Harakahdaily Mon | May 19, 08 | 2:25:00 pm MYT | |
ALOR SETAR, 19 Mei (Hrkh) � Berita terbaru benar-benar mengejutkan apabila mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno dan hanya bersedia kembali ke pangkuan parti itu selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan. Ini seakan-akan membayangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal tumbang dalam masa terdekat ini selepas kehilangan kuasa majoriti pada pilihan raya umum 8 Mac lalu. Perletakan jawatannya berkuatkuasa serta merta. Bukan sekadar meletak jawatan sebaliknya beliau menyaran ahli-ahli Umno supaya turut berbuat demikian. Dr Mahathir memberitahu beliau bertindak keluar Umno kerana tidak yakin dengan kepemimpinan Abdullah. �Saya akan hanya kembali semula ke parti tersebut apabila pucuk pimpinan ditukar,� katanya sebagaimana dipetik Malaysiakini.com. Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap dalam satu forum di Alor Setar pagi tadi. Dr Mahathir juga menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti. Beliau bertindak keluar parti yang diterajuinya selama 22 tahun, seakan-akan menurut jejak langkah dibuat Perdana Menteri pertama selepas merdeka, Tuanku Abdul Rahman. Tuanku Abdul Rahman menyertai Semangat 46 selepas Umno diharamkan ekoran kekalutan pada pemilihan merebut jawatan presiden 1987. Bagaimanapun, Dr Mahathir meminta mereka (pemimpin Umno) supaya jangan menyertai parti-parti yang lain. "Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden parti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," katanya. Dr Mahathir merupakan perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 sejak 1981. - mj Komen aku : Dah jelas sekarang ni UMNO memang dah NAZAK. Tapi cuba ditutup oleh pemimpinnya yang masih mahu menyatakan UMNO itu masih relevan. UMNO ni sebenarnya bagus untuk menyatukan orang2 Melayu tapi disebabkan pemimpin - pemimpin UMNO ni hanya mementingkan kroni mereka jadiUMNO sudah hilang haluannya. Memang dari dulu lagi aku tak berapa suka ngan UMNO nih. Janji banyak tak ditepati. Sekarang dok menguar-uarkan Pakatan Rakyat yang tak boleh nak tunaikan janji. Mereka dok bising2 ni sebenarnya mereka tak sedar yang mereka sedang menunjukkan kebodohan dan kelemahan mereka. Makin mereka memburuk-burukkan PR, makin terserlah keburukan dan kebodohan mereka. Rakyat sekerangni bukan macam rakyat 10 tahun dahulu yang boleh dijual beli dengan wang ringgit. Generasi sekarang adalah generasi berilmu, berfikiran terbuka dan generasi yang berinformasi. Generasi yang sudah terdedah dengan pelbagai macam informasi. Kebanyakkan informasinya adalah daripada internet. Generasi sekarang sudah jarang dok lepak-lepak depan TV. Generasi sekarang adalah generasi yang berpandangan jauh. Dengan sistem yang ada sekarang ni, semua perkara boleh dicari dan dilihat. Aku sendiri kekedang sudah agak ketinggalan bile melihat teknologi yang semakin laju dan bertambah maju walaupun hari-hari aku dok mengadap komputer dan internet. |
Detox Foot Patch
Monday, May 19, 2008
Dr Mahathir umum keluar Umno
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment