Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684

Sunday, July 20, 2008

Hydrofuel di pasaran dua minggu lagi


SEORANG pekerja Hydrogen Fuel Industries memasang kit hydrofuel di Shah Alam.


KUALA LUMPUR - Kit sistem bahan bakar alternatif semi hibrid petroleum dan hidrogen (Hydrofuel) yang berupaya mengurangkan kos petrol dijangka akan berada di pasaran dua minggu lagi.

Presiden Hydrogen Fuel Industries (M) Sdn. Bhd., Dr. Halim Mohd. Ali berkata, untuk permulaan, produk tersebut boleh didapati di beberapa bengkel terpilih di seluruh negara.

Katanya, syarikatnya menyasarkan untuk melantik 600 pengusaha bengkel bagi menjalankan kerja-kerja pemasangan alat itu.

"Kami juga mengalu-alukan mana-mana pengusaha bengkel yang berminat untuk menjadi pengedar alat ini dengan menghubungi ibu pejabat kami di Banting.

"Kit ini dijamin selama dua tahun atau 50,000 kilometer, perlindungan insurans serta wang akan dikembalikan jika tidak memberi penjimatan dalam tempoh sebulan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.


KOTAK diod pemberi isyarat bacaan gas hydrofuel.


Menurut Halim, alat tersebut begitu mudah untuk dipasang pada kenderaan iaitu mengambil masa hanya minimum 45 minit.

"Produk ini dijamin bermutu tinggi, ringan, kecil, mudah guna, mesra alam serta ia tidak akan memberi sebarang kesan terhadap kuasa enjin sesebuah kereta.

"Alat ini didatangkan dengan pakej yang mengandungi sebuah tong air berkapasiti lima liter, satu set kanister, satu set komputer kawalan (ECU), kabel penyambung, pengikat, manual pemasangan, kad jaminan dan pelekat kereta hydrofuel," jelas beliau.

Halim yang juga pencipta produk itu berkata, hydrofuel menggunakan sistem teknologi air sebagai sebahagian daripada bahan bakar dan sesuai digunakan oleh kenderaan 2,000cc ke bawah.

"Formulanya lebih kepada fizik di mana air dipecahkan kepada molekul hidrogen yang kemudiannya diselarikan dengan petrol dan oksigen dimasukkan untuk mengayakan pembakaran.

Ni yang kita dok tunggu-tunggu nih. Aku dah buat kajian gak pasal menda nih. Dah ada syarikat yang buat, so apa lagi. Tunggu dia pasarkan la. Tapi bila nak sampai ke Sabah nih? Bleh la gi ronda2 sampai puas tanpa risau pasal harga minyak.

Thursday, July 17, 2008

Debat minyak: Jahil tahap gaban

Harakah Online

Penarik Beca
Wed | Jul 16, 08 | 10:53:29 am MYT

Shabery tak pernah berubah. Itulah kesimpulan saya bila melihat debat antara Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sekurang-kurangnya, Anwar yang dituduh tidak berubah lebih banyak menumpukan tajuk perbincangan.

Saya pernah cuba memperkenalkan Datuk Ahmad Shabery Cheek dalam posting bertajuk "Selamat berkenalan dengan Ahmad Shabery Cheek". Baca betul-betul berita Malaysiakini yang saya pautkan di situ. Anda boleh memahami Shabery dan stailnya. Itulah Shabery sejak sekali-sekala saya terjumpa dengannya di Harakah dahulu - ketika itu beliau menjadi kolumnis lidah rasmi PAS itu.

Tak faham lagi? Saya teringat budak-budak bertengkar. Katakan, ketika kita budak-budak dulu, kita bertengkar dengan seorang budak. Kita kata kat dia, air liur hang nampak memutih-mutih tepi-tepi bibir bila hang bercakap. Banyaknya!

Memang, budak itu akan jawab, "aku dah sapu dengan lidah aku. Memang la masa aku bercakap jadi macam tu, tapi lepas aku bercakap, aku ada teknik nak hilangkan apa yang hang nampak tu".

Tetapi selepas itu, budak itu akan keluar dari pokok persoalan dan terus serang kita dan kata "mata hang pun aku pernah nampak banyak taik, hari tu aku nampak hingus hang meleleh tak habis-habis. Bau hang busuk", bla, bla, bla...

Bila kita tambah lagi fakta tentang mengenai air liurnya yang nampak memutih-mutih tepi-tepi bibirnya bila dia bercakap tu, dia akan jawab sikit lagi mengenai perkara itu. Sikit ja. Lepas tu dia akan tumpukan dengan serangan demi serangan kepada kita.

Selalunya budak yang kalah bertengkarlah yang buat hal. Bila dia dah tak tau nak jawab apa, mulalah dia akan kata, "hang tu suka buat kacau kat jalan!" Selepas itu mungkin akan ditokok tambah dengan maki hamun dan carut capai. Itu budak-budak la... Orang tua, terutama bila di hadapan umum, lain sikit style dia.

Kepada saya, Shabery tidak berjaya sama-sekali mempertahankan kerajaan yang diwakilinya. Dia hanya berjaya mendedahkan betapa tidak demokratiknya Anwar ketika beliau menguasai media-media seperti TV3, Utusan Malaysia dan akhbar-akhbar kumpulan NSTP dahulu. Itu sahaja kejayaan Shabery.

Tetapi beliau tidaklah nampak bodoh tahap tingkat lima Jabatan Perdana Menteri seperti tukang tanya yang dibawanya. Soalan pertama beliau dah nampak bodoh.

Tetapi, bila mendengar soalan kedua beliau, terus anak saya kata, "Ya Allah... Bangangnya dia ni! Sape ni, abah! Bodoh tahap gaban! Sebab minyak naiklah, yang lain semua naik harga.

"Bagi subsidi tak sampai seribu setahun, kita kena tambah duit minyak beribu-ribu. Kalau bagi duit sewa rumah RM100 sebulan kat rakyat pun, bantu apa namanya kalau dulu sewa kita kena bayar RM500 sebulan, sekarang dah naik RM700!"

Kalau budak sekolah menengah pun nampak orang yang nak berlagak pandai itu bangang tahap gaban, saya tak perlu kata apa-apa...- tajdid_

Monday, July 14, 2008

Kesibukanku telah bermula

- Budak UMS dah daftar untuk semester baru
- Apa lagi, rezeki dah start masuk la....
- Banyak PC yang nak kena servis bulan nih...
- Budak2 UMS cuti dekat 3 bulan, PC hangkang...
- Time gini la nak buat duit..
- CyberCafe aku pu selalu penuh...
- Alhamdulillah... semoga dikurniakan rezeki yang halal...

Wednesday, July 09, 2008

'Reality check' buat Abdullah

Ruhanie Ahmad
Tue | Jul 08, 08 | 12:47:20 pm MYT

Kehadiran Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di persada kekuasaan negara mulai 31 Oktober 2003, amat dialu-alukan oleh rakyat Malaysia.

Imej Abdullah yang bersih, warak dan mesra sungguh menawan hati nurani mereka. Tekad Abdullah membanteras rasuah secara habis-habisan menambat minat semua pihak.

Cita-cita Abdullah menjadikan negara-bangsa Malaysia cemerlang, gemilang, terbilang disokong sepenuhnya oleh pihak kawan dan lawan.

Rekod kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencatatkan lonjakan paradigma dalam hampir semua aspek kehidupan rakyat dan kemajuan negara pula menjadi asas paling kukuh untuk membolehkan Abdullah mencartakan kejayaan demi kejayaan di hari muka.

Lantaran itulah BN dalam fasa awal kepimpinan Abdullah mampu merangkul kejayaan paling bersejarah menerusi PRU 11 pada 20 April 2004.

Tetapi, hanya kira-kira dua tahun sesudah itu, kepimpinan Abdullah seolah-olah mula menjanjikan satu era yang malang dalam sejarah BN, Umno dan negara. Antara puncanya adalah imej Abdullah yang mulai luntur. Hakikat ini jadi semakin ketara bila isu ECM Libra yang membabitkan menantunya, Khairy Jamaluddin, mulai diperkatakan secara meluas oleh rakyat jelata di seluruh tanahair.

