Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Dapat segera secara online atau di kedai Warisan2u.Com Enterprise. Harga promosi, hanya RM15.00/pack. Telefon : 012 - 820 0278 / 013 - 865 5684

Friday, July 08, 2011

EKSKLUSIF BERSIH 2.0 (Bukti Penyelewengan) - Mat Sabu



Tengok betul-betul. Fahami dan baru boleh nak komen. Gunakan akal anda yang waras yang dianugerakan oleh Allah s.w.t. Jangan disebabkan oleh duit atau ada kepentingan kuasa, anda sanggup menafikan BERSIH 2.0

Thursday, July 07, 2011

Allah sedang melihat kemungkaran yang dilakukan kerajaan BN

Sambil menunggu bini aku di depan stadium Likas ni, sempat la aku belek2 tweeter di G-Tab nih. Baca perkembangan BERSIH 2.0 dan berita dunia. Skolah bini aku ada sukan dekat stadium Likas nih. Dia jadi juruacara majlis.


Dalqm mengikuti perkembangan arus politik semasa ni, aku jadi malu dengan PM Malaysia yang angkuh da sombong dengan rakyatnya. Menggunalan segala jentera kerajaan dengan rakus untuk memastikan dia terus berkuasa. Dia dah lupa yang Allah itu maha mengetahui. Dia da tak takut akam azab kubur dan azab neraka kelak.


Penipuan demi penipuan kita boleh saksian setiap hari di kaca tv yang dilakukan oleh PM (najis) yang disokong oleh media 3/4. Aku nak tulis kat sini pun dah malas sebab banyak sangat janji2 dan penipuan serta kefasikan oleh PM Najis nih. Dia sungguh KOTOR dan perlu diBERSIHkan.


Sent from Samsung tablet

Pi mai pi mai tang tu gak

Pegi mari pegi mari, lagu tu gak hidup aku nih. Pagi, lepas subuh baca paper online jap. Pastu kejutkan anak untuk ke sekolah. Hantar bini g sekolah. Lepas hantar bini, balik umah ambik anak untuk di hantar ke sekolah dan tadika. Dah habis part itu, pegi sarapan dulu la dengan anak bongsu dan anak sedara yang dok sekali ngan aku.


Lepas sarapan, pergi opis jap. Jam 10:30am, ambil anak di SAR lak. Arghhh. . . Ngantuk la plak. .. Nanti sambung mext time la. . .

Sent from Samsung tablet

Wednesday, July 06, 2011

Agong tak mahu jumpa PERKASA ?

Wednesday, July 6, 2011 - Agong tak mahu jumpa PERKASA ? Tak tau malu sungguh Brahim Ali ni malaysiandigest melaporkan "Perkasa presiden Datuk Ibrahim Ali today cancelled his scheduled meet with the Yang di-Pertuan Agong to submit a letter to seek audience with His Majesty. According to sources, the meeting was cancelled due to the Istana not allowing the group to meet with him.

Terjemahannya berbunyi lebih kurang macam ni.. Presiden PERKASA, Ibrahim Ali hari ini membatalkan jadualnya untuk masuk mengadap Yang Di Pertuan Agong untuk menyerahkan surat memohon untuk mengadap kebawah Duli Tuanku. Menurut sumber, pembatalan itu adalah kerana pihak Istana tidak membenarkan PERKASA untuk mengadap Yang Di Pertuan Agong..

Kah..kah..kah.. apa nak jadi ni??

Yang berapi-api mengaku memperjuangkan nasib Bangsa Melayu tak diterima masuk mengadap Raja Melayu? Memalukan sungguh..

Nampak sangat yang mengistihar PERKASA sebagai pertubuhan pejuang Melayu hanyalah beberapa kerat Pemimpin UMNO.. bukannya Raja-Raja Melayu sendiri.. Kalau begini eloklah ditukar agenda PERKASA tu dari memperjuangkan nasib Melayu kepada memperjuangkan nasib pemimpin UMNO.. BERSIH 2.0 yang diterajui oleh Ambiga kumpulan yang dikatakan Haram oleh Hishamuddin diterima masuk mengadap.. tapi PERKASA pertubuhan racist yang dihalalkan oleh Hishamuddin tak diterima masuk oleh Tuanku??

