Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684

Saturday, June 20, 2009

Teluk Likas, Yayasan Sabah.

Berdekatan dengan Yayasan Sabah. Sempat juga aku ambil gambar ni semasa aku pergi ambil anak aku di Tadika Ria. Ingat nak tunggu sehingga matahari jatuh lagi tapi nanti lewat pulak. Snap je lah satu. Aku pakai kamera BenQ DCC740i aku gak tapi gambar dia lebih kurang sama ngan Nokia 5800 aku nih.

Snap 4/5 keping gambar lepas tu blah. Pergi intai apa anak aku si "Nakal" tu sedang buat di kelas dia.

Thursday, June 11, 2009

Terminal 2, KKIA.


Terminal 2, KKIA., originally uploaded by NoorSham @ Pok Sey.

Jemput kawan di KKIA, terminal 2 pukul 12.00mlm semalam. Dia balik bercuti dengan isterinya di kampung. Aku pergi jemput dia dengan sepupu aku, Faizul.

Banyak kereta yang bersesak-sesak menunggu saudara-mara yang baru pulang ke Sabah. Ni dah pertengahan cuti sekolah. Mungkin ramai yang balik awal.

Tuesday, June 09, 2009

Renungan usia....

Dah semakin berumur.... Usia semakin meningkat.... Kedut dimuka mulai kelihatan....

Saturday, June 06, 2009

Pelacur Thailand didenda RM460

KUALA LUMPUR 5 Jun - Seorang wanita warga Thailand masih mampu tersenyum dan ketawa selepas dijatuhi hukuman denda RM460 atau penjara 10 hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Jutharat Yanpanya, 22, mengaku bersalah menyalahgunakan pas lawatan ke negara ini untuk bekerja sebagai pelacur selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Suhaily Samsudin.

Jutharat mengaku sebagai warga asing yang dibenarkan masuk dan tinggal di Malaysia telah melanggar syarat Peraturan-Peraturan Akta Imigresen.

Kesalahan yang dilakukan adalah menyalahgunakan cop keselamatan pas lawatan warga Thailand bernombor C 625252 yang sah bagi tempoh 10 Mei hingga 9 Jun ini dengan bekerja sebagai pelacur.

Kesalahan itu dilakukannya di Venus Massage Centre, Hotel Malaya, Jalan Hang Lekir di sini pada pukul 5.25 petang, 15 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Perkara 11(7)(a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM1,000 jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Cif Inspektor D. R. Ganthi Nathan.

Hahaha..... Pukimak punya undang-undang Malaysia nih. Ini la dikatakan negara demokrasi. Kui..kui..kui... Patut ler pelacur tu senyum jer bila kena denda RM460. Dia melacur satu hari pun boleh dapat beribu ringgit. Kalau setakat denda RM460 tu tak ada makna bagi dia....
Yang peliknya, bila kritik raja skit dah kena denda RM10,000. Sakit sangat ke hati raja sampai kena denda RM10,000 tu? Parah sangat ke raja tu bila dikritik? Rasanya lagi parah bila pelacur tu datang melacur dan dia bawa masuk penyakit AIDS sekali. Lepas ni ramai lagi la pelacur yang datang ke Malaysia ni sebab denda dia RM460 jer. "Wa boleh bayar beb...!!!" ( kata pelacur tu dalam hati sambil tersenyum...)
Lu pikir la sendiri beb....