Gaya paling manawan... Aku suka shot nih... Hani suka bergaya. Tapi semalam sakit gigi. Hari ni sakit gigi lagi. Aku larang makan coklat tapi dia degil... Itu la sifat Hani, DEGIL. Dah sakit gigi mula lah minta simpati tapi orang nak kasi ubat dia tak nak...
Ish..ish..ish... geram gak aku dibuatnya...
Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684
Thursday, July 02, 2009
Saturday, June 20, 2009
Teluk Likas, Yayasan Sabah.
Berdekatan dengan Yayasan Sabah. Sempat juga aku ambil gambar ni semasa aku pergi ambil anak aku di Tadika Ria. Ingat nak tunggu sehingga matahari jatuh lagi tapi nanti lewat pulak. Snap je lah satu. Aku pakai kamera BenQ DCC740i aku gak tapi gambar dia lebih kurang sama ngan Nokia 5800 aku nih.
Snap 4/5 keping gambar lepas tu blah. Pergi intai apa anak aku si "Nakal" tu sedang buat di kelas dia.
Snap 4/5 keping gambar lepas tu blah. Pergi intai apa anak aku si "Nakal" tu sedang buat di kelas dia.
Thursday, June 11, 2009
Terminal 2, KKIA.
Jemput kawan di KKIA, terminal 2 pukul 12.00mlm semalam. Dia balik bercuti dengan isterinya di kampung. Aku pergi jemput dia dengan sepupu aku, Faizul.
Banyak kereta yang bersesak-sesak menunggu saudara-mara yang baru pulang ke Sabah. Ni dah pertengahan cuti sekolah. Mungkin ramai yang balik awal.
Tuesday, June 09, 2009
Renungan usia....
Dah semakin berumur.... Usia semakin meningkat.... Kedut dimuka mulai kelihatan....
Saturday, June 06, 2009
Pelacur Thailand didenda RM460
KUALA LUMPUR 5 Jun - Seorang wanita warga Thailand masih mampu tersenyum dan ketawa selepas dijatuhi hukuman denda RM460 atau penjara 10 hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Jutharat Yanpanya, 22, mengaku bersalah menyalahgunakan pas lawatan ke negara ini untuk bekerja sebagai pelacur selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Suhaily Samsudin.
Jutharat mengaku sebagai warga asing yang dibenarkan masuk dan tinggal di Malaysia telah melanggar syarat Peraturan-Peraturan Akta Imigresen.
Kesalahan yang dilakukan adalah menyalahgunakan cop keselamatan pas lawatan warga Thailand bernombor C 625252 yang sah bagi tempoh 10 Mei hingga 9 Jun ini dengan bekerja sebagai pelacur.
Kesalahan itu dilakukannya di Venus Massage Centre, Hotel Malaya, Jalan Hang Lekir di sini pada pukul 5.25 petang, 15 Mei lalu.
Dia didakwa mengikut Perkara 11(7)(a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM1,000 jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Cif Inspektor D. R. Ganthi Nathan.
Hahaha..... Pukimak punya undang-undang Malaysia nih. Ini la dikatakan negara demokrasi. Kui..kui..kui... Patut ler pelacur tu senyum jer bila kena denda RM460. Dia melacur satu hari pun boleh dapat beribu ringgit. Kalau setakat denda RM460 tu tak ada makna bagi dia....
Yang peliknya, bila kritik raja skit dah kena denda RM10,000. Sakit sangat ke hati raja sampai kena denda RM10,000 tu? Parah sangat ke raja tu bila dikritik? Rasanya lagi parah bila pelacur tu datang melacur dan dia bawa masuk penyakit AIDS sekali. Lepas ni ramai lagi la pelacur yang datang ke Malaysia ni sebab denda dia RM460 jer. "Wa boleh bayar beb...!!!" ( kata pelacur tu dalam hati sambil tersenyum...)
Lu pikir la sendiri beb....
Saturday, May 30, 2009
Fikir...fikir...
Tuesday, May 19, 2009
Nokia 5800 best....
Aku baru beli hp Nokia 5800. Best gak la. Aku pakai Celcom voice & data. Bleh call dan bleh surf internet. Aku update blog ni pun pakai hp ni. Dok mana2 asal ada line 3G, aku bleh update blog aku nih.
Thursday, May 14, 2009
Yang mana satu......?
Banyak sangat isu sekarang nih. Tak tahu aku nak tulis mana satu. Cerita politik atau cerita famili...
Cerita politik, aku cukup bengan pasal politik di Perak. Sungguh memalukan. Yang terlibat tu buken golongan yang menoreh atau mereka yang turun ke bendang tapo golongan yang dikatakan cerdik pandai. Yang ada pangkat Dr, Ir, Datuk, dll... Tapi bodoh mengalahkan mereka yang tak sekolah.
Kalau cerita famili, aku dah ada 4 orang anak. Baru keluar 23 hb lepas sorang. Alahai.... Bertambah lagi la perbelanjaan. Tapi harapnya rezeki juga akan bertambah........

