Curi besi menara punca Sabah bergelap
|
|
Polis mendapati besi palang itu telah dicuri beberapa hari lalu mengakibatkan menara tersebut tumbang dan menjejaskan penghantaran bekalan elektrik ke hampir 90 peratus daerah di negeri ini.
Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata, polis sedang mengesan individu yang mencuri besi itu dengan bantuan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB).
“Kes ini adalah kes jenayah di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," kata Ahmad Sofi kepada pemberita selepas melawat tempat menara kabel itu tumbang di sini hari ini.
Menurut beliau, polis yang menerima laporan daripada SESB lewat malam tadi menggerakkan anggotanya melakukan siasatan menyeluruh termasuk mencari bukti di kedai-kedai membeli besi buruk.
Sementara itu, Pengarah Urusan SESB, Ir. Baharin Din melahirkan perasaan kesal dengan perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab itu.
“Mereka mencuri 20 palang besi pada menara kabel itu yang harganya dianggarkan cuma RM40. Kerana hendakkan RM40, ia menjejaskan ekonomi negeri yang bernilai jutaan ringgit,” katanya.
Lahanat betui punya pencuri besi. Disebabkan nak dapatkan RM40, habis orang lain rugi berjuta ringgit. Aku pun rugi ga tapi tak la berjuta. Ratus jer sebab terpaksa tutup kedai awal. Nak meniaga apa kalau tak ada karen. Semua bergelap. Bangunan yang aku sewa ni pun tak ada backup karen. Apa punya tempa da.....
2 comments:
tu la, sbb dia habis bergelap.tp takpe, tuhan kasi dia chance tu..tgk la dah sampai masa t, kalau tak rentung kat atas sana.
br macam ayam bakar..
mlm tu adalah mlm terkahir sy kt KK...udah le itu pertama kali g cuti2 kat Sabah...ingat lepas blk penat g renang2 kat Pulau Manukan, mlm tu nk pekena ikan bakar...tak sempat.
alamat mlm tu tido awai..nasib baik tak panas pun kt hotel.
sampai ke sudah tak merasa ikan bakar..huhuhu...alamat kena pergi lagi le kot...
Post a Comment