanya, kalau sesiapa yang memijak, mengoyak atau membakar jalur gemilang, kita boleh tampar atau sepak terajang orang itu kerana tidak menghormati jalur gemilang.
Merdeka kali ke-51 ini tidak memberikan apa2 erti kepada aku. Terlalu banyak perkara yang berlaku di malaysia ini yang memilukan hati. Tapi nak buat camana. MEmang dah dilahrkan sebagai rakyat melaysia. Apapun malaysia, ia tetap bagus dari amarika.
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !17 Ogos 2006 rupanya...
Tukar tajuk personal blog aku
Kadang2 tu banyak perkara yang terpendam tapi tak dapat diluahkan. Mungkin apa2 yang tidak dapat diluahkan itu dapat dicoretkan disini supaya jiwa lebih tenteram dan dapat meredakan perasaan yang berkecamuk itu.
Hope so...
Saturday, August 16, 2008
Kerja sendiri Vs Kerja makan gaji ?
- boleh masuk opis bila2 masa
- boleh balik bila2 masa
- boleh cuti bila2 masa
- keja, ada rezeki, tak keja, tadak rezeki
- boleh jadi boss dan lantik diri sendiri jadi MD ker, GM ker...
- boleh tido time keja
- tadak OT. Sapa nak bayar OT kau?
- boleh g rehat bila2 masa dan berapa jam yg kita suka
- setiap hari boleh dapat gaji kalau rajin
- peraturan syarikat? pedulik hapa. aku boss.... hahahahaha....
- sakit? tak yah keja la weiii...
- boleh mengarah... aku boss per...
- tak bolen makan gergaji atau bawak gergaji sesuk hati ke tempat kerja
- datang dan balik ikut masa yg ditentukan
- boleh buat OT bila kerja banyak
- tak boleh keluar sesuka hati
- tak boleh g makan sesuka hati
- waktu rehat dah ditetapkan
- hujung bulan baru dapat gaji
- terikat dengan peraturan syarikat
- silap skit, kena marah ngan boss
- sakit, kena ada surat MC
- kena ikut arahan boss
Sunday, August 10, 2008
New blog...
Monday, July 28, 2008
Kritik skit jer... tak bleh ker...?
Cam tulis blog la. Blog adalah tulisan peribadi. So, sapa yang baca tu kena open minded. Blog adalah tempat memberikan pendapat personal. Korang nak terima atau tak itu korang punya pasal la. Kalau tak leh terima, tak yah baca, tak yah sibuk-sibuk bukak atau cari blog orang. Tapi kalau orang masuk kutuk - kutuk pasal tulisan kat blog tu, jagan marah la sebab korang berani tulis, berani la terima komennya.
Ahaks..ahaks..ahaks...
Sunday, July 27, 2008
Blog pasal rumah baru aku dan rumah sewa sebelumnya...
Sunday, July 20, 2008
Hydrofuel di pasaran dua minggu lagi

KUALA LUMPUR - Kit sistem bahan bakar alternatif semi hibrid petroleum dan hidrogen (Hydrofuel) yang berupaya mengurangkan kos petrol dijangka akan berada di pasaran dua minggu lagi.
Presiden Hydrogen Fuel Industries (M) Sdn. Bhd., Dr. Halim Mohd. Ali berkata, untuk permulaan, produk tersebut boleh didapati di beberapa bengkel terpilih di seluruh negara.
Katanya, syarikatnya menyasarkan untuk melantik 600 pengusaha bengkel bagi menjalankan kerja-kerja pemasangan alat itu.
"Kami juga mengalu-alukan mana-mana pengusaha bengkel yang berminat untuk menjadi pengedar alat ini dengan menghubungi ibu pejabat kami di Banting.
"Kit ini dijamin selama dua tahun atau 50,000 kilometer, perlindungan insurans serta wang akan dikembalikan jika tidak memberi penjimatan dalam tempoh sebulan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut Halim, alat tersebut begitu mudah untuk dipasang pada kenderaan iaitu mengambil masa hanya minimum 45 minit.
"Produk ini dijamin bermutu tinggi, ringan, kecil, mudah guna, mesra alam serta ia tidak akan memberi sebarang kesan terhadap kuasa enjin sesebuah kereta.
"Alat ini didatangkan dengan pakej yang mengandungi sebuah tong air berkapasiti lima liter, satu set kanister, satu set komputer kawalan (ECU), kabel penyambung, pengikat, manual pemasangan, kad jaminan dan pelekat kereta hydrofuel," jelas beliau.
Halim yang juga pencipta produk itu berkata, hydrofuel menggunakan sistem teknologi air sebagai sebahagian daripada bahan bakar dan sesuai digunakan oleh kenderaan 2,000cc ke bawah.