'Reality Check'

Lain-lain faktor yang menyebabkan Abdullah tidak lagi diyakini oleh rakyat jelata boleh dipastikan menerusi 'reality check' ke atas Abdullah dan kepimpinannya seperti berikut:

Sewaktu mula berkuasa, Abdullah menyanjung tinggi jasa dan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. Hari bagaimana?

Adakah rakyat masih percayakan kata-kata Abdullah bahawa beliau tidak mahu mencari "harta bertimbun-timbun untuk hidup kaya" atau "wang berjuta-juta untuk hidup bergaya"?

Sewaktu mula berkuasa, Abdullah memperkenalkan apa yang beliau katakan sebagai Islam Hadhari. Insafkah Abdullah bahawa termonologi ini kini sudah jadi bahan jenaka dan amat mengecewakan sebilangan umat Islam?

Pada ketika ini, benar-benarkah Abdullah mahu mencari "mana dia Al-Ghazali" dan "mana dia Al-Shafie"? Benar-benar jugakah Abdullah mahu "bongkar rahsia kitab suci, cari pedoman dan bongkar rahsia sunnah Nabi, cari panduan"?

Sewaktu mula berkuasa, Abdullah mengatakan beliau tidak mahu dikelilingi oleh manusia pembodek. Hari ini bagaimana? Abdullah juga mahukan para pegawai peribadinya bersikap mesra rakyat. Hari ini bagaimana?

Dolak-dalik

Benarkah Abdullah tidak berdolak-dalik? Jambatan Bengkok? Kenaikan harga minyak? Kontroversi "wanita ketuk-ketampi"? Kisah cintanya yang dinafikan tapi kini jadi realiti?

Abdullah ghairah mahu membanteras rasuah, kronisme dan neopotisme. Ini dimanifestasikan dalam manifesto BN bagi PRU11. Kini bagaimana? Kisah ECM Libra bagaimana? Mengapakah manifesto PRU12 tidak sebut langsung soal anti-rasuah?

MV Agusta dibeli oleh Proton dengan harga RM500 kenapa dijual dengan harga RM4.00? Sampai sekarang kenapa tidak ada jawapan yang telus mengenai hal ini?

Pada tahun 2007, Abdullah mengumumkan perangkaan ekonomi negara yang trillion ringgit jumlahnya untuk menggambarkan kepimpinan beliau lebih baik daripada Mahathir. Kenapa kesannya tidak dirasai oleh rakyat bahawan?

Abdullah amat marah dengan pemimpin Hindraf yang menuduh Umno melakukan mini-genocide ke atas kaum India dan kerana mereka mendesak komuniti antarabangsa memansuhkan Perlembagaan Persekutuan yang kononnya tidak adil kepada semua pihak? Kenapa pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA tidak disiasat serapi-rapinya?

Hanya beberapa hari menjelang hari pembuangan undi bagi PRU12, Abdullah mendabik dada bahawa BN akan menang besar? Hari ini bagaimana?

Bukankah keputusan PRU12 merupakan mesej daripada rakyat jelata bahawa beliau wajar mengundurkan diri daripada persada kekuasaan kerajaan dan politik?

Post-mortem

BN dan Umno kalah teruk dalam PRU12. Mengapakah Abdullah enggan adakan satu post-mortem menyeluruh mengenai kekalahan ini?

Mengapakah tuduh warga Umno mensabotaj parti dalam PRU12? Apa bukti nyata mengenai hal ini jika tiada post-mortem mengenainya?

Salahkah bila Mahathir mengatakan bahawa beliau keluar meninggalkan Umno mulai 19 Mei 2008, kerana Umno kini hanya mempertahankan Abdullah dan bukannya berjuang demi agama, bangsa dan tanahair?

Abdullah mengumumkan bahawa beliau akan melakukan peralihan kuasa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Bila? Dan, mengapakah beliau akan terus mengekalkan jawatan Presiden Umno?

Sewaktu jadi Timbalan Perdana Menteri, Abdullah membidas Singapura kerana mempolitikkan isu air dengan Malaysia. Hari ini kenapa tangguhkan semua isu tertunggak dengan Singapura, termasuk perundingan mengenai tariff air yang baru?

