Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684

Saturday, May 31, 2008

Cuti-cuti Malaysia di kampung...

Cuti-cuti aku kali ni dok di kampung asyik ulang alik umah mak aku n mak mentua. Kelmarin masa memula sampai dok umah mentua. PAstu g umah mak aku dan semalam balik semula ke umah mentua aku sebab adik ipar aku yang di UIA tu balik nak jupa anak sedara dia. Anak aku yang nombor 3 tu tak mo g dengan orang lain. Susah la cenggini. Nak ngan umi n abah dia jer. Kalau bleh pun kejap jer.

Hari ni ? Apa plan ? Bin aku cakap mak sedra dia ajak g mandi kolam d KB. Hmmm ? Kolam kat mana tu ?

Tuesday, May 27, 2008

Balik kampung

Semalam flight kl 10.30pagi tapi terbang kul 11.20pagi. Punya la lama nunggu. Ingat naik MAS ok skit tapi sama gak cam AirAsia. Tapi AirAsia lagi teruk walaupun tambang dia murah.

Skang ni dok umah adik aku di Suajana Utama. Jalan nak g Penjara Sunagi Buloh. Tenet ok la sini. Aku masih boleh pakai aku nyer "berokband" Celcom tu. Berguna gak menda alah ni. Senang aku nak online ngan laptop aku nih. Nak upload gambar dalam flight semalam tapi lupak letak mana cable camera tu nak sambung ngan laptop nih.

Naik flight semalam, anak2 aku buat flight tu cam rumah dia. Ikut sker ati dia ji dia nak merayap kemana. Dalam flight tu plak ramai bebudak. Maklumlah... cuti sekolah. Ramai yang bwk anak2 balik kampung.

Ni ada satu citer la pasal pramugara MAS ni. Dia ada bagi buku nota dan pen kecik sebagai sovenir. Sekali bini aku tanya pasal mainan. Dia kata ada dua jer mainan. Dia pun gi la ambik. Satu dia bagi kat anak aku dan satu lagi kat budak sebelah bini aku. Lepas pramugara tu pergi, lalula pramugara sorang lagi. Orang belakang bini aku tanya pada buku dan pen yang diedarkan tadi untuk diberikan kepada anaknya. Pramugara tu kata buku dan pen tu dah habis. Mainan ada banyak. Mmmm? Yang mana satu betul ni? Yang sorang kata mainan ada dua jer. Buku dan pen banyak. Sorang kata buku dan pen dah habis. Mainan ada banyak. Nak menipu pun tgk tempat la...

Tuesday, May 20, 2008

‘Saya antara orang paling bahagia’

Utusan Malaysia :

KOTA BHARU 19 Mei – “Saya antara orang paling bahagia apabila mengetahui pengumuman Tun (bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad) keluar daripada UMNO.

“Ia memberi semangat dan perangsang kepada ahli Pas dan ahli UMNO sendiri supaya keluar parti kerana parti itu lebih membawa kepada kekusutan,” kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ini merupakan reaksi spontan Menteri Besar Kelantan itu di sini hari ini ketika ditanya mengenai pengumuman keluar UMNO yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu.

Menurut Nik Aziz, Dr. Mahathir sepatutnya telah lama memilih untuk keluar daripada UMNO dan memilih perjuangan Islam sebagai gantinya.

Beliau berkata, Dr. Mahathir telah dikurniakan nikmat besar oleh Allah iaitu bijak, berpandangan luas dan tajam fikirannya tetapi ia telah disalah guna bukannya untuk Islam tetapi untuk fahaman sekular yang hanya mementingkan pencapaian duniawi.

“Sepatutnya semakin tua, beliau semakin tenang dan bahagia tapi kini tidak kerana fikirannya semakin kusut. Ini kerana UMNO adalah sebuah parti sesat yang menyesatkan.

“Saya sebenarnya amat sanjung dan hargai kebijaksanaan Dr. Mahathir malah ucapan bernas beliau juga saya selalu ikut dan pegang tetapi yang jadi masalah ialah dia salah guna nikmat itu untuk sekular.

“Antara yang paling saya suka ialah semasa dia menyerang Yahudi dan menggalakkan syarikat besar negara mencari dan membuat pelaburan di luar negara seperti yang dilakukan oleh Petronas,” kata Nik Aziz.

Ketika ditanya mengenai kesediaan Pas menerima Dr. Mahathir menyertai parti pembangkang itu sebagai wadah meneruskan perjuangan politiknya, Nik Aziz berkata:

“Kalau dia nak masuk Pas saya setuju sangat kerana dia amat berwibawa, berfikiran tajam dan kalau dia sertai kita maka kita tumpang tuah dia.

“Tapi saya tidak akan pelawa dia, terpulang kepada dia. Saya berpendapat mustahil bagi Dr. Mahathir yang mempunyai kedudukan paling tinggi di negara ini akan kekal kosong (tidak sertai parti politik).’’

