Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684

Thursday, June 19, 2008

Teck Lee nyata pendirian SAPP


TECK LEE (tengah) bercakap kepada para wartawan pada sidang akhbar di Kota Kinabalu semalam.

KOTA KINABALU – Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee semalam mengisytiharkan bahawa partinya telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau mendakwa, dua anggota Parlimen parti itu (Sepanggar dan Tawau) akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri pada sidang Dewan Rakyat Isnin ini.

Teck Lee, yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata, anggota Parlimen kawasan Sepanggar, Datuk Eric Enchin Majimbun, yang kini berada di luar negara bagi tugasan rasmi telah menyatakan pendiriannya dalam kenyataan media yang ditandatangani manakala anggota Parlimen kawasan Tawau, Datuk Dr. Chua Soon Bui juga akan membuat pendirian yang sama dalam kenyataan yang ditandatangan.

“Sama ada usul itu akan dibentangkan oleh anggota Parlimen kami atau anggota Parlimen lain akan diputuskan mengikut keadaan,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Teck Lee berkata, Eric dijadual pulang ke Malaysia bagi menghadiri sidang Dewan Rakyat pada 23 Jun.

SAPP, sebuah parti politik kaum Cina di Sabah, adalah satu daripada 14 parti komponen Barisan Nasional (BN) yang menerajui kerajaan persekutuan. – Bernama

Ni sapa punya tulisan nih ? Sapa kata SAPP tu sebuah parti politik cina ? Mai habak kat aku kalau dia boleh buktikan SAPP tu sebuah parti politik cina. SAPP tu ramai cina yang jadi ahli. Ketua dia pun cina. Jadi orang tgk SAPP ni cam parti politik cina. Kalau aku yang melayu pun ada masuk SAPP nih.

Apapun, aku setuju dengan kenyatan dan tindakkan yang di ambil oleh Datuk Yong Teck Lee nih. Sejak aku dok Sabah dan sampai la ni dah masuk 5 tahun aku doh sini, aku tgk Sabah memang di anak tirikan. Banyak berita pasal sabah ditutup atau tidak di endahkan. Satu lagi kan, aku dok sabah ni cam sama ngan PATI dari indon dan filipina. Kena pakai passport ( pas perkajalan terhad. kena cop setiap 3 bulan atau buat untuk setahun. aku ni rakyat Malaysia wei.... naper mesti aku dilayan sama cam PATI.....? Babi betul punya undang2...

Wednesday, June 18, 2008

Kerja..kerja..kerja...

1 - Datang kerja awal pagi
2 - Baca paper kat tenet ( utusan, harakah, kosmo. metro )
3 - Tido kalau ngantuk
4 - kalau tak ngantuk, godek tenet
5 - kalau rajin, g sarapan ngan sepupu @ sup. aku
6 - bukak blog aku dan blog Neon @ Ted
7 - check emel kalau ada emel baru

Monday, June 16, 2008

Magnetic Motor

Harga minya dunia naik boleh membahayakan ekonomi Malaysia..?

Kenaikan harga minyak ancam ekonomi negara – Najib

16/06/2008 6:13pm

KOTA KINABALU 16 Jun – Kenaikan harga minyak dunia sehingga mencecah AS$130 setong boleh mengancam pertumbuhan ekonomi negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, senario itu secara tidak langsung menekan beberapa sektor ekonomi yang sedia lemah serta memaksa kerajaan meningkatkan bajet defisit dalam keadaan kenaikan kadar inflasi.

“Secara global, krisis minyak ini memberi kesan kepada ketidakstabilan sektor-sektor utama seperti pengangkutan udara, darat dan laut, perikanan serta industri yang berkaitan dengan pengguna.

“Ia turut memaksa syarikat penerbangan mengurangkan jumlah operasi dan kakitangan, menyebabkan nelayan mogok, kemarahan para pemandu sehingga pengangkutan awam tergendala, belian panik dan timbulnya tunjuk perasaan bagi membantah kerajaan,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif 2008, di sini hari ini.

