Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684
Monday, September 18, 2006
Aku dan dunia ku....
Aku seorang lelaki...
Betul ke?
Ye la...
Kenapa?
Sebab aku dah ada bini,
Sebab aku dah ada 2 orang anak...
Ye ker?
Aku...
Aku seorang jantan...
Tapi bukan ayam jantan da...
Jantan yang kehausan betina...
Ooppss... bukan betina tapi perempuan...
Perempuan mana tu?
Sapa lagi kalau bukan bini aku...
Dunia ku...
Duniaku kini hanyalah aku...
Aku dan aku...
Aku buat apa yang aku suka...
Aku kerja dengan pekerjaan yang aku suka...
Aku pedulik hapa ngan orang lain...
Dunia ku...
Dunia ku hanyalah komputer...
Komputer...komputer...komputer...
Kemana-mana aku jumpa komputer...
Dunia Ku...
Dunia ku penuh dengan komputer
Kerja? Komputer...
Tidur? Komputer...
Jalan? Komputer...
Kereta? Komputer...
Makan? Makan nasi la...
Mana ada orang makan komputer... Nak mampos?
Nota kecik : Apo yang ko merepek nih Sham?
Friday, September 15, 2006
Layan dikir lagi...
Tuesday, September 12, 2006
Sunday, September 10, 2006
DON'T LIE TO KIDS!!!
Gini citer dia....
There was this guy sunbathing in the nude at thebeach. Well, this little girl comes up to him, so hecovers his private parts with a newspaper.The little girl says, "What's under there?"So the man answers, "A bird."The girl goes away and the man falls asleep. When he wakes up, he is in a hospital and in great pain.A doctor comes up to his bed and asks, "Whathappened?" The man answers, "I don't know. I was at the beachand I fell asleep after talking to a little girl."So the doctor tells this to the Police, and they goto the beach to find any witnesses.When they get there, they see the little girl theman was talking about. So they ask her if she didanything to the man.She answers, " I didn't do anything to the man, butwhile he was sleeping, I played with his bird. After awhile, it spit at me, so I broke its neck, burned itsnest, and smashed all its eggs. HUAHAHAH!!
Saturday, September 09, 2006
Layan dikir la dulu........
Kita layan dikir barat la dulu... Sham harap sesapa yang masuk blog ni terhibur. Nak siapkan urusan di kedai baru. Mungkin tak sempat nak updatekan blog nih untuk 2/3 hari tapi kalau sempat, Sham masuk jengok gak mana2 yang sempat.
Megat Nordin - Ambo raso bekene.
Ella - Thai
Friday, September 08, 2006
Aku giler keja...
Sebab dulu aku dah lama menganggur,
Kalau dapat buah anggur takpe gak,
Boleh jual kat tamu di KK,
Dapat gak guit boleh buat belanja.
Aku giler keja...
Sebab dulu kerja aku boring giler,
Asyik tengok kain baju jer,
Kalau aku boleh ambik free tak per,
Ini kena bayar plak.
Aku giler keja...
Keluar pukul 6.30 pagi balik lewat malam,
Itupun balik sebab bini aku tipon suruh balik,
Kalau tidak, aku balik esok paginyer.
Aku giler keja...
Sebab keja sekarang ni aku memang suker,
Keja yang sehati sejiwa ngan aku,
Sebab keja ni aku memang dah expert.
Aku giler keja...
Sebab bila aku buat keja,
Aku dah tak hiraukan sekeliling aku,
Walau tsunami datang, aku still ngan keja aku.
Aku giler keja...
Sebab tidur malam aku masih dok pikir pasal keja,
Masa mandi, makan, memandu, malah sedang berak
pun aku dok pikir pasal keja.
Aku giler keja...
Sebab aku dah tak tahu nak tulis apa2 lagi,
Sebab kepala aku dok pikir pasal keja,
Sebab banyak lagi keja aku yg blom siap.