Malang sungguh nasib Pak Brahim.. ada gelaran ‘Datuk’ pun dah kena lucut.. nak jumpa Agong pula, Agong tak hingin nak jumap dia.. yang nil ah orang kata hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong… Malu weh!!!

http://www.malaysiandigest.com/news/26621-news-flash-perkasa-not-allowed-to-meet-the-king-at-istana-negara.html

Gomo kelate gomo

Sent from Samsung tablet

Kenapa SPR perlu diBERSIH2.0 kan....

Dari 100 manusia yang paling panjang usianya yang disenaraikan oleh Wikipedia, manusia yang paling panjang usianya adalah seorang warga Perancis iaitu Jeanne Calment yang dilaporkan telah dilahirkan pada 21 Februari 1875 dan meninggal dunia ketika berusia 122 tahun 164 hari pada 4 Ogos 1997.

Manakala yang kedua panjang usianya pula adalah Sarah Knauss seorang warga United States yang dilahirkan pada 24 September 1880 dan meninggal dunia pada 30 Disember 1999 pada usia 119 tahun 97 hari.

Antara yang tersenarai dalam 100 manusia yang paling panjang usianya tetapi masih hidup hingga kini adalah Besse Cooper yang masih hidup di United States, beliau telah dilahirkan pada 26 Ogos 1896 dan telah berusia melebihi 114 tahun.

Dan lima orang lagi juga telah berusia melebihi 114 tahun dan masih hidup ialah tiga warga Jepun, seorang warga Itali dan seorang lagi pula warga United States.

Tahukah anda Malaysia juga mempunyai ramai manusia yang masih hidup dan usianya melebihi 100 tahun?


Di Perak sahaja terdapat 1538 orang pengundi yang berumur melebihi 100 tahun dan yang menakjubkan kesemua mereka masih hidup dan boleh mengundi..

Manusia tertua yang masih hidup dan boleh mengundi di Perak itu ialah seorang yang berbangsa Cina iaitu Wong Seng yang telah dilahirkan pada tahu 1879 dan kini berusia 132 tahun jauh lebih tua dari manusia tertua yang disenaraikan oleh Wikipedia.

Begitu juga dengan lapan lagi manusia yang panjang usianya juga mengatasi iaitu Nazmi Binti Harun 131 tahun, Ng Khoa 126 tahun, Kong Kew Kee 126 tahun, Ng Ah Kow 125 tahun, Wong Yee 124 tahun, Itam Latihah Bin Mohd Ali 123 tahun, Mohammad bin Haji Mohd Noor 123 tahun, Wong Pin 123 tahun dan Murugai A/P Ramamoorthai berusia 122 tahun iaitu sama dengan usia manusia paling tua di dunia yang pernah direkodkan..

Korang tengoklah sendiri senarai 50 dari 1538 orang dibawah ni yang diambil dari Daftar Pemilih..