Malaysia enggan jual pasir kepada Singapura untuk jadikan pulau itu dua kali lebih besar daripada saiznya hari ini. Kenapa Abdullah wujudkan Iskandar Malaysia yang dua kali saiz Singapura kononnya untuk kepentingan rakyat Malaysia?

Kenapa hapuskan semangat DEB untuk Bumiputera menyertai aktiviti ekonomi dan pembangunan di Iskandar Malaysia?

Halliburton

Halliburton sebuah syarikat minyak yang membabitkan diri dalam perang di Iraq dan segolongan pekerjanya didakwa terbabit membunuh rakyat Iraq. Kenapakah izinkan syarikat ini melabur di Iskandar Malaysia?

Telekomunikasi adalah industri strategik sesebuah negara. Kenapa izinkan syarikat Singapura melabur dalam Telekom Malaysia?

Di era Mahathir, kapal perang Amerika Syarikat yang membawa senjata nuklear tidak boleh lalu Selat Melaka. Hari ini kenapa boleh dan mengapa kapal itu juga diizinkan berlabuh di Pelabuhan Kelang?

Menteri Luar mengatakan bahawa team Pulau Batu Puteh sudah membuat persediaan sejak berpuluh tahun lamanya. Bila Malaysia kehilangan kedaulatan Pulau Batu Puteh, kenapa tidak adakah siasatan terperinci di atas kekalahan yang jelas berasaskan keputusan political?

'Regime Change'

Berasaskan 'reality check' di atas, salahkah jika rakyat jelata mempunyai persepsi negatif terhadap Abdullah pada hari ini? Salahkah jika rakyat jelata mengatakan Abdullah seolah-olah dalam keadaan 'out-of-control' dan dibelenggu sindrom penafian yang panjang.

Rakyat jelata semakin resah gelisah kerana Abdullah terus memimpin negara. Kestabilan politik tanahair pula nampaknya sedang menuju ke suatu arah yang mungkin parah dan mendebarkan.

Dalam situasi begini, wajarkah Abdullah menuduh bloggers sebagai antara faktor yang menyebabkan politik negara tidak stabil?

Sebaliknya, bukankah faktor utama yang menyebabkan politik negara tidak stabil mutakhir ini adalah keengganan Abdullah menerima hakikat dan realiti bahawa kepimpinan beliau sudah tidak lagi diyakini oleh majoriti rakyat jelata Malaysia?

Sedarkah Abdullah bahawa menurut satu poll yang dilakukan oleh lamanweb Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo bar-baru ini, seramai 88 peratus responden mahukan pucuk kepimpinan negara ditukar atau negara ini memerlukan 'regime change'?

Demikianlah 'realiti check' mengenai Abdullah. Moga-moga beliau insaf akan hakikat ini. Demi agama, bangsa dan tanahair, segeralah berundur daripada persada kepimpinan kerajaan dan parti secara terhormat.

Serahkanlah tampok kepimpinan negara dan parti kepada Najib. Insya-Allah, politik negara kembali stabil, ekonomi akan berkembang, rakyat jelata tidak lagi resah gelisah malahan akan dibela dengan sewajarnya. - kuda-kepang.blogspot_

Thursday, July 03, 2008

Berita meloyakan...

Utusan Meloya...
Berita Hairan...
News Unstraits Time...

Dah meluat aku nak baca
Nak tgk berita kat tv pun nak muntah
Naper la ada manusia cenggini kat Malaysia nih ?
Liwat sana, liwat sini...
Tuduh sana, tuduh sini...
Tak takut akan balasan Allah ker?
Ingat la, kita ni di alam persinggahn sahaja
Dunia hanya sementara
Akhirat saja yang kekal...

Kerana DUIT manusia sanggup buat apa saja
Kerana banyak duit, manusia lupa segala...
Semoga aku sentiasa dijauihi dengan segala haloba
Cukuplah aku diberi rezeki yang boleh dikatakan "senang"
Tak lebih, dan tak kurang...
Masa memerlukan, ada...

Saturday, June 28, 2008

Staff aku...

