Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684

Monday, December 31, 2007

Happy New Year 2008

Life is like having a cup of tea.
You sit by the side of the window, lift the cup and take a careless sip,
Only to realize, somebody forgot to put the sugar.
Too lazy to go for it you somehow struggle through the sugarless cup.
Until you discover un-dissolved sugar crystal sitting at the bottom...

---That's Life---

Festive Wishes...














Saturday, December 29, 2007

Syok ngan Yuwie.com...

2/3 hari ni aku dok nyibuk kat www.yuwie.com/rinda06 . Site cam friendster tapi boleh buat duit. Aku dah aku friendster tapi friendster ni hanya dapat kawan kat tenet tapi tarak masyuk. Kalau kat Yuwie.com ni, mana-mana member yang surf kita nya site, kita dapat point yang boleh ditukar dengan duit.

Sesapa yang nak joint tu leh ler klik sini :



Tak rugi wa cakap lu.... Joint jangan tan join... klik je banner atas nih...

Wednesday, December 26, 2007

Hari krismas yang menguntungkan...

Alhamdulillah... Hari ni tak banyak kedai yang bukak. So, kedai aku la jadi tumpuan. Hari ni aku dapat buat sales Rm1000++. Tak penah dapat banyak tuh. Syukur kepada Allah... Semoga aku dimurahkan rezeki lagi....

Monday, December 24, 2007

Pudin dah balik kampung...

Pagi tadi aku hantar Pudin ke epot terminal 2 - airasia. Sampai disana aku suruh PJ jer yang hantar Pudin ke kaunter check-in. Aku tunggu dalam kereta kat parking. PJ hantar Pudin dan terus ke kereta. Cepat plak dia hantar. Rupa2nya Pudin pegi berak dulu. Patut la aku ada bau longkang dalam kereta tadi. Hahahaham hampeh..... tullll...

Flight Pudin jam 9.45 am. Hantar Pudin awal taku jalan sibuk. Sampai epot dalam jam 7.20am gitu. Laps tu kami terus pegi ke IP. Aku nak siapkan tempat sebab hari ni hingga lusa ada kursus komputer. Selamat jalan untuk Pudin...

Sunday, December 23, 2007

Aku dan Misteri Gambar...

Sekarang aku tgh syok dok ambik gambar ngan kamera digital BenQ yang baru aku beli. Yang bertambah exited tu, aku dapat tangkap orbs. Nak cerita lebih lagi boleh bukak blog misteri aku di www.misteriparanormal.blogspot.com .

Wednesday, December 19, 2007

Selamay Hari Raya Korban...

Selamat Hari Raya Korban @ Aidiladha @ Haji... Kedai aku tutup 2 hari pada 20hb dan 21hb. 24hb-26hb disember ni aku buat kursus komputer lagi. Hari ni dah tamat kursus komputer untuk sessi pertama dengan 2 peserta sahaja. Tak apa untuk permulaan. Mungkin sebab aku silap tarikh. Semua orang dah balik kampung nak raya.

Hari ni kedai lengang jer. Tak ramai pengunjung. Semua dok sibuk cari barang untuk sambut raya esok. Aku & PJ dok lepak kat kedai. Hari ni nak tutup awal. Jam 4 petang gitu rasanya. Balik boleh lepak2 kat rumah sambil tolong bini aku kat dapur atau tgk Astro jer. Anak aku, Iman demam plak. Tadi pegi klinik ngan umi dia. Aku tak dapat nak hantar. Nasib baik si Pudin ada. Boleh pegi ngan motor.

Ok... Nanti jumpa lagi lepas raya...

Tuesday, December 18, 2007

Aku pegi holiday satu hari...

Setelah penat bekerja akhirnya aku ambik cuti gak satu hari. Aku bawak anak2 dan bini aku jalan ke Kinabalu Park, Ranau, Kundasang dan Poring. Bawak adik ipar aku jalan2 gak ler sebelum dia balik. Boleh la dia kenal Kundasang ngan Ranau.