Wait..wait...wait........ Nanti dulu sat..... Ni apa yang ko merepek ni Jib...? Ni yang buat saya hairan nih. Camana plak kita sebagai negara pengeluar minyak boleh terancam dengan kenaikkan harga minyak dunia nih? Kalau harga minyak naik, kita bertambah untung la... Rugi apa plak ? Kita boleh jual minyak murah per dalam negara kita. Dok sibuk pasal orang luar datang beli minyak kat tempat kita tu apa pasal. Ok la tu sebab boleh meningkatkan lagi ekonomi negara sekaligus menaikkan taraf hidup penduduk tempatan. Takut orang luar seludup minyak ? Tu kastam dan PGA kat sempadan tu buat per ? Makan tido ker? Kamon laaa..... Jangan dok perbodohkan rakyat. Korang nak kaut duit rakyat pun berpada-padalah... Korang kena ingat, duit gaji korang tu, rakyat yang bayar tau....Kalau semua rakyat berpakat tak nak bayar cukai, saman, tol, dan sebagainya, takkan polis nak sumbat semua rakyat Malaysia ni dalam jel ? Ada otak ker...? Pikir la... Kita akan mati juga akhirnya....

Sunday, June 15, 2008

Tenaga Elektrik Percuma...?

The "Whipmag" All-Magnet Motor

An Open Source Energy Project

Shortcut URL: http://OC-MPMM.com


Back in July of 2007, Steorn embarrassed themselves by hosting a world-viewing demo of what was supposed to be a free energy device that defies the laws of physics as presently understood (wouldn't be the first time in history). Unfortunately, their demo was botched. [1] (http://pesn.com/2007/07/05/9500478_Orbo_Demo/)

Meanwhile, a couple of Steorn forum (http://www.steorn.com/forum/comments.php?DiscussionID=59687&page=1) members began kicking around ideas for how to build an all-magnet motor with no other motive force. "Overconfident" came up with the idea, and Nikolabackwards (code for his actual username that he requested to not appear here) ended up building a prototype with some variations of his own, then shot a video showing acceleration of the device. Ironically, he doesn't seem to appreciate what he's accomplished and calls it an "artifact". That video was posted publicly at YouTube on Jan. 4, 2008.

After Al gives it a kick start, and gets one of the stator magnet in sync in counter-gear-wise direction, the motor accelerates to 1700 rpm, at which time the secondary magnet spins at 4200 rpm. Then, when Al manually stops two of the three stator magnets, the assembly accelerates further (stator magnet goes to around 5,000 rpm, as measured by an optical tachometer). He later did a duration test, and it ran continuously for more than seven hours, at which time he stopped it because he had to go to bed. Update May, 04: Alsetalokin says: "No, I haven't done any more long runs, the seven-hour plus run already reported is the longest. Theoretical considerations predict that 9-10 hours is the maximum to be expected, before some regenerative process must take place." [2] (http://fizzx.com/viewtopic.php?t=343&start=23)

"It spins, we don't know why." -- Nikolabackwards (Jan. 6, 2008) [3] (http://www.steorn.com/forum/comments.php?DiscussionID=59687&page=10#Item_43)
"This is not a final product; it's only a bit odd 'anomaly' observed when trying different designs during construction." -- Yirkha (http://www.youtube.com/profile?user=Yirkha), who posted the video, Jan. 4, 2008.

Seeing Al's video, many people have embarked on replicating the effect. Sean CLaNZeR appears to have been the first, showing transient (~2 seconds) acceleration, using a modified magnet configuration. As of Feb. 3, 2008, six others have reported brief acceleration or maintenance of speed. On Feb. 3, Bruce_TPU posted two videos showing extended, gradual acceleration in a variant set-up.

On Jan. 18, 2008, after many requests for additional video footage, Al sent Overconfident a second video. This one shows the unit being disassembled, then being thrown in the trash. A couple of hours or so later, YouTube user, Eyepatchentertainmen posted a hilarious "Trailer" spoofing the whole saga.

We expect that additional replications will continue to emerge, documenting, characterizing, and improving on the effect, though the initial difficulty has put a damper on the enthusiasm that initially ensued after Al's first video was posted.

The design, apparently, is quite temperamental with very narrow tolerances. Not all the original specs are known because Al did not source things from catalogues, but basically used what was lying around in some cases, such as magnets.

"My take is that this newly-discovered phenomenon will take many months to characterize and optimize into something truly useful and cost effective." -- Sterling D. Allan (Feb. 3, 2008)
On May 6, 2008, Nikolabackwars wrote: "The OC project is alive and well, doing better than ever before." [4]

Sejak dari aku kenal dan bermain dengan kuasa bateri lampu aku dah terfikir camana nak hasilkan tenaga elektrik percuma ni sebab tiap-tiap bulan aku tgk arwah ayah aku tu g bayar bil elektrik. Bukan sedikit beb... dekat seratur lebih. Almaklumlah... masa tu famili ramai. Tv, radio, peti ais, mesin basuh, enjin pam air telaga, dan bermafcam lagilah peralatan letrik kat dapur mak aku tu semuanya pakai letrik.

Dan sejak kanaikan harga minyak ni, aku makin berminat untuk mengkaji camana nak hasilkan tenaga elektrik sendiri. Memang bolehla kalau pakai generator tu. Tapi kena pakai minyak gak untuk pusingkan dia punya turbin @ dinamo tuh. Aku dok cari sesuatu yang percuma dan boleh pusingkan dinamo tu 24 jam tak hanti2.

Sekarang ni dok kaji camana nak buat "magnetic motor". Idea tu dah ada dan aku dah buat kajian serta dah terjumpa memang ada orang kaji menda alah ni. Kalau menjadi, magnetic motor ni kita sambung pada dinamo tuh supaya dia boleh berputar 24 jam tanpa henti. Boleh la hasilkan tenaga elektrik percuma.

Masalah sekarang ni aku nak dapatkan bahan-bahan untuk menjayakan projek aku nih. Duit perntukkan pun satu lagi.... adush....

Saturday, June 14, 2008

EURO 2008

Ini la kali pertama aku tonton perlawanan EURO 2008. Perlawanan antara Itali Vs Romania, siaran langsung semalam. Aku sokong Itali. Perlawanan berkeputusan seri 1-1. Best gak la permainan diorang nih. Mungkin sebab semalam aku tak lelap mata nak tido. So, tgk tv la. Nak tgk citer lain tak ada yang best. Sekali bukak channel tu ada siaran langsung. Baru start plak tuh. Tgk dlm 10 minit syok plak rasa. Layan lah....

Sebelum ni aku tak hiraukan sangat bab-bab bolasepak nih. Aku tak berapa minat dengan bola nih dan dah lama aku tak sepak boleh. Sepak tin kosong ada la. Nak tgk bolasepak liga Melaysia? Hmmm... Jangan harap la aku nak tgk. Memboringkan aku jer. Permainan dah la teruk. lembab plak tuh. Memang patut bolosepak kat M'sia ni tak maju dan tak boleh dibandingkan dengan negara lain.

Wednesday, June 11, 2008

Aku rasa nak demam...

aku rasa nak demam...
idung dah tersumbat
nak bernafas pun susah
terpaksa bernafas ikut mulut

aku rasa nak demam...
idung aku asyik keluar air jer
nak buat kerja lain pun susah
asyik dok sapu idung jer

aku rasa nak demam...
mata aku pun asyik berair jer
bukan aku nak nangis
tapi rasa panas kepala

aku rasa nak demam...
kepala aku rasa pening semacam
tapi tak rasa loya la
nanti orang ingat nak mengandung plak
mana nak mengandung
aku ni laki la

aku rana nak demam...
semalam aku dan minum air panadol solubel
satu gelas besar aku teguk
tapi pagi ni aku cam tu gak

aku ni nak demam ker?
atau aku selsema jer?
demam ngan selsema tu tak sama ker?
atau demam dan selsema tu datang serentak?

argghhhhhh.......... tensen....

Saturday, June 07, 2008

Naik Eye On Malaysia...



Gambar cuti di kampung...?

  • gambar cuti2 di KL - naik eye on malaysia
  • gambar g zoo
  • gambar naik turun flight KK-KL, KL-KB, KB-KL, KL-KK
  • gambar di kampung
  • gambar dot..dot..dot...

nanti la aku taruk... blom upload ke komputer lagi...

Aku sudah selamat sampai di Sabah....

  • Aku dah selamat sampai di Sabah ptg semalam
  • Cuaca Sabah mendung jer
  • Dalam flight tadi pun beberapa kali masuk awan tebal
  • Balik rumah naik teksi epot jer
  • kereta aku masuk di rumah Datuk Lim
  • Anak aku yang sulung kata rmah kami cantik ( so, rumah nenek kamu tak cantik la yer ?)
  • aku lapor.... suruh sepupu aku belu bakso jer
  • malam tgk tv jer.... anak bini semuanya keletihan
  • hajat nak tgk citer HULK tertunai sebab ditayang di TV3 semalam
  • ngantuk weiiii... tak habis tgk HUKL
  • nak romen bini sebab dah seminggu lebih bercuti... hahahaha ( bini ngantuk daaa )
  • aku ? lenguh tangan kiri sebab angkat beg dan kotak berat

Saturday, May 31, 2008

Cuti-cuti Malaysia di kampung...