Friday, April 24, 2009
Isteri selamat bersalin pada 23 Apri 2009...

Pagi, aku hantar anak Hani dan Iman ke sekolah. Wife ikut sekali sebab dia nak pergi klinik di Inanam. Ada apoiment ngan doktor katanya. Tapi sejak semalam baby dalam perut asyik dok mengeras jer. Lepas hantar Hani dan Iman, kami terus ke Klinik Ibu Dan Anak di Inanam. Aku dok di kereta dengan Irfan sebab dia tidur.Dalam 15 minit giti wife call. Dah nak bersalin katanya. Misi periksa, rahim di dah terbukak 7cm. Alamak. Aku masuk hantar pakaian wife dan baby untk standby. Misi kata dia dah call ambulan tapi mereka dah stanby takut tak sempat ambulan sampai. Aku terpaksa tunggu dalam kereta sebab Irfan masih tidur. Takut dia bangun dan buat hal plak. Dalam 15 minit gitu, ambulan sampai. Aku masuk ke klinik semula untuk bantu wife masuk ke ambulan. Lepas tu aku g ambik Syafik di IP. Sampai di Hospital likas dalam kul 11.15am. Terus ke kaunter penilaian bersalin. Mereka kata wife aku dah masuk bilik bersalin. Kami tungu diluar saja. Jam 11.30 am aku g ambil Hani di sekolah dan terus ke Hospital semula. Dalam kul 12tgh, wife call. DAh bersalin dalam kul 11.30am tadi katanya. Alhamdulillah.... Kami dapat baby girl.
Dalam kul 2pm aku mintak masuk nak azankan baby. Tapi baby masih dalam bilik rawatan sebab ada masalah skit. Nafasnya terlalu laju. Dia kena kasi oksigen. Tapi keadaan tak membimbangkan.
Aku keluar dan bawak anak2 balik kerumah. Irfan dan Hani kepenatan menunggu Ummi mereka, terus terlena di ruang tamu. Aku sembahyang Asar, dan keluar semula sebab kat rumah tak ada elektrik. Nak masak nasik tak boleh. Aku pergi ke kedai di IP. Beli sedikit ayam serta ikan dan masak nasik di kedai aku. Lepas tu pergi ambil Iman. Balik rumah, bakar ikan untuk wife. Suruh Syafik mandikan budak2. Nasib baik elektrik dah ada. Aku keluar lagi....
Pergi kedai, ambil nasik yang masak tadi. Suruh PJ tutup kedai awal. Aku terus ke hospital. Aku hantar nasik kat wife. Dia menangis tensen katanya sbb baby tak ada disisi. Aku temteramkan wife. Cakap kat dia aku dah tgk baby. Ok, kataku. Baby sihat cuma ada masalah pernafasan jer. Aku tukar handfone celcom sebab line maxis tak berapa bagus kat dalam bilik bersalin tu. Oh ya, bini aku tak boleh masuk wad lagi sebab wad penuh. Terpaksa tunggu di bilik bersalin. Lepas sapu sedikit minyak panas di belakang wife, aku ke tingkat 5 nak tgk anak aku. Misi kat situ mintak aku hantarkan pampers. Aku azankan anak aku dulu. Kemudian turun ambil pampers di beg bersama wife. Aku minta kebenaran misi nak bawak wife tgk anak. Misi kata ok kalau wife dah tak berasa pening. Aku terus cari kerusi roda dan bagitau wife kalau dia nak tgk baby. Terus dia nak.
Lepas hantar wife ke wad semula, aku balik rumah. Bagi anak2 makan nasi dah suruh mereka tido. Aku ? Letih woi.... Tapi sebenarnya keletihan itu hilan bile tgk wife dah selamat bersalin dan tgk muka zuriat aku yang ke-4 nih. Hmmmm... Ada iras2 Iman, anak aku yang ke-2 tuh...
Friday, April 10, 2009
Siang tak selalunya cerah...
Itu perkara biasa
sudah menjadi lumrah hidup
siang tak selalunya cerah...
Sudah menjadi resam hidup
laut tak selalunya tenang
hati manusia katakan...
Aku ni hanya manusia biasa
manusia yang gile kerja
tak lari dari kesalahan
tak lari dari keserabutan
jiwa selalu kacau....
ye lah.... sebab siang tak selalunya cerah...
Dah jadi adat orang berkeluarga
salah silap itu perkara biasa
cuma perlukan kesefahaman
ye lah... kena saling faham memahami
sebab siang tak selalunya cerah....