Monday, May 19, 2008

Dr Mahathir umum keluar Umno

Harakahdaily
Mon | May 19, 08 | 2:25:00 pm MYT

ALOR SETAR, 19 Mei (Hrkh) � Berita terbaru benar-benar mengejutkan apabila mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno dan hanya bersedia kembali ke pangkuan parti itu selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.

Ini seakan-akan membayangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal tumbang dalam masa terdekat ini selepas kehilangan kuasa majoriti pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

ImagePerletakan jawatannya berkuatkuasa serta merta. Bukan sekadar meletak jawatan sebaliknya beliau menyaran ahli-ahli Umno supaya turut berbuat demikian.

Dr Mahathir memberitahu beliau bertindak keluar Umno kerana tidak yakin dengan kepemimpinan Abdullah.

�Saya akan hanya kembali semula ke parti tersebut apabila pucuk pimpinan ditukar,� katanya sebagaimana dipetik Malaysiakini.com.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap dalam satu forum di Alor Setar pagi tadi.

Dr Mahathir juga menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti.

Beliau bertindak keluar parti yang diterajuinya selama 22 tahun, seakan-akan menurut jejak langkah dibuat Perdana Menteri pertama selepas merdeka, Tuanku Abdul Rahman.

Tuanku Abdul Rahman menyertai Semangat 46 selepas Umno diharamkan ekoran kekalutan pada pemilihan merebut jawatan presiden 1987.

Bagaimanapun, Dr Mahathir meminta mereka (pemimpin Umno) supaya jangan menyertai parti-parti yang lain.

"Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden parti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," katanya.

Dr Mahathir merupakan perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 sejak 1981. - mj

Komen aku :

Dah jelas sekarang ni UMNO memang dah NAZAK. Tapi cuba ditutup oleh pemimpinnya yang masih mahu menyatakan UMNO itu masih relevan. UMNO ni sebenarnya bagus untuk menyatukan orang2 Melayu tapi disebabkan pemimpin - pemimpin UMNO ni hanya mementingkan kroni mereka jadiUMNO sudah hilang haluannya. Memang dari dulu lagi aku tak berapa suka ngan UMNO nih. Janji banyak tak ditepati. Sekarang dok menguar-uarkan Pakatan Rakyat yang tak boleh nak tunaikan janji. Mereka dok bising2 ni sebenarnya mereka tak sedar yang mereka sedang menunjukkan kebodohan dan kelemahan mereka. Makin mereka memburuk-burukkan PR, makin terserlah keburukan dan kebodohan mereka.

Rakyat sekerangni bukan macam rakyat 10 tahun dahulu yang boleh dijual beli dengan wang ringgit. Generasi sekarang adalah generasi berilmu, berfikiran terbuka dan generasi yang berinformasi. Generasi yang sudah terdedah dengan pelbagai macam informasi. Kebanyakkan informasinya adalah daripada internet. Generasi sekarang sudah jarang dok lepak-lepak depan TV. Generasi sekarang adalah generasi yang berpandangan jauh. Dengan sistem yang ada sekarang ni, semua perkara boleh dicari dan dilihat.

Aku sendiri kekedang sudah agak ketinggalan bile melihat teknologi yang semakin laju dan bertambah maju walaupun hari-hari aku dok mengadap komputer dan internet.



Tuesday, May 13, 2008

Big hole in the city

28 07 2007

In Guatemala a 330-foot-deep sinkhole killed at least two teenagers as it swallowed about a dozen homes and forced the evacuation of nearly 1,000 people. Officials blamed the sinkhole on recent rains and an underground sewage flow from a ruptured main.

The pit emitted rotten odors, loud noises and tremors, shaking the surrounding ground. A rush of water could be heard from its depths, and authorities feared it could widen or others could open up.

Rescue operations were on hold until a firefighter, suspended from a cable, could take video and photos above the hole and officials could use the documentation to decide how to proceed.

big hole 1

big hole 2

big hole 3


big hole 4

big hole 5

Dulu aku penah dapat gambar ni tapi tak tahu kisah dia. Sekarang baru jumpa. Punya la besar lubang dia tuh. Mana hilang tanah kat bawah tu? Hairan...hairan... Ini la kuasa Allah....

Letrik dan tomyam....

Malam kelmarin tak ada "karen". Dari kul 8.40 malam sampai la kul 2 pagi. Aku dah standby beli emergency light tapi tahan takat 1 jam lebih jer. Dah la lilin tinggal 2 batang jer. Pendek plak tuh. Kat luar angin kuat tapi dalam rumah panas. Nak bukak tingkap nyamuk masuk plak. Kami tido kat ruang tamu. Cian anak2 aku. Habis kena gigit nyamuk. Bila lilin habis, anak2 aku mula la bising2. Gelap gelita. Selalunya kalau tutup lampu pun masih boleh nampak sebab lampu jalan kat luar tu terang.