Gambar...? Aku taruk kat Friendster aku dulu. Nanti baru taruk kat sini. Banyak sangat gambar tuh. Al maklumlah kamera digital baru. Boleh ambil sampai 4000 keping gambar.

Saturday, December 15, 2007

Three Stooges Warisan2u.com...

Aku bawak si PJ ngan Pudin jalan2 KK sambil2 ambik gambar hari nih. Esok kami nak tutup kedai nak g jalan2 bawak staf aku dan bawak anak2 serta bini aku jalan2 pegi Ranau, Kundasang, Porin. Itu tengok la keadaan cuaca. Harapnya ok.

Hari ni lepas pegi tukar tayar keta, 3 stooges npegi merayap kat KK sambil cari barang2 komputer. Aku beli kamera digital baru jenama BenQ jenis DC C740i dengan kad memori 1GB. Dah lama dah aku nak beli kamera nih. Lagipun video kamera kesayangan hadiah daripada bini aku dah kena curi. Cian aku. Aku perlukan satu menda cenggini untuk kepuasan kerja aku.

On da way balik, kami 3 stooges ni pergi ronda2 dulu sambil ambik gambo. Adik ipar aku nak buat kenangan kat Sabah nih.





PJ : "mu makey ngan taik2 dio ko Pudin?"
Pudin : "pahtu nok buey taik dio guano? Taik dio warno gapo heh?"


Suruh Pudin baiki PC dan tukar MOBO yang rosak lapes balik dari jalan2. Boleh dia belajar skit. Suruh dia format PC tu sekali.

Friday, December 14, 2007

Aku sibuk dok urus pasal Kursus Komputer...

Aku mula menyibuk dok mengurus Kursus Komputer yang aku anjurkan di kedai aku. Poster di boleh tengok kat web blog jom-shooping. Aku dah letak kat situ. Hari ni aku dok buat buku nota pasal windows Xp dan MS-Word. Semalam aku, PJ dan Pudin pego menampal poster kat Kuala menggatal dan stesen perhentian bas di tepi jalan.

Tengah hari tadi sebelum Jumaat, kami pegi edar poster dan selit kat kereta orang yang pergi ke masjid. Alhamdulillah ada gak orang call dan datang tanya aku pasal kursus tu. Tadi aku dok layan internet cari bahan untuk kursus. Rina dah balik. Tinggal aku sorang kat bawah ni. Pj ngan pudin dok kat atas buat apa tah.

Pagi tadi jumpa OKK bagi slip cek 2 keping bernilai RM1385.00 untuyk di"clearkan". Harapnya cepat la dia tunaikan cek tu. Boleh aku buat modal niaga ngan bayar hutang nih.

Sebelum Jumaat, aku ronda2 jap. Singgah tempat Iceng. Dia kata adik dia si Jiji berkhatan hari nih. Cian...

Tuesday, December 11, 2007

Anak sedara aku yang cn melecun...


Ni la anak sedara aku yang cun melecun, Anith Hazwani. Masa kecik dulu montel orangnya. Kakak dan adik dia cun gak. Dah lama aku tak jumpa dia sejak aku dok kat Sabah nih. Tahu-tahu dia dah masuk kolej di maLAYsian insTituTE of cHEmicaL & biOENgineERing tecHNOlogy (micet) di Alor Gajah, Melaka. Pandai orangnya. Dia baru sms aku alamat friendster dia, http://profiles.friendster.com/anizwani. Kalau sesapa nak berkenalan, silalah masuk friendster dia tu. Kawan je tau. Kalau nak lebih, kena mintaklesen dari aku dulu.

Sunday, December 09, 2007

Rezeki itu datang dari Allah....

Rezeki... Rezeki.... Rezeki... Itulah yang dicari oleh setiap manusia di muka bumi ini setia hari, setiap masa, dan setia saat. Rezeki halal, rezeki haram bergantung kepada cara masing-masing. Yang penting dapat. Tapi aku cari rezeki yang halal. Kalau termasuk jugak yang haram tu aku mohon kepada Allah agar aku diampumkan dan jangan jadikan rezeki itu darah daging aku.

