Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684

Tuesday, May 31, 2011

Aku selsema…

Hadoi…. kena selsema plak… Sejak tengahari semalam, hudung aku berair. Hingga tengahari ni masi lagi tapi dah kurang skit. Berjangkit ngan staf aku la nih.

Apapun aku reda je la. Kekadang sakit ni sebab nak hilangkan dosa. Banyak sangat dosa2 kecil, Allah bagi sakit tu nak uji, Kalau kita tahan dengan ujiannya, insyaAllah. Allah itu maha penyayang.

Thursday, May 26, 2011

Hari yang tah apa2 aku rasa…

Hari ni kena ambik buku report TASKA anak aku si Irfan. Lerpa tu aku ke opis jap. Buat apa yg patut. Tak banyak yg bileh aku buat sebab si kecil Huda tak boleh nak duduk diam. Kena jaga dia plak.

Pukul 10.30am, pergi ambil si Hani di SAR plak. hujan turun renyai2 tapi cuaca panas. Bahaya nih nak kalau kena. Nanti kena demam selsema plak. Huda dah ler selsema belom ialng lagi.

Lepas hantar Hani, tunggu wife aku depan sekolah dengan Huda. Huda tido dalam kereta. Aku pun lelap sekali la. Aircond dah ok, jadi sedap je tido. Aku terjaga pukul 2.30pm. Huda belom bangun lagi. Layn internet di Samsung G-Tab aku la kejap. Tak banyak yg boleh aku buat sebab line berokband cam sial. Asyik putus2 jer… Nyampah tul…

Wife aku ada meeting PIBG jadi lambat la dia balik. So, aku blah dulu balik sembahyang. Lepas tu terus g ambil Iman dan Irfan di sekolah. Sampai di TADIKA RIA, baru wife aku call cakap meeting dia dah habis.. Dia tunggu la kat sekolah dulu.

Lepas ambil wife, g ambil anak aku si Hani tu di SKID. Dia habis sekolah jam 5.30pm…. Huh… Tunggu la dalam 30 minit lagi.

Lepas hantar semua anak2 dan wife aku balik rumah, baru la aku ke opis. Bereskan beberapa maslah yg staf aku tak boleh buat. Lepsa tu aku layan tenet, update blog dan FB….

Sambil tu dok pikir camana nak cari duit tanpa modal nih… Bila mikirkan bab duit, tensen aku dibuatnya….

Wednesday, May 25, 2011

Sakit tekak masih berlarutan…

Panas… sejuk…. pastu panas balik…. Hujan plak… Memang musim sekarang ramai yg kena selsema. Semua anak aku pun kena demam selsema.. Habis semua berhingus. Aku pun kena tempias skit2. Anak sedara yg dok sekali ngan aku teruk gak kena. Sampai idung berair…

Monday, May 23, 2011

Tunaikan permintaan isteri tercinta…

Bini aku dah lama dok mintak aku belikan beg tangan dia. Yang lama dah buruk. Dah koyak2 dah… Cian tul… Bukan aku tak nak beli, tapi tiap kali aku bawak dia g shopping, rambang mata dia memilih. Yang dia berkenan bukan murah. Dekat RM500 rega dia. Pergh…!!!

Tapi tadi aku belikan yang rega RM200 lebih gak tapi ada diskaun. Boleh la dalam RM175++ gitu… Senyum lebar sampai ke telinga dia…

Tak kisah ler berapa pun rega tu sebenarnya janji aku dapat bahagiakan isteri aku… Pasni aku nak tunaikan permintaan diri aku plak… Hehehe…

Saturday, May 21, 2011

Ingat tak nak pergi….

Ingat tak nak pergi ke jemputan majlis perkahwinan abang akwan aku tuh. Tapi pergi jugak lah… Kebetulan aku nak g KK beli barang komputer, singgah la kat Dewan Maksak di Likas tuh. Aku call dia tapi tak diangkat. Sekali sampai sana, sib baik dia ada dok melayan tetamu. Aku bawak anak sedara aku dan staf aku si Alex sekali. Best makanan dia… Ini la makanan kenduri kahwin yg paling best yg pernah aku makan kat Sabah nih.

21052011272

Anak sedara aku ni cedok lauk penuh pingan. Sedap….

Nak pergi ke tak nak pergi…?

Aku ada jemputan kahwin tapi aku kerja nih. Nak pergi ke tak nak pergi. Kalau pergi, kerja aku tertangguh plak. Kalau aku tak pergi, mereka tak rugi. Aku yg rugi tak dapat makan free. Tapi semalam aku dah jumpa ngan kawan yg jemput aku tuh. Dah cakap kat dia yg aku mungkin tak dapat datang… Huhuhuhu…. Staf aku plak cuti sebab nak tolong sepupu dia yg nak kahwin. Apasal la meka tak buat time aku cuti.

Dalam cuti sekolah ni pun anak sedara aku nikah jugak. Tapi di KL. Kalau aku ada duit,aku dah booking flight g KL… Duit yg ada pun aku simpan sebab mak aku nak datang tgh bulan 6 nih… Kalau tak, mana aku nak korek untuk belanja mak aku nanti… Huhuhu….

Keputusannya, aku kerja cari duit la hari nih… Kalau aku g kenduri pun, kena kluar duit gak… Tapi tu kawan…. Apa pun, sorry la kawan…

Friday, May 20, 2011

Cerita hari Jumaat, 20 Mei 2011

Cam biasa, pepagi lagi aku bergegas menghantar wife ke sekolah jam 6.30am. Baby Huda ikut sekali. Biasa la dia. Anak2 yg lain aku suruh mandi sebab nanti aku balik, mereka dah siap untuk ke sekolah.

Lepas hantar wife, terus balik umah ambil anak2 untuk di hantar ke sekolah. Lepas hantar anak sulung ke SAR, aku hantar anak ke-2 dan ke-3 ke TADIKA RIA di Yayasan Sabah. On da way, jalan jem giler depan UMS. Lenguh kaki aku dok menekan brek dan cluc. Polis trafik jaga apa tah kat bulatan nak ke King Fisher tu… Polis baru kot…. Ingat ada kemalangan….. Bodo punya polis trafik…. Bukan kasi laju tapi kasi jem lagi teruk….

20052011253 Tunggu Hani balik sekolah depan SAR Wadi Khautsar, IP.

Jam 10am, di kedai. Baby huda berak plak. Pampers dia aku tak bawak yang spare. Bawak dia balik umah. Alamak, kunci pintu tertinggal di kedai plak dah… Basuh berak Huda guba paip di luar rumah jer la. Aku plak terasa nak berak. Hampeh… Pecut kereta ke kedai semula….

Ambil wife jam 12.30pm. Balik, terus ambil Abey ( anak sedara ) di kedai untuk ke masjid. Hani, aku tak hantar ke sekolah sebab dia masih selsema…

Arghhhhh… !!! malas la aku nak menulis….

Thursday, May 19, 2011

Aku asyik terfikir kata-kata dia…

Aku dah tak mahu ingat kisah dulu tapi dia yg nak ungkitkan kembali. Mungkin belum puas hati dengan perpisahan dulu. Bagi aku, yang lepas tu biarlah berlalu. Kisah silam yg sudah ditentukan. Tak boleh diulang kembali. Kalau aku dapat kembali ke masa dulu, aku tetap akan buat perkara yang sama. Coz she still the same person for me.

Aku doakan dia bahagia dengan pasangan dia dan aku bahagia dengan pilihan ibuku. Memang telah tertulis aku bukan untuk dia dan dia bukan untuk aku. Tapi aku tak puas hati bia dia telah lupa apa yg dia cakapkan dulu, yg membuat aku terluka dan terus meryuruh ibuku mencari pasangan hidupku kerana aku dah tak mampu untuk memcari sendiri. Bagiku, pilihan orang tua lebih afdal dan lebih bagus.

Aku tak kata aku selalu betul. Aku juga silap kerana meninggalkan dia begitu tanpa kata putus. Aku tak pernah putuskan hubungan aku dengan dia kerana aku sayangkan dia. Dia adalah cinta pertama. Pertama? Mungkin kot sebab dia la wanita pertama yg paling lama aku kapel… huhuhuu…

Maafkan aku sayang….. Mungkin rasanya sampai sekarang aku masih sayangkan dia. Tapi bukan untuk cinta kerana cinta untuk isteriku sekarang. Sayang… Aku boleh sayang semua orang tapi cinta, aku hanya ada cinta untuk Allah dan isteri tersayang…..

Wednesday, May 18, 2011

Asyik dok berFB mencari kawan2 lama…

Asyik dok berFB mencari kawan2 lama dan kawan2 baru serta dok cari bekas kekasih lama ( opsss… ), aku terlupa nak update blog. Bukan lupa terus tapi leceh nak bukan blog. Sekarang ni aku pakai Windows Live Writer yg menyenangkan aku update blog aku tanpa ku bukak blog.

Tahun ni umur aku dah meningkat ke-35 tahun. Anak2 pun dah 4 orang. Dah masuk darjah 1 dah anak yg sulung. Yang paling bongsu pun dah masuk 2 tahun. Masa begitu pantas berlalu….

Bisness..? Apa citer..? Ok la… Staf paling lama aku dah berhenti tapi tak rasmi. Dia balik kampung masa abg dia nikah ari tu, terus dok kampung. Dia nak datang tapi mak dia tak bagi. Lagipun ayah dia tak berapa sihat. Nasib baik ada anak sedara aku yg sama umur ngan dia. Aku ajak dok ngan aku sambil kerja ngan aku sekali.

Lama betul aku tak update….

Rasanya dah lama aku tak update  blog aku nih.. dah setahun lebih. Macam-macam hal yang berlaku. Aku ingat nak aktif semula la… Tapi malam ni aku tak ada idea nak menulis… Mungkin esok lusa atau kalau ada masa aku upload citer2 best….

01052011135 Muka terbaru aku. Hehehe.. Dah berjanggut dah…