Malam tadi tak ada karen lagi. Kali ni start dari kul 7.30ml lagi. Aku ajak bini aku kuar makan kat luar. Kempunan la kami nak makan tomyam kat Restoran Jati Tomyam. Hujan mula turun dan angin juga bertiup kencang. Bini aku dok membebel marah kat SESB ( Sabah Electric Sdn. Bhd. ) sebab lembab buat kerja. Dalam bulan ni nak banyak kali tak ada karen. Aku call kedai tanya Sup. aku, kat sana ada karen ke tak. Dia kata tak ada karen gak. Aku suruh dia beli lilin banyak2 buat standby.

Bini aku tak nak dok kat umah. Dia dan anak2 takut sebab lampu kecemasan tu tak tahan lama lagipun lilin dah habis. So, kami kuar dalam hujan ribut tu. Aku bawak keta plan2 jer. Pergi kedai ambik staf aku dan kami gi ronda cari kedai yang ada karen. Pusing punya pusing, karen dah ada. Kami berpatah balik gi restoran Jati Tomyam. Mmmm... tak kempunan gak la kami malam ni. Boleh makan sup tomyam. Balik umah bleh tido ngan lena....

Wednesday, May 07, 2008

Pertandingan Perbahasan Peringkat Kebangsaan

Kali di diadakan di Sabah. Isteri aku kena jadi salah seorang speaker dewan. Oklah tu. Aku bagi semangat dan sokongan. Ini kali pertama dia jadi speaker dewan. Peringkat kebangsaan plak tuh.

Kelmarin pegi hantar dia pegi meeting di SMK Sri Nangka. Lama gak aku menunggu. Malam semalam ada lagi taklimat dia yang diadakan di Resort Mimpian Jadi, Tuaran. Dalam hati aku, kenapa buat di resort nih. Tak ada tempat lain ke nak buat. Bukan pasal tempak ni tak ok tapi bagi aku memang tak ok pun. Jalan nak masuk dah la teruk. Biasanya kalau tempat cenggini orang tempat aku panggil tempat jin bertendang. Bukan nakkutuk resort ni tapi kalau ada pihak perugurusan dia terbaca tilisan aku nih, mintak ubah la sikit dan cuba buat pembaharuan la. Nama je cantik tapi tempatnya tak seindah namanya.

Soksek-sokseh pasal pertandingan bahas nih, aku sakit telinga gak. Dengarnya banyak hal yang ramai tidak puas hati. Pihak penganjur buat cam menda ni pertandingan kampung jer. Dah ler ni rasanya kali pertama di Sabah. Buat la elok2 skit. Biar yang datang tu rasa selesa dan nak datang lagi ke Sabah. Aku, walaupun bukan orang Sabah tapi bila dah lama dok Sabah ni,rasa malu gak kat orang yang baru datang Sabah sebab tgk keadaan yang "teruk". Mungkin tak seperti yang digambarkan oleh mereka. Pihak penganjur buat sambil lewa jer.

Tuesday, May 06, 2008

Eksiden lagi....tapi bukan aku...

Awat nih....? Pagi-pagi lagi dah jem. Tapi apesal jam kat ini plak. Ada keta polis plak depan tuh...


Ni apa potong-potong nih... Tapi tak pa. Dah bagi signal.... Uih... apa plak keta kat depan nuh... Cam cermin pecah jer kat atas jalan tuh.... Hmmmm sah eksiden nih.....



Mak ai... hancor..... Apa la nasib pemandu dia tuh ? Dengar ambulan br datang kat belakang nih. Ala.... keta depan ni pun terhegeh-hegeh plak bawak. Kalau nak tgk sangat, pak kat tepi jalan la.



Tu dia... satu lagi kat depan nuh... Hancok gak depan dia. Rasanya keta ni langgar keta yang nak U-turn tadi nih. Masa lalu dekat ngan keta tu, cuba intai gak tgk dlam keta tu kot-kot nampak pemamdu dia tersepit ka. Tadak gak. Dah dikeluarkan kot? Tepi keta tu atas jalan penuh ngan darah... ops... bukan darah da... minyak hitam da....

Ni satu lagi. Kelmarin baru dok cakap ngan kawan aku Azwani masa lalu kat situ. Aku citer kat dia, kat tempat U-turn ni selalu eksiden malam sebab gelap dan jalan dia tadak garisan putih kat tepi tu. Dulu ada la. Lama-lama dia dah hilang. Nampak samar2 jer. Masa balik dari kerja malam tu, tgk2 tiang lampu yang baru dipasang tu dah tercabut dan jadi huruf V dah. Dah banyak berlaku kemalangan kat sini tapi langkah2 keselamatan tak diambil oleh JKR.