- gambar cuti2 di KL - naik eye on malaysia
- gambar g zoo
- gambar naik turun flight KK-KL, KL-KB, KB-KL, KL-KK
- gambar di kampung
- gambar dot..dot..dot...
nanti la aku taruk... blom upload ke komputer lagi...
KOTA BHARU 19 Mei – “Saya antara orang paling bahagia apabila mengetahui pengumuman Tun (bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad) keluar daripada UMNO.
“Ia memberi semangat dan perangsang kepada ahli Pas dan ahli UMNO sendiri supaya keluar parti kerana parti itu lebih membawa kepada kekusutan,” kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ini merupakan reaksi spontan Menteri Besar Kelantan itu di sini hari ini ketika ditanya mengenai pengumuman keluar UMNO yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu.
Menurut Nik Aziz, Dr. Mahathir sepatutnya telah lama memilih untuk keluar daripada UMNO dan memilih perjuangan Islam sebagai gantinya.
Beliau berkata, Dr. Mahathir telah dikurniakan nikmat besar oleh Allah iaitu bijak, berpandangan luas dan tajam fikirannya tetapi ia telah disalah guna bukannya untuk Islam tetapi untuk fahaman sekular yang hanya mementingkan pencapaian duniawi.
“Sepatutnya semakin tua, beliau semakin tenang dan bahagia tapi kini tidak kerana fikirannya semakin kusut. Ini kerana UMNO adalah sebuah parti sesat yang menyesatkan.
“Saya sebenarnya amat sanjung dan hargai kebijaksanaan Dr. Mahathir malah ucapan bernas beliau juga saya selalu ikut dan pegang tetapi yang jadi masalah ialah dia salah guna nikmat itu untuk sekular.
“Antara yang paling saya suka ialah semasa dia menyerang Yahudi dan menggalakkan syarikat besar negara mencari dan membuat pelaburan di luar negara seperti yang dilakukan oleh Petronas,” kata Nik Aziz.
Ketika ditanya mengenai kesediaan Pas menerima Dr. Mahathir menyertai parti pembangkang itu sebagai wadah meneruskan perjuangan politiknya, Nik Aziz berkata:
“Kalau dia nak masuk Pas saya setuju sangat kerana dia amat berwibawa, berfikiran tajam dan kalau dia sertai kita maka kita tumpang tuah dia.
“Tapi saya tidak akan pelawa dia, terpulang kepada dia. Saya berpendapat mustahil bagi Dr. Mahathir yang mempunyai kedudukan paling tinggi di negara ini akan kekal kosong (tidak sertai parti politik).’’
| Harakahdaily Mon | May 19, 08 | 2:25:00 pm MYT | |
| ALOR SETAR, 19 Mei (Hrkh) � Berita terbaru benar-benar mengejutkan apabila mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno dan hanya bersedia kembali ke pangkuan parti itu selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan. Ini seakan-akan membayangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal tumbang dalam masa terdekat ini selepas kehilangan kuasa majoriti pada pilihan raya umum 8 Mac lalu. Dr Mahathir memberitahu beliau bertindak keluar Umno kerana tidak yakin dengan kepemimpinan Abdullah. �Saya akan hanya kembali semula ke parti tersebut apabila pucuk pimpinan ditukar,� katanya sebagaimana dipetik Malaysiakini.com. Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap dalam satu forum di Alor Setar pagi tadi. Dr Mahathir juga menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti. Beliau bertindak keluar parti yang diterajuinya selama 22 tahun, seakan-akan menurut jejak langkah dibuat Perdana Menteri pertama selepas merdeka, Tuanku Abdul Rahman. Tuanku Abdul Rahman menyertai Semangat 46 selepas Umno diharamkan ekoran kekalutan pada pemilihan merebut jawatan presiden 1987. Bagaimanapun, Dr Mahathir meminta mereka (pemimpin Umno) supaya jangan menyertai parti-parti yang lain. "Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden parti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," katanya. Dr Mahathir merupakan perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 sejak 1981. - mj Komen aku : Dah jelas sekarang ni UMNO memang dah NAZAK. Tapi cuba ditutup oleh pemimpinnya yang masih mahu menyatakan UMNO itu masih relevan. UMNO ni sebenarnya bagus untuk menyatukan orang2 Melayu tapi disebabkan pemimpin - pemimpin UMNO ni hanya mementingkan kroni mereka jadiUMNO sudah hilang haluannya. Memang dari dulu lagi aku tak berapa suka ngan UMNO nih. Janji banyak tak ditepati. Sekarang dok menguar-uarkan Pakatan Rakyat yang tak boleh nak tunaikan janji. Mereka dok bising2 ni sebenarnya mereka tak sedar yang mereka sedang menunjukkan kebodohan dan kelemahan mereka. Makin mereka memburuk-burukkan PR, makin terserlah keburukan dan kebodohan mereka. Rakyat sekerangni bukan macam rakyat 10 tahun dahulu yang boleh dijual beli dengan wang ringgit. Generasi sekarang adalah generasi berilmu, berfikiran terbuka dan generasi yang berinformasi. Generasi yang sudah terdedah dengan pelbagai macam informasi. Kebanyakkan informasinya adalah daripada internet. Generasi sekarang sudah jarang dok lepak-lepak depan TV. Generasi sekarang adalah generasi yang berpandangan jauh. Dengan sistem yang ada sekarang ni, semua perkara boleh dicari dan dilihat. Aku sendiri kekedang sudah agak ketinggalan bile melihat teknologi yang semakin laju dan bertambah maju walaupun hari-hari aku dok mengadap komputer dan internet. |
In Guatemala a 330-foot-deep sinkhole killed at least two teenagers as it swallowed about a dozen homes and forced the evacuation of nearly 1,000 people. Officials blamed the sinkhole on recent rains and an underground sewage flow from a ruptured main.
