Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684

Monday, July 28, 2008

Kritik skit jer... tak bleh ker...?

Orang Melayu ni pantang kena kritik skit. Mulalah nak menggelabah. Bising sana - sini. Bila kena kritik atau kena komen skit, jagan la cepat melatah. Fikir dulu. Tgk la apa jenis kritikan tu. Ni idak. Kalau komen lebih skit, mulalah cakap kita ni over. Mula la suruh fikir kita na sapa, kita dok kat mana, apa pangkat kita dan bla..bla..bla... Dah rialiti dia cam tuh.

Cam tulis blog la. Blog adalah tulisan peribadi. So, sapa yang baca tu kena open minded. Blog adalah tempat memberikan pendapat personal. Korang nak terima atau tak itu korang punya pasal la. Kalau tak leh terima, tak yah baca, tak yah sibuk-sibuk bukak atau cari blog orang. Tapi kalau orang masuk kutuk - kutuk pasal tulisan kat blog tu, jagan marah la sebab korang berani tulis, berani la terima komennya.

Ahaks..ahaks..ahaks...

Sunday, July 27, 2008

Blog pasal rumah baru aku dan rumah sewa sebelumnya...

Ada masa skit aku buat blog pasal rumah baru kami. Rumah yang aku beli ngan bini aku. Bak beli keta satu lagi tapi kalau beli keta rega dia akan jatuh. Tapi kalau beli hartanah, rege dia tak akan turun malah makin bertambah dari tahun ke tahun. Lagipun keta motor dah ada. Rumah sendiri blom ada. Keputusannya beli rumah je la.

Sunday, July 20, 2008

Hydrofuel di pasaran dua minggu lagi


SEORANG pekerja Hydrogen Fuel Industries memasang kit hydrofuel di Shah Alam.


KUALA LUMPUR - Kit sistem bahan bakar alternatif semi hibrid petroleum dan hidrogen (Hydrofuel) yang berupaya mengurangkan kos petrol dijangka akan berada di pasaran dua minggu lagi.

Presiden Hydrogen Fuel Industries (M) Sdn. Bhd., Dr. Halim Mohd. Ali berkata, untuk permulaan, produk tersebut boleh didapati di beberapa bengkel terpilih di seluruh negara.

Katanya, syarikatnya menyasarkan untuk melantik 600 pengusaha bengkel bagi menjalankan kerja-kerja pemasangan alat itu.

"Kami juga mengalu-alukan mana-mana pengusaha bengkel yang berminat untuk menjadi pengedar alat ini dengan menghubungi ibu pejabat kami di Banting.

"Kit ini dijamin selama dua tahun atau 50,000 kilometer, perlindungan insurans serta wang akan dikembalikan jika tidak memberi penjimatan dalam tempoh sebulan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.


KOTAK diod pemberi isyarat bacaan gas hydrofuel.


Menurut Halim, alat tersebut begitu mudah untuk dipasang pada kenderaan iaitu mengambil masa hanya minimum 45 minit.

"Produk ini dijamin bermutu tinggi, ringan, kecil, mudah guna, mesra alam serta ia tidak akan memberi sebarang kesan terhadap kuasa enjin sesebuah kereta.

"Alat ini didatangkan dengan pakej yang mengandungi sebuah tong air berkapasiti lima liter, satu set kanister, satu set komputer kawalan (ECU), kabel penyambung, pengikat, manual pemasangan, kad jaminan dan pelekat kereta hydrofuel," jelas beliau.

Halim yang juga pencipta produk itu berkata, hydrofuel menggunakan sistem teknologi air sebagai sebahagian daripada bahan bakar dan sesuai digunakan oleh kenderaan 2,000cc ke bawah.

"Formulanya lebih kepada fizik di mana air dipecahkan kepada molekul hidrogen yang kemudiannya diselarikan dengan petrol dan oksigen dimasukkan untuk mengayakan pembakaran.

Ni yang kita dok tunggu-tunggu nih. Aku dah buat kajian gak pasal menda nih. Dah ada syarikat yang buat, so apa lagi. Tunggu dia pasarkan la. Tapi bila nak sampai ke Sabah nih? Bleh la gi ronda2 sampai puas tanpa risau pasal harga minyak.

Thursday, July 17, 2008

Debat minyak: Jahil tahap gaban

Harakah Online

Penarik Beca
Wed | Jul 16, 08 | 10:53:29 am MYT

Shabery tak pernah berubah. Itulah kesimpulan saya bila melihat debat antara Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sekurang-kurangnya, Anwar yang dituduh tidak berubah lebih banyak menumpukan tajuk perbincangan.