Tuesday, March 31, 2009
Happy birthday to me....
Birthday aku yang ke-33 tahun. Dah tua dah rasanya tapi jiwa masih lagi muda....
Sunday, March 22, 2009
Aku dan Warisan2u.Com...
Dah dua hari aku datang awal ke tempat kerja. Siapkan kerja2 semalam yang tertangguh. Biasanya aku siapkan rekod sales hari sebelumnya. Lepas tu aku bukak internet dan baca paper ataupun download driver komputer.
Awal2 pagi 7.30am, aku rasa tenang kerja sorang diri sebelum staf2 aku masuk pukul 9 pagi. Masa ni aku boleh fikir dan merancang dengan tenang tentang bisnes aku, planning aku akan datang dan sebelumya.
Sehingga kini, aku berbangga kerana sudah memiliki 2 syarikat walaupun tadak begitu besar tatapi cita2 aku untuk memiliki syarikat komputer sendiri sejak aku berumur 16 tahun dan tercapai. Tapi mungkin ada yang menganggap aku bukan boss. Yang bukan big boss sebab isteri aku yang bagi sokongan kewangan. Actually, aku hanya menggunakan nama wife aku untuk pinjaman kerana dia kerja dengan kerajaan dan senang untuk membuat pinjaman. Bayaran bulanan tu, aku yang bayar. Mungkin ada yang tak nampak sebab kekadang tu bayaran kepada wife aku tu aku gunakan untuk membeli barang keperluan rumah dan keluarga.
Hingga sekarang ini, kebanyakkan ahli keluarga masih melihat aku bergantung kepada isteri aku. Aku tak heran sebab wife aku memahami. Malah dia adalah penggalak utama serta pendorong kajayaan aku. Tidak seperti beberapa ahli keluarga yang aku tolong tapi masih tetap di takuk lama ada juga yang takut untuk keluar dan mencuba sesuatu yang baru untuk berjaya. Cukup setakan untuk menjadi kuli batak. Itulah mentaliti Melayu yang kerja hanya untuk cukup2 makan.....

Friday, February 27, 2009
Februari yang bagus....
Walaupun sale untuk bulan 2 nih tak mengatasi sales bulan leas aku rasa lega sebab dapat bayar hutang2 dan dapat bayar gaji pekerja dengan cepat.
Walaupun sibuk sikit, tapi masa bersama anak2 dan isteri tetap di utamakan. Keluarga mesti diutamakan. So, aku ingat nak g jalan2 awal bulan 3 nih. Nak g mana yer...? Maklumlah, wife dah sarat. Dijangka hujung bulan 4 ni orang baru akan keluar... Pasti aku akan sibuk lagi dengan BABY nih....

Thursday, January 29, 2009
Aku kena selsema plak dah...
Adush... tak selesa sungguh... Aku kena selsema plak. Hidung asyik berair jer. Dah lapan bijik panadol solubel aku telan. Tak oke gak. Balik keja nanti aku nak g belik ubat kat poliklinik. Lusa nak g jalan2 plak.
Wednesday, January 28, 2009
Selamat Tahun Baru Cina...
Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kenalan Cina aku dan datuk nenek aku dulu yang berketurunan Cina. Actually aku ni keturunan Cina-Siam. Sebelah mak aku la. Nenek sebelah mak aku ni Cina-Siam. Sebelah arwah bapak aku plak keturunan Melayu ada tempias syeikh skit2 la... hehehehe...
Ye lah tuh...
Ye lah tuh...
Subscribe to:
Posts (Atom)