*Ini bukan puisi, syair atau sajak. Sekadar tulisan bodo dari orang yang giler keja tah apa2. Hah tu apasal plak? Tido ke curik tulang tuh? Letih siot.........
Wednesday, September 06, 2006
Mangkuk hayun punya PTI...
Tengah syok dok layan lagu, datang satu minah ni mintak nak fotostat passport. Indon ghupenyer. Sekali tu dia mintak aku taip satu nama dan no I/C. Saiz huruf tu sama besar ngan hurus dalam I/C. Aik? Ni dah cam laeng je nih... Lepas aku print yg dia mintak tu dia terus blah. Aku kembali layan lagu lagu 2 Insan nyanyian Ezad dan Eva. Lepas tu datang lagi satu minah ni mintak aku taip menda sama gak. Dia tunjuk satu salinan fotostat I/C. Mintak aku buat huruf tu sama ngan dalam I/C tu. Sah depa ni nak buat I/C palsu. Cilaka tul... Woi... ingat aku ni tempat cetak I/C palsu ka? Kalau dah Indon tu, Indon gak... Ko nak aku masuk jell ker hah? Bengong... Aku cakap kat minah Indon tu tulisan dalam I/C tu tak boleh ditiru. Jabatan Pendaftaran je yang ada tulisan cam tu. ( sememangnya aku boleh gak buat tapi tak mo...) Cinabeng punya Indon... Dia nak buat I/C palsu la tu. Kalau ada lagi yang datang mintak buat cam nih, aku tak teragak untuk laporkan kepada Polis. Bior padan ngan muker dia.
Arghhh.... Abaikan Indon tu dulu... Aku mau layan lagu dulu...
( Eva: )
( Ezad: )
( Ezad: )
( Eva: )
( Eva & Ezad: )
( Eva: )Jika kau tanya pada rembulan
( Ezad: )
( Eva & Ezad: )
( Ezad: )
(Eva & ezad:)
( Eva & Ezad: )
( Eva & Ezad: )
-Khas buat isteri tersayang...Noor Fathilah. Semoga cinta berpanjangan...
Tuesday, September 05, 2006
Monday, September 04, 2006
Hari ni dan semalam...

"ANAK SAPA LA NIH..?" Lepas pegi ukur kedai baru tu, kami pegi makan kat KFC. Masa tengah makan tu aku tengok ada budak dok bawah meja depan kaunter. Tah apa yang dia intai...
Ni sambung balik blog aku nih. Tadi draft jer. Tgh ari tadi g jumpa Paulin pasal surat perjanjian sewa kedai. Jumpa dia kat Luyang. Bayar deposit semua sekali. Lepas tu kami ke Pusat Perabot F5 di depan jalan nak masuk ke SMK Mengatal @ SMK Bandaraya. Beli perabot untuk kedai. Kami belanja RM3320 untuk perabot kedai. Kak Sapiah ikut sekali. Yang dia punya kami bayar dulu sebab dia blom dapat duit. Lama jugak kami di sana. Sibuk dok tawar-menawar ngan tokey kedai tu.
Ingat nak pergi bersihkan kedai tapi dah penat sangat. Jam pun dah dekat pukul 5 petang. Kena balik tengok Pok Joe kat kedai plak. Cian dia dok sorang2.
Sunday, September 03, 2006
Peristiwa 02/09/06
Sampai di sana aku tengok kereta kak Sapiah dah ada di tempat parking. Tapi dia tak kelihatan. Aku terus masuk ke dalam Indah Permai Mall tu dan pergi ke lot kedai yang kami nak sewa tu. Masa aku dok depan kedai tu aku tengok ada awek Cina kat depan kedai dok perhatian aku. Mungkin si Paulin kataku dalam hati. Tapi aku buat tak tahu jer. Kemudian dia datang kepada ku. "Ni Sham ker?" tanya dia. "Ya, saya." kataku. Dia terus bukak kedai tu untuk kami lihat2 dan tengok2 kat dalam tu. Kak Sapiah belum kelihatan. Aku call dia. Dok kat KFC makan. Lapar katanya. Aku suruh datang tengok kedai dulu.
Kedai tu 2 tingkat. Aku ambik tingkat atas dan Kak Sapiah ambil tingkat bawah. Lepas dah setuju kami bayar dulu deposit satu bulan. Kira booking dulu la. Minggu depan baru sign agreement. ( Gambar tidak dapat disertakan kerana masalah teknikal )
Tamu Gadang di UMS
Lepas setel bab sewa kedai tu, kami ke Tamu Gadang di UMS. Tak berapa meriah. Dia buat dekat ngan Dewan Censelor. Dulu buat kat padang besar kat bawah bukit tu. Best gak...
* Mula-mula masuk ke tapak tamu Gadang...
*Hani tak boleh dilepaskan. Nanti hilang budak nih..
*Pok Joe menjadi Water Boy sekejap. Sempat bergaya depat meriam di tempat pameran askar.
* Asyik muker orang lain jer masuk blok aku neh. Aku pun nak posing gak... Klik...!
* Dah pueh ronda2 kami pun good bye lah....
Saturday, September 02, 2006
Aku bahagia...
Aku bahagia bersamamu...Bahagia semasa disekolah dahulu
Bahagia semasa bercinta dahulu
Bahagia bersama kekasih tercinta
Aku bahagia bersamamu...
Bahagia semasa kita di ijabkabulkan
Bahagia semasa kita disandingkan
Bahagia dimalam pertama kita

