Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684

Friday, December 29, 2006

Aku, bapak saudara yang paling bangga dengan....

Aku rasa akulah bapak saudara yang paling bangga semalam sebab dua orang anak saudara aku dapat 8A dalam PMR yang diumumkan semalam. Abang aku yang di Terangganu dan KL tel bagitau berita gembira tuh. Bangganya aku lebih dari bapak diaorang. Aku bagi tahu semua kastemer yang datang kedai semalam bahawa anak sedara aku dapat 8A. Anak sedara korang camana?

Adik ipar aku plak dapat 5A. Terkejut gak sebab tak sangka dia dapat 5A. Kat kampung aku tgk dia ni suka tgk kartun jer. Perangai baik skit dari lanun. Suka merajuk. Manja giler ngan mak dia. Al maklumlah anak bongsu katakan. Mak mentua aku mesti bangga gile punyalah.

Icot? Farhan? Apo citer? Icot dengarnya tak dapat A pun. B jer. Si Farhan dapat la 1A. Meka ni kuat main game jer. Patutla dapat tu jer.

Sunday, December 24, 2006

Aku busy jer.....

Kabare semua.... Sorry la kalau sesapa masuk blog aku 2/3 menjak ni aku tak update. Sibuk beb... Malam semalam pun aku balik lewat. Siapkan keja kat opis. Pastu ada plak awek dok guna PC. Dia dok chating.

Hari ni aku tak ada pembantu. Aku sorang jer. Aku la boss dan aku lah kuli. Ingat Farhan ada. Aku dah msj dia tapi tak ada jawapan. Aku anggap dia tak nak keja la. Senang citer, aku datang bukak kedai sendiri. Pok Joe pun nak cuti ari nih sebab esok dia balik kampung. Flight pagi2 lagi. Sapa nak hantar? Aku jugak....

Tapi esok Raya Krismas. Cuti da.... Aku tutup kedai satu hari. Ingat nak g jalan2 ngan anak2 dan bini aku. Nak g mana yer? Aku blom plan lagi nak g mana. Bini aku ajak g pantai jer. Asyik2 pantai. Boring la. Tapi kalau nak pegi waterfall lagi bahaya untuk anak2 aku nih.

Kedai aku sekarang nih dah jadi tumpuan budak2 datang main game. RO, Halflife, CS, Max Payne, StarCraft, dll dah menjadi sarapan pagi, makan tghari dan minum petang meka2 nih. Kekadang tu siap tunggu aku bukak kedai lagi. Meka ni lebih awal datang dari aku. Tak apalah... Meka ni nak bagi rezeki kat aku. Dari meka dok lepak2 kacau orang, lebih baik meka lepak kedai aku main game. Ada gak manfaatnyer. Boleh tingkatkan skill pemikiran meka nih.

Thursday, December 14, 2006

Orang sakit otak datang malawat laman web famili aku...

Pagi seperti biasa aku bukak kedai. Kat luar aku tgk dah ada ramai budak2 dok lepak. Dalam hati, sah budak2 nak guna PC nih. Bukak je kedai, diorang serbu masuk. Nak main game la pe lagi.

Aku bukak emel. Cek apo citer yang masuk. Sekali tu ada la emel "servey" dari laman web famili aku nih, http://noorsham.cjb.net .

Ini mesej dia :

Name = john
URL = sadsad
Visit = No, I wouldn't visit again
Hear About = A popular search engine
Comments = inilah laman web paling bodoh pernah sayer layari...bodoh bengong giler...lu igt ank bini lu lawa ke hah bodohhhh?????
subject = Survey Results
REMOTE_HOST: 60.48.59.138

So? Aku cool jer. Aku fikir dia ni kenal ngan aku dan aku pun rasa aku kenal ngan budak nih. Dan aku rasa juga di ni perlu masuk hospital bahagia. Hahahahaaa....

Wednesday, December 13, 2006

Aku dan kerja....

Aku dan kerja tak boleh dipisahkan. Kalau boleh aku naktido kat opis. Tak tahu kenapa aku ni gile kerja. Ada pelanggan ke, tak ada pelanggan ke, aku still suka dok kat kedai aku nih. Kat sini aku rasa aku boleh buat macam. Kalau bolelh aku nak bawak anak bini aku dok berumahtangga disini. Giler kan? Itulah aku.....

8 - 11 Disember 2006, ada PC FAIR kat Center Point. Aku g "beli-belah" aksesori komputer skit. Nak kata sikit, abih gak dalam RM800 ++.

