Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684

Sunday, March 25, 2007

Ngantuk wehhhh....

Apa la aku nak merapu kali nih? Ngatuk la plak... Hari ni semua staff aku cuti. Aku tetap kerja gak. Kalau tak kerja, duit tak masuk. Kalau duit tak masuk, nak bayar sewa dan beli barangan untuk dijual camana? Hmmmm.... Pok Jue ngan Icot rancang nak g tengok wayang citer Mr. Bean hari nih. Pegi lah.... Sekurang-kurangnya dapat redakan kepala otak yang berserabut. Aku? Aku lebih selesa dok di kedai kerana inilah dunia kedua aku. Dunia pertama? Mestilah bersama anak2 dan isteri...

Semalam bawak bini dan anak2 aku g shopping di Karamunsing. Bini aku nak beli baju pregnent baru. Aku nak belikan anak2 aku kasut. Kasut mereka dan terlalu ketat dan sendat. Mereka nak keluar main kat taman pun tak selesa. Bini aku nak belikan mereka selipar jer. Aku berkeras gak nak belikan kasut sebab aku fikir kalau pakai kasut lebih selamat kaki mereka.

Monday, March 19, 2007

Sahabat lama yang ku sentiasa ingati...

Korang semua mesti ada sahabat lama yang masih korang ingat sampai sekarang walau dah lama tak jumpa kan? Ada aku la 2 orang sahabat lama yang aku masih ingati tapi dah lama terputus hubungan. Tapi start bulan lepas, aku dah dapat hubungi kawan aku yang berada di Sarawak, Azrul Syahriman @ Ayoi dan yang terbaru, Wahyu Ramayeni yang kini kalau tak silap aku berada di Johor.

Dah lama aku menjejaki mereka nih. Aku cuba call no tel lama tapi tak dapat sebab no lama dah mati. So, aku cuba cari nama mereka ni dalam internet. Sekali dapat.... Alhamdulillah.....

Saturday, March 17, 2007

Kito dengar ceramoh Isra' Mikraj Oleh Ust. Badrul Amin skit wehh....

Ceramoh Isra' Mikraj Oleh Ust. Badrul Amin. Sedap didengar kerana penuh dengan isu-isu yang perlu diketahui umum seperti isu Ilas Hadhari, Isu IFC dan lain-lain...



Tuesday, March 13, 2007

Suraida .... Oh Suraida.....

Suraida? Sapa nih? Aku punya staff baru da... Adik kawan aku, Jerry. Baru berusia 19 tahun. Awek yang bertubuh kecil molek ni kira ok la. Boleh jaga kedai aku bila aku out station tapi tak semua di tahu. Ada pengalaman jadi juruwang, jual roti dan sebagainya. Gambar dia? Ala... lupa nak ambil la.

Monday, March 12, 2007

Penat woooo

Adik ipar aku dah balik kampung 28 hb lepas sebab dia nak interview nurse. Mintak2 dapat la. Kalau tak dapat, kesini lagi la dia. Keja ngan aku. Aku pulak kekurangan staff. Nasib baik adik Jerry ada. Dia pun tak ada kerja. So, aku ajak kerja ngan aku. Jadi, selesai masalah aku skit.

Bini aku plak dok sibuk nak cari pembantu rumah sebab amah aku dulu tu dah berhenti. Bini aku pecat dia sebab dia dah banyak buat hal. 2/3 hari lepas kawan bini aku cakap dia punya amah beritahu ada orang nak kerja. So, aku pegi ambik la. Dah tua. Dah ada cucu 2 plak tuh tapi nampak cam ok. Yang tak oknyer, awal2 lagi dah demand. Nak gaji RM300 sebulan. Aku nak bagi RM250 atau RM280 jer. Dia kata dia dah ada pengalaman. Hmmmm... Aku pun setuju lah. Aku nak tgk dulu. Aku balik keja malam tuh, kakai ank aku dah luka berdarah. Camana la makcik tu jaga. Aku jaga anak aku dari kecil sampai sekarang, tak penah anak aku luka. ( tapi bini aku jaga, luka gak. aku tak penah. ) Risau aku nak tinggal anak aku kat makcik tuh. Malam, bini aku suruh dia basuh kain. Lama betul dia dalam bilik air tuh. Sekali bini aku pegi tgk, dia dok basuh pampers yang bini aku buang bekas anak aku kencing tuh. Aduh.... Kata dah ada pengalaman. Tak kenal pampers ker? Pagi esoknyer bini aku suruh dia gosok kain tudung. Hangus kain tudung bini aku dikerjakannya. Hangin betul bini aku. Petang tu jugak aku hantar dia balik. Kan lama lagi dia dok ngan kami, apa benda plak dia jahanamkan. Aku kasik dia upah RM20 untuk keja 2 hari. Kalau cam ni la, baik aku jaga anak aku sendiri dari mintak orang lain jaga.

Friday, March 02, 2007

Bila la aku nk cuti nih....

Hari Ahad ni aku nak cuti. Apa2 hal, aku nak cuti gak. Aku nak rehat. Dah lama aku tak cuti. Asyik keja...keja...keja.... Bini aku dah membebel dah.... Dok asyik tanya bila aku nak luangkan masa ngan anak bini.

Aku bukan tak nak cuti cuma keja aku ni banyak. Kalau aku cuti plak, duit tak masyuk. Cuti satu hari bermakna aku dah kerugian RM100. Tu kalau masuk RM100 sehari. Kalau lebih? Rugi...rugi... Aku ni dok pikir pasal keja jer.... hhmmmmmm......