"Formulanya lebih kepada fizik di mana air dipecahkan kepada molekul hidrogen yang kemudiannya diselarikan dengan petrol dan oksigen dimasukkan untuk mengayakan pembakaran.
Ni yang kita dok tunggu-tunggu nih. Aku dah buat kajian gak pasal menda nih. Dah ada syarikat yang buat, so apa lagi. Tunggu dia pasarkan la. Tapi bila nak sampai ke Sabah nih? Bleh la gi ronda2 sampai puas tanpa risau pasal harga minyak.
Thursday, July 17, 2008
Debat minyak: Jahil tahap gaban
| Penarik Beca Wed | Jul 16, 08 | 10:53:29 am MYT | |
| Shabery tak pernah berubah. Itulah kesimpulan saya bila melihat debat antara Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sekurang-kurangnya, Anwar yang dituduh tidak berubah lebih banyak menumpukan tajuk perbincangan. Saya pernah cuba memperkenalkan Datuk Ahmad Shabery Cheek dalam posting bertajuk "Selamat berkenalan dengan Ahmad Shabery Cheek". Baca betul-betul berita Malaysiakini yang saya pautkan di situ. Anda boleh memahami Shabery dan stailnya. Itulah Shabery sejak sekali-sekala saya terjumpa dengannya di Harakah dahulu - ketika itu beliau menjadi kolumnis lidah rasmi PAS itu. Tak faham lagi? Saya teringat budak-budak bertengkar. Katakan, ketika kita budak-budak dulu, kita bertengkar dengan seorang budak. Kita kata kat dia, air liur hang nampak memutih-mutih tepi-tepi bibir bila hang bercakap. Banyaknya! Memang, budak itu akan jawab, "aku dah sapu dengan lidah aku. Memang la masa aku bercakap jadi macam tu, tapi lepas aku bercakap, aku ada teknik nak hilangkan apa yang hang nampak tu". Tetapi selepas itu, budak itu akan keluar dari pokok persoalan dan terus serang kita dan kata "mata hang pun aku pernah nampak banyak taik, hari tu aku nampak hingus hang meleleh tak habis-habis. Bau hang busuk", bla, bla, bla... Bila kita tambah lagi fakta tentang mengenai air liurnya yang nampak memutih-mutih tepi-tepi bibirnya bila dia bercakap tu, dia akan jawab sikit lagi mengenai perkara itu. Sikit ja. Lepas tu dia akan tumpukan dengan serangan demi serangan kepada kita. Selalunya budak yang kalah bertengkarlah yang buat hal. Bila dia dah tak tau nak jawab apa, mulalah dia akan kata, "hang tu suka buat kacau kat jalan!" Selepas itu mungkin akan ditokok tambah dengan maki hamun dan carut capai. Itu budak-budak la... Orang tua, terutama bila di hadapan umum, lain sikit style dia. Kepada saya, Shabery tidak berjaya sama-sekali mempertahankan kerajaan yang diwakilinya. Dia hanya berjaya mendedahkan betapa tidak demokratiknya Anwar ketika beliau menguasai media-media seperti TV3, Utusan Malaysia dan akhbar-akhbar kumpulan NSTP dahulu. Itu sahaja kejayaan Shabery. Tetapi beliau tidaklah nampak bodoh tahap tingkat lima Jabatan Perdana Menteri seperti tukang tanya yang dibawanya. Soalan pertama beliau dah nampak bodoh. Tetapi, bila mendengar soalan kedua beliau, terus anak saya kata, "Ya Allah... Bangangnya dia ni! Sape ni, abah! Bodoh tahap gaban! Sebab minyak naiklah, yang lain semua naik harga. "Bagi subsidi tak sampai seribu setahun, kita kena tambah duit minyak beribu-ribu. Kalau bagi duit sewa rumah RM100 sebulan kat rakyat pun, bantu apa namanya kalau dulu sewa kita kena bayar RM500 sebulan, sekarang dah naik RM700!" Kalau budak sekolah menengah pun nampak orang yang nak berlagak pandai itu bangang tahap gaban, saya tak perlu kata apa-apa...- tajdid_ |
Monday, July 14, 2008
Kesibukanku telah bermula
- Apa lagi, rezeki dah start masuk la....
- Banyak PC yang nak kena servis bulan nih...
- Budak2 UMS cuti dekat 3 bulan, PC hangkang...
- Time gini la nak buat duit..
- CyberCafe aku pu selalu penuh...
- Alhamdulillah... semoga dikurniakan rezeki yang halal...