Monday, December 04, 2006

Alahai.... Nak selsema la plak......

Aaaaaaa Chommmm............. Sreetttttttttttttttttttttttttttttttt.....................

PEpagi lagi dah bersin kuat. Makin ditenyeh idung nih,makin kuat bersin. Nak selsema la plak. Aku jangkit ngan sapa la plak nih? Ni pun nak bbbr rrr Haaaachooooommmmmm......

Hai nak menaip pun tak bley..... Ayor hidung meleleh nih...... Mana tisu nih...? Palolutut pun sengal2. Apasal pla nih.... Apo penyakit la yang mai hinggap haku nih...?

Biasanyer penyakit datang ni sebab nak ilangkan dosa nih. Banyak sangat dosa aku kot? Dosa sebab selalu dok tgk awek seksi. Hehehee... Tu la.. Sapa yang tak jaga mata tu? Haku dah jaga mata aku tapi bila g KK nih, ramai sgt aweks2 yg pakai seksi. Suker sgt tunjuk "buah epal" meka nih.... Adush....Ya tuhanku.... Ampunkan dosaku.... Hambamu ini hanya insan yang lemah... Kuatkanlah iman ku ya Allah....

Saturday, December 02, 2006

Satu masalah selesai... satu lagi masalah yg akan datang.....

30 November 2006 lepas merupakan hari terakhir staff Sham bekerja. Sham memenag nak mintak dia berhenti pun sebab takl puas hati dengan mutu kerjanya. Alih-alih dia cakap nak berhenti. Ok lah. Dah dia kata cam tu. Tak yah Sham berhentikan dia. Dia dengan rela hati nak berhenti. Tak tahu la dia berhenti sebab apa. Malas nak tanya. Mungkin dia dah fed-up dengan Sham sebab suka sangat mengarah. Sham arah itu ini sebab dia tak reti nak buat kerja sendiri. Banyak yang kena cakap dulu baru nak buat. Kekadang tu cakap ari ni, esok baru dia buat. Suruh pegi fotostat pun dia banyak songeh. Siap cakap, "boss lain mana suruh pekerja dia buat keja nih." Banyak la kau punya songeh. Kalau Sham tak suruh dia, nak suruh siapa lagi? Buat apa Sham ambik pekerja kalau suruh itu ini pun berat punggung? Bayar gaji buta la cam ni. Nak lap komputer pun malas.

Habuk atas komputer tu buka datang sekali seminggu. Tiap2 ari komputer tu berhabuk. So, kena la lap hari2. Cakap kat Sham dia selalu bersihkan rumah. Tiap2 pagi sebelum datang keja, kena bersihkan rumah dulu. Nak harapkan kakak2nya, semuanya malas. Tapi lain plak Sham tengok. Kakak dia yang keja kat bawah tu, datang je terus buat keja.

Satu lagi yang Sham tak puas hati, dia keluar dari kedai atau nak kemana-maan tak bagi tau. Alih2 ilang gitu jer. Kalau nak pegi toilet sekali pun bagitau la. Bila Sham nak mintak tolong, susah sebab dia tak ada.

Semalam Sham dah ambil anak kawan keja buat sementara waktu nih. Ambil budak laki plak sebab nampak budak puan ni banyak songeh. Datang jer, Sham terangkan segala kerja dan apa yang Sham tak suka. Ok budaknya. Sham, PJ dan dia pegi ke Masjid Bandaraya awal. Kami pegi lekatkan pamplet iklan kedai kat keta2. Sambil2 tu bagi kat orang2 yang datang untuk sembahyang Jumaat. Berkesan jugak la sebab ramai yang call tanya nak convert video tape ke VCD. Nak harapkan MJ, "malulah... cam orang bodoh jer buat keja nih". Itu lah kata2 bodoh dia yang membuat dia semakin bodoh dengan perangainya.

So, Sham harap dia boleh ubah perangai dia tu. Belajar dari kesilapan. Kalau rasa nak cuba yang lain, pergi kerja dengan Cina atau India. Mungkin Cina dan India ni buloh kasik dia dok releks2, baca buku, dan keluar borak ngan member2 masa waktu bekerja. We'll see..... Dan Sham katakan disini bahawa Sham memang tak nak ambil dia kerja ari tu tapi disebabkan bini Sham yang beria-ia sangat, so ambil la walaupun dia tu tak tahu pasal komputer nih. Apa boleh buat. Mungkin ini satu pengalaman bagi dia dan juga bagi Sham.