No_KP_Baru/ No KP Lama/ Nama/ Bangsa/ Tahun_Lahir/ Umur

790610740022 1448642 WONG SENG CINA 1879 132
800501030028 A0993271 NAZMI BINTI HARUN MELAYU 1880 131
850710740048 3498040 NG KHOA CINA 1885 126
850608740017 1453245 KONG KEW KEE CINA 1885 126
450826085273 0592818 NG AH KOW CINA 1886 125
870608740058 1392190 WONG YEE CINA 1887 124
881101080023 0336299 ITAM LATIH 1888 123
881112610069 2106517 MOHAMAD MELAYU 1888 123
881003740059 0439199 WONG PIN CINA 1888 123
890624713118 2110938 MURUGAI A/P RAMAMOORTHAI INDIA 1889 122
901102740113 0363429 HOW TOH YOON CINA 1890 121
910103740048 0387294 MOK SOON HOONG CINA 1891 120
910812740032 0914383 AH SEE CINA 1891 120
921012750017 2112135 DOORASAMY S/O PARASAMY INDIA 1892 119
921108740075 0439792 LIANG KWAY CINA 1892 119
931218740147 0596852 LEE KOOI CHIEW CINA 1893 118
931108080037 0357301 HAJI ABDUL MUTALIB MELAYU 1893 118
931116080010 2587063 HAJI HALIJAH BINTI ENDUT MELAYU 1893 118
930920740089 3841080 WONG AH SIEW CINA 1893 118
930104750019 2779357 SUPPIAH S/O SUPPIAH INDIA 1893 118
941124740073 0617600 POON SUM CHOON CINA 1894 117
940601740064 1413720 CHONG CHUI CINA 1894 117
940503740167 1042990 LEONG YAK CINA 1894 117
941231080015 4063070 YOK GUNONG ORANG ASLI 1894 117
951129740055 0608134 LEE AH NGEE CINA 1895 116
950720710019 7599200 ASA SINGH INDIA 1895 116
960913740088 1850228 SADRI B ALAM MELAYU 1896 115
961024740074 2077418 LOH YAN TAN CINA 1896 115
961122740078 0588769 LOH TAI HOI CINA 1896 115
960408740255 7603072 YONG CHAN CINA 1896 115
971123740159 0392250 LAI CHOONG YOOK CINA 1897 114
970811080049 3514775 GOVINDASAMY INDIA 1897 114
971231743699 1066220 HEE PENG FOOI CINA 1897 114
980605740076 1413246 WONG SAM NOOI CINA 1898 113
981121080256 0585983 LEE YOKE KWAI CINA 1898 113
980503740147 1042943 YON LOON CINA 1898 113
980531750019 1382853 A K RETHNAM CHETTEER INDIA 1898 113
980607750059 1449825 SINNATHAMBY S/O AVADAI INDIA 1898 113
981125740100 0623105 CHAN SOON CINA 1898 113
980410750573 7638932 K.SHAIK DAWOOD INDIA 1898 113
981017740031 0366169 NG AH TEE CINA 1898 113
991107740157 0326715 WONG SEN CHEANG CINA 1899 112
991203740069 2583162 TEOH KOK TONG CINA 1899 112
991202710052 0591839 LAU TEE CINA 1899 112
991231741990 8156595 NGAN SUAR @ NGAN OH SUAR CINA 1899 112
991120740020 0619180 THAM LEAN TAI CINA 1899 112
991126710148 0410514 LEE KWAI FONG CINA 1899 112
990615740079 1406250 YIP PENG CINA 1899 112
990509740083 1078174 CHANG KWONG CINA 1899 112

Senarai penuh sila download di SINI

Yang peliknya tiada seorangpun dari mereka tersenarai dalam 100 manusia paling Tua di dunia.. kenapa agaknya.. mungkin SPR boleh jelaskan..

Sumber : http://darisungaiderhaka.blogspot.com

Tuesday, July 05, 2011

Duit adalah segalanya. . .?

Masalah duit lagi. Duit adalah raja. Orang kata, ada duit semua jadi. Tak semua. . . kalau dok tgh laut sesorang bersama duit, tak boleh buat apa gak.


Apapun, duit adlah raja. Kebanyakkan jenayah adalah disebabkan duit. Ada duit, hati senang tapi kalau banyak sangat duit boleh bikin hati susah, risau, dan takut. Takut kena rompak, risau orang asyik dok minta tolong, dll.


Sekarang aku ada masalah duit. Masalah yang serius. Bisnes slow sangat. Nak kerja lebih tapi anak yang jadi penghalang. Nak ambik org gaji jaga anak aku, duit lagi. Nak hantar ke pusat asuhan, pun nak kena bayar gak. Aku cuba cari bisnes yang sesuai. Bisnes komputer dah jalan dah. Kena pelbagaikan bisnes nih. Tempat dah ada tapi nak laksanakannya tuh.

Sent from Samsung tablet

Sunday, July 03, 2011

Penat lelah jaga anak-anak. . .

Ahad, cuti. Tapi wife ada kursus pemarkahan plak. Sehingga artikel ini aku tulis, aku di dalam kereta bersama anak bongsuku yangvmeroyan nakkan ummi dia. Sekaramg dah jam 1:46pm. Bawak dia ronda ngan kereta sampai dia tertidur, aku patah balik kerumah. Lepak dekat car porch jap.


Anak2 yang lain dok layan astro. Apa lagi kalau bukan cerita kartun. Sekali sekala bergaduh berebut biskut dam mainan. Aku biarkan saja tetap memerhati takut jadi pukul memukul. Kalau nampak dah lebih, kena leraikan terus dan bagi nasihat.