2 orang staff aku dapat masuk U. Sorang kat UUM dan sorang lagi kat UTM skudai... Memacam la bdk tu tanya pasal UTM tuh. aku bagitau la serba sedikit pasal UTM stakat yang aku masih ingat. Tapi bdk tu dapat kursus mekanikal. Tak banyak la yang aku tahu pasal tu. Kalau pasal civil ni ok gak. sekarang ni kena cari staff baru. yang datang interview pun tah apa2. sume tak tau pasal komputer. susah la cenggini. di zaman yang serba canggih ni kalau tak tau pasal komputer ni memang ketinggalan la.... tapi memang orang sabah kan. kebanyakan masih dibawah tempurung. yang masih tak ada IC pun banyak. beranak kat rumah jer. pastu rumah jauh nun kat bukit bukau. bila masa nak g daftar ? kena plak dapat laki yang pemalas. lagi la...

Thursday, June 26, 2008

Adakah kau mengerti....?

Adakah pemimpin kita boleh rasa atau mengerti dengan kesusahan yang kita alami sekarang? Mana ada ? Sebab mereka tak perlu fikir pasal....
  • nak isi minyak keta sebab bangun pagi jer kereta dan tersedia.
  • harga beras naik ke turun sebab bila nak makan, semua dah dimasakkan
  • duit nak buat kenduri sebab ada katering yang akan sediakan
  • perbelanjaan anak mereka di IPT
  • sewa rumah, bil elektrik, bil air, bil telipon
  • belanja dapur

Yang mereka dok sibuk fikir2 dan meeting2 ialah camana...
  • nak ambil duit rakyat
  • nak curi duit kerajaan
  • nak "main" dengan bini muda dan pergi melancong keluar negara dengan duit rakyat
  • nak buat rumah mengalahkan istana
  • nak menipu rakyat
  • nak buat supaya rakyat membenci pembangkang
  • nak naikkan harga minyak lagi supaya petronas lebih untung dan mereka nak ambik duit petronas tu
  • nak kurangkan royalti minyak kepada negeri tertentu
  • nak kumpul harta berjuta2 sebelum mampus
  • nak itu... nak ini dan.....dan...dan....

Habuan RM1j - satu pembaziran

ATLIT negara yang memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik di Beijing Ogos ini dan pada temasya setarafnya pada masa depan, akan menerima insentif RM1 juta berbanding hanya RM160,000 sebelum ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar), berkata walaupun hadiah itu dianggap besar, ia wajar memandangkan tahap Sukan Olimpik semakin meningkat.

“Untuk memenangi pingat emas ini juga bukanlah satu perkara yang mudah kerana pertandingan pada olimpik semakin sukar. Daripada satu olimpik ke olimpik satu lagi, kita lihat standard semakin meningkat.

“Oleh itu kita haruslah meletakkan sasaran yang lebih besar, lebih menarik lagi,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan, semalam.

1 juta ? Duti sapa dia nak bagi kat atlit tu? Duit pembayar cukai... Duit rakyat tu... Adakah semua rakyat setuju? KEnapa sampai 1 juta? Dalam keadaan ekonomi sedang gawat dan harga minyak melambung tinggi, boleh lagi dia nak kasi habuan 1 juta kepada atlit yang dapat pingat emas. Sekali je dapat harumkan nama negara. Pas tu negara dapat apa? Dengan mendapat pingat emas, boleh ke harga minyak turun ? Boleh ke membasmi kemiskinan ? Apa punya bangan pemimpin kita nih.

Atlit yang dapat habuan dulupun apa yang mereka dapat bantu untuk membasmi kemiskinan di kawasan tempat tinggal mereka? Buat isi tembolok sendiri ada la. Buat joli... Kita nak bagi semangat kat atlit pun jangan sampai melampau. Tak payah la nak ikut cara negara seberang. Kalau atlit tu betul2 cinta dan nak harumkan nama Malaysia, mereka tak fikir pada semua habuan tuh. Memang atlit kita ni terlalu dimanjakan.

Rasanya kalau 1 juta tu digunakan untuk membasmi kemiskinan, membantu mengurangkan bebang yuran sekolah menengah dan IPT. Semalam pun ada keluar dalam surat khabar pasal kesusahan para pelajar IPT dimana mereka hanya mendapat lebih kurang RM300 satu semester daripada duit pinjaman PTPTN selepas ditolak yuran pengajian dan yuran asrama. RM300 tu nak buat apa? Nak makan untuk sebulan pun tak lepas. Nak beli buku, kertas, fotostat, alat tulis dll tu mana nak korek? Terpaksa la kerja sambilan. Bila bekerja, ada kesan la dengan pembelajaran. Tapi adakah pemimpin kita fikir semua tuh?