Saya pernah cuba memperkenalkan Datuk Ahmad Shabery Cheek dalam posting bertajuk "Selamat berkenalan dengan Ahmad Shabery Cheek". Baca betul-betul berita Malaysiakini yang saya pautkan di situ. Anda boleh memahami Shabery dan stailnya. Itulah Shabery sejak sekali-sekala saya terjumpa dengannya di Harakah dahulu - ketika itu beliau menjadi kolumnis lidah rasmi PAS itu.

Tak faham lagi? Saya teringat budak-budak bertengkar. Katakan, ketika kita budak-budak dulu, kita bertengkar dengan seorang budak. Kita kata kat dia, air liur hang nampak memutih-mutih tepi-tepi bibir bila hang bercakap. Banyaknya!

Memang, budak itu akan jawab, "aku dah sapu dengan lidah aku. Memang la masa aku bercakap jadi macam tu, tapi lepas aku bercakap, aku ada teknik nak hilangkan apa yang hang nampak tu".

Tetapi selepas itu, budak itu akan keluar dari pokok persoalan dan terus serang kita dan kata "mata hang pun aku pernah nampak banyak taik, hari tu aku nampak hingus hang meleleh tak habis-habis. Bau hang busuk", bla, bla, bla...

Bila kita tambah lagi fakta tentang mengenai air liurnya yang nampak memutih-mutih tepi-tepi bibirnya bila dia bercakap tu, dia akan jawab sikit lagi mengenai perkara itu. Sikit ja. Lepas tu dia akan tumpukan dengan serangan demi serangan kepada kita.

Selalunya budak yang kalah bertengkarlah yang buat hal. Bila dia dah tak tau nak jawab apa, mulalah dia akan kata, "hang tu suka buat kacau kat jalan!" Selepas itu mungkin akan ditokok tambah dengan maki hamun dan carut capai. Itu budak-budak la... Orang tua, terutama bila di hadapan umum, lain sikit style dia.

Kepada saya, Shabery tidak berjaya sama-sekali mempertahankan kerajaan yang diwakilinya. Dia hanya berjaya mendedahkan betapa tidak demokratiknya Anwar ketika beliau menguasai media-media seperti TV3, Utusan Malaysia dan akhbar-akhbar kumpulan NSTP dahulu. Itu sahaja kejayaan Shabery.

Tetapi beliau tidaklah nampak bodoh tahap tingkat lima Jabatan Perdana Menteri seperti tukang tanya yang dibawanya. Soalan pertama beliau dah nampak bodoh.

Tetapi, bila mendengar soalan kedua beliau, terus anak saya kata, "Ya Allah... Bangangnya dia ni! Sape ni, abah! Bodoh tahap gaban! Sebab minyak naiklah, yang lain semua naik harga.

"Bagi subsidi tak sampai seribu setahun, kita kena tambah duit minyak beribu-ribu. Kalau bagi duit sewa rumah RM100 sebulan kat rakyat pun, bantu apa namanya kalau dulu sewa kita kena bayar RM500 sebulan, sekarang dah naik RM700!"

Kalau budak sekolah menengah pun nampak orang yang nak berlagak pandai itu bangang tahap gaban, saya tak perlu kata apa-apa...- tajdid_

Monday, July 14, 2008

Kesibukanku telah bermula

- Budak UMS dah daftar untuk semester baru
- Apa lagi, rezeki dah start masuk la....
- Banyak PC yang nak kena servis bulan nih...
- Budak2 UMS cuti dekat 3 bulan, PC hangkang...
- Time gini la nak buat duit..
- CyberCafe aku pu selalu penuh...
- Alhamdulillah... semoga dikurniakan rezeki yang halal...

Wednesday, July 09, 2008

'Reality check' buat Abdullah

Ruhanie Ahmad
Tue | Jul 08, 08 | 12:47:20 pm MYT

Kehadiran Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di persada kekuasaan negara mulai 31 Oktober 2003, amat dialu-alukan oleh rakyat Malaysia.

Imej Abdullah yang bersih, warak dan mesra sungguh menawan hati nurani mereka. Tekad Abdullah membanteras rasuah secara habis-habisan menambat minat semua pihak.

Cita-cita Abdullah menjadikan negara-bangsa Malaysia cemerlang, gemilang, terbilang disokong sepenuhnya oleh pihak kawan dan lawan.

Rekod kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencatatkan lonjakan paradigma dalam hampir semua aspek kehidupan rakyat dan kemajuan negara pula menjadi asas paling kukuh untuk membolehkan Abdullah mencartakan kejayaan demi kejayaan di hari muka.

Lantaran itulah BN dalam fasa awal kepimpinan Abdullah mampu merangkul kejayaan paling bersejarah menerusi PRU 11 pada 20 April 2004.

Tetapi, hanya kira-kira dua tahun sesudah itu, kepimpinan Abdullah seolah-olah mula menjanjikan satu era yang malang dalam sejarah BN, Umno dan negara. Antara puncanya adalah imej Abdullah yang mulai luntur. Hakikat ini jadi semakin ketara bila isu ECM Libra yang membabitkan menantunya, Khairy Jamaluddin, mulai diperkatakan secara meluas oleh rakyat jelata di seluruh tanahair.

'Reality Check'

Lain-lain faktor yang menyebabkan Abdullah tidak lagi diyakini oleh rakyat jelata boleh dipastikan menerusi 'reality check' ke atas Abdullah dan kepimpinannya seperti berikut:

Sewaktu mula berkuasa, Abdullah menyanjung tinggi jasa dan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. Hari bagaimana?

Adakah rakyat masih percayakan kata-kata Abdullah bahawa beliau tidak mahu mencari "harta bertimbun-timbun untuk hidup kaya" atau "wang berjuta-juta untuk hidup bergaya"?

Sewaktu mula berkuasa, Abdullah memperkenalkan apa yang beliau katakan sebagai Islam Hadhari. Insafkah Abdullah bahawa termonologi ini kini sudah jadi bahan jenaka dan amat mengecewakan sebilangan umat Islam?

Pada ketika ini, benar-benarkah Abdullah mahu mencari "mana dia Al-Ghazali" dan "mana dia Al-Shafie"? Benar-benar jugakah Abdullah mahu "bongkar rahsia kitab suci, cari pedoman dan bongkar rahsia sunnah Nabi, cari panduan"?

Sewaktu mula berkuasa, Abdullah mengatakan beliau tidak mahu dikelilingi oleh manusia pembodek. Hari ini bagaimana? Abdullah juga mahukan para pegawai peribadinya bersikap mesra rakyat. Hari ini bagaimana?

Dolak-dalik

Benarkah Abdullah tidak berdolak-dalik? Jambatan Bengkok? Kenaikan harga minyak? Kontroversi "wanita ketuk-ketampi"? Kisah cintanya yang dinafikan tapi kini jadi realiti?

Abdullah ghairah mahu membanteras rasuah, kronisme dan neopotisme. Ini dimanifestasikan dalam manifesto BN bagi PRU11. Kini bagaimana? Kisah ECM Libra bagaimana? Mengapakah manifesto PRU12 tidak sebut langsung soal anti-rasuah?

MV Agusta dibeli oleh Proton dengan harga RM500 kenapa dijual dengan harga RM4.00? Sampai sekarang kenapa tidak ada jawapan yang telus mengenai hal ini?

Pada tahun 2007, Abdullah mengumumkan perangkaan ekonomi negara yang trillion ringgit jumlahnya untuk menggambarkan kepimpinan beliau lebih baik daripada Mahathir. Kenapa kesannya tidak dirasai oleh rakyat bahawan?

Abdullah amat marah dengan pemimpin Hindraf yang menuduh Umno melakukan mini-genocide ke atas kaum India dan kerana mereka mendesak komuniti antarabangsa memansuhkan Perlembagaan Persekutuan yang kononnya tidak adil kepada semua pihak? Kenapa pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA tidak disiasat serapi-rapinya?

Hanya beberapa hari menjelang hari pembuangan undi bagi PRU12, Abdullah mendabik dada bahawa BN akan menang besar? Hari ini bagaimana?

Bukankah keputusan PRU12 merupakan mesej daripada rakyat jelata bahawa beliau wajar mengundurkan diri daripada persada kekuasaan kerajaan dan politik?

Post-mortem

BN dan Umno kalah teruk dalam PRU12. Mengapakah Abdullah enggan adakan satu post-mortem menyeluruh mengenai kekalahan ini?

Mengapakah tuduh warga Umno mensabotaj parti dalam PRU12? Apa bukti nyata mengenai hal ini jika tiada post-mortem mengenainya?

Salahkah bila Mahathir mengatakan bahawa beliau keluar meninggalkan Umno mulai 19 Mei 2008, kerana Umno kini hanya mempertahankan Abdullah dan bukannya berjuang demi agama, bangsa dan tanahair?