Cuti-cuti aku kali ni dok di kampung asyik ulang alik umah mak aku n mak mentua. Kelmarin masa memula sampai dok umah mentua. PAstu g umah mak aku dan semalam balik semula ke umah mentua aku sebab adik ipar aku yang di UIA tu balik nak jupa anak sedara dia. Anak aku yang nombor 3 tu tak mo g dengan orang lain. Susah la cenggini. Nak ngan umi n abah dia jer. Kalau bleh pun kejap jer.

Hari ni ? Apa plan ? Bin aku cakap mak sedra dia ajak g mandi kolam d KB. Hmmm ? Kolam kat mana tu ?

Tuesday, May 27, 2008

Balik kampung

Semalam flight kl 10.30pagi tapi terbang kul 11.20pagi. Punya la lama nunggu. Ingat naik MAS ok skit tapi sama gak cam AirAsia. Tapi AirAsia lagi teruk walaupun tambang dia murah.

Skang ni dok umah adik aku di Suajana Utama. Jalan nak g Penjara Sunagi Buloh. Tenet ok la sini. Aku masih boleh pakai aku nyer "berokband" Celcom tu. Berguna gak menda alah ni. Senang aku nak online ngan laptop aku nih. Nak upload gambar dalam flight semalam tapi lupak letak mana cable camera tu nak sambung ngan laptop nih.

Naik flight semalam, anak2 aku buat flight tu cam rumah dia. Ikut sker ati dia ji dia nak merayap kemana. Dalam flight tu plak ramai bebudak. Maklumlah... cuti sekolah. Ramai yang bwk anak2 balik kampung.

Ni ada satu citer la pasal pramugara MAS ni. Dia ada bagi buku nota dan pen kecik sebagai sovenir. Sekali bini aku tanya pasal mainan. Dia kata ada dua jer mainan. Dia pun gi la ambik. Satu dia bagi kat anak aku dan satu lagi kat budak sebelah bini aku. Lepas pramugara tu pergi, lalula pramugara sorang lagi. Orang belakang bini aku tanya pada buku dan pen yang diedarkan tadi untuk diberikan kepada anaknya. Pramugara tu kata buku dan pen tu dah habis. Mainan ada banyak. Mmmm? Yang mana satu betul ni? Yang sorang kata mainan ada dua jer. Buku dan pen banyak. Sorang kata buku dan pen dah habis. Mainan ada banyak. Nak menipu pun tgk tempat la...

Tuesday, May 20, 2008

‘Saya antara orang paling bahagia’

Utusan Malaysia :

KOTA BHARU 19 Mei – “Saya antara orang paling bahagia apabila mengetahui pengumuman Tun (bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad) keluar daripada UMNO.

“Ia memberi semangat dan perangsang kepada ahli Pas dan ahli UMNO sendiri supaya keluar parti kerana parti itu lebih membawa kepada kekusutan,” kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ini merupakan reaksi spontan Menteri Besar Kelantan itu di sini hari ini ketika ditanya mengenai pengumuman keluar UMNO yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu.

Menurut Nik Aziz, Dr. Mahathir sepatutnya telah lama memilih untuk keluar daripada UMNO dan memilih perjuangan Islam sebagai gantinya.

Beliau berkata, Dr. Mahathir telah dikurniakan nikmat besar oleh Allah iaitu bijak, berpandangan luas dan tajam fikirannya tetapi ia telah disalah guna bukannya untuk Islam tetapi untuk fahaman sekular yang hanya mementingkan pencapaian duniawi.

“Sepatutnya semakin tua, beliau semakin tenang dan bahagia tapi kini tidak kerana fikirannya semakin kusut. Ini kerana UMNO adalah sebuah parti sesat yang menyesatkan.

“Saya sebenarnya amat sanjung dan hargai kebijaksanaan Dr. Mahathir malah ucapan bernas beliau juga saya selalu ikut dan pegang tetapi yang jadi masalah ialah dia salah guna nikmat itu untuk sekular.

“Antara yang paling saya suka ialah semasa dia menyerang Yahudi dan menggalakkan syarikat besar negara mencari dan membuat pelaburan di luar negara seperti yang dilakukan oleh Petronas,” kata Nik Aziz.

Ketika ditanya mengenai kesediaan Pas menerima Dr. Mahathir menyertai parti pembangkang itu sebagai wadah meneruskan perjuangan politiknya, Nik Aziz berkata:

“Kalau dia nak masuk Pas saya setuju sangat kerana dia amat berwibawa, berfikiran tajam dan kalau dia sertai kita maka kita tumpang tuah dia.

