Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684

Tuesday, August 22, 2006

Si mata bulat...

Orang kata masa bini kita ngandung, laki kena pantang. Pantang dalam erti kata nak buat apa-apa kena ingat yang bini kita tu tengah ngandung. Nanti keluar anak yang tak elok plak. Tu kalau buat menda yang tak elok la. Kalau buat menda elok, keluar anak elok la.

Ni citer pasal anak aku. Masa bini aku ngandung dulu aku suka tengok citer kartun Dragon Ball dan Sailor Moon. Bila bini aku bersalin dapat anak mata bulat cam katun jepun. Tengok la gambar kat sebelah ni... Sekarang ni dah 2 tahun lebih. Mulutnyer kekadang tu tak henti2 bercakap. Seronok jugak sebab balik keja saja anak sambut. Terus tanya "Abah nak inum? Nak akan acik? Kaki kakak akit. Liya wak." Selalu ngadu kat aku kalau servant aku buat tak senonoh kat dia.

Anak jantan aku plak ni pagi2 lagi kalau dia bangun mesti dia panggil "Abah...Abah...Abah..." Mulut tu tak henti2 bercakap tah apa2 tah. Bahasa budak2. Kalau aku tido dia suka dok atas perut aku. Lepas tu tepuk perut abah dia yang boroi tu. Sakit wo...... Dia punya tepuk bukan slow2.

Datuk K & "City" Bank...

Pagi ni kawan aku call suruh datang kedai dia. Ada PC yang nak dibaiki. Laptop semalam pun baru separuh siap. Aku terus ke kedai dia lepas hantar bini aku ke sekolah.
Sambil dok godek PC kat kedai mamber aku tu, dia cakap la ada terima SMS tah dari sapa. Cerita Datuk K katanya. Dalam SMS tu tulis ;

Datuk K telah memindahkan sebahagian besar "money"nya ke dalam "City" bank malam semalam.
Hai... Baru nikah siang, malamnya terus pindah "money" dia ke "city" bank. Betul ker? Dulu dia pakai bank mana?

Monday, August 21, 2006

Palo butuh punya budok...

Budak-budak sekarang ni memang tak boleh caya 100%. Nampak je muka baik tapi.... Ni aku bukan nak ngutuk tapi kenyataan. Semalam kawan aku call suruh tgk satu laptop budah U nih. Budak tu dah tahun 2. Punyalah lembab laptop dia. Bila aku check, mak ai sampai 3 anti virus dia pakai. Patutlah komputer dia lembab gile bila loading. Dan satu lagi bila check fail temperary dia nih. Penuh ngan fail internet. Kawan aku cakap ni mesta fail 18SX yang banyak nih. Seklai tengok, firdt folder tu ada satu gambar kawan dia. Tengok folder kedua, aduh sakit jantung aku dibuatnyer. Semua gaya ada. Adush...dush....dush... Cinabeng punya budak.
Hari ni budak tu datang ambil laptop dia. Kami tanyalah sapa yang pakai laptop tu. Dia kata dia buat taip assigment jer. Pakwe dia yang selalu pakai untuk internet. Kepalo butuh punya pak we. Pakai laptop awek untuk layari menda tak senonoh... Tah-tah makwe dia pun layan sama... Semalam datang kedai kami pun cam tak mandi. Ari ni datang cam ustazah plak. Macam-macam hal budak nih..

Siti oh Siti....

Siti oh Siti...
Aduhai Siti...
Kau dah di ijab kabulkan Siti...
Maka meranalah seluruh bujang teruna di Malaysia ini...
Tak kurang juga bagi Datuk yang nak tambah bini...
Tapi yang pasti Datuk K tetap tersenyum lebar kerana malam ini....
Malam ini Siti...

Siti oh Siti...
Betapa orang mempersendamu kerana menikahi Datuk K...
Tak kurang juga dengan aku Siti...
Aku tak suka kau nikah ngan Datuk K...
Tapi apa nak buat...
Coklat Datuk K lebih kau sukai...
Yang pasti,
Malam ini bukan lagi coklat yang kau dapat
Coklat kau dah bertukar kepada lolipop...
Yang nyata, lolipop itu adalah lebihan orang...

Saturday, August 19, 2006

Wajah Rahsia Hati...

Bila aku dengar lagu ni teringat pulak zaman remaja dulu-dulu masa di UTM Skudai. Sekarang ni umor dah 30 tahun lebih. Anak dah 2 orang. Bini baru sorang. Kenangan zaman remaja sungguh indah. Kenangan yang indah tu memang best la tapi yang tak indah tu sakit untuk di ingati.


Dalam kehidupan ini
Yang terindah
Melalui usia remaja
Senda gurau suka duka
Sering berganti
Meninggalkan kesan abadi
( korus )
Oh berdebar-debar hati nya
Kali pertama bertentang mata
Inilah pengalaman
Harus ditempuhi tiap insan
Kenakalan atau kesungguhan
Sukar mencari perbezaan
Betapa kau cuba melindungi
Jelas di wajah rahsia hati

Marang merapu kepundeng parang sekeper...

Faizul Bin Rosli. Ni la satu-satunyer staff aku kat kedai. Kalau tak ada dia, susah aku. Time aku nak pegi tandas, nak keluar cari barang, jumpa klien atau pergi servis komputer kat luar, dia la jadi "jaga" kat kedai nih.

