Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684

Wednesday, April 23, 2008

Mangkuk hayun punya pencuri besi...

Curi besi menara punca Sabah bergelap


TUMBANG... Ir. Baharin Din melihat menara kabel penghantaran bekalan elektrik 132KV di antara Kayu Madang ke UMS tumbang akibat kejadian mencuri palang besi sehingga menyebabkan bekalan elektrik terputus di Kota Kinabalu, semalam.

KOTA KINABALU 22 April – Gangguan bekalan elektrik yang menyebabkan hampir dua juta penduduk Sabah terpaksa ‘bergelap’ malam tadi berpunca daripada perbuatan pihak tidak bertanggungjawab mencuri besi palang penyokong sebuah menara kabel elektrik di Kampung Suang Parai dekat sini.

Polis mendapati besi palang itu telah dicuri beberapa hari lalu mengakibatkan menara tersebut tumbang dan menjejaskan penghantaran bekalan elektrik ke hampir 90 peratus daerah di negeri ini.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata, polis sedang mengesan individu yang mencuri besi itu dengan bantuan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB).

“Kes ini adalah kes jenayah di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," kata Ahmad Sofi kepada pemberita selepas melawat tempat menara kabel itu tumbang di sini hari ini.

Menurut beliau, polis yang menerima laporan daripada SESB lewat malam tadi menggerakkan anggotanya melakukan siasatan menyeluruh termasuk mencari bukti di kedai-kedai membeli besi buruk.

Sementara itu, Pengarah Urusan SESB, Ir. Baharin Din melahirkan perasaan kesal dengan perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

“Mereka mencuri 20 palang besi pada menara kabel itu yang harganya dianggarkan cuma RM40. Kerana hendakkan RM40, ia menjejaskan ekonomi negeri yang bernilai jutaan ringgit,” katanya.



Lahanat betui punya pencuri besi. Disebabkan nak dapatkan RM40, habis orang lain rugi berjuta ringgit. Aku pun rugi ga tapi tak la berjuta. Ratus jer sebab terpaksa tutup kedai awal. Nak meniaga apa kalau tak ada karen. Semua bergelap. Bangunan yang aku sewa ni pun tak ada backup karen. Apa punya tempa da.....

Lepas tak ada karen tu aku dak cakap ngan staf aku. Aku kata kalau ada orang curi palang besi menara kabel tu 2/3 batang, mesti terbalik punya la. Sekali apa yang aku cakap tu betul plak. Terkebetulan plak la tuh apa yang aku ramal tu betul. Malam tu aku sekeluarga tidur dalam kepanasan hinggalah kul 12.00tgh malam baru ada karen balik. Lega....

2 comments:

Ted said...

tu la, sbb dia habis bergelap.tp takpe, tuhan kasi dia chance tu..tgk la dah sampai masa t, kalau tak rentung kat atas sana.

br macam ayam bakar..

Jie said...

mlm tu adalah mlm terkahir sy kt KK...udah le itu pertama kali g cuti2 kat Sabah...ingat lepas blk penat g renang2 kat Pulau Manukan, mlm tu nk pekena ikan bakar...tak sempat.

alamat mlm tu tido awai..nasib baik tak panas pun kt hotel.

sampai ke sudah tak merasa ikan bakar..huhuhu...alamat kena pergi lagi le kot...