“Tapi saya tidak akan pelawa dia, terpulang kepada dia. Saya berpendapat mustahil bagi Dr. Mahathir yang mempunyai kedudukan paling tinggi di negara ini akan kekal kosong (tidak sertai parti politik).’’

Monday, May 19, 2008

Dr Mahathir umum keluar Umno

Harakahdaily
Mon | May 19, 08 | 2:25:00 pm MYT

ALOR SETAR, 19 Mei (Hrkh) � Berita terbaru benar-benar mengejutkan apabila mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno dan hanya bersedia kembali ke pangkuan parti itu selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.

Ini seakan-akan membayangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal tumbang dalam masa terdekat ini selepas kehilangan kuasa majoriti pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

ImagePerletakan jawatannya berkuatkuasa serta merta. Bukan sekadar meletak jawatan sebaliknya beliau menyaran ahli-ahli Umno supaya turut berbuat demikian.

Dr Mahathir memberitahu beliau bertindak keluar Umno kerana tidak yakin dengan kepemimpinan Abdullah.

�Saya akan hanya kembali semula ke parti tersebut apabila pucuk pimpinan ditukar,� katanya sebagaimana dipetik Malaysiakini.com.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap dalam satu forum di Alor Setar pagi tadi.

Dr Mahathir juga menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti.

Beliau bertindak keluar parti yang diterajuinya selama 22 tahun, seakan-akan menurut jejak langkah dibuat Perdana Menteri pertama selepas merdeka, Tuanku Abdul Rahman.

Tuanku Abdul Rahman menyertai Semangat 46 selepas Umno diharamkan ekoran kekalutan pada pemilihan merebut jawatan presiden 1987.

Bagaimanapun, Dr Mahathir meminta mereka (pemimpin Umno) supaya jangan menyertai parti-parti yang lain.

"Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden parti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," katanya.

Dr Mahathir merupakan perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 sejak 1981. - mj

Komen aku :

Dah jelas sekarang ni UMNO memang dah NAZAK. Tapi cuba ditutup oleh pemimpinnya yang masih mahu menyatakan UMNO itu masih relevan. UMNO ni sebenarnya bagus untuk menyatukan orang2 Melayu tapi disebabkan pemimpin - pemimpin UMNO ni hanya mementingkan kroni mereka jadiUMNO sudah hilang haluannya. Memang dari dulu lagi aku tak berapa suka ngan UMNO nih. Janji banyak tak ditepati. Sekarang dok menguar-uarkan Pakatan Rakyat yang tak boleh nak tunaikan janji. Mereka dok bising2 ni sebenarnya mereka tak sedar yang mereka sedang menunjukkan kebodohan dan kelemahan mereka. Makin mereka memburuk-burukkan PR, makin terserlah keburukan dan kebodohan mereka.

Rakyat sekerangni bukan macam rakyat 10 tahun dahulu yang boleh dijual beli dengan wang ringgit. Generasi sekarang adalah generasi berilmu, berfikiran terbuka dan generasi yang berinformasi. Generasi yang sudah terdedah dengan pelbagai macam informasi. Kebanyakkan informasinya adalah daripada internet. Generasi sekarang sudah jarang dok lepak-lepak depan TV. Generasi sekarang adalah generasi yang berpandangan jauh. Dengan sistem yang ada sekarang ni, semua perkara boleh dicari dan dilihat.

Aku sendiri kekedang sudah agak ketinggalan bile melihat teknologi yang semakin laju dan bertambah maju walaupun hari-hari aku dok mengadap komputer dan internet.



Tuesday, May 13, 2008

Big hole in the city

28 07 2007

In Guatemala a 330-foot-deep sinkhole killed at least two teenagers as it swallowed about a dozen homes and forced the evacuation of nearly 1,000 people. Officials blamed the sinkhole on recent rains and an underground sewage flow from a ruptured main.

The pit emitted rotten odors, loud noises and tremors, shaking the surrounding ground. A rush of water could be heard from its depths, and authorities feared it could widen or others could open up.

Rescue operations were on hold until a firefighter, suspended from a cable, could take video and photos above the hole and officials could use the documentation to decide how to proceed.

big hole 1

big hole 2

big hole 3


big hole 4

big hole 5

Dulu aku penah dapat gambar ni tapi tak tahu kisah dia. Sekarang baru jumpa. Punya la besar lubang dia tuh. Mana hilang tanah kat bawah tu? Hairan...hairan... Ini la kuasa Allah....