Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684
Monday, November 27, 2006
Selamat Pengantin Baru Buat Norazlina & Saban
Wednesday, November 22, 2006
Bukti akan kehadiran orang ke-3...
Bukti pertama orang ke-3. Tapi bukti ini belum cukup kuat untuk dibawa ke muka pengadilan...Opsss... Bukan muka pengadilan la... Untuk dibawa ke klinik.... Kena test dulu. Nanti kena scan baru tau berapa bulan sudah...
Lepas ni Hani dan Iman terpaksa menerima hakikat bahawa mereka terpaksa kongsi mainan, tilam, tin susu, abah dan ummi. Hahahaa.. Cian meka nih.... Dah le kecik lagi tuh.... Adush... Mana kecik? Iman dan setahun setengah dah. Hani dan nak masuk 3 tahun. Ok la tu... Tapi Hani bila ditanya, mati2 cakap tak nak orang ke-3 tuh. Kita tengok la nanti...Thursday, November 16, 2006
Orang ke-3? Siapa tu?
Friday, November 10, 2006
Steamboat & BBQ

Sampai je, aku ambik gambar depan Putera Ballroom tu. Buat kenangan. Pertama kali datang, 3 tahun lepas. Ini kali kedua aku menjejakkan kami disini.

Ni nak releks jap lepas mencekik steamboat & BBQ. Burkk..... Sonoknyer... Anak2 aku tinggal ngan di rumah. So, boleh ler aku berdating ngan bini aku cam sebelum ada anak dulu. First datang dulu bini aku ngandungkan anak pertama kami, Hani. Ni ngandung anak ke-3 ker? Marah betul bini aku bila aku cakap gitu. Blom sedia nak tambah yang ke-3 katanya. Aku ok jer. Kalau dah rezeki tuhan bagi tu aku terima jer.
Wednesday, November 08, 2006
Bapa mithalikah aku...?
Sunday, November 05, 2006
Duit...Duit...Duit....
Friday, October 27, 2006
Lawatan ke kedai di raya ke-4
Monday, October 23, 2006
Cerita Ramadhan Hari Ke-30
Sham akan bercuti mulai
Cerita Ramadhan Hari Ke-29
Saturday, October 21, 2006
Cerita Ramadhan Hari Ke-28
Dalam kul 3 lebih gitu aku tersedar dari tido yang tak berapa nyenyak. Aku terus basuh muka dan kuar g ambk bini aku. Tinggalkan Pok Joe kat Rumah Hijau. Ada bebudak dok tgh tunggu kedai bukak. Bini aku ajak g bank sebab nak bank-in kan duit koperasi sekolah. Lepas tu kami ke Likas nak cari juadah berbuka. On da way jalan dah jem. Aku cuku hangin bila time gini ada la mangkuk hayun yagn tak reti sabar. Banyak la nak potong q. Sekali tu aku satu kancil tetiba
potong keta aku. Dia mencelah nak masuk lorong aku. Kurang hajar. Nasib baik kau sempat brek. Aku kasik hon 2/3 kali. Dia jengok dan membebel. Marah kat aku plak. Aku dgr dia kata, "pakai hotak la skit", sambil tunjuk2 kat kepala dia. Eh..eh...? Aku ke dia yang kena pakai otak? Aku memang dah pakai otak. Kalau tak aku dah g belasah dia tu. Dah la mencilok orang bari bagi signal. Bengong... Nak je aku kuar dari kita g belasah ngan strering lock aku nih. Ingat mak bapak dia punya jalan ke? Nasib baik bini kat sebelah dok coolkan aku. Bila boleh jalan dia potong lampu merah plak. Nak cepat konon la tu. Dalam hati tu biar dia eksiden. Baru padan ngan muker.Masa on da way balik, kami follow satu wira warna biru. Wira tu bawak slow jer. Kami follow dari belakang sebab masa tu nak kat simpang nakmasukke jalan besar. Tetiba pintu depan sebelah penumpang terbukak. Aku nampak sebelah kaki terjulur keluar. Ingat depa ni main2 jer. Sekali tu wira tu dah jalan sekali ketengah, sekali ketepi. Nampak cam dok gaduh dalam keta je. Nampak sebelah pemumpang tu pompuan. Pemandu tu laki. Si laki tu kasi penampar pompuan tu. Mungkin sebab pompuan tu nak terjun dari keta. Aku kasik hon banyak kali. Meka nampak terkejut. Aku potong slow2 dan aku jerkah kat meka suruh berhenti ket tepi. Kan tak pasal2 eksiden ngan keta len. Orang len plak yang susah.
Lepas aku potong keta tu aku tgk kat side mirror meka dah berhenti di tepi jalan. Sakit jantung aku petang ni tgk karenah pemandu dijalan raya nih. Ramai yang pentingkan diri sendiri. Itulah kalau kurang kesabaran. ( Aku pun dok selalu menyumpah-nyumpah kat pemandu len yang "bodo" bila memandu. Tak pergi kursus pemanduan kot? )
Friday, October 20, 2006
Mak tan lau..... Big Mac best.........
Semalam kami singgah lagi di Mak Tan lau @ MacDonald..... Aku blom puas makan Big Mac. Kali ni kami lepak kat sana. Aku, bini dan Pok Joe. Icot? Dia balik awal ngan bapak dia. Aku dah cakap dah kat dia tapi mungkin dia ada hal lain. Dah tadak rezeki dia nak makan Mak Tan Lau. Kali ni plat no. 2 kami di ambil orang tapi aku nak jugak nombor tu. Aku mintak tukar. Apa pun yg terjadi plat no. 2 mesti aku dapatkan.

