Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684

Monday, November 27, 2006

Selamat Pengantin Baru Buat Norazlina & Saban

Semalam Sham, Isteri, Pok Ju dan Hani pergi ke kenduri kahwin kawan yang sama2 di PLKN dulu. Dah selamat dijabkabulkan dengan pemuda pihan hati. Dari tahun lepas lagi Sham dok tanya dia bila nak bersanding? Alhamdulillah la sebab dah selamat semuanya.... Semoga perkahwinan si Nor kekal hingga ke anak cucu. Amin....


Wednesday, November 22, 2006

Bukti akan kehadiran orang ke-3...

Bukti pertama orang ke-3. Tapi bukti ini belum cukup kuat untuk dibawa ke muka pengadilan...Opsss... Bukan muka pengadilan la... Untuk dibawa ke klinik.... Kena test dulu. Nanti kena scan baru tau berapa bulan sudah...


Lepas ni Hani dan Iman terpaksa menerima hakikat bahawa mereka terpaksa kongsi mainan, tilam, tin susu, abah dan ummi. Hahahaa.. Cian meka nih.... Dah le kecik lagi tuh.... Adush... Mana kecik? Iman dan setahun setengah dah. Hani dan nak masuk 3 tahun. Ok la tu... Tapi Hani bila ditanya, mati2 cakap tak nak orang ke-3 tuh. Kita tengok la nanti...



Thursday, November 16, 2006

Orang ke-3? Siapa tu?

Orang ke-3? Sapa pulak nih...? Aku tak kisah... Tapi bini aku memula tahu tu dia menjerit kat aku. Geram sungguh dia kat aku. Yelah sebab dia selalu berpesan kat aku. Jaga baik2 kalu buat sesuatu tu. Aku kata kalau dah ditakdirkan aku akan jumpa dengan orang ketiga nanti, aku terima jer. Dah tuhan nak bagi. Lelaki katakan...
Tapi setelah difikirkan, bini aku terpaksa akur jugak bahawa kami akan terima orang ketiga. Tuhan dah takdirkan kami akan terima orang ketiga. Tapi lambat lagi. Mungkin dalam bulan 8/9 tahun depan. InsyaAllah.....

Friday, November 10, 2006

Steamboat & BBQ

Semalam ada dinner Steamboat & BBQ Koperasi sekolah bini aku di Putera Ballroom dekat Syahbandar. Bini aku ajak temankan dia. Aku kalau bab makan ni susah nak tolak. Kami bertolak lepas Magrib. Kedai, tinggal kat staff aku. Suruh dia tunggu sampai aku balik. On da way kami tunggu Kak Riduanah dan suami dia. Kak Ana dan suami dia dah jalan dah. Tapi kami semua terserempak on da way. So konvoi lah 3 buah keta. Sampai di sana, si Jacq dan anak dia dah sampai. Siap makan lagi tu. Kami 3 famili dok satu meja. Ada sorang playan yg dok serve kat meja kami. Kami ambik sup tomyam. So, apa lagi. Bila dah start panaskan periuk steamboat atas meja tu, aku apa lagi. Makan....... makan....... G ambik apa yang aku nak makan.



Sampai je, aku ambik gambar depan Putera Ballroom tu. Buat kenangan. Pertama kali datang, 3 tahun lepas. Ini kali kedua aku menjejakkan kami disini.


Ni nak releks jap lepas mencekik steamboat & BBQ. Burkk..... Sonoknyer... Anak2 aku tinggal ngan di rumah. So, boleh ler aku berdating ngan bini aku cam sebelum ada anak dulu. First datang dulu bini aku ngandungkan anak pertama kami, Hani. Ni ngandung anak ke-3 ker? Marah betul bini aku bila aku cakap gitu. Blom sedia nak tambah yang ke-3 katanya. Aku ok jer. Kalau dah rezeki tuhan bagi tu aku terima jer.

Wednesday, November 08, 2006

Bapa mithalikah aku...?

