
Firman Allah s.w.t : "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara." (al-Hujuraat: 10)
Dari firman ini telah jelas bahawa semua muslim itu adalah bersaudara. Tiada yang tertinggal. Kita memerlukan antara satu sama lain. Seharusnya kita perlu belajar menyayangi setiap sahabat yang berada di sekeliling kita.
Dalam Islam sudah diajar tentang ithar (melebihkan orang lain) yakni tahap ukhwah yang paling tinggi manakala berlapang dada adalah tahap ukhwah yang paling rendah.
Jadi, untuk apa ada sesama Malaysia, sesama Islam kutuk mengutuk kerana politik. Janganlah kerena nak menegakkan sesuatu yang tidak pasti dengan mengorbankan syurga anda. Kebenaran jelas terbukti tetapi mengapa masih memilih ke arah neraka? Ada otak, ada akal, fikirlah dengan anugerah Allah SWT itu....