Gembira tak terkata sebab misi terlah tercapai. Aku dah kata no. 2 ni nombor bertuah aku. Sapa pun tak boleh ambik kecuali nombor bertuah dia tu sama ngan aku. Hahahaaa....

Aaaaa.... Pok Joe pun nak bergambar ngan plat no. 2 gak ler....

Eh..? Eh...? Ummi pun nak no. 2 gak ker? Kan nombor bertuah ummi ialah no. 9... Nanti abah g cari no.9 untuk ummi yer?
Cerita Ramadhan Hari Ke-27
Thursday, October 19, 2006
Cerita Ramadhan Hari Ke-26
Ari ni si "kembar" cuti. So, aku ajak pok Joe g IP. Rumah Hijau tutup. Kalau bukak pun tak seberapa sangat sebab bdk2 pun nak exam. Aku tak galakkan meka dok main game jer. Di IP, pagi2 lagi kami dok godek lampu. Nak tukar lampu yang rosak.

"Hati2 wei.... Kan kena karen tak raya plak kang... " Kalau bab2 manjat cam nih serah jer kat Pok Joe. Dia biasa arr... keja cenggini.

Skill baru dari Pok Joe. Tak boleh pegang ngan tangan, sendal je ngan kepala. Ganehnyerrr...
Cerita Ramadhan Hari Ke-25
Malam, kami balik pukul 9.34 mlm. Singgah di Mc D tepi jalan dekat ngan Yayasan Sabah. Lupa apa nama jalan tu. Aku beli Big McD 3 set. Lama dah tak makan Big McD.

Tuesday, October 17, 2006
Cerita Ramadhan Hari Ke-24
Oklah... Stop dulu marang merapu kepunden marang sekeper tu. Hari ni pepagi lagi aku dah sampai IP. Nak siapkan laptop student yang hantar semalam. Kena format dan install balik Windows sebab fail dia dah korup. Aku nak backup fail dia pun lamabat. Besar sangat. Apa benda la dia taruk nih. Cabut HDD dia dan sambung kat PC aku pun tak bolah nak akses folder tuh.
Sambil tunggu laptop ni dok buat back-up, aku nak tampal sticker "Selamat Hari Raya Aidilfitri" jap. Kedai biar nampak suasana nak raya. Aku tengok kedai Cina dan India pun tampal menda nih. Pas tu kalau g shoping meka ni ngalahkan orang Islam nak raya. Ambik peluang nak beli barangan murah time nak raya nih. Time raya kita diorang nak nyibuk. Time raya diorang pun sama gak nyibuknyer. Aku gi nyibuk gak semalam. Beli "spender" raya. Hahahaaaa...