Wednesday, June 25, 2008

Perempuan ke nih...?



Sesekali dok layari utube ni memacam aku jumpa. Sambil dok cari menda2 baik, terselit gak menda2 cenggini. Aku lebih sker donload ceramah dlm utube nih tapi dalam banyak2 tu ada la terselit video nih. Buat malu kaum puan jer. Sapa la yg bodoh g upload video cenggini kat utube nih. Muker je cantik dan pakai tudung. Belajo je tinggi2. Tapi bahasa, hampeh. Tak ada ciri2 keIslaman langsung. Aku takat meka nak ambik gamba utk sendiri tak kisah la. Ni sampai seluruh dunia tahu perangai mereka. Kalau mak bapak mereka tgk video nih baru padan muker. Tau la perangai anak mereka masa kat IPT nih. Pastu memalukan bangsa Melayu lagi tuh.

Monday, June 23, 2008

Tipon Nokia 6630 aku kena curik...

Tipon Nokia 6630 aku kena curi kat kedai aku semalam. Pagi ni baru aku perasan bila aku selongkar dalam beg aku cuma ada 1 telipon jer. Aku pakai Nokia6630 ngan Nokia 6020. Puas aku cari. Aku cuba call tak dapat. Sekali tu dapat. Ada bunyi muzik dan bising2 jer. Mungkin aku pakai no opis aku. Kat tipon tu mesti kuar nama kedai aku. Aku call guna no lain. Ada suara lelaki cakap pastu terus off. Aku antar sms. Aku mintak jasa baik dia hantar balik hp aku kalau dia terambil dan aku akan kasik hadiah la. Korang tahu apa dia balas ?

" Wow...thats is a big deal. u know why i said like that. bcause u make me laught."

Kuang aja. Dasar manusia jahanam. Tak kaya kamu curik hp aku. Aku harap orang yang curi hp aku dan yang bersubahat ngan dia kena langgar lori sampai pecah perut. Mereka ni bukan boleh diberi keampunan. Aku takkan ampunkan korang dan akan tuntut balik di akhirat nanti. Tunggu la korang.

Aku dah g Maxis kasi stop line tu. Suh awek Maxis tu trace no yang dia call pakai no hp aku tuh. ada la dalam 5/6 orang dia call. Aku call no kawan2 dia tuh. Meka ni ckp tak tahu. Meka ni pun bersubahat gak. Tunggu la pambalasannya.... Aku geram nih... gerammmm..... geraaammmmmm

Saturday, June 21, 2008

Serba sedikit pasal aku...

  • asal kelantan tapi sekarang aku dok kat sabah sekarang
  • anak ke-10 dari 12 orang adik beradik
  • aku sekolahg kat SMTPR, pasir mas
  • penah jagi ketua kelas dan pengawas sekolah
  • penah tampor budak sampai berdarah hidung
  • penah rotan peha budak sampai berbirat
  • penah belasah 2 orang budak sekali gus... <== guru karate nih..
  • penah ada makwe gemuk cam adibah nor
  • penah dicop sebagai kasanova ( bini aku la kata cam tu )
  • hari jadi aku sama ngan harijadi sultan kelantan
  • penah tukar tayar bas masa nak balik kawen
  • penah nak nikah tapi tak jadi ( pejabat kadi silap bagi surat kebenaran kat tok imam tapi akhirnya dpt nikah gak. hari lain la )
  • baru ada bini sorang dan anak baru 3
  • aku penah masuk u ( UTM Skudai - Dip. Kejuruteraan Awam. )
  • aku grad dari UTM tahun 98
  • penah kerja kat A&W kat KB lepas SPM
  • penah keja kat Reject Shop 3 tahun lebih
  • penah jadi jurulatih PLKN untuk 2 sessi
  • penah masuk wad sebab kena demam denggi ( 3 ari jer aku kena tahan. pg sendiri lagi tu ke spital )
  • penah langgor belakang van vannet. ( aku tak ngaku salah. dah india tu berhenti mengejut. aku terkejut dan terus langgar bumper van dia. pecah cemin keta aku. aku blah jer. dia minta bayar. poooraaahhh )
  • penah 2 kena speed trap. ( aku dah bayar saman tau )
  • penah bawak keta sampai 145km/j. ( nak test power keta nih. limit tu jer )
  • penah kena tangkap kat polis sebab aku suka jalan malam2.
  • penah dituduh mencuri oleh polis walaupun aku tak buat.
  • penah jadi pelakon teater masa kat UTM. ( tp aku ske buat keja balakang pentas )
  • penah ada mak we dari johor ( anak tok lebai nih. 1 semester jer. dia kuat cemburu )
  • penah ada makwe dari negeri 9 ( ni pon 1 semester jer. cemburu buta gak nih. mak aku puk tak berapa sker )
  • penah ada makwe dari ting. 5 ( lepas masuk u putus jap. pastu sambung balik sampai aku abis u )
  • penah tak jadi tunang ( sekejap nak, sekejap tak nak. last2 aku suruh mak aku cari jer bini utk aku. abis citer )
  • penah...... penah apa lagi yer...?

