Lepas sarapan, pergi opis jap. Jam 10:30am, ambil anak di SAR lak. Arghhh. . . Ngantuk la plak. .. Nanti sambung mext time la. . .
Sent from Samsung tablet
Lepas sarapan, pergi opis jap. Jam 10:30am, ambil anak di SAR lak. Arghhh. . . Ngantuk la plak. .. Nanti sambung mext time la. . .
Sent from Samsung tablet
Apapun, duit adlah raja. Kebanyakkan jenayah adalah disebabkan duit. Ada duit, hati senang tapi kalau banyak sangat duit boleh bikin hati susah, risau, dan takut. Takut kena rompak, risau orang asyik dok minta tolong, dll.
Sekarang aku ada masalah duit. Masalah yang serius. Bisnes slow sangat. Nak kerja lebih tapi anak yang jadi penghalang. Nak ambik org gaji jaga anak aku, duit lagi. Nak hantar ke pusat asuhan, pun nak kena bayar gak. Aku cuba cari bisnes yang sesuai. Bisnes komputer dah jalan dah. Kena pelbagaikan bisnes nih. Tempat dah ada tapi nak laksanakannya tuh.
Sent from Samsung tablet
Anak2 yang lain dok layan astro. Apa lagi kalau bukan cerita kartun. Sekali sekala bergaduh berebut biskut dam mainan. Aku biarkan saja tetap memerhati takut jadi pukul memukul. Kalau nampak dah lebih, kena leraikan terus dan bagi nasihat.
Budak2 ni memang perlu perhatian. Kita sbg mak bapak memang tak boleh nak releks la kalau hari cuti ni. Ada saja yg mereka nak. Nqk makan, nak minum, nak berak, kencing, nak tido, nak kluar main kat luar la, dan macam2 lagi la. Memang pening dibuatnya. Kalau jenis yg tak sabar, tu yg terjadi kes dera tu. Aku pun kekadang jentik atau pulas juga kalau anak2 dah over. Nasihat pun tak nak dengar, memang kena cubit la. Tapi apapun, tetap kontrol, bersabar dengan kerenah anak2 ni. Mereka ni kecil dan tak tahu apa2. . . .
Sent from Samsung tablet
Pagi ni, tak dapat hantar wife ke sekolah tapi nasib baik adik aku ada. Mintak dia tolong hantar kakar ipar dia tu ke sekolah. Lepas tu dia tolong hantar anak akuvke sekolah plak.
Sekarsng ni, dah tenghari tapi kepala aku masih rasa berat lagi. Nak layan anak bongsu aku ni lagi. Semalam pun aku susuah nak tidur. Bangun tengah malam, rasa perit tekak aku, dahaga sangat, badan rasa panas dan kepala masih sakit. Aku cari ubat tapi hanya ada panadol soluble. Rendam dalam air suam dan aku terus teguk air ubat tuh. Lepas tu aku terus tido.
Sekarang, update blog sambil baca twitter. Tenangkan fikiran supaya tak stress sangat.
Sent from Samsung tablet


Dr Mahathir pernah berkata "hukum rejam kepada penzina adalah primitif" dan banyak lagi kata2 penghinaan terhadap Islam berbanding dgn Karpal...Tapi "hari ini Dr Mahathir salahkan Karpal."..Adakah Karpal menyekat bantuan untuk Sekolah Agama Rakyat seperti apa Dr Mahathir buat..Komen??
Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan: “Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan.”..Karpal sigh pula kata dulu "langkah mayat aku sebelum buat negara Islam"..jadi apa bezanya??nampak sgt UMNO berat sebelah dlm isu ni..
KESIMPULAN : kalau Melayu UMNO hina ISLAM x pe sebab dia Melayu dan UMNO..Kalau non muslim dan bukan melayu x boleh tolak ISLAM walupun non muslim sebenarnya lagi jahil dari UMNO walaupun PUNCA non muslim fobia ISLAM kerana UMNO sendiri ( memberi mesej buruk imej islam,sebagai contoh SELAMA INI KITA TELAH DIMANIPULASI OLEH MEDIA PERDANA MILIK UMNO YANG MEMBERI IMEJ NEGARA ISLAM ITU ADALAH NEGARA POTONG TANGAN, NEGARA HUKUM REJAM DAN NEGARA YANG AKAN MEMBUNUH DAN MENINDAS ORANG BUKAN ISLAM dsb)...
Prof Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan :
“Diantara perkara yang berhak dihukum kafir tanpa keraguan ialah pemerintah-pemerintah sekular dan pendokong-pendokong parti sekular yang secara terang-terangan menolak syariat Allah swt dan melaungkan pemisahan negara daripada agama. Apabila diajak kepada hukum Allah swt, mereka enggan dan ingkar. Lebih dasyat daripada itu mereka bertindak melakukan keganasan keatas orang-orang yang menyeru supaya berhukum dengan syariat Islam atau kembali kepada Islam.”
Fikir2lah.....:)
Kredit: http://www.facebook.com/n/?home.php&sk=group_211889405500724&id=219928691363462&mid=46a0a84G5c8cd5bfG285afe0G96&bcode=jFRm0yX1&n_m=warisan2u%40hotmail.com
2. Pencegahan Penyakit Kardiovaskular. Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia dan dianggap sebagai 'silent killer'. Kedaan oksidasi juga akan menyebabkan kadar LDL akan meningkat dan menyebabkan arteri tersumbat. Pengamalan Roselle akan membantu mencegah ketebalan LDL di arteri dan sekaligus mengelakkan dari trejadinya penyakit tekanan darah tinggi.
3. Pencegah Kanser. Dunia kini yang terdedah kepada pencemaran udara, makanan, dan minuman merupakan punca utama kepada terjadinya kanser. Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam Roselle mampu untuk bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.
4. Demam Panas/Selesema. Roselle amat baik untuk mereka yang sering menghadapi masalah selesema dan sebagai pemakanan kesihatan yang utama kepada mereka yang menghadapi masalah demam panas.
5. Resdung (alergi) dan Lelah (asma). Pengambilan Coscinium Plus dan Roselle adalah dua gabungan yang terbaik kepada permasalahan begini.
6. Stress / Sukar tidur. Bagi mereka yang menghadapi masalah stress dicadangkan mengambil Roselle dimana ia akan bertindak menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit. Roselle juga amat baik untuk masalah dengkur semasa tidur.
Sent from Samsung tablet
Aku sokong juga apa yang dilakukan oleh HACKERS ni. Ini adalah supaya kerajaan Malaysia tidak memandang ringan akan hal ini. Mungkin kali ini mereka hanya meninggalkan mesej sahaja. Tapi kalau lepas ni kumpulan hackers merosakkan sistem komputer dan melumpuhkan ekonomi Malaysia, macamana?
Kalau aku ditempat mereka ni, mungkin aku pun sokong jugak apa yng dilaukakn oleh SKMM tapi sayang, aku hanya insan biasa yang kerja aku bergantung juga kepada website yang disekat SKMM tuh. Website yang disekat tu la dimana tempat aku download driver komputer untuk dibaiki dan juga system tools yang bagus2 untuk membaiki komputer kastemer aku yang rosak.
Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—
(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.
(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—
(a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan;
(b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam;
(c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.
(3) Sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perburuhan atau pendidikan.
(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2)(a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III, Perkara 152, 153 atau 181 melainkan yang berhubungan dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.
Tahniah Malaysia...
P/S : Tapi, Pagi ni aku tak boleh bukak laman web www.malaysia.gov.my. Kerajaan stop dulu ke server tu? Kalau bagus sangat, on terus je la. . . Penakut. . .
Sent from Samsung tablet