The pit emitted rotten odors, loud noises and tremors, shaking the surrounding ground. A rush of water could be heard from its depths, and authorities feared it could widen or others could open up.
Rescue operations were on hold until a firefighter, suspended from a cable, could take video and photos above the hole and officials could use the documentation to decide how to proceed.




| |
| Ustaz Zainudin Hashim Fri | Apr 25, 08 | 12:08:07 pm MYT | |
| Sejak kebelakangan ini, banyak pihak bercakap dari mulut ke mulut mengenai kebaikan para pemimpin di lima negeri yang diterajui Pakatan Rakyat yang belum sampai pemerintahannya menjangkau tiga bulan. Namun kepimpinannya sudah terserlah melalui pelbagai keputusan kabinet yang memberangsangkan dari sudut dasar yang diperjuangkan. Pulau Pinang sebagai contoh, walaupun diketuai oleh Ketua Menteri bukan Islam, namun kesungguhannya untuk mendaulatkan agama Islam sebagai agama rasmi negara, dibuktikan dengan kenaikan elaun guru-guru Kafa, di samping ketegasannya agar semua masjid di negeri itu diaktifkan semula dengan program-program ceramah agama, dengan harapan apabila semakin ramai orang belajar agama, maka kadar jenayah dan perkara-perkara negatif berjaya dikurangkan kalau tidak pun dihapuskan sama sekali. Begitu juga dengan negeri-negeri lain selain Kelantan, yang bersungguh untuk menaikkan elaun guru-guru Kafa dan sekolah agama rakyat (SAR). Ini bermakna, para pemimpin di lima negeri berkenaan mahukan agar bidang pendidikan agama diberi keutamaan supaya rakyat semakin celik dengan agama mereka, selaras dengan hasrat pimpinan PAS Pusat untuk menjadikan ahli-ahlinya individu yang berilmu. Kenapa perlu kepada ilmu, terutamanya ilmu-ilmu agama? Menurut tokoh ulamak kontemporari, Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, ilmu-ilmu agama merupakan alat bagi kita untuk menyelesaikan banyak perkara, sebagai contoh, jika sesuatu mesin industri rosak, jurutekniknya memiliki alat-alat berkaitan dengan pembaikannya, maka tugasnya menjadi mudah kerana dia memiliki alat untuk mengendalikan proses pembaik-pulih mesin berkenaan. Begitulah juga dengan masalah agama, kebanyakan manusia bernama Islam hari ini semakin longgar ikatan mereka dengan Islam, ada yang tidak sembahyang, puasa, mengucap, memakan riba, rasuah, membunuh orang tanpa sebab yang dibenarkan dan lain-lain, akibat tidak memperdalami ataupun duduk dalam majlis-majlis ilmu agama. Merekalah sasaran kita, bagaimana mungkin kita mampu untuk memperkata sesuatu mengenai agama bagi menasihatkan mereka jika kita sedniri tidak menguasai ilmu-ilmu alat. Malah yang bukan Islam juga semakin menunjukkan minat untuk tahu, apakah sebenarnya Islam, adakah ia satu agama yang menyuruh penganutnya supaya bertindak ganas, ataupun agama yang mendidik mereka ke jalan kebenaran. Apabila dilihat kepada situasi selepas pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini, ia memperlihatkan kesungguhan bangsa-bangsa lain bukan Islam menyokong Islam, persoalannya di sini, bagaimana kita mampu menghadapi situasi di mana mereka mahukan kita membimbing mereka, tidak mungkin kita boleh menyampaikan sesuatu terbaik kepada mereka jika kita sendiri kosong daripada ilmu-ilmu alat. Ilmu tersangat penting dalam agenda harian hidup muslim Islam telah meletakkan asas dakwah buat pertama kali kepada baginda Rasulullah s.a.w kepada menggarap ilmu pengetahuan menerusi ayat pertama turun daripada Allah melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s. Mana mungkin baginda nabi mampu menyeru manusia dengan pelbagai ragam cita rasa peribadatan pada