Wednesday, July 09, 2008
'Reality check' buat Abdullah
| Ruhanie Ahmad Tue | Jul 08, 08 | 12:47:20 pm MYT | |
Kehadiran Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di persada kekuasaan negara mulai 31 Oktober 2003, amat dialu-alukan oleh rakyat Malaysia. Imej Abdullah yang bersih, warak dan mesra sungguh menawan hati nurani mereka. Tekad Abdullah membanteras rasuah secara habis-habisan menambat minat semua pihak. Cita-cita Abdullah menjadikan negara-bangsa Malaysia cemerlang, gemilang, terbilang disokong sepenuhnya oleh pihak kawan dan lawan. Rekod kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencatatkan lonjakan paradigma dalam hampir semua aspek kehidupan rakyat dan kemajuan negara pula menjadi asas paling kukuh untuk membolehkan Abdullah mencartakan kejayaan demi kejayaan di hari muka. Lantaran itulah BN dalam fasa awal kepimpinan Abdullah mampu merangkul kejayaan paling bersejarah menerusi PRU 11 pada 20 April 2004. Tetapi, hanya kira-kira dua tahun sesudah itu, kepimpinan Abdullah seolah-olah mula menjanjikan satu era yang malang dalam sejarah BN, Umno dan negara. Antara puncanya adalah imej Abdullah yang mulai luntur. Hakikat ini jadi semakin ketara bila isu ECM Libra yang membabitkan menantunya, Khairy Jamaluddin, mulai diperkatakan secara meluas oleh rakyat jelata di seluruh tanahair. 'Reality Check' Lain-lain faktor yang menyebabkan Abdullah tidak lagi diyakini oleh rakyat jelata boleh dipastikan menerusi 'reality check' ke atas Abdullah dan kepimpinannya seperti berikut: Sewaktu mula berkuasa, Abdullah menyanjung tinggi jasa dan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. Hari bagaimana? Adakah rakyat masih percayakan kata-kata Abdullah bahawa beliau tidak mahu mencari "harta bertimbun-timbun untuk hidup kaya" atau "wang berjuta-juta untuk hidup bergaya"? Sewaktu mula berkuasa, Abdullah memperkenalkan apa yang beliau katakan sebagai Islam Hadhari. Insafkah Abdullah bahawa termonologi ini kini sudah jadi bahan jenaka dan amat mengecewakan sebilangan umat Islam? Pada ketika ini, benar-benarkah Abdullah mahu mencari "mana dia Al-Ghazali" dan "mana dia Al-Shafie"? Benar-benar jugakah Abdullah mahu "bongkar rahsia kitab suci, cari pedoman dan bongkar rahsia sunnah Nabi, cari panduan"? Sewaktu mula berkuasa, Abdullah mengatakan beliau tidak mahu dikelilingi oleh manusia pembodek. Hari ini bagaimana? Abdullah juga mahukan para pegawai peribadinya bersikap mesra rakyat. Hari ini bagaimana? Dolak-dalik Benarkah Abdullah tidak berdolak-dalik? Jambatan Bengkok? Kenaikan harga minyak? Kontroversi "wanita ketuk-ketampi"? Kisah cintanya yang dinafikan tapi kini jadi realiti? Abdullah ghairah mahu membanteras rasuah, kronisme dan neopotisme. Ini dimanifestasikan dalam manifesto BN bagi PRU11. Kini bagaimana? Kisah ECM Libra bagaimana? Mengapakah manifesto PRU12 tidak sebut langsung soal anti-rasuah? MV Agusta dibeli oleh Proton dengan harga RM500 kenapa dijual dengan harga RM4.00? Sampai sekarang kenapa tidak ada jawapan yang telus mengenai hal ini? Pada tahun 2007, Abdullah mengumumkan perangkaan ekonomi negara yang trillion ringgit jumlahnya untuk menggambarkan kepimpinan beliau lebih baik daripada Mahathir. Kenapa kesannya tidak dirasai oleh rakyat bahawan? Abdullah amat marah dengan pemimpin Hindraf yang menuduh Umno melakukan mini-genocide ke atas kaum India dan kerana mereka mendesak komuniti antarabangsa memansuhkan Perlembagaan Persekutuan yang kononnya tidak adil kepada semua pihak? Kenapa pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA tidak disiasat serapi-rapinya? Hanya beberapa hari menjelang hari pembuangan undi bagi PRU12, Abdullah mendabik dada bahawa BN akan menang besar? Hari ini bagaimana? Bukankah keputusan PRU12 merupakan mesej daripada rakyat jelata bahawa beliau wajar mengundurkan diri daripada persada kekuasaan kerajaan dan politik? Post-mortem BN dan Umno kalah teruk dalam PRU12. Mengapakah Abdullah enggan adakan satu post-mortem menyeluruh mengenai kekalahan ini? Mengapakah