Faizul Bin Rosli ni sepupu bini aku anak mak sedara dia adik kepada mak dia. Dah 3 bulan lebih keja ngan aku. Orangnyer pemalu. Tapi malu-malu rimau.

Actually aku tak ada idea nak menulis pagi nih. Dok perah otak yang semakin "kuning" ni untuk dapatkan idea nak taip apa kat sini. Sekolah dah start cuti dah. So, kuranglah budak sekolah yang masuk kedai aku. Bila kurang budak masuk, income aku pun kurang jugak. Dok pikiak camana nak buat promosi supaya ramai orang datang kedai aku. Bukan takat datang jer tapi beli barang atau sewa komputer kat kedai aku nih.

Friday, August 18, 2006

Pok tok ajar, mok tok ajar...

Pok tok ajar, mok tok ajar.... Pahtu sapo ajar? Pandai sedighi? Baso jenih tok make samey. Mok sughoh g sejid semaye jumaak, dio g blakey sejik isak ghokok... Sapo ajar dio bunuh diri tu? Kalu isak ghokok tu sedak macey makey nasik ule ngan budu tak po jugok. Ni dok, isak asap jah. Pahtu wak tubek pulok. Hok lekak daley tubuh tu dio tok napok.... Kalu buleh ko aku tadi, ado la hok makey nasik kok ghoya di spital.
Dio ingat oghe tok napok dio dok telenggok isak natey tuh. Pahtu nampok aku jaley koho dekak baghu cepak2 nok gi nusuk. Woi beghok.... Mung toksoh nusuk la... Aku napok doh... Kalu ghaso debey sangak gak, maghi la isak depey aku. Takuk sangak ko muko aku nih....

Anak-anakku yang cute dan comel...

Nur Hani Maisarah. Cute dan comel sekali. Kalau bawak pegi jalan-jalan mesti ada yang geram dengan dia. Sekarang umur dia dah 2 tahun lebih.

Hari-hari kena layan dia bercakap. Semalam masa nak tido dia asyik dok bercakap itu ini dengan bahasanyer yang tersendiri dimana aku tak berapa paham apa yang dia tuturkan. Rasanyer segala yang berlaku satu hari tu dia nak ceritakan kat aku. Al-maklumlah bapaknyer kerja macam tak ingat ada anak bin iyang menanti kepulangan kat rumah. Keluar pukul 6.30 pagi balik pukul 10.00 malam. Kalau anak2 tak tido lagi sempatla layan kejap.

Ahmad Iman. Anak yang kedua. Aku selalu panggil dia hansome boy... Cute betul.. Aku bersyukur sebab dikurniakan anak-anak yang comel-comel. Masa kecik dulu Iman kena Hernia. Awal tahun dia kena operate. Cian betul. Kecil2 dah terpaksa menderita. Aku tak tahu apakah dosaku sehingga anakku terseksa begitu. Tapi sekarang Iman dah ok. Iman dah boleh berjalan. Umo dia dah masuk 1 tahun 2 bulan. Umo dia cukup 1 tahun dia boleh berjalan. Seronok tengok dia berjalan.

Talian telefon baru...

Ni telefon baru kat opis. Baru masuk semalam. Terima kasih kepada TELEKOM dan kontraktor yang pasang telipon nih sebab cepat menguruskan proses pemasangannya di opis aku.

Hari ni nak pegi TM Point lagi sebab nak tukar nombor streamyx aku nih. Nak transfer dari rumah ke opis aku nih. Sekarang ni kat rumah tak pakai sangat streamyx nih.

5684 ?

Aku tak tahu la ada apa dengan 5684 nih tapi aku suka nombor nih. Bermula dari motor yang aku beli bernombor WGM 5684 seterusnya kereta aku pulak bermombor SAA 5684 F dan terus turun pulak ke nombor talipon umah 088-38 5684 kemudian terbaru nombor talipon kedai/opis aku 088-43 5684. Orang kata kalau nom bor 4 kat belakang tu, mati. Mata apa plak? Lantak kroang la nak kata apa. Yang aku tahu nombor 4 tu baik dalam Islam. Aku kalau bab-bab menda tahyul ni susah nak percaya sket.

Thursday, August 17, 2006

Nasib baik aku cool..

Natang budak nak kena tendang.... Pantang aku balik umah jer, dia buat hal.... Abih pecah cermin meja kat kedai aku.... Duduk tu tak boleh dok diam... Aku dah cakap semalam jangan dok menyandar kat meja cermin tu.... Dia buat bodoh jer... Ari nih, dah jadi hal.... Kalau dia luka aku tak kisah. Lantak dia la. Padan ngan muker dia. Sapa suruh duduk cam kongkang. beruk atas pokok pun duduk elok-elok.

Baru nak mula blog...

Assalamualaikum.....

Salam perkenalan kepada semua yang kena ataupun tidak... Seingat aku, aku penah buat blogger aku nih tapi dah lupa alamat dia. Mungkin dah kena delete kot... Ye la bukan pandai sangat nak menulis cerita - cerita nih. Mungkin sekarang nih aku dah ok skit dah... Dulu sibuk giler...

Sekarang nih aku dah ada kedai sendiri.... Kira bisnes sendiri la tu.... Dok opis sendiri dan ada komputer sendiri.... Syoknyer........... Aku lah BOSS dan akula KULInyer..... Pagi ikut suker pukul brapa nak bukak kedai dan tutup pun ikut suker ati jer..... Tapi selalunya tutup lewat la....