Aku bahagia bersamamu...
Bahagia dengan celotehmu
Bahagia dengan tingkahlakumu
Bahagia dengan perangaimu
Aku bahagia bersamamu...
Bahagia kerana membuatku makin menyayangimu
Bahagia kerana membuatku geram dengan perangaimu
Bahagia kerana kaulah segalanya bagiku... Ummi, Hani & Iman.....
Friday, September 01, 2006
Nasik ayam Vs Rojak buah + ABC Tapai...

Pok Joe sedang membelek "bini"nyer sambil diperharikan oleh Icot sementara aku pegi oder nasi ayam.

Habis licin dikerjakan kami berempat. Lapor bebenor..........
Lepas makan, kami ke kedai komputer. Aku nak servey komputer 2nd hand untuk kedai baru. Ada la satu jenama DELL neh. Reger dia lebih kurang RM800++. Boleh la...
Kat luar hujan turun lebat. Kami terus balik. Sampai di kedai, ramai dah bebudak tengah menunggu. Biasa aku bukak pukul 2 ptg lepas jumaat. Aku sampai tadi dah pukul 3.15 petang. Masih ramai yang setia menunggu walau hujan turun lebat. Nak main game punya pasal mereka sabar menunggu dalam hujan sebab depan kedai aku ni bumbung dia pendek saja.
Selamat tinggal Ogos.... Selamat datang September...
Dalam pukul 8.30 malam baru sampai kawan aku tu. Aku tunjukkan laptop yang dah dibaiki tu. Dah puas hati, so aku pun nak tutup kedai. Aku ajak Ahmad Faizul pegi ronda2 ngan keta. Malas nak balik awal. Terasa nak makan satey plak. So kami pegi beli satey di Anjung Selera.
Brader satey sedang kusyuk mengibas "Satey Kudat" nyer...Thursday, August 31, 2006
Selamat Menyambut Hari Merdeka.....
Aku chek meter elektrik nak bayar bill elektrik neh. Mak ai... Dekat RM3oo. Tapi ok la skit. Kurang dari bulan lepas. Lepas tu godek2 laptop 2 bijik tu. Ok sudah tapi yang satu tu speaker dia rosak kot. Aku cucuk headphone ok jer. Ada bunyi. So, masalah dah jumpa. Speaker dia yang rosak.
Ramai budak datang tapi aku cakap aku tak bukak kedai ari ni. Tutup sempena Hari Kemerdekaan. Aku datang ni pun sebab nak setting streamyx jer. Pastu datang plak 3 orang awek U neh... Nak guna internet jap. Adeh..deh... Cian plak kat depa nih sebab jalan jauh. Aku bagi la kejap.