tuduh warga Umno mensabotaj parti dalam PRU12? Apa bukti nyata mengenai hal ini jika tiada post-mortem mengenainya? Salahkah bila Mahathir mengatakan bahawa beliau keluar meninggalkan Umno mulai 19 Mei 2008, kerana Umno kini hanya mempertahankan Abdullah dan bukannya berjuang demi agama, bangsa dan tanahair? Abdullah mengumumkan bahawa beliau akan melakukan peralihan kuasa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Bila? Dan, mengapakah beliau akan terus mengekalkan jawatan Presiden Umno? Sewaktu jadi Timbalan Perdana Menteri, Abdullah membidas Singapura kerana mempolitikkan isu air dengan Malaysia. Hari ini kenapa tangguhkan semua isu tertunggak dengan Singapura, termasuk perundingan mengenai tariff air yang baru? Malaysia enggan jual pasir kepada Singapura untuk jadikan pulau itu dua kali lebih besar daripada saiznya hari ini. Kenapa Abdullah wujudkan Iskandar Malaysia yang dua kali saiz Singapura kononnya untuk kepentingan rakyat Malaysia? Kenapa hapuskan semangat DEB untuk Bumiputera menyertai aktiviti ekonomi dan pembangunan di Iskandar Malaysia? Halliburton Halliburton sebuah syarikat minyak yang membabitkan diri dalam perang di Iraq dan segolongan pekerjanya didakwa terbabit membunuh rakyat Iraq. Kenapakah izinkan syarikat ini melabur di Iskandar Malaysia? Telekomunikasi adalah industri strategik sesebuah negara. Kenapa izinkan syarikat Singapura melabur dalam Telekom Malaysia? Di era Mahathir, kapal perang Amerika Syarikat yang membawa senjata nuklear tidak boleh lalu Selat Melaka. Hari ini kenapa boleh dan mengapa kapal itu juga diizinkan berlabuh di Pelabuhan Kelang? Menteri Luar mengatakan bahawa team Pulau Batu Puteh sudah membuat persediaan sejak berpuluh tahun lamanya. Bila Malaysia kehilangan kedaulatan Pulau Batu Puteh, kenapa tidak adakah siasatan terperinci di atas kekalahan yang jelas berasaskan keputusan political? 'Regime Change' Berasaskan 'reality check' di atas, salahkah jika rakyat jelata mempunyai persepsi negatif terhadap Abdullah pada hari ini? Salahkah jika rakyat jelata mengatakan Abdullah seolah-olah dalam keadaan 'out-of-control' dan dibelenggu sindrom penafian yang panjang. Rakyat jelata semakin resah gelisah kerana Abdullah terus memimpin negara. Kestabilan politik tanahair pula nampaknya sedang menuju ke suatu arah yang mungkin parah dan mendebarkan. Dalam situasi begini, wajarkah Abdullah menuduh bloggers sebagai antara faktor yang menyebabkan politik negara tidak stabil? Sebaliknya, bukankah faktor utama yang menyebabkan politik negara tidak stabil mutakhir ini adalah keengganan Abdullah menerima hakikat dan realiti bahawa kepimpinan beliau sudah tidak lagi diyakini oleh majoriti rakyat jelata Malaysia? Sedarkah Abdullah bahawa menurut satu poll yang dilakukan oleh lamanweb Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo bar-baru ini, seramai 88 peratus responden mahukan pucuk kepimpinan negara ditukar atau negara ini memerlukan 'regime change'? Demikianlah 'realiti check' mengenai Abdullah. Moga-moga beliau insaf akan hakikat ini. Demi agama, bangsa dan tanahair, segeralah berundur daripada persada kepimpinan kerajaan dan parti secara terhormat. Serahkanlah tampok kepimpinan negara dan parti kepada Najib. Insya-Allah, politik negara kembali stabil, ekonomi akan berkembang, rakyat jelata tidak lagi resah gelisah malahan akan dibela dengan sewajarnya. - kuda-kepang.blogspot_ |
Thursday, July 03, 2008
Berita meloyakan...
Berita Hairan...
News Unstraits Time...
Dah meluat aku nak baca
Nak tgk berita kat tv pun nak muntah
Naper la ada manusia cenggini kat Malaysia nih ?
Liwat sana, liwat sini...
Tuduh sana, tuduh sini...
Tak takut akan balasan Allah ker?
Ingat la, kita ni di alam persinggahn sahaja
Dunia hanya sementara
Akhirat saja yang kekal...
Kerana DUIT manusia sanggup buat apa saja
Kerana banyak duit, manusia lupa segala...
Semoga aku sentiasa dijauihi dengan segala haloba
Cukuplah aku diberi rezeki yang boleh dikatakan "senang"
Tak lebih, dan tak kurang...
Masa memerlukan, ada...