masa itu tanpa dibekalkan Allah dengan ilmu. Sesunggunnya ilmu itu boleh diperolehi dengan jalan membaca, memikirkan tanda-tanda kebesaran Allah terhadap bahan-bahan ciptaan-Nya, memerhatikan kebesaran kerajaan Allah dalam mentadbir bumi dengan segala kebenaran daripada-Nya. Malah Islam telah menyediakan satu dasar dalam konsep �Usul Fiqh�, bahawa semua amal ibadat seseorang itu yang tidak disandarkan dengan kefahaman ilmu dan makrifat, maka ia akan terbatal dengan sendirinya. Ia memberi maksud, jika seorang muslim yang rajin beramal ibadat, tetapi amalan-amalan yang dilakukannya bukanlah kerana atas kefahaman yang dipelajarinya, malah lebih kepada warisan secara tradisi, maka adalah dibimbangi, amalannya itu tidak diterima di sisi Allah s.w.t. Apa sebenarnya ilmu-ilmu alat itu? Kita mesti bertindak segera, masa untuk tidur dan berhibur sudah berlalu, yang penting kita kena belajar ilmu-ilmu alat tersebut yang terdiri daripada ilmu-ilmu �Syariah Islam� dan �Usuluddin�. Ilmu Syariah Islam yang menitik-beratkan persoalan ilmu fiqh, Usul fiqh, ayat-ayat hukum, sama ada yang ada dalam al-Quran atau hadis-hadis hukum yang membicarakan persoalan harian khususnya dalam konteks ibadat dan amalan, masalah kenegaraan, kuasa eksekutif dalam pentadbiran negara, dasar-dasar hukum Islam dan lain-lain. Ia boleh dijelmakan secara praktikal dengan mempelajari ilmu fiqh, ilmu akhlak Islam termasuk ilmu-ilmu Usululddin seperti tafsir, hadis, Sirah, ilmu akidah-tauhid, tasauf dan lain-lain yang dilihat penting yang menjadi alat kepada kita untuk menyelesaikan banyak perkara, terutamanya ketika menghadapi isu-isu semasa yang melibatkan peroslan hukum agama seperti penternakan babi, masyarakat majmuk, pelaksanaan hukum hudud, tahaluf siasi (percantuman) parti-parti politik yang terbentuk daripada pelbagai fahaman dan agama. Kesemua itu perlu digarap dengan serius jika kita mengaku bukan sahaja sebagai ahli parti Islam, malah sebagai orang Islam yang menjadi khalifah di muka bumi Allah ini. Dengannya kita akan menjadi ummah yang kuat yang mampu menghadapi sebarang kemungkinan, kerana kita sudah bersedia dari peringkat awal lagi bahawa Islam mampu menguasai dan memerintah bumi ini dengan segala kebaikan yang hanya datang daripada Allah s.w.t. - mns |
![]() |
| TUMBANG... Ir. Baharin Din melihat menara kabel penghantaran bekalan elektrik 132KV di antara Kayu Madang ke UMS tumbang akibat kejadian mencuri palang besi sehingga menyebabkan bekalan elektrik terputus di Kota Kinabalu, semalam. |
Polis mendapati besi palang itu telah dicuri beberapa hari lalu mengakibatkan menara tersebut tumbang dan menjejaskan penghantaran bekalan elektrik ke hampir 90 peratus daerah di negeri ini.
Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata, polis sedang mengesan individu yang mencuri besi itu dengan bantuan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB).
“Kes ini adalah kes jenayah di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," kata Ahmad Sofi kepada pemberita selepas melawat tempat menara kabel itu tumbang di sini hari ini.
Menurut beliau, polis yang menerima laporan daripada SESB lewat malam tadi menggerakkan anggotanya melakukan siasatan menyeluruh termasuk mencari bukti di kedai-kedai membeli besi buruk.
Sementara itu, Pengarah Urusan SESB, Ir. Baharin Din melahirkan perasaan kesal dengan perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab itu.
“Mereka mencuri 20 palang besi pada menara kabel itu yang harganya dianggarkan cuma RM40. Kerana hendakkan RM40, ia menjejaskan ekonomi negeri yang bernilai jutaan ringgit,” katanya.