Sekarang ni aku jarang sekali ada waktu untuk bersama anak-anak. Aku keluar kerja anak2 aku masih tido. Kalau balik malam, selalunya anak2 aku dah tido. Tapi semalam aku balik awal skit. Anak2 blom tido lagi. Lebih2 lagi Hani. Dia memang manja ngan aku. Kalau aku marah dia, aku gak kena pujuk.

Aku layan tgk TV semalam sampai kul 11.30mlm. Hani dan Iman dah masuk tido ngan ummi dia. Tetiba Hani bangun dan lepak2 ngan aku kat ruang tamu. Dia belom tido rupanya. Pok Joe Baru nak mandi dan tido. Lepas Pok Joe mandi, aku plak mandi. Hani dok layan tgk TV. Lepas mandi aku sembahyang Isyakkat ruang tamu. Hani dok tepi tengok aku sembahyang. Masa aku sembahyang dia dok tawah aku 2/3 kali. Nak marah, aku tengah sembahyang. Dia pun budak2. Masih blom faham lagi. Lepas sembahyang aku ajak Hani tido. Masuk bilik aku tutup lampu. Hani menjerit tam mau tutup lampu. Takut katanya. Aku buat bodo jer. Pas tu dio dok berguling2. Aku ajak dia tido tepi aku tapi tak nak. Last2 dia senyap sambil isap susu dia.

Tetiba Hani panggil aku. Suruh aku bangun. "Bah... bangun bah.... Abish cudah... abish cudah..." sambil menunjukkan botol susu dia kat aku. Rupanya dia minta aku buat susu. Aku bangun buat susu kat dapur. Hani ikut bangun sekali. Pastu dia tengok telur. Nak makan telur katanya. Adush... aku suruh masuk tido jer. Dia menjerit nak telur gak. Aku pun malas nak kasik dia bising. Aku buat scrambler egg jap. Kasik dia makan depan TV. Hani makan skit jer. Pastu selebihnya aku la yang habiskan. Pastu aku biarkan dia dok isap susu dia atas sofa sampai dia tertido, bari aku angkat masuk bilik. Hmmm... kalau dipaksa memang dia takmo tido. So, aku kena la layan slow2. Lagipun satu hari dia tak jumpa aku. Aku pon mau tido la.... Tgk jam dah 12tghmlm lbh dah... Bini aku ngan Iman sedap tido. Iman tido dalam buai. Good night.....
Baru je mata aku nak lelap, tetiba Iman terjatuh dari buat dia. "Ya Allah...." Terkejut aku. Ummi dia cepat2 bangun ambik Iman. Nasib baik dia ok. Iman tido bukan main lagi buas. Hish... risau betul. Ummi dio ambik kasik tido kat tepi sambil tepuk2. Pastu aku sambung tido bila nampak Iman dah tido. Ngantuk beb.......

Sunday, November 05, 2006

Duit...Duit...Duit....

Ni raya ke berapa yer? Aku dah tak ingat dah. Selalunyer kalau sampai hari Jumaat pun aku lupa. Bila orang ajak aku g sembahyang Jumaat baru aku tahu hari tu hari Jumaat. Apa ra aku nih? Sibuk ngan keja. Nak kata keja banyak tu tak der gak. Tapi aku selalu la sibuk. Sibuk tang apa tah? Yang nyata aku sibuk. Nak hapdate blog ni lepas raya pun cam malas jer. Aku dah hapdate ari tu tapi punyalah panjang aku taip tetiba tak boleh nak upload. Aper ke sial hari tu... Geram tul.....

Ni keja nak cari DUIT.... Duit adalah raja segala-galanya. Betul lah orang kata "ada duit semua jadi". Tapi sebenarnya tak semua jadi kalau ada duit. Kalau ada duit berjuta sekali pun, kalau kita dok terapung kat tengah2 laut sorang2 sapa nak tolong. Nak bagi duit kat ikan jaws? Manalah ikan ni reti. Bagi diri kita kat meka ni ok la. Hahahaa... Duit...Duit... Dimana kau duit... Sini duit... sana pitih. Weiii, meh nok duit samah.