Abdullah mengumumkan bahawa beliau akan melakukan peralihan kuasa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Bila? Dan, mengapakah beliau akan terus mengekalkan jawatan Presiden Umno?

Sewaktu jadi Timbalan Perdana Menteri, Abdullah membidas Singapura kerana mempolitikkan isu air dengan Malaysia. Hari ini kenapa tangguhkan semua isu tertunggak dengan Singapura, termasuk perundingan mengenai tariff air yang baru?

Malaysia enggan jual pasir kepada Singapura untuk jadikan pulau itu dua kali lebih besar daripada saiznya hari ini. Kenapa Abdullah wujudkan Iskandar Malaysia yang dua kali saiz Singapura kononnya untuk kepentingan rakyat Malaysia?

Kenapa hapuskan semangat DEB untuk Bumiputera menyertai aktiviti ekonomi dan pembangunan di Iskandar Malaysia?

Halliburton

Halliburton sebuah syarikat minyak yang membabitkan diri dalam perang di Iraq dan segolongan pekerjanya didakwa terbabit membunuh rakyat Iraq. Kenapakah izinkan syarikat ini melabur di Iskandar Malaysia?

Telekomunikasi adalah industri strategik sesebuah negara. Kenapa izinkan syarikat Singapura melabur dalam Telekom Malaysia?

Di era Mahathir, kapal perang Amerika Syarikat yang membawa senjata nuklear tidak boleh lalu Selat Melaka. Hari ini kenapa boleh dan mengapa kapal itu juga diizinkan berlabuh di Pelabuhan Kelang?

Menteri Luar mengatakan bahawa team Pulau Batu Puteh sudah membuat persediaan sejak berpuluh tahun lamanya. Bila Malaysia kehilangan kedaulatan Pulau Batu Puteh, kenapa tidak adakah siasatan terperinci di atas kekalahan yang jelas berasaskan keputusan political?

'Regime Change'

Berasaskan 'reality check' di atas, salahkah jika rakyat jelata mempunyai persepsi negatif terhadap Abdullah pada hari ini? Salahkah jika rakyat jelata mengatakan Abdullah seolah-olah dalam keadaan 'out-of-control' dan dibelenggu sindrom penafian yang panjang.

Rakyat jelata semakin resah gelisah kerana Abdullah terus memimpin negara. Kestabilan politik tanahair pula nampaknya sedang menuju ke suatu arah yang mungkin parah dan mendebarkan.

Dalam situasi begini, wajarkah Abdullah menuduh bloggers sebagai antara faktor yang menyebabkan politik negara tidak stabil?

Sebaliknya, bukankah faktor utama yang menyebabkan politik negara tidak stabil mutakhir ini adalah keengganan Abdullah menerima hakikat dan realiti bahawa kepimpinan beliau sudah tidak lagi diyakini oleh majoriti rakyat jelata Malaysia?

Sedarkah Abdullah bahawa menurut satu poll yang dilakukan oleh lamanweb Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo bar-baru ini, seramai 88 peratus responden mahukan pucuk kepimpinan negara ditukar atau negara ini memerlukan 'regime change'?

Demikianlah 'realiti check' mengenai Abdullah. Moga-moga beliau insaf akan hakikat ini. Demi agama, bangsa dan tanahair, segeralah berundur daripada persada kepimpinan kerajaan dan parti secara terhormat.

Serahkanlah tampok kepimpinan negara dan parti kepada Najib. Insya-Allah, politik negara kembali stabil, ekonomi akan berkembang, rakyat jelata tidak lagi resah gelisah malahan akan dibela dengan sewajarnya. - kuda-kepang.blogspot_

Thursday, July 03, 2008

Berita meloyakan...

Utusan Meloya...
Berita Hairan...
News Unstraits Time...

Dah meluat aku nak baca
Nak tgk berita kat tv pun nak muntah
Naper la ada manusia cenggini kat Malaysia nih ?
Liwat sana, liwat sini...
Tuduh sana, tuduh sini...
Tak takut akan balasan Allah ker?
Ingat la, kita ni di alam persinggahn sahaja
Dunia hanya sementara
Akhirat saja yang kekal...

Kerana DUIT manusia sanggup buat apa saja
Kerana banyak duit, manusia lupa segala...
Semoga aku sentiasa dijauihi dengan segala haloba
Cukuplah aku diberi rezeki yang boleh dikatakan "senang"
Tak lebih, dan tak kurang...
Masa memerlukan, ada...