Sejak 2/3 hari ni selepas kedai aku dirompak, alhamdulillah rezeki aku bertambah baik. Mungkin itu adalah dugaan dari Allah untuk aku agar aku lebih bersabar dalam dunia perniagaan ini.

Saturday, December 08, 2007

Jom Shopping...

Aku buat satu blog Jom Shopping. Masukkan barang-barang yang dijual di kedai aku dan barang-barang yang boleh dijual secra online. Harga mungkin mahal sikit sebab dah termasuk dengan harga kos penghantaran. jengok-jengok la ke sana. Tak nak beli pon takper. Boleh bagi sokongan atau komen skit.

Friday, December 07, 2007

Warisan2u.Com Enterprise

Kroh..kroh...kroh... Time tadak keja la nih...


Heatsink PC kastemer aku yang penuh ngan habuk. Woiii... dah berapa tahu tak servis nih..? Patut le CPU dia kong....


Tu dok korek apo tuh?


Dok pikir camana nak baiki screen laptop nih. Kaki dia patah. Nak solder atau nak ikat jer. Camana yek?



Sambil-sambil dok tunggu PC tengah dok format HDD, aku race NFS dulu la....



Posing skit sebelum buat kerja. Nak setup PC jap.



Staf aku 2 orang ni dok curi tulang. Time keja asyik dok main tipon. Oit..keja..keja... Aku potong gaji kan...

Adush.... ter...delete html code untuk templete plak....

Atoi..... aku tersilap edit template plak. Dah terdelete dia punya code dah tak boleh undo lagi. terpaksa guna tamplate baru la plak tapi ok gal ker. Guna yang biasa jer. Malas nak create sendiri. Guna mana yang ada jer.

Ada kastermer hantar PC mintak aku re-format hdd dia. Nak backup tapi tak boleh sebab hdd dia ada masalah. Semua data loss dah. Terpaksa buat full format. Ni dalam proses nak install driver dan other software. Nak install antivirus plak.

My cute boyz..... Irfan.

Ini la baby boyz ku yang ke-3. Cute tak? Dah lima bulan dah. Makin montel. Sonok kalau peluk dia. Suka ketawa. Baru nak belajar meniarap. Errr... muka aku ngan baby aku ni ada persamaan tak?

Ni Irfan ngan mak dia. Mak dia dah makin tak larat nak dukung dia. Makin berat da... 7.9 kg dah. Baru 5 bulan tu. Gambar ni ambil lepas kami pegi jarumkan dia d klinik. Nangis kejap jer. Budak baik katakan. Tak banyak kerenah. Abang dan kakak dia? bergaduh jer kat rumah. Biasa la tuh. Kanak-kanak dalam proses pembesaran.

Wednesday, December 05, 2007

Kedai aku kena rompak...

Kedai aku dimasukki pencuri pada malam 3 hb Disember 2007. Duit kertas note RM1.00 dan duit syiling berjumlah lebih kurang RM1000.00 lesap. Video Kamera Sony aku jugak hilang bersama dengan 3 buah buku bank serta peti besi yang menyimpan dokumen bank. Aku buat laporan polis untuk tindakkan lanjut di balai polis Menggatal pada pagi 4 hb.

Aku perasan kedai aku dipecah masuk pada pukul 9.00am bila aku tengok externel HDD dan kota menyimpan CD windows XP origanal aku berada di lantai bawah meja kaunter sdangkan sebelum itu aku simpan semua barang2 aku di dalam laci. Anggaran kerugian dalam RM3000.00 .

Aku reda dengan apa yang berlaku. Dah tak ada rezeki. Nak buat camana. Mungkin lepas ni rezeki aku akan bertambah. InsyaAllah...

Sunday, December 02, 2007

Aku nak kaya....Aku nak turunkan berat badan...

Kaya? Sapa tak nak kaya...? Bukan kaya roti tau... kaya duit la... Aku dok pikiak, camana aku nak cari duit banyak... Nak senang... orang kata, ada duit semua jadi...

aku nak turunkan berat badan... Tapi aku tgk semua orang kaya perut besar2. Hahahaha... Caman tu?