Thursday, June 19, 2008

Burung apa? Burung murai....

Teck Lee nyata pendirian SAPP


TECK LEE (tengah) bercakap kepada para wartawan pada sidang akhbar di Kota Kinabalu semalam.

KOTA KINABALU – Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee semalam mengisytiharkan bahawa partinya telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau mendakwa, dua anggota Parlimen parti itu (Sepanggar dan Tawau) akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri pada sidang Dewan Rakyat Isnin ini.

Teck Lee, yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata, anggota Parlimen kawasan Sepanggar, Datuk Eric Enchin Majimbun, yang kini berada di luar negara bagi tugasan rasmi telah menyatakan pendiriannya dalam kenyataan media yang ditandatangani manakala anggota Parlimen kawasan Tawau, Datuk Dr. Chua Soon Bui juga akan membuat pendirian yang sama dalam kenyataan yang ditandatangan.

“Sama ada usul itu akan dibentangkan oleh anggota Parlimen kami atau anggota Parlimen lain akan diputuskan mengikut keadaan,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Teck Lee berkata, Eric dijadual pulang ke Malaysia bagi menghadiri sidang Dewan Rakyat pada 23 Jun.

SAPP, sebuah parti politik kaum Cina di Sabah, adalah satu daripada 14 parti komponen Barisan Nasional (BN) yang menerajui kerajaan persekutuan. – Bernama

Ni sapa punya tulisan nih ? Sapa kata SAPP tu sebuah parti politik cina ? Mai habak kat aku kalau dia boleh buktikan SAPP tu sebuah parti politik cina. SAPP tu ramai cina yang jadi ahli. Ketua dia pun cina. Jadi orang tgk SAPP ni cam parti politik cina. Kalau aku yang melayu pun ada masuk SAPP nih.

Apapun, aku setuju dengan kenyatan dan tindakkan yang di ambil oleh Datuk Yong Teck Lee nih. Sejak aku dok Sabah dan sampai la ni dah masuk 5 tahun aku doh sini, aku tgk Sabah memang di anak tirikan. Banyak berita pasal sabah ditutup atau tidak di endahkan. Satu lagi kan, aku dok sabah ni cam sama ngan PATI dari indon dan filipina. Kena pakai passport ( pas perkajalan terhad. kena cop setiap 3 bulan atau buat untuk setahun. aku ni rakyat Malaysia wei.... naper mesti aku dilayan sama cam PATI.....? Babi betul punya undang2...

Wednesday, June 18, 2008

Kerja..kerja..kerja...

1 - Datang kerja awal pagi
2 - Baca paper kat tenet ( utusan, harakah, kosmo. metro )
3 - Tido kalau ngantuk
4 - kalau tak ngantuk, godek tenet
5 - kalau rajin, g sarapan ngan sepupu @ sup. aku
6 - bukak blog aku dan blog Neon @ Ted
7 - check emel kalau ada emel baru