Budak2 ni memang perlu perhatian. Kita sbg mak bapak memang tak boleh nak releks la kalau hari cuti ni. Ada saja yg mereka nak. Nqk makan, nak minum, nak berak, kencing, nak tido, nak kluar main kat luar la, dan macam2 lagi la. Memang pening dibuatnya. Kalau jenis yg tak sabar, tu yg terjadi kes dera tu. Aku pun kekadang jentik atau pulas juga kalau anak2 dah over. Nasihat pun tak nak dengar, memang kena cubit la. Tapi apapun, tetap kontrol, bersabar dengan kerenah anak2 ni. Mereka ni kecil dan tak tahu apa2. . . .

Sent from Samsung tablet

Monday, June 27, 2011

Aku blurrrrr. . .

Dari semalam aku sakit kepala @ pening. Kena plak makan kambing bakar, lagi menambahkan sakit kepala aku nih.


Pagi ni, tak dapat hantar wife ke sekolah tapi nasib baik adik aku ada. Mintak dia tolong hantar kakar ipar dia tu ke sekolah. Lepas tu dia tolong hantar anak akuvke sekolah plak.


Sekarsng ni, dah tenghari tapi kepala aku masih rasa berat lagi. Nak layan anak bongsu aku ni lagi. Semalam pun aku susuah nak tidur. Bangun tengah malam, rasa perit tekak aku, dahaga sangat, badan rasa panas dan kepala masih sakit. Aku cari ubat tapi hanya ada panadol soluble. Rendam dalam air suam dan aku terus teguk air ubat tuh. Lepas tu aku terus tido.


Sekarang, update blog sambil baca twitter. Tenangkan fikiran supaya tak stress sangat.


Sent from Samsung tablet

Wednesday, June 22, 2011

Janganlah kamu mengutuk sesama sendiri kerana setiap muslim itu bersaudara....


"Seorang Muslim itu adalah saudaranya orang Muslim lainnya, janganlah ia menganiaya saudaranya itu, jangan pula menyerahkannya - kepada musuh. Barangsiapa memberikan pertolongan pada hajat saudaranya, maka Allah selalu memberikan pertolongan pada hajat orang itu. Dan barangsiapa melapangkan kepada seseorang Muslim akan satu kesusahannya, maka Allah akan melapangkan untuknya satu kesusahan dari sekian banyak kesusahan pada hari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi cela seseorang Muslim maka Allah akan menutupi celanya pada hari kiamat." (Muttafaq 'alaih)

Firman Allah s.w.t : "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara." (al-Hujuraat: 10)

Dari firman ini telah jelas bahawa semua muslim itu adalah bersaudara. Tiada yang tertinggal. Kita memerlukan antara satu sama lain. Seharusnya kita perlu belajar menyayangi setiap sahabat yang berada di sekeliling kita.

Dalam Islam sudah diajar tentang ithar (melebihkan orang lain) yakni tahap ukhwah yang paling tinggi manakala berlapang dada adalah tahap ukhwah yang paling rendah.

Jadi, untuk apa ada sesama Malaysia, sesama Islam kutuk mengutuk kerana politik. Janganlah kerena nak menegakkan sesuatu yang tidak pasti dengan mengorbankan syurga anda. Kebenaran jelas terbukti tetapi mengapa masih memilih ke arah neraka? Ada otak, ada akal, fikirlah dengan anugerah Allah SWT itu....

Demi Rakyat - Video

Tuesday, June 21, 2011

Kenapa aku benci UMporNO....


Dr Mahathir pernah berkata "hukum rejam kepada penzina adalah primitif" dan banyak lagi kata2 penghinaan terhadap Islam berbanding dgn Karpal...Tapi "hari ini Dr Mahathir salahkan Karpal."..Adakah Karpal menyekat bantuan untuk Sekolah Agama Rakyat seperti apa Dr Mahathir buat..Komen??

Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan: “Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan.”..Karpal sigh pula kata dulu "langkah mayat aku sebelum buat negara Islam"..jadi apa bezanya??nampak sgt UMNO berat sebelah dlm isu ni..

KESIMPULAN : kalau Melayu UMNO hina ISLAM x pe sebab dia Melayu dan UMNO..Kalau non muslim dan bukan melayu x boleh tolak ISLAM walupun non muslim sebenarnya lagi jahil dari UMNO walaupun PUNCA non muslim fobia ISLAM kerana UMNO sendiri ( memberi mesej buruk imej islam,sebagai contoh SELAMA INI KITA TELAH DIMANIPULASI OLEH MEDIA PERDANA MILIK UMNO YANG MEMBERI IMEJ NEGARA ISLAM ITU ADALAH NEGARA POTONG TANGAN, NEGARA HUKUM REJAM DAN NEGARA YANG AKAN MEMBUNUH DAN MENINDAS ORANG BUKAN ISLAM dsb)...

Prof Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan :

“Diantara perkara yang berhak dihukum kafir tanpa keraguan ialah pemerintah-pemerintah sekular dan pendokong-pendokong parti sekular yang secara terang-terangan menolak syariat Allah swt dan melaungkan pemisahan negara daripada agama. Apabila diajak kepada hukum Allah swt, mereka enggan dan ingkar. Lebih dasyat daripada itu mereka bertindak melakukan keganasan keatas orang-orang yang menyeru supaya berhukum dengan syariat Islam atau kembali kepada Islam.”

Fikir2lah.....:)


Kredit: http://www.facebook.com/n/?home.php&sk=group_211889405500724&id=219928691363462&mid=46a0a84G5c8cd5bfG285afe0G96&bcode=jFRm0yX1&n_m=warisan2u%40hotmail.com

Monday, June 20, 2011

Khasiat Roselle

1. Anti Penuaan. Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik. Keupayaannya meminimakan kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas merupakan sebab utama seseorang yang mengamalkan Roselle akan kelihatan muda dan berseri wajahnya.


2. Pencegahan Penyakit Kardiovaskular. Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia dan dianggap sebagai 'silent killer'. Kedaan oksidasi juga akan menyebabkan kadar LDL akan meningkat dan menyebabkan arteri tersumbat. Pengamalan Roselle akan membantu mencegah ketebalan LDL di arteri dan sekaligus mengelakkan dari trejadinya penyakit tekanan darah tinggi.


3. Pencegah Kanser. Dunia kini yang terdedah kepada pencemaran udara, makanan, dan minuman merupakan punca utama kepada terjadinya kanser. Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam Roselle mampu untuk bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.


4. Demam Panas/Selesema. Roselle amat baik untuk mereka yang sering menghadapi masalah selesema dan sebagai pemakanan kesihatan yang utama kepada mereka yang menghadapi masalah demam panas.


5. Resdung (alergi) dan Lelah (asma). Pengambilan Coscinium Plus dan Roselle adalah dua gabungan yang terbaik kepada permasalahan begini.


6. Stress / Sukar tidur. Bagi mereka yang menghadapi masalah stress dicadangkan mengambil Roselle dimana ia akan bertindak menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit. Roselle juga amat baik untuk masalah dengkur semasa tidur.

Sent from Samsung tablet

Friday, June 17, 2011

Portal web kerajaan Malaysia diserang HACKERS lagi.....

Aku sokong juga apa yang dilakukan oleh HACKERS ni. Ini adalah supaya kerajaan Malaysia tidak memandang ringan akan hal ini. Mungkin kali ini mereka hanya meninggalkan mesej sahaja. Tapi kalau lepas ni kumpulan hackers merosakkan sistem komputer dan melumpuhkan ekonomi Malaysia, macamana?

Ada orang berjaga untuk #opmalaysia ke semalam? Aku tidur awal lagi…bangun pagi tengok Facebook, berita online kat kosmo dan Metro untuk dapatkan update mengenai “Operation Malaysia”. Kat KOSMO kata 51 website kerajaan kena serang. Kat METRO plak kata 41. Mana satu betul ni atau aku terlepas pandang baca berita? Apapun, memang kecoh la gomen nak mengatasi masalah nih....

Aku rasa kerajaan Malaysia sengaja cari nahas la. Bukan apa, kerajaan Malaysia ni pakar IT dia bukan besar sangat kalau nak dibangdingkan dengan gabungan HACKERS seluruh dunia yang bersepakat menyerang portal-portal milik kerajaan dan separuh kerajaan serta portal web yang menyokong kerajaan nih...

Kalau aku ditempat mereka ni, mungkin aku pun sokong jugak apa yng dilaukakn oleh SKMM tapi sayang, aku hanya insan biasa yang kerja aku bergantung juga kepada website yang disekat SKMM tuh. Website yang disekat tu la dimana tempat aku download driver komputer untuk dibaiki dan juga system tools yang bagus2 untuk membaiki